Maafkan Aku Kerana Tidak Sempurna

Assalammualaikum buat para pembaca sekalian. Harini, aku nak bercerita. Sebelum aku mula, aku nak minta maaf terlebih dahulu, atas sebab, aku ni bukanlah seorang penulis ataupun pencerita yang baik.

Jadi maaf sekiranya perkongsian ini penulisannya buat korang kurang faham atau lebih teruk, tak faham langsung.

Aku kenalkan diri aku sebagai Baby, sebab aku tak tahu nak letak gelaran yang sesuai, berusia lewat 20an. Aku seorang wanita biasa-biasa sahaja, membesar dalam sebuah keluarga yang agak susah (tapi tak susah macam dalam tv3 bersamamu).

Jadi, sebab keluarga aku susah, aku memang berniat tak nak sambung belajar. Aku memang nekad untuk bekerja selepas SPM, demi tolong keluarga. Oh ya, aku ada 5 orang adik bradik & aku anak yang bongsu & kesemuanya adik bradik aku telah pun berkahwin, sejak aku SPM lagi.

Mak aku seorang ibu tunggal & ayah aku telah pun lama meniggalkan dunia yang fana ini. Jadi, aku tak nak cakap sangat tentang keluarga aku. Sebab aku nak cerita benda lain.

Bermula kisah, aku berkenalan dengan seorang jejaka, yang aku namakan dia sebagai Wan. Perkenalan aku dengan Wan ketika usia aku meningkat remaja, sejurus melangkah ke alam dewasa. Perbezaan usia di antara kami adalah 9-10 tahun.

Terlalu banyak kisah aku & Wan sepanjang tempoh perkenalan 6 tahun itu. Namun, kami tiada lah berjanji sumpah setia nak mati sama-sama macam Romeo & Juliet, TIDAK.

Hubungan aku dengan Wan, agak slow, tapi baik, timbul tenggelam, mati pulak takmau, tapi tak jugak boring, kerana masing-masing mempunyai matlamat dengan kehidupan sendiri.

Sehingga lah usiaku menjangkau awal 20an, hubungan aku dan Wan, berakhir atas sebab tak tahu lah nak cakap macam mana. Tapi pada aku, mungkin Wan yang mahu sebegitu.

Ujarnya “sekiranya, ada lelaki yang hendak melamar mu dan kamu juga mahukkan dia, teruskan sahaja. Aku tak mahu, menjadi penghalang untuk kebahagiaan kau, sebab kau layak berbahagia walaupun tanpa aku, namun sekiranya kau mahu menanti ku, aku sangat bersyukur, Alhamdulillah”

Ketika itu, kami telah lama tidak berhubung melalui mesej atau panggilan telefon. Wan membisu selama 1-3 bulan tanpa khabar berita. Namun, aku tetap menantinya mencari ku, siapa sangka setelah lama berdiam diri, Wan munculkan diri dan berkata seperti itu kepadaku.

Aku kaku, sedih, marah & semua perasaan itu menyelebungi ku, terasa gelap dunia ku ketika itu. Buat pengetahuan, aku & wan berhubung LDR selama 2 tahun, tetapi sebelum LDR, Kami telah kenal bersama selama 4 tahun.

Oleh kerana Wan berkata seperti itu setelah sekian lama membisu, tidak menjelaskan sedikit pun tentang keadaan itu. Lalu, aku pun membuat keputusan untuk undurkan diri.

Aku faham, Wan sudah tidak mahu aku berharap padanya lagi. Keputusan itu aku buat, kerana aku telah terlalu lama menanti, bersabar & terus bersabar dengan karenahnya. Sudah tentu, perasaan aku ketika itu amatlah sukar aku gambarkan dengan kata-kata. Lalu, bermain main di kepala ku:

“Semudah itu kah aku? Pahit manis, suka duka, rahsia terbesar kita aku simpan rapi” dan ini balasan yang aku dapat. Tapi semua itu bukanlah pengukur & usia perkenalan itu pun bukan jaminan untuk sebuah hubungan itu berkekalan.

Aku pun mulakkan langkah, membawa segala kisah yang telah aku lalui dengan Wan selama 6 tahun bersamanya, kisah yang aku gambarkan sebagai Rollercoaster.

Aneh, namun sebelum Wan sendiri berkata sedemikian rupa, aku sepertinya sudah menjangkakan, ayat tersebut akan tiba suatu masa nanti. Mungkin juga kerana, pasang surut perhubungan kami lalui itu puncanya. Aku mengimbau kembali setiap episod pertengkaran kami sebelum ini,

Wan seaakan tidak pernah peduli sama ada hati ku robek akibat kelakuanya yang sering kali bertukar pasangan apabila aku tidak bersamanya. Namun, usai selesai perhubungannya dengan mana-mana wanita itu, dia sendiri akan pulang semula ke pangkuan ku.

Aku sentiasa menerimanya, seperti apa pun sakit ku rasa, aku tidak pernah peduli. Dan, seperti biasa kami mulakkan episod baru, melakar segala ceritera tentang kehidupan yang kami impikan bersama, untuk kesekian kalinya.

Jujur aku katakan, Wan adalah ciri-ciri lelaki yang aku mahukkan sebagai suami, walaupun dia agak “sukar” hendak setia. Aku faham, dia lelaki.

Sebab itu, peluang tetap ada walaupun dia tidak meminta. Aku tahu, sememangnya tidak wajar untuk aku buat semua itu atau terlalu bodoh Bahasa mudahnya, tapi kerana dia lah insan yang aku mahukkan untuk masa depan aku sebagai suami.

Meski dengan sikapnya seperti itu, aku yakin satu masa nanti dia akan sedar & berubah.

Pada aku, Wan tetap ada sisi baiknya yang perlu aku ingat, contoh penjagaan solat yang awal waktu, rajin mengaji (belajar), dia juga boleh manjadi imam untuk dimana-mana surau dia kunjungi.

Aku Nampak dia struggle nak berubah untuk jadi lebih baik. Aku tahu, tidak selamanya dia mahu seperti lelaki itu. Aku mengenalinya dari zaman kesusahannya. Kenapa aku kata macam tu?

Sebab ramai rakan2 sebayanya, sudah jauh melangkah dengan kerjaya, assets, keluarga & sebagainya, tapi tidak untuk Wan, dia baru mulakkan langkah kecilnya. Dan, untuk itu, aku sangat faham keadaanya, sikapnya & masalahnya.

Demi masa depan, Wan pun selangkah ke depan untuk mencapai impianya & hampir ke puncak. BOOM, hidupnya bagai dilempar bom tangan, pekerjaanya tidak menjamin apa-apa masa depan, kerana banyak syarikat oil & gas ketika itu mulai terjejas.

Dan syarikat dia bekerja masa itu, telahpun memulakkan pembuangan staff, majikkannya adalah anak syarikat kepada sebuah syarikat besar, peluang tinggi untuk tersenarai dalam pembuangan, terutamanya bagi pekerja yang baru & non-permanent staff, seperti Wan.

Untuk aku, aku cuma seorang yang sentiasa mengikuti arus semasa. Aku tidak terlalu memaksa keadaan, namun aku menyukai pekerjaan yang aku lakukan ketika itu & pendapatan aku agak lumayan. Aku selesa, walaupun tugasnya sangat bertentangan dengan jiwa aku.

Aku hanya menganggap ianya seperti sebuah cabaran & sebenarnya, tanpa ku sedar, pekerjaan itu telah membina aku menjadi seorang yang lebih baik, untuk menghadapi cabaran hidup hari-hari mendatang.

Pekerjaan itu memerlukan skill sosial untuk berhubung dengan orang luar. Susah, tapi aku menyukainya, sama seperti Rollercoaster.

Setelah melalui beberapa episod turun naik Wan, Majikkan Wan pun mulai pembuangan staff (walaupun nama dia belum disenaraikan lagi). Tak semena2 ketika itu juga, Wan bagi kata putus.

Untuk pengetahuan, selama 6 tahun bersama, Wan sekalipun tidak pernah berkata sedemikian, gaduh seperti apa sekalipun.

Itu adalah yang ke pertama kalinya dia memintanya. Selama ini, hanya aku yang berani menyuarakan perkataan itu. Pada awalnya, aku ego, aku hanya berkata “OK” seperti aku akur.

Walhal dalam benak hatiku, aku ingin bertanyakkan kerana apa, mengapa tiba-tiba, tapi sebaliknya, aku berdiam & terus mematikkan panggilan itu.

Aku pun melangkah keluar dari hidup Wan. Sebulan pun berlalu, aku serabut & tak berpuas hati, tanda tanya terlalu banyak, kerana ianya berakhir seperti tergantung.

Kini, aku pun memulakkan, aku menghubungi Wan dengan cara berhemah. Setelah aku mengambil masa sebulan bertenang. Akhirnya, aku meminta penjelasan untuk itu dan akhirnya, hambar, Wan berkata perkara yang sama & untuk sekali lagi,

“Aku sekarang ni, kalau ko nak stay, then stay, ko nak blah, terpulang, aku tak nak halang kau” bentaknya.

Aku terdiam untuk selagi lagi, lidah ku kelu. Mata ku mulai berkaca, sepi seketika perbualan kami itu.
hendak aku berkat,a “kenapa….”

Wan akhirnya bersuara, sambil merengus, nafasnya ditarik panjang, aku sedia mendengarkannya.

“A….ku depression”

“Dah lama”

“A….ku on meds & meds tu MAHAL ko tau tak?”

Wan mulai rancak menjelaskan. Dengan gigih aku terus mendengar. Wan semakin bercerita.

“Aku serabut dengan kerja, baru nak mula, tapi dapat berita macam tu…”

“Kau rasa ada masa depan tak aku ni?”

Aku terus diam. Wan meneruskan bersuara dalam perbualan itu,

“Ye, aku memang nak kahwin dengan kau, tapi bagi aku masa. Itupun kalau kau sanggup nak tunggu, tunggu sampai bila? Aku tak tau. So, kalau kau rasa nak blah, silakan”

Mendengarkan kata-katanya itu membuat aku sedikit lega, namun setelah itu aku menyedari, Wan masih mahu aku berhenti berharap padanya.

Mengimbau memori ketika Wan mahu aku berjumpa kedua orang tuanya. Aku yang ketika itu tidak bersedia, dalam masa yang sama aku juga demam. Namun Wan tetap mahu aku pergi bersamanya ketika itu. Terlihat wajahnya yang ceria apabila aku memberi tahunya aku bersetuju.

Aku kembali tersedar dari memori tadi dan menyedari, Wan yang aku mahu, sudah berubah hati.
Selepas Wan memberi penjelasan itu, aku hanya mampu akur dan aku pun berkata padanya

“Ok, wan. Aku faham dah. Aku minta maaf, kita kenal terlalu lama, kau tau aku banyak bersabar, kau sedar tak? Aku sayang kau. Aku terseksa menanti kau, kau tau kan. Sebab tu kau cakap macam ni.

Kau kata nak kahwin, tapi kau sendiri tak pasti bila, aku lagi tak pasti. Sebab aku tunggu kau, aku memang sanggup tunggu kau Wan. Tapi dalam penantian itu, aku juga terseksa dengan kau…”

“Sebab tu aku kata, kau layak bahagia walaupun tanpa aku. Eh kau ingat aku main-main ke ni? Mesti kau tak percaya aku tengah sakit, eh kau ingat murah ke ubat aku tu? MAHAL ko tau!” suara besar Wan memotong perbualan ku.

“Sanggup tunggu? ok lah. Tapi jangan tanya bila, sebab aku tak tau” nadanya perlahan, sayup..

Mendengarkan kata-kata Wan tadi, aku pun berkata.

“Baiklah, aku cuba faham”

Dan berakhir pun perbualan telefon itu. Hari demi hari, minggu & bulan, aku dan Wan terus sepi. Aku ada menghantar beberapa pesanan bertanya khabar kepadanya, namun hanya dibalas dingin.

Ada ketikanya, hanya di baca tapi tidak berbalas. Menanti Wan mencari aku ketika itu, bagaikan tunggu bulan jatuh ke riba.

Hati aku terus remuk, lukanya semakin besar, semakin dalam. Saban hari, aku hampir berputus asa. Doa ku setiap hari menyebut namanya.

Masa besilih ganti, akhirnya, aku tidak lagi berdoa menyebut namanya. Aku berhenti berharap…

Telefon aku pun berbunyi, menandakan terdapat pesanan masuk, aku yang mendengarkan itu terus mencapainya dan melihat apakah pesanan itu.

Alangkah terkejutnya aku, melihat nama yang terpapar di screen telefon itu. Insan yang ku nantikan itu akhirnya menghantar pesanan. Aku secara cepat-cepat membukanya.

“Lawa DP”

Hambar. Itu yang aku rasa ketika itu, apa tidaknya. Aku sebenarnya telah menukar gambar profile WhatsApp aku ketika itu kepada sebuah gambar lelaki, merupakan seorang pelakon Hollywood. Lalu aku membalasnya

“Yes, thak you”

“Anyway, takyah la ko nak sebok DP aku lawo ke dak, tak perlu mesej macam ni, ko yang nak kan semua ni, lelaki tak guna *&(%$#” marahku padanya tidak reda dan untuk itu, bukan lah pertama kali dia mendapat makian seperti itu dari aku.

Wan pun membalas,

“I’m sorry for texting you like this, I wasn’t supposed to text you, sorry, aku tau kau terluka & bla bla bla”

Panjang berjela penjelasannya, namun hanya mampu yang aku faham, dia tetap mahu aku terus menjauhkan diri darinya, tetapi mahu juga untuk aku terus bertahan.

Aku bingung, dalam hati ku “apakah semua ni, benarkah dia sakit?”

Jauh dalam hati ku, aku sebenarnya tidak mempercayai kata-katanya.

Pada aku, ia cuma alasan untuk berpisah dengan ku, mungkin dia sudah jumpa wanita yang serasi denganya, tetapi dia tidak mahu beterus terang, kami kan LDR, sudah pasti dia mahukkan seseorang yang dekat dengannya.

Tapi untuk apa dia berlaku sebegini kepada ku, aku sendiri tidak tahu. Jika mahu berpisah, maka tidak usahlah munculkan diri lagi. Terlalu tidak adil. Kejam.

Aku hanya berdiam diri dan tidak membalas mesej itu.

Hujan, ribut, malam, pagi, hari, minggu & bulan pun terus berlalu, itulah kali terakhir komunikasi dengan Wan.

Aku semakin lemah & mahu mengalah, aku tidak boleh teruskan begini. Sekian lama nya aku berdiam diri, memujuk hati ku sendiri. Aku fikir, aku berhenti patut berhenti berharap.

Terima kasih,

– Baby (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *