Maafkan Abang, Sya

Assalamualaikum, harap admin dapat post cerita saya. Pukul 3 pagi mengimbau kenangani saya tulis ni, cuma nak luah apa yang terbuku dihati kisah saya dan isteri tercinta, Sya.

Sya, abang ingat lagi, zaman second year abang, kita first jumpa masa event hari terbuka universiti.

Abang ready nak bukak ‘stall’ sukan bola sepak untuk freshie, Sya pulak meja sebelah siap2 untuk sukan badminton. 3 hari persiapan sebelum hari terbuka, setiap malam abang perhati Sya.

Manis cantik Sya pakai t-shirt siap handsock malam2 datang siapkan decorations. Padahal kawan lain datang dengan t-shirt biasa seluar tidur je.

Iyalahkan, pagi petang class dengan aktiviti, malam je masa untuk buat persiapan.

Dari situ kawan2 abang kacau student-student stall sebelah beria buat hiasan glitter2 dan colorful board. Padahal stall bolasepak kitaorg bawa bola/kasut branded dengan papan markah rembat dari bilik sukan je.

Hari-hari member mintak nombor, sorang pun tak nak bagi. Tapi hari last lepas event pagitu, malam nak kemas-kemas stall baru abang minta dengan Sya nombor telefon.

Sya bagi. Hari first abang dapat rasakan putiknya indah bercinta dengan bakal bini abang masa tu.

Dua bulan lepas tu abang isi borang keahlian sukan badminton pulak.

Setiap hari selasa dan jumaat petang aktiviti sukan abang join dengan harapan nak tunjuk machonya abang pada Sya.

Padahal raket pun salah teknik pegang. Selama hidup abang wakil sekolah untuk sukan bola tapi bila masuk uni abang tukar sebab abang rasa ramai yang lebih hebat bola.

(Padahal nak tukar sebab Sya).

Kita berkawan dari abang second year dan 2 tahun kemudian abang final year baru kita declare.

Abang takkan lupa hari tu Sya, dari kita berkawan kepada mesej whatsapp Sya cakap ‘Sya pun rasa benda sama kat abang, jom la kita kawin’.

Abang screenshot mesej tu abang print letak dalam dompet. Bagi semangat nak kawin.

Lepas abang dah grad abang dapat tau Sya kena buat practical kat negeri abang.

Bila fikir balik baru abang prasan, mungkin Sya saja minta jauh2 untuk dekat dengan abang.

Abang kenalkan Sya pada mak, Sya malu2 masatu, mak suruh datang rumah kenal2. Sya tak nak.

Last2 tinggal 2 minggu nak habis practical, kecundang. masa kita bergayut, mak rampas telefon bebel suruh Sya datang nak kenal bakal menantu yang buat anak lakinya angau setiap hari bergayut.

Hujung minggu tu jugak Sya datang dapat kenal mak ayah abang yang sporting macam mana. Mak bagitau Sya makanan favourite abang, mak ajak masak sama2. Malam tu kita makan sama2. Mak beri hint bila boleh jumpa parents Sya.

Dah balik pun masih nak bergayut, Sya terkejut mak ayah abang macam ni, sebab keluarga Sya strict. Ayah Sya garang. Seriau darah abang fikir takut nak hadap nnt minta izin kawin.

Tapi betul2 hari sebelum grad, abang berani kan diri call ayah Sya minta nak jumpa esok lepas habis grad ceremony.

Esok tengah hari, berkenalan dengan ibu ayah Sya, bawa sejambak bunga. Mak abang teman siap bawa bakul picnic dengan makanan cukup 5 orang.

Masa bergambar dengan jubah grad mak yang beria peluk-peluk Sya, peluk ibu Sya. Abang yang segan, abang kentalkan diri man-to-man talk dengan ayah Sya. Blajar apa, kerja apa, plan masa depan apa semua.

Hari tu jugak abang cakap, nak kawin dalam tempoh setahun. Ntah mampu atau tidak bergajikan rm1900 masatu, Sya pulak baru nak start kerja. Tapi kita usaha sama-sama.

Alhamdulilah pertolongan Allah itu pasti. Kita usaha menghalalkan jodoh, Allah bantu. Memang cukup untuk buat kenduri dua pihak seperti mak ayah abang dan ibu ayah Sya minta.

Satu di negeri Sya satu negeri abang. Sabtu, 27ogos hari perkahwinan takkan abang lupa 11 tahun lepas. Terus cuti panjang 31ogos belah abang, hari Rabu

Setahun usia perkahwinan kita, direzekikan anak sulung yang kita namakan Raisya, sebab Sya nak samakan bunyi -sya dibelakang.

Hidup kita bahagia Sya. Mak ayah okay, duit cukup, anak sihat, kerja tenang. Tapi takda rumah tangga yang tak diuji.

Sya menyusu Rai 2 bulan je sebab Sya susah breastfeed. Abang takda masalah belikan susu mahal demi Rai.

Tidak abang sangka langsung kalau kurang susu itu tanda hormon Sya kurang stabil. Mungkin ada silap abang tak terfikir sedangkan Islam ajar menyusu itu baik sehingga anak usia 2 tahun.

Cukup Rai usia setahun tahu-tahu Sya sakit di breast dan rasa ketumbuhan. Silap abang mungkin tak prasan dari awal. Masa check Sya dah stage2 breast cancer. Ujian yang cukup berat untuk kita, Rai anak kita tak faham apa-apa masa tu.

Sya dapat rawatan cancer hampir 7bulan. Kita bertahan bersama, emosi, mental dan juga nafsu fizikal. Bila next mamogram tau2 Sya dah bebas cancer, abang sujud syukur di bilik doktor situ jugak. Abang taknak kehilangan Sya.

Masuk anniversary ke3 kita dah lalui macam-macam bersama. Kita celebrate Sya dah cancer free pergi honeymoon lagi. Rai duduk di rumah ibu Sya.

Tau2 Sya pregnant lagi kalini anak boy, doktor Dr OB cakap anak kita sihat tapi masih perlukan follow up Dr oncology untuk monitor cancer Sya.

Tapi kita abaikan sebab Sya yakin Sya dah cancer free. Abang juga percaya Sya sihat sepenuhnya. Abang tak nak hadap lagi keperitan ujian cancer Sya.

Tapi setiap kali check buku pink baby boy kita doktor tegas mintak check dengan onco. Baby dah 5bulan masatu baru check. Dr oncology marah Sya sebab pregnant lagi.

Doktor warning macam2 takutkan Sya semua risiko pregnant sebelum tempoh 2tahun cancer free. Suruhnya Sya gugurkan baby boy kita.

Sya tak nak tapi doktor dah order katil wad untuk Sya. Abang dilemma. Takboleh ke pantau aja atau lepaskan patient kalau patient tak consent.

Tapi doktor ugut kalau tak consent silakan balik dan buat pemantauan sendiri. Abang usaha cari balik doktor OB yang jaga pregnancy Sya untuk tengok boleh ke pantau kalau Dr OB yang jaga, Dr tak bagi. Yang berkaitan dengan cancer hanya Dr onco yang boleh jaga.

Bertambah dilemma abang. Tau2 wad dah dapat untuk Sya esoknya juga mereka gugurkan baby boy kita, kita namakan Aidil sebab nak samakan depan Ai-, macam nama abang, Aiman.

Selesai pengebumian rasa terlalu cepat. Sampai sekarang juga bagi abang terasa macam mimpi. Sya balik berpantang tangan kosong. dua bulan lepas tu Sya ada tumor balik. Sya sedih, Sya stress, tapi abang taktahu nak buat apa.

Mimpi ngeri kita datang balik. Sya makin diam, Sya tak selera makan, Sya rindu Aidil. Abang juga rindu Sya, Rai pun kadang-kadang main teddy bear namakan bear tu Aidil.

Sya sedih buat abang rampas bear tu dari Rai dan baling jauh-jauh jangan sebut nama Aidil lagi.

Sebulan sahaja cancer Sya merebak. Rai kehilangan ibu tercinta, dan abang kehilangan satu-satunya isteri tersayang.

Semuanya berlaku terlalu cepat. Sampaikan abang tak boleh terima ketiadaan Sya, abang tinggalkan Rai pada mak abang, dan kadang kepada ibu Sya, sementara abang menghilangkan diri cuba terima dan tenangkan diri.

Bukan sekejap. Hampir setiap minggu Sya, abang lepaskan tanggungjawab anak kita kepada mak dan ibu, 3 tahun abang macam tu. Ibu dan mak banyak tolong besarkan Rai sampai urusan tadika semua abang hanya hulurkan duit sahaja.

Masuk hutan, pergi laut, duduk masjid negeri lain2 sampai 2-3 pagi. Cuba redha. Menangis nak Sya ada balik hadap dunia ni. Abang tak kuat takda Sya.

Iman abang hilang abang hampit tak percayakan Tuhan, abang tak solat abang terasa dunia ni kejam sekejam-kejamnya kewujudan.

Benda paling sensitif bila member kerja lelaki main2 suruh move on kawin lain katanya perempuan semua sama, where there is a hole there is a goal. Tapi abang tak nak perempuan lain. Bagi abang lebih baik layan seorang sebab bagi abang Sya yang pertama dan terakhir.

Sampailah anak sulung kita Rai dah mula sekolah rendah. Masatu baru start PKP. Nak taknak abang terpaksa makin rapat dengan Rai.

Kebetulan member yang buat lawak tak sensitif tu kena kat batang hidung dia sendiri. Bini dia cancer dan pregnant anak first dalam masa sama.

Tapi jenis member ni kuat melenting mulut agak puaka. Bila doktor suruh gugur juga dia ckp bini tak nak jangan paksa. Allah yang sembuhkan bukan doktor. Hujung tahun lahirnya baby mereka.

Alhamdulillah syukur dia tak perlu hadap benda sama kita hadap. Sampai hari ni bini dia masih dalam chemo dah 3tahun sampai skrang.

Hidup bertahan lagi.

Abang kadang terasa tak adil tapi Allah maha besar, borak dengan member. Mulut puaka macam mana pun dia juga yang sentapkan abang benda betul.

Dia suruh abang baca pasal microchimerism dan fetomaternal transfer. dan kaitannya dengan cancer. Katanya bila sel badan damage, baby dalam perut akan hantarkan sel sihat kepada ibu mengandung supaya boleh bantu ibu sihat semula.

Emosi orang sakit juga banyak main peranan dalam menentukan kesihatan, nak survive atau nak give up.

Bodohnya abang terasa bila abang terlalu ikut percaya cakap doktor yang melenting. Cakap macam-macam konon dorang je yang boleh bantu. Sampai kita gugurkan Aidil padahal Sya tak setuju.

Abang terasa tak puas hati sangat tapi abang tak boleh buat apa. Benda dah lepas.

Abang minta maaf Sya abang tak tahu langsung apa2 pasal sakit Sya. Abang tak ambil hirau emosi Sya bila Sya cakap Sya nak teruskan jaga baby Aidil. Tapi abang suruh ikut cakap doktor.

Abang minta maaf Sya, abang tak boleh nak jaga Rai yang makin membesar makin nampak macam Sya. Abang tak kuat. Tengok Rai pun abang rindu Sya.

Sampaikan bila terperuk dirumah sebab PKP, abang tengok Rai makin besar macam anak dara, abang terpaksa keluar rumah sebab bayangkan Rai sebiji muka Sya yang abang rindu.

Hari ni abang tulis confession hari ni sebab abang setuju dengan mak untuk suruh abang kawin dengan pilihan baru mak. Mak siap uruskan call ibu Sya untuk beritahu sebab makin hari makin gila abang jadi bila keseorangan.

Ayah Sya setuju, sebab nampak abang seolah-olah lepas tangan tentang Rai. Abang minta maaf Sya abang dah di arrange kan untuk kawin lagi.

Padahal abang tak boleh nak cakap abang betul-betul nak atau tidak. Tapi Rai takda mak, ayahnya pula tak mahu bercakap melainkan sepatah-sepatah.

Maafkan abang Sya, abang rasa abang gagal, abang gagal sebagai suami, abang gagal sebagai ayah. Anakku Rai, ayah juga minta maaf, tapi ayah kawin baru dengan harapan Rai dapat kasih sayang yang selama ni ayah gagal beri. Sya, abang tak tahu apa nak buat sya.

Cuma abang boleh khabarkan ialah bakal isteri abang adalah balu kematian suami sebab accident. Dia pun tak minta kehilangan suami.

Nampak usaha mak nak pilih jodoh yang dapat memahami. Abang faham niat baik mak, tapi abang belum ready nak hadap.

Sya. Abang hari-hari berdoa dapat bertemu sekejap untuk jumpa biarpun dalam mimpi supaya abang dapat minta maaf betul2 dengan sya.

Tapi lepas berjumpa dengan bakal isteri baru abang baik orangnya, dia beritahu pada abang Sya tengah happy dengan anak kita Aidil di syurga. Baru abang terasa happy sikit untuk move on.

Abang harap abang tak silap langkah. Abang kalau boleh nak ikut Sya dimana Sya ada sekarang. Tapi agama melarang. Harap2 masa depan lebih baik. untuk abang dan bakal isteri abang. Dan yang penting untuk Rai.

– Aiman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *