Assalamualaikum, nama aku Naz (bukan nama sebenar). Apa yang ingin aku sampai kan disini adalah tentang adik aku.
Adik aku adalah seorang perempuan. Kami hanyalah dua beradik sahaja. Umur kami jauh berbeza kerana ibu aku mengalami keguguran sebanyak 4 kami sebelum mendapat adik aku.
Kisahnya begini, semasa adik aku mendapat keputusan PMR, aku sering memperlekehnya kerana keputusan adik aku sangat teruk dan mempunyai 2F.
Aku selalu memarahinya kerana dia sangat malas belajar dan selalu bermain telefon. Aku juga selalu berkata bahawa dia tiada masa depan jika terus dengan keputusan begitu.
Hari berganti hari, tibalah hari adik aku mengambil keputusan SPM. Apabila dia balik ke rumah, Aku pun bertanya kan tentang keputusannya, dan dia menjawab dia hanya mendapat ‘ 1A 5C 1D 1E 1F’.
Aku bertambah marah dan memaki makinya. Pelbagai kata kata yang teruk aku lemparkan padanya. Kerana dia telah menghampakan ayah dan ibu kami serta aku.
Ayah juga mengatakan bahawa dia tidak pandai dan membandingkan keputusan SPM aku dengannya. Aku juga mengatakan bahawa, dia anak tak guna kerana membuat ibu ayah kecewa. Ketika semua orang memarahinya, hanya ibu sahaja membela nya. Aku bertambah berang. Adik aku hanya diam.
Hari berikutnya, aku bersembang dengan ayah. Ayah mengeluh padaku tentang adik aku. Aku terus mengatakan bahawa adik tidak boleh di harap, tiada masa depan, tiada kerjaya dan tidak pandai. Apa saja keputusannya semua sangat teruk.
Aku sangat malu untuk memberi tahu pada kawan kawan dan sedara mara jika mereka bertanya tentang keputusannya. Kerana adik aku tidak pandai dan lembab.
Setelah lama bercuti, aku kembali ke U, iaitu tempat aku menyambung pengajian dan Aku akan menyambung degree di luar negara. Konflik berlaku apabila semasa aku di luar negara, 2 tahun aku tidak dapat balik ke tanah air kerana kesibukkan kerja dan aku sering tidak sihat atas faktor cuaca.
Semasa itu aku mendapat khabar dari jiran aku (merupakan kawan sekolah menengah), ibu aku mengalami strok akibat jatuh bilik air. Aku terus menelefon adik, dan memarah nya kenapa dia tidak memaklumkan pada aku.
Adik aku memberitahu dia sengaja merahsiakan padaku, supaya aku tidak risau dan boleh menumpukan perhatian terhadap kerja aku. Sepanjang itu, adik aku lah yang menjaga ibu. Tambahan pula, ayah jugak tidak berapa sihat akibat kencing manis dan darah tinggi.
Hari berganti hari, aku masih tidak dapat pulang ke tanah air, atas urusan lain. Adik aku pula masih menjaga ibu dan ayah aku di rumah, makan pakai dan kencing berak semua adik aku selesaikan sendiri. Dia tidak mengeluh dan menjaga ibu dan ayah dengan baik sekali.
Sebulan selepas itu, keadaan ibu semakin nazak, adik aku menelefon ambulans untuk membawa ibuku ke hospital tetapi malangnya ibu aku telah meninggal sewaktu dalam perjalanan.
Yang membuatkan aku kesal kerana aku tidak dapat peluk cium mayat ibuku dan berjumpa buat kali yang terakhir. Aku sangat kecewa. Aku tahu, ayah juga berasa bersalah seperti aku.
Dari memandikan mayat hinggalah kapan jenazah. Semua adik aku uruskan dan sedara sebelah ibu. Aku? aku hanya pandai memarahi adik aku saja, aku hanya pandai cakap besar dan aku hanya bangga dengan kepandaian aku.
Aku juga sedih, kerana aku terlalu emosi hanya kerana keputusan SPM. Aku sanggup memaki adik aku sendiri.
Jadi, disini aku nak bagitahu, untuk adik korang atau anak yang tak lama lagi nak ambil keputusan SPM. Jika tak pandai tu, jangan lah kita memperlekehkan mereka. Walaupun mereka tak pandai dalam akedamik, mungkin mereka sangat pandai dalam bab menjaga ibu ayah kita.
Aku pernah terbaca ayat ni, ‘akan ada seorang anak tak pandai antara adik beradik kerana anak itu lah yang akan menjaga ibu ayah kita’.
Aku sangat menyesal apa yang telah aku katakan pada adik aku. Aku malu. Walaupun dia tidak pandai tetapi dia yang menjaga ibu ayah kami. Adik aku sangat kuat. Aku bangga denganya. Aku tidak sepatut menghukumnya dulu. Sekarang perkara itu berbalik kepada aku.
Walaupun kita pandai, belajar jauh jauh kerja jauh jauh tapi tak pernah ada di sisi ibu ayah, tak pernah jengok ibu ayah tak guna juga. Biar kita tidak pandai seperti orang lain, yang pasti ibu ayahh diutamakan, bukannya kerja.
Alhamdulillah, aku telah pulang ke tanah air dan berjaya menamatkan degree. Oh ya, aku juga sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab, dikurniakan seorang anak lelaki.
Adik aku pula, tidak berkhawin lagi, dan tidak menyambung pelajaran ke mana mana. Dia masih di rumah, dan menjaga ayah aku pula yang sedang uzur. Dalam masa yang sama, adik aku mengambil tempahan membuat kek. Dia tidak mahu kerja jauh jauh kerana taknak berjauhan dengan ayah.
Sayu hati aku dengar. Semoga Allah merahmati kamu, adik. Korang juga doakan ayah aku panjang umur dan kembali sihat ya.
– Naz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit