Maafkan Aku Si Penyondol

Bismillahhirrahmannirrahim… Terima kasih kerana sudi menyiarkan confession saya… Mohon nasihat dan sokongan dari para pembaca.

Saya serba salah nak cerita kan perkara ni… Tapi saya harap confession ini sampai kepada empunya badan. Bukan tidak mahu berdepan tapi lagi elok saya tidak memanjangkan lagi masalah ini…

Saya telah berkenalan dengan seorang lelaki hampir setahun. Saya semakin sayang dengan dia. Dia sangat caring dan memahami. Saya selesa bersama dia, saya bahagia bila dia ada.

Mabuk cinta, semuanya indah. Dia ada menyatakan hasrat ingin berjumpa orang tua saya dan menjadikan saya isterinya. Siapa tak bahagia mendengar niat itu.

Memanjangkan umur saya pun sudah meningkat saya tak teragak menerima dia. Alhamdulillah niatnya saya sampai kan kepada ibu bapa saya. Tersenyum mereka, anak mereka bakal berkahwin.

Bo**h dan buta betul saya. Cair dengan kata-kata dan layanan dia. Setiap hari tidak lepas ‘I love you’. Bersyukur Allah s.w.t sayang kan saya, saya terjumpa akaun fb si dia.

Saya pernah cuba cari. Tapi tak pernah jumpa. Di akaun fb itu terpampang gambar dia bersama isteri dan anak2 nya. Akaun itu juga tidak mengunakan nama sebenarnya.

Begitu juga akaun lagi satu. Saya tidak melenting dekat dia, saya tanya elok2, tanya kenapa tipu saya?

Dia ada anak perempuan tidak kah dia risau suatu hari nanti anaknya menerima nasib yang sama seperti saya? Menangis tu pasti sebab dah terlalu sayang.

Pandai sungguh dia sorok kan status dia. Langsung tak dapat saya hidu. Dia minta maaf sangat2 dekat saya. Katanya mula2 sekadar main2, namun setelah mengenali saya dia sudah mula sayang akan saya.

Tersepit dengan situasi bo**h ni. Hati saya sayang sangat dekat dia, namun akal saya berkata “kau bukan pemusnah rumah tangga orang”.

Saya fikir wajah anak2 nya, comel sangat tersenyum saya. Mungkin sebab saya suka kan kanak2. Namun tergamak ke saya memusnahkan senyuman tu. Saya tak kejam.

Saya lihat pula gambar isterinya, cantik sekali orang nya. Apa yang kurang? Jauh lebih cantik dari saya.

Saya mintak putus. Dia tidak mahu melepaskan. Saya terganggu, dia masih meneruskan aktiviti harian caring dan memahami nya meskipun saya tidak menyahut panggilan atau mesej dia.

Saya kalah bila dia kata hendak berkawan. Salah saya, saya sendiri belum sedia melepaskan. Jauh disudut hati saya mahu dia menjadi milik saya.

Kami mula berhubung semula. Saya cuba korek masalah rumah tangga nya. Setiap hari saya ingatkan dia terhadap tanggungjawab dia kepada keluarga. Kononnya saya penyelamat rumah tangga nya. Hakikatnya saya yang susah melepaskan dia.

Tak pernah sekali pun dia memburukkan isterinya. Bahkan dia mahu bawak anak2 nya berjumpa dengan saya. Saya tolak. Masih belum bersedia berdepan dengannya. Saya tak kuat nak hadapi semua ini.

Beberapa kali juga saya minta putus, saya cuba buat hal. Tak pernah dia marah saya, bahkan memberi saya ruang, memberi kata semangat.

Betul lah suami orang ni memang pandai berkata kata. Dia bahagia katanya dengan saya, siap tanya saya nak tak jadi isteri no 2. Saya tak nak, bukan sahaja saya tak sanggup memusnahkan kebahagiaan keluarga nya.

Saya sendiri tak sanggup nak berkongsi. Dimata saya dia sempurna, mabuk cinta betul. Saya mohon dia memberitahu isterinya mengenai kami.

Saya setiap hari dihimpit rasa bersalah berhubung dengan suami orang. Tapi berat juga untuk saya lepas kan dia. Dia asyik menangguhkan permintaan itu.

Disitu saya dah nampak apa yang patut. Jujur jika isterinya tidak mengizinkan, kaki saya memang ringan untuk berundur. Tapi dia kerap mengatakan dia akan menyakinkan isteri nya.

Kisah status dia tak pernah saya cerita kan kepada keluarga mahu pun sahabat baik. Malu, berhubungan dengan suami orang.

Tapi pendam sorang2 buat saya stress, akhirnya saya cerita kan kepada sahabat saya. Alhamdulillah saya ada kawan yang baik. Tegur saya secara elok. Katanya faham dah sayang.

Faham kenapa saya rahsia kan status dia. Sebab saya malu. Cuma sahabat saya harap saya bagi tau awal dekat dia supaya dapat membantu. Dia tak mahu lihat saya terluka menangis.

Saya doa sentiasa semoga Allah menjaga saya. Andai betul jodoh saya tak tolak, namun jika tak berilah petunjuk agar hati saya boleh move on.

Berkat bantuan kawan saya, perlahan2 saya undur kan diri. Mula tidak reply msg atau panggilan nya, bermacam alasan saya buat… Sibuk, penat etc.

Dia masih setia menghubungi saya, sehingga lah saya perasan dia telah menyekat saya di WhatsApp. Saya tersenyum, adakah ini petunjuk dari nya. Saya tggu sehingga beberapa hari dan saya DM dia di fb. Tiada balasan tapi dia online.

Kemudian saya stalk akaun isteri dia. Saya tersenyum lagi. Sah dia kantoi dengan isterinya. Status isteri nya dah membuktikan tekaan saya. Terus saya decide untuk block dia dari semua arah.

Saya sudah sedih untuk move on. Tapi dalam masa yang sama rumah tangga dia bergoyah. Saya dihimpit perasaan bersalah. Aku punca ini terjadi.

Saya panjat kan doa semoga Allah s.w.t melindungi rumah tangga mereka, semoga mereka kekal bahagia sehingga ke Jannah.

Disini saya meminta maaf kepada isterinya, kehadiran saya mengganggu kebahagiaan rumah tangganya. Saya akui silap saya, walaupun saya yang di tipu oleh si dia. Namun bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Kak, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Saya tiada niat hendak menjadi perampas atau pemusnah rumah tangga akak.

Saya juga wanita, hati saya lembik bila dengar ayat2 manis dia. Saya juga wanita, saya terbayang kalau saya di tempat akak. Pasti saya terkulai menangisi nasib.

Tapi saya respect akak sebab akak kuat. Saya doakan rumah tangga akak berkekalan sehingga jannah. Maaf kan saya, saya berdosa dengan akak. Saya jahat. Saya si penyondol tak guna.

Untuk si dia, sudahlah…isteri awak sudah cukup sempurna. Dia telah membawa, melahirkan dan membesar kan zuriat awak. Makan minum, pakai awak semua terjaga rapi. Jangan disia2 kan dia, dia bidadari awak.

Kita dah tersilap, anggap ini pengajaran. Ayuh sama2 kita bertaubat, mohon kemaafan dari yang esa. Selamat kan lah rumah tangga awak. Jangan difikir pasal saya. Saya maafkan awak.

Saya bukan manusia yang sempurna tapi biar lah saya mencuba dari membiarkan diri hanyut dengan hasutan dunia. Saya tidak sempurna, saya juga ada cacat cela.

Ini pengajaran besar buat saya, berhati hati lah agar kesilapan sama tidak berulang kembali. Semoga saya tabah n cekal menghadapi ujian ini.

Buat gadis di luar sana, berhati hati lah agar tidak terjerat dengan suami orang. Selagi boleh elak, elakkan lah. Seandainya ada jodoh, Insyallah kebahagiaan itu milik kalian.

Saya tidak menangis, jujur saya rasa ringan. Seolah satu beban yang besar hilang. Dari badan saya. Tidak pernah saya perasan yang selama ini saya membawa beban yang berat.

I’m moving forward. Saya belajar untuk mencintai Allah s.w.t, keluarga dan diri saya sendiri, itu lebih baik. Doakan saya untuk terus melangkah dan tidak berpaling ke belakang.

Terima kasih,

– Fyza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *