Salam semua… Apa khabar…
Maafkan ibu anakku… Sungguh ibu sayang kamu… Tapi ibu tak cuba dan beri yang terbaik dalam keperluan dan perkembanganmu…
Ibu mula sedar anak ibu mudah marah yang sukar dikawal dan boleh diam masam atau nangis duduk di satu tempat berjam..
Anak ibu macam ada penyakit yang ibu bimbangkan. Tapi ibu yakin benda tu hanya sementara dan anak ibu akan baik saja nanti..
Dia dilahirkan sempurna, comel dan ada mudah belajar.
Syukur dengan anugerah ini walaupun rasa diri tak layak menjadi ibu kerana banyak dosa, banyak buruk dan tekanan masa mengandung.. sampai rasa aku yang begini berdosa namun Allah tetap beri yang terbaik.
Namun, aku mula merasakan dimana yang akan diuji dari anak ini adalah sikapnya. Ada masa aku kalah dan malu dengan sikap anak ini bila berhadapan dengan orang lain kerana kurang hormat dan melawan ibunya.
Maafkan ibumu ini, semua ini salah ibu tidak tunjukkan contoh yang baik. Ibu dan ayah sering bergaduh teruk depan anak. Buruk laku.
Benda ni ku cepat mengalah dengan keluar dari perkahwinan toksik, kami bercerai di usianya 6 tahun. Kini dia 7 tahun… Keputusan besar itu kerana aku dapat rasakan sampai bila anak akan saksikan keburukan ayahnya.
Ayahnya jenis tak solat, malas kerja dan tak pandai mencipta keindahan atau meraikan apa apa untuk dihargai.. tiada komunikasi yang baik..
Jika ditanya dah makan bila dia balik ke rumah dijawabnya tak payah sibuk. Jika disediakan makanan di rumah tak lalu dimakan.
Lepak di kedai makan yang sama memalukan diri ini sebagai isteri.
Berkawan pula dengan muka penagih lagi menyedihkan diri ini. Maafkan ibu menerima ayahmu seorang penagih. Jadi, sikapmu yang seakan negatif itu mungkin kerana marahmu tentang siapa ayahmu.
Andai ditanya guru ayah kerja apa, berat dia mahu menjawab kerana jujur. Ayahnya penagih dadah!
Aku kahwin lewat, antara sebab aku ni tak laku, pernah menjadi pesakit mental kronik yang masuk wad dr.
Cadangkan bagi elektrik pada otak sebab dah tak boleh fikir betul, mujur keluargaku menolak. Jika tak mungkin aku kini tak ada masa depan.
Kini, aku takut memikirkan masa depan. Aku takut anakku ini yang aku gagal beri pendidikan, asuhan sempurna akan jadi tertekan termenung dan tak mampu berada dalam kepesatan perlumbaan hidup.
Dia boleh belajar dengan baik. Tapi sekadarnya sahaja kerana tiada kelas tambahan lain untuknya. Kerana aku tak kaya.
Ramai saja aku rasa orang tak kaya, yang buat aku rasa tak apa asal hidup, tapi aku juga malu dan sedih dengan kekurangan ini menjadikan anakku tidak sangat berjaya.
Contoh… Hari sukan tak masuk apa acara… Di sekolah tak tampil untuk apa persembahan.. tengok je kawan dapat hadiah. Balik sekolah muram..
Hari merdeka ramai je kawan dia ada baju merdeka yang pelbagai jenis. Dia tak ada, aku tak mampu sediakan sekadar beli bendera kecil sahaja.
Pernah juga dia minta nak botol air berjenama atau warna kotak besar aku selalu kata mahal… Aku rasa andai apa yang dia nak dia dapat mesti dia gembira, mesti dia seronok ke sekolah.
Sudahlah nak bawa dia makan angin atau ke taman tema pun tak mampu. Tengok jelah perkongsian orang lain pergi tempat menarik…. makan di hotel… atau bersesak ke pawagam dan menonton perarakan….
Maafkan ibumu yang memilih menyendiri ini. Ibu jenis introvet takut orang, fikir persepsi orang, banyak benda tak pandai sebab kurang usaha atau takdir.
Masih gagal nak didik diri sendiri solat sempurna. Bayangkan jika aku solat, aku boleh lupa rakaat, kadang tu boleh berkhayal fikir macam-macam dan jauh sangat sampai kalau duduk tahiyat tu tak tahu berapa lama… Bila sedar terus bagi salam.
Aku dapat rasakan jika aku mampu solat dengan baik hidup aku akan baik… Aku tak putus berharap dan berdoa agar anakku menjadi orang yang menjaga solat dan hafal Quran. Aku katakan padanya kena baca, hafal, faham dan amal al-quran.
Aku cuba juga istiqamah baca awal dan akhir surah al-Baqarah dan al-Kahfi untuk menjadi benteng dari gangguan jiwa.
Aku sekarang ni terfikir andai anakku akan kena penyakit mental sedihnya. Dia jenis mudah termenung, pendiam dan inilah jenis aku dulu.
Aku takut penyakit ini adalah genetik. Aku dah lalui kepahitan itu dan aku harap dia tak akan kena.
Mungkin semua ini ada hikmah. Manusia yang mungkin kita lihat sempurna berjaya dan jutawan itu boleh ditimpa musibah juga yang meletakkan manusia ni sama saja.
Maafkan ibumu ini yang memisahkan dikau dengan ayahmu. Aku bagai dapat rasakan dia dahagakan kasih pelukan dan perhatian dari seorang ayah bila melihat orang lain dihantar sekolah oleh ayah mereka…
Namun, mungkin aku yang terlalu negatif. Ramai saja ibu tunggal yang berjaya dan bahagia diluar sana. Maklumlah aku suka tengok kisah selebriti jauh panggang dari api.
Jadi, antara matlamat aku nak sangat kaya cara halal. Tiada doa yang sia-sia. Terima kasih semua sudi baca. Aku harap kebimbangan aku ni bukan sangkaan menjadi doa tapi hanya berharap segala yang baik dunia akhirat.
Aku juga berdoa Syurga Firdaus buat bekas suami dan ibubapa mentua walaupun pernah disakiti. Kerana aku nak anakku bangga dengan ayahnya dan tidak disisihkan keluarga sana.. aamiin.
Selagi kita rasa berdosa dan ingin taubat itu lebih baik dari mengata dan merasa diri lebih mulia. Terima kasih semua..
– Ibu Dhia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit