Sabtu, 11/01/2020
Hari ni aku betul-betul dah give up dengan hidup. Aku dah tak sanggup nak teruskan perjalanan ini.
Hari ni, saat ini aku sedar yang aku addicted dengan judi. Aku tak boleh nak bendung addiction aku sampai menyusahkan orang lain yang ambil berat dan percaya pada aku. Aku musnahkan hidup aku sendiri.
Aku tahu judi tu haram dan merugikan, tapi aku tak boleh control keinginan aku nak tabur duit. Aku tak mampu nak melawan. Habis duit gaji, terus minta belas kasihan orang nak pinjam duit nak makan.
Tiap saat aku fikir kenapa aku macam ni, aku taknak hidup macam ni. Aku taknak tambahkan lagi beban dan hutang. Aku aku masih percaya judi boleh selesaikan semula. Aku b0doh.
Aku sia2 kan perempuan-perempuan yang baik, yang ikhlas terima aku sepenuh hati. Tapi apa yang aku buat? Aku habiskan duit titik peluh dorang. Aku gadaikan janji nak hidup bersama. Aku tipu dorang untuk lunaskan ketagihan judi aku. Malah aku tinggalkan dorang dengan hutang pula. Aku bangsat.
Aku jumpa seorang perempuan yang paling mulia, iaitu isteriku. Sebelum kahwin pun aku masih dengan perangai kaki judi aku. Selalu tipu duit takda. Tapi dia sabar. Dia terima.
Lepas kahwin aku tetap tak berubah sikit pun. Pantang ada peluang, terus tabur duit. Aku mula pandai pinjam dengan Ah Long yang menyamar sebagai Syarikat Pinjaman.
Mula dari situ hidup aku terumbang ambing sebab semua duit yang aku pinjam aku terus tabur buat modal berjudi.
Bila dah tak boleh nak sorok dari isteriku, aku melutut merayu supaya dia selesaikan pinjaman aku.
Tak lama lepas tu, modus operandi yang sama berulang kali 2 dan 3. Isteriku sudah mula tawar hati dengan suami dayusnya ini.
Aku tak fikir kesan dan akibat sebab aku masih suaminya, masih duduk serumah. Kali ke 3 tu membuatkan isteriku menuntut fasakh, buatkan aku tersentak tersedar akan kesalahan aku selama bergelar suami.
Sedikit pun aku tidak menyalahkan, berdendam malah membenci isteriku kerana dia juga manusia, punya hati dan keinginan untuk dapat kebahagian rumahtangga yang aku tak mampu berikan. Aku suami dayus.
Lusa, 13/01/2020 tarikh perbicaraan mahkamah syariah. Dah 3 bulan aku tak berjumpa dengan isteriku. Hatiku tersangatlah rindu padanya. Cuma tempat aku dah takda dalam hati dia.
Aku cuma nak dia dengar perkataan terakhir aku yang masih lagi suami dia ialah “Babah minta maaf, babah tak menjalankan tanggunjawab babah sebagai suami mummy”.
Mungkin semasa kamu membaca email ini, aku dah takda. Suicidal thought sangat membenak dalam jiwa aku. Aku dah tak mampu nak repair hidup aku sendiri.
Aku yang orang pandang kuat dan educated tak mampu nak jinakkan nafsu berjudi aku. Aku dah tak sanggup. Aku dah takda kekuatan. Aku dah terlalu jauh hanyut dengan janji manis keduniaan.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku.
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit