Maafkan Aku Kerana Tidak Sempurna II

Untuk part I, (https://iiumc.com/maafkan-aku-kerana-tidak-sempurna/).

Assalammualaikum buat para pembaca yang setia sekalian. Ini ialah kesinambungan dari kisah first. Maaf kali ni cerita lebih panjang. Maklumlah, orang jiwa kacau, dekat page ni boleh lah luah sehabis yang boleh kan. Hehe!

Terima kasih kepada admin kerana approved cerita ni & terima kasih kepada yang menasihati & doa yang baik2 tempoh hari.

Untuk yang kecam, tidak mengapa, itu kan lumrah. Aku maafkan. Siapa lah tak geram kan dengan perangai terlalu lurus macam aku ni. Apa-apa pun jom baca kesinambungannya~

-Aku semakin lemah & mahu mengalah, aku tidak boleh teruskan begini. Sekian lama nya aku berdiam diri, memujuk hati ku sendiri. Aku fikir, aku berhenti berharap, tetapi sebaliknya.

Aku pun mulakan dengan menghantarkan pesanan kepadanya, setelah lama aku tidak menghantar apa-apa padanya-

Pesanan ku berbunyi,

‘’Wan mana :( I miss him”

Itulah pesanan ringkas ku kepada Wan

Tanpa ku duga, Wan dengan cepat membalas pesanan ku,

“Kenapa kau mesej macam ni? Why? You really don’t have to do this. Wan dah lama mati! I hate you (my fullname), aku benci semua tentang kau.

Aku benci bila aku terpaksa lalu kedai dot dot dot Sebab aku akan terhidu perfume yang kau pakai and it reminds me of you and you should know why!

Aku benci bila aku tengok sekeliling just every time it’s reminds me of you.. I just can’t. I HATE YOU. So, stop doing this, stop hoping because you already gave up ! Just go!!”

Why? Sebab aku sayang lah.

Sekali lagi, aku terkedu membaca mesej itu. Dalam fikiran aku, apa salah aku sehingga dia benci aku sebegini? Yang berganti pasangan itu dia, yang pernah ketahuan berkasih asmara juga dia, yang selalu menghilangkan diri itu dia,

Kemudian tiba-tiba timbul (tanpa menjelaskan apa-apa), yang kerap tidak menjawab panggilan itu dia, yang membalas mesej seperti tidak sudi itu dia. Aku? Aku lah si bodoh yang setia menanti untuk dia berubah.

Ku salah apa? Benar, aku juga salah kerana aku kerap sangat melenting, aku kerap ungkit kisah lalu dia, aku kerap ungkit salah dia, aku kerap caci maki apabila aku hilang kawalan, tapi aku buat semua itu sebab perangai hantu dia sendiri.

(Ya, memang aku bodoh sebab bertahan dalam hubungan toksik) Apalah sangat sekadar maki hamun dari aku kalau aku bandingkan dengan perbuatan dia terhadap hubungan kami bina selama 6 tahun? Aku setia membuta!

Terpaku, lalu aku membalas mesej itu,

“You know you hurt me, why act like you are the one who is hurt? Who is hurting?”

“I just miss him”

Mesej aku itu dibalas,

“He is dead”

Heartlessnya kau jahanam! Berdoalah agar kau tidak menyaksikan/ mengalami perkara ini terjadi dalam hidup kau & mohonlah agar tiada dalam ahli keluarga kau atau keturunan kau terkena dek kerana balasan ini.

Bodoh! Ye, aku baru tau setelah itu gais.

Aku tidak berdaya lagi, telahku merayu semahu ku, namun itu balasan yang ku dapat. Aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana aku mampu bertahan sakit hati lama macam tu.

Ketika aku masih sayang, diperlakukan seperti itu. Sedih & malu, tidak terkata. Tidak adil sungguh dunia ini. Memang berbakul-bakul lah bodoh aku ketika itu. Fuhh!

Mesej itu berakhir begitu sahaja. Aku membawa diri, kali ini aku lebih terbuka dengan sahabat-sahabat ku.

Sejujurnya, aku tidak pernah sekali pun berkongsi masalah perhubunganku dari awal perkenalan lagi, kepada sesiapa, aku seorang yang sangat berahsia. kesemuanya aku susun & simpan rapi.

Pendam sendiri. Aku tidak mahu mereka tahu, tapi pada akhirnya, aku tetap kalah.

Tidak mampu aku sorok mata ku yang bengkak akibat menangis teruk dari malam hingga subuh. Setiap hari. Penangan putus cinta & cinta tidak dibalas, walaupun selama ini menuai kasih.

Aku mula berkongsi cerita dan semuanya seperti tidak percaya, marah, ada yang persoal, kenapa aku begitu naif, kenapa aku begitu lurus/ bangang tahap nak bagi penampo & KENAPA? Haih!

Hujungnya, mereka mampu bersimpati saja & menyokong penuh, aku wajib melupakkan semua itu.

Move on Baby! Sahabat2 aku sebulat suara, walaupun ada sorang yang tidak setuju (LOL). Kini ada tangan yang dapat aku capai! Rezeki yang aku terlepas pandang, memiliki sahabat baik umpama bidadari. Allah sayang ^_^

Aku kini ditemani sahabat-sahabat ku. Merekalah yang memberi ku semangat, mendengar tangisan ku setiap kali aku tidak mampu bertahan.

Pakej, siap temankan aku tidur, makan, pakai dijaga, layan aku bercakap sampai subuh, kerana tak mahu aku bersendirian, ya aku macam nak gila masa tu. setiap malam aku berjaga & paksa kawan aku dengar semua. Ulang & ulang. Jadi, mereka tidak mahu aku terus meratapi.

Terima kasih korang. I love you all dunia akhirat! Sebaknya aku teringat ni.

Oh ya, aku tinggal bersendirian dirumah & aku jauh dari keluarga. Adik beradik aku kan semua dah ada keluarga sendiri, ibu pun sentiasa sibuk dengan kakak/abang, cucu-cucunya. Sebab itu aku juga tidak berkongsi apa-apa dengan mereka.

Sekadar nasihat aku pada kakak/ abang yang mempunyai adik perempuan bongsu, yang jauh/ dekat perbezaan umurnya (tak kiralah), cubalah jadi sahabat mereka sejak kecil, atau remaja ke, mereka masih perlukan perhatian, walaupun dah besar panjang.

Jangan abaikan mereka, sehingga mereka mencari kasih diluar & selain keluarga.

Setelah hampir setahun kisah itu berlalu. Hati ku akhirnya bersedia memberi ruang kecil & menerima kehadiran orang baru. Walau pada hakikatnya, masih terlalu awal lagi. Aku belum pulih sepenuhnya.

Emosi aku masih rapuh. Tapi, aku mahu move on. Selama ini aku hanya simpan untuk orang yang tidak menghargai aku, konon setia menanti. Tapi hancur juga, wasted.

Ditakdirkan, aku berkenalan dengan seorang jejaka pakej yang lengkap. Mempunyai ciri-ciri yang aku mahu. Aku namakan dia Adam.

Namun, aku jadi lebih berhati-hati selepas dari kisah aku lalui. Aku lebih peka & straight to the point. Adam cuba mendekati aku dengan cara gentlemen.

Adam telah Berjaya menambat hati ku buat pertama kali. Sedangkan, selama ini aku begitu sangat menolak (tolak mentah2 ya kawan-kawan) dengan mana-mana lelaki yang cuba mendekati aku.

Sombong, pasti itu lah 1st impression mereka dapat jika tidak mengenali aku. Mula Adam mengajukan soalan terhadap ku,

“Awak dah berpunya ke?”

Aku “Single. berminat nak kenal lebih ke? Dah ada plan nak kawin tak? Kalau setakat nak kenal macam untuk buang boring kau, aku tak berminat & takdak masa nak bercinta, sorry’’

Ya, begitulah luaran & perwatakkan ku.

Adam “WOW, kalau macam tu saya terus terang lah ye. Saya sebenarnya, dah lama perhatikan awak (crush 2 tahun) & saya ingatkan awak dah berpunya, sebab dekat facebook nampak banyak gambar dengan lelaki”

Aku tersentak, tersengih, dalam hati aku berkata lelaki mana pulak ni, lol. Tapi betul, memang banyak sebab kerja aku memang kena jumpa banyak orang sana sini & kebanyakkan memang akan deal dengan lelaki.

So, mustahil tiada yang mengurat aku bila dalam bidang kerja memerlukan jumpa orang luar. Tapi yelah, aku kan setia membuta dulu.

Aku pun beritahu Adam “Oh yeke? Kalau berminat, jangan buang masa. Gentlemen? Jemput datang rumah jumpa keluarga, nyatakan hajat’’

Seiring masa berlalu, aku dengan Adam berkenalan dalam tempoh yang singkat itu & memutuskan untuk bertunang & berkahwin pada tahun yang sama. Adam kelihatan bersungguh-sungguh untuk menghalalkan hubungan kami & usaha dia 1 per 1 aku nampak.

Sebelum melangsungkan pertunangan, aku beterus terang dengan Adam tentang masa lalu aku, aku mahu Adam kenal dengan siapa bakal tunang & isteri dia pilih ni.

Aku nekad dan sekiranya Adam tidak mahu meneruskan, aku redha. Kerana, aku tidak hanya fokus dengan perhubungan sahaja.

Aku ada masa depan dengan kerja aku. Sejurus menjelaskan kesemuanya, aku terharu dengan respon Adam yang sangat positif & sangat menyokong aku untuk teruskan melangkah. Seorang lelaki yang cukup matang & memahami. Sempurna.

Kata Adam,

“Siapa saja tidak mempunyai kisah silam hitam & pahit? Kita semua pasti ada. Siapa kita di masa lalu, itu biarlah begitu. Yang kita perlu & paling penting sekarang, ialah terus perbaiki diri. Past is past, lebih baik kita fikir, siapa diri kita harini & hari esok, kita yang tentukkan semua itu.

Aku juga pernah melalui sakit yang sama, aku faham maksud kau & kenapa kau macam ni, pun aku faham. terima kasih kerana berani jujur, tidak semua orang mahu berkongsi kisah lalu yang buruk dengan sesiapa”

Mendengarkan Adam berkata begitu, aku lega, sedih, gembira & bersyukur kerana aku dipertemukkan dengan orang yang sangat baik seperti Adam. Tapi aku fikir, berani jugak Adam ambik risiko berkahwin dengan aku ya. Fuh! Baru lah namanya lelaki gentlemen.

Bagaikan di awang-awangan, kami telah pun selamat bertunang dengan cara sederhana, hanya sarung kan cincin & membuat kenduri doa kesyukuran. Tiada pelamin, tiada pakaian istimewa,tetamu hanya keluarga sahaja & aku hanya mengenakan baju kurung cotton. Aku memang simple je.

2 bulan setelah pertunangan aku, Wan tiba-tiba muncul semula.

Ayat kekok dia, “Happy birthday baby, how are u?”

Namun, aku tidak membalas mesej itu. Aku seperti tiada perasaan, sedangkan lelaki ini ialah kelemahan terbesar aku. Terbesar! Aku membiarkan mesej itu. Seminggu setelah itu, Wan kembali dengan mesej yang serupa, berbunyi,

“Happy belated birthday, wish bla3 & I’m sorry cz I lama menyepi”

Aku terus berdiam diri. Kerana aku ingat kata-kata Adam, kini tunang aku.

Sebulan kemudiannya, Wan kembali lagi menghantar pesananya terhadap ku,

“Aku depan rumah, I have gift, tengok luar’’

Cissss! Jahanam!

Seperti dihantui. Namun aku kuatkan hati. Aku tidak berbuat apa-apa. Aku hanya membiarkan Wan seperti itu.

Tapi, aku juga kembali persoalkan. Aku nak move on lah! :( Mengapa sekarang cari aku seperti ini. Kau sekadar mengusik kah? Kejamnya kau manusia setan!

Aku bersyukur, aku begitu teguh membiarkan Wan berlalu pergi. Setelah aku hanya berdiam diri, Wan pun menghilangkan diri dari hidup aku.

Fikiran aku melayang-layang, aku befikir, apakah benar Wan itu sakit? Mengapa dia munculkan diri seperti tiada apa yang telah berlaku di antara kami yang berbulan lalu.

Ya, itulah persoalan si naif bodoh yang terus tertanya2, pasti Wan seronok permainkan hati aku kan.

Hari perkahwinan aku & Adam semakin dekat, namun fikiran aku masih tidak begitu tenang. Aku hanya teringatkan Wan. Aku memutuskan, aku mahu memberitahu Wan, sekurang-sekurangnya, aku beritahu dia aku bakal berkahwin.

“Assalam. Wan, ingat lagi tak ni? Wan, aku nak bagitau kau, aku nak kawin tak lama lagi. Aku mesej ni, nak say for proper good bye, thanks untuk semua memory yang pernah kita ada. Aku doakkan semoga kau bertemu jodoh & live a happy life & be good, take care wan”

Wan pun membaca pesanan aku dengan pantas, namun kelihatan lama “typing…”

Beberapa minit kemudianya, Wan membalasku dengan,

“Wassalam. Oh, really. Tahniah. Semoga bahagia. Minta maaf atas salah silap aku selama ni, minta maaf sebab aku buat kau sakit, sebab abaikan kau, aku minta maaf sebab kita terpaksa berjauhan, aku minta maaf atas kekurangan aku & maafkan aku sebab jadi mimpi buruk kau.

Maaf, aku tahu mungkin maaf aku sudah tidak bermakna untuk kau, I keep saying sorry remember. Tapi aku nak jugak minta maaf. Halalkan makan minum aku selama ni, aku doakan kebahagiaan kau. Sampai jumpa lagi ya. Thanks”

Pasti puas hati Wan permainkan aku kan. Mesti dia gelak besar lepas baca mesej aku. Alahai si bodoh ni, mungkin katanya~

Ya, aku loser.

Setelah membaca pesanan itu, aku menangis semahu-mahunya. Sakit, terasa seperti baru sahaja. Aku merasakan ketidakadilan dunia menghempasku!

Sehingga ke saat akhir ini, aku tiada nilai dan itulah yang paling pahit untuk aku telan, kisah si loser dengan Wan si jahanam. Bertingkat2 bangang kan gais. Aku masih berharap rupanya! Kahhh! Nasib orang tersakiti, memang.

Aku berdoa, memohon kepada Allah, agar kuatkan lah hati aku, tetapkanlah hati ku ini. Tolong aku Ya Allah. Aku tidak mahu kembali merana. Walau hakikatnya, aku telah pun lama merana dan masih merana pun.

Alhamdulillah, macam orang kata, time will heal. Aku dan Adam telah selamat bernikah dengan cara yang sederhana, memang aku mahukkan semuanya simple & mudah.

Seperti bermimpi, aku kini menjadi isteri Adam, lelaki yang baik, budiman, tinggi, berbadan sederhana, hidungnya mancung, bibirnya kemerah-merahan, rambutnya hitam tebal, berkulit cerah, rupawanlah, sebab tu aku kata full package, benarkah sudah menjadi suami aku?

Benar! Dan aku memang jatuh hati pada Adam & itulah permulaan aku merasa bahagia, bahagia yang aku pinta dalam doa sekian lama. Inilah hikmah disebalik derita aku dulu.

Mungkin? Ini lah pelangi selepas hujan, yang aku nantikan. Kini, aku perlu melayari bahtera rumah tangga bersama insan yang ku anggap sempurna ini. Suami aku, Adam.

Maafkan aku kerana aku tidak sempurna ketika kau sudi memilih aku sebagai pendamping hidup mu.

‘’Semoga aku mampu menyayangimu selayaknya. Semoga aku tidak menganiaya & zalim terhadap mu & diriku’’

Aku mohon doa dari kalian, doakan aku dapat ketenangan jiwa secepatnya. Ada sebab aku berkongsi & menulis disini. Cerita aku masih panjang & masih banyak lagi. Aku masih mahu berkongsi.

Terima kasih kepada yang membaca, semoga korang diberikkan rezeki yang banyak & kehidupan korang diberkati selalu. Aamiin.

Salam sayang,

– Baby (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *