Assalamualaikum para pembaca sekalian. Terima kasih sudi membaca confession aku ni.
Nama aku Naufal, berumur 30-an, kakitangan awam, sudah berkahwin selama tiga tahun, juga dengan seorang kakitangan awam, juga 30-an.
Kami kenal sudah lama, mulanya sebagai kawan sahaja, semakin lama semakin rapat dan alhamdulillah, dapat juga ke jinjang pelamin walaupun sewaktu couple tu, kami banyak kali putus dan rapat semula.
Wife aku ni, aku namakan dia sebagai Fina, bekerja di Borneo. Aku pula di sini di Semenanjung. Sejak dari awal perkahwinan lagi kami PJJ. Berjumpa 2-3 bulan sekali.
Sebelum aku teruskan cerita aku ni, aku harap korang tahu yang aku sangat sayangkan isteri aku.
Jujur aku cakap, aku berkenan dengan Fina disebabkan sikapnya. Dia sangat lembut dan memahami. Sangat baik hati. Sentiasa ada di samping aku.
Semasa di universiti kami kerap bergaduh sebab yalah, aku sibuk, dia cemburu. Tetapi sejak kami melangkah ke alam pekerjaan, dia banyak berubah menjadi seorang yang lebih memahami.
Tapi ada satu yang aku sampai sekarang masih ragu-ragu dengan diri.
Fina bertubuh gempal.
Masa awal perkahwinan, aku selalu beritahu diri aku. Kecantikan tu bukan yang paling utama. Kecantikan tu subjektif.
Malam pertama aku ‘sentuh’ dia. Jujurnya mungkin tak macam lelaki lain. Dia bertanya ada masalah ke? Aku geleng. Aku cakap aku penat sahaja.
Selepas itu, setiap kali kami berjumpa, aku gagahi jua untuk bersama, tetapi sekadar memuaskan Fina. Kami masih gembira setiap kali berjumpa.
Yalah. Dah duduk jauh, berjumpa beberapa bulan sekali. Namun aku tak tahu kenapa nafsu aku hilang bila tengok dia.
Waktu ‘bersama’ semakin singkat setiap kali kami bertemu. Lama-lama Fina perasan. Fina tanyakan padaku. Kenapa? Hati aku berubah ke?
Aku geleng. Hati aku tak pernah berubah. Aku sangat sayangkan dia. Tak pernah ada perempuan lain dalam hati aku. Tapi…
Akhirnya selepas dipaksa, aku memilih untuk berterus terang. Aku tak ada nafsu terhadap dia. Terhadap isteri aku. Sebab dia gemuk.
Aku mengaku, masa muda aku agak nakal. Video porno satu kebiasaan. Mungkin aku telah terpengaruh.
Aku tengok wajah Fina. Fina diam. Ada air mata turun dari matanya. Aku peluk dia. Aku minta maaf. Dia masih diam. Aku beritahu aku sayang dia. Dia tidak respon.
Esoknya aku lihat Fina seperti biasa. Dia memohon maaf atas tingkah lakunya semalam.
Hidup diteruskan seperti biasa. Satu hari Fina telefon aku dan beritahu dia dapat ditukarkan ke Semenanjung. Berdekatan dengan kawasan aku bekerja. Sudah semestinya aku sangat gembira.
Mulalah episod kami tinggal bersama. Kami gembira. Namun, kami tidak ‘bersama’ langsung sepanjang dua minggu kami tinggal bersama.
Aku tanya pada Fina. Dia cakap tak apa. Dia okay. Aku diam. Aku masih tak bernafsu terhadap dia. Namun aku sudah tidak menonton video porno lagi.
Sepanjang PKP ini kami kerja dari rumah. Hidup kami tak ubah seperti housemate. Kemesraan itu ada. Tapi bukan seperti suami isteri. Hubungan intim hampir tiada.
Ada kalanya Fina sengaja mengenakan baju-baju seksi, namun tiada apa yang terjadi. Bagi aku badannya terlalu ‘berlemak’.
Setelah PKPB diumumkan, Fina memberitahu aku dia dipanggil bekerja semula di pejabat. Aku pula masih di rumah.
Satu hari, Fina tertinggal telefon bimbitnya di rumah. Aku telefon pejabatnya. Dia cakap tak apa. Biar sahaja di rumah. Aku nak hantar telefon nanti kena kompaun pula.
Entah kenapa aku berminat untuk memeriksa telefon bimbitnya. Passcode aku masukkan. Fina memang tak pernah sembunyikan passcode dari pengetahuan aku.
Aku buka galeri. Aku buka whatsapp. Aku buka instagram dan emailnya. Tiada apa yang pelik.
Aku perasan dia ada dua browser. Aku buka satu lagi browser.
Aku terkejut. Penuh dengan video lucah. Tangan aku menggigil.
Astaghfirullah. Apa maksud semua ni?
– Naufal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit