Assalamualaikum semua. Orang cakap lelaki dan perempuan tidak boleh jadi sahabat baik, salah seorang mesti akan timbul rasa sayang. Berputik nya rasa cinta di hati.
Aku ni ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Perwatakan aku juga kasar tapi aku bukan tomboy atau pengkid ya. Naluri aku untuk dicintai dan disayangi oleh seorang lelaki tetap ada.
Sekali lagi, aku memang ramai kawan lelaki. Tapi hanya seorang lelaki ni yang berjaya buatkn aku angau kan dia walaupun kami berdua hakikat nya bersahabat baik. Setiap hari kami bercerita dan meluahkan masalah. Perangai dan sikap dia sama macam aku. Senang aku cakap, boleh masuk kepala la.
Aku selesa ngan dia. Dia selesa ngan aku. Tak pernah tak gelak bila dengan dia. Ya. Aku dh suka dia. Aku sayang dia. Mulanya hanya sayang sebagai sahabat. Akhirnya kecundang jua.
Benteng hati yang aku pertahankan untuk tak jatuh cinta pada sahabat sendiri, akhirnya runtuh. Dalam erti kata lain aku cintakan dia. Bukan sayang bukan suka tapi dah tahap CINTA.
Ya. Aku tau. Dia anggap aku biasa2 ja. So aku pendam perasaan aku (cuma dalam pendam tu adalah terselit pickupline tu, haha). Konon aku mengorat dia. Hakikatnya memang aku yang mengorat dia pun. Dia pun layan. Dia layan semua kerenah aku. Kadang2 sampai hilang sabar pun ada, haha.
Cara dia ambil berat dan nasihat tu, tipulah kalau tak cair. Aku bukan jenis cepat sayang orang pun tapi bila dengan dia, aku lemah. Tapi aku tak mahu hanyut dalam perasaan tu. So aku istikharah. Aku selit nama dia.
1 hari tu aku rasa aku kena beranikan diri. Aku dh tekad untuk luahkan perasaan aku ni kat dia. Aku dah tak kisah dgan istilah perigi cari timba or dia reject aku. Yang penting aku luah! Aku mesti cuba! Mana tau dia pun ada rasa yang sama dengan aku. Sebab dia pernah kata dia sayang aku. Walaupun tak direct, tiap malam lepas wish goodnight dia mesti cakap I Love You Sayang.
So aku rasa aku kena mulakan langkah. Aku luah perasaan aku. Tapi dia tak percaya. Sebab aku ada ramai kawan lelaki. Berkali kali aku yakin kan dia. Dia tetap tak percaya tapi dia balas perasaan aku.
Nak dikatakan bercinta tu tak. Makin hari makin hilang mesra tu. Makin hambar. Dia seolah2 mencari kesalahan aku untuk tinggalkan aku. Reply lambat, gaduh. Ter bluetick, gaduh. Kadang2 sampai 3 hari.
Sebelum raya tu, aku memang takda mood. So aku reply nak tak nak dengan dia. Bukan sebab aku marahkan dia. Aku yang mengorat dia takkan aku nak marahkan dia. Dia buat ayat pasrah kat aku, then dia bluetick kan aku. Aku ingatkan 3 hari lepas tu okay balik (kitaorang standard gaduh 3 hari je) rupa rupanya sampai berbulan. Sampailah sekarang.
Korang tahu apa perasaan aku? Masing2 ego. Taknak tegur. Aku lagi la sebab aku yang mengorat dia. Aku yang ada perasaan kat dia. Sakit rindu tu hanya Allah yang tahu. Sakitnya lafaz yang terpendam tu hanya Allah saja yang tahu. Bait bait lirik lagu Lafaz Yang Terpendam aku hayati. Aku amati. Serta merta air mata aku jatuh.
Aku rindu dia. Aku cuba tegur tapi aku padamkan niat aku. Aku delete no dia. Dengan berharap dia tegur aku. Rupanya setakat situ saja. Allahu akbar.
Aku menyesal. Aku menyesal sebab luahkan perasaan. Aku menyesal ada perasaan untuk kawan baik aku sendiri. Sedangkan pada hakikatnya aku tau aku tak mau kehilangan dia sebagai sahabat aku. Perasaan sayang ni punca aku hilang dia.
Maafkan aku sahabat. Aku tau aku tak patut ada rasa ni untuk kau. Setiap hari aku tak pernah lupakan kau. Aku tunggu kau. Maaf sebab aku sayang kau lebih dari seorang sahabat. Maaf sebab aku ego. Maaf kalau kau tak selesa dengan aku. Aku sayang kau tapi biarlah lafaz ini tersimpan. Walaupun kau dah tak dengan aku, perasaan ini masih ada. Aku cuba buang tapi tak boleh.
Susahnya nak move on. Tapi takpalah aku tetap doa kau jumpa yang terbaik sebab kau pun baik. InsyaaAllah walaupun di dunia kita berpisah, aku harap kita berjumpa di akhirat. Aku tunggu kau ya sahabat!
Assalamualaikum. Terima kasih semua. Alhamdulilah sampai sini saja confession saya.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit