Bunyi macam senang bukan? Tapi diri yang tengah hadap tu susah nak lakukan benda tu tapi tak semua hanya sesetengah saja.
Ini berkaitan dengan move on, ada yang masih sedang mengutip sisa sisa dan kepingan hati yang hancur berderai disebabkan dikhianati oleh insan yang disayangi sebelum ni.
Tapi pernah tak kita tanya diri kita sendiri sampai bila kita nak tangisi orang yang memang tidak berbaloi untuk kita perjuangkan selama ni? Orang yang Tuhan dah tetapkan awal awal lagi bahawa dia bukan jodoh dan bukan milik kita.
Ada sebab Tuhan jauhkan kita dari orang yang tak bermanfaat untuk kita, mungkin sekarang kita tak sedar dan tak nampak lagi benda tersebut tapi kemudian hari Tuhan akan tunjukkan dan kita akan nampak sendiri hikmah disebalik apa yang terjadi sebelum ni.
Tuhan tak pernah kejam dengan takdir setiap hamba hambaNya. Usah salahkan takdir kalau diri kita sendiri selalu terjerumus ke dalam lembah maksiat.
Kita terlampau leka dengan dunia yang kita cipta sendiri sampaikan kita letak manusia nombor 1 berbanding dengan Tuhan. Tapi bila tiba masanya kita jatuh kita letak pergantungan kepada Tuhan ataupun manusia?
Manusia tak boleh berikan apa apa melainkan Tuhan yang boleh mengabulkan setiap doa yang kita minta selama ni.
Berhenti tagih cinta manusia, kelak kau sendiri akan jatuh tersungkur sampaikan susah nak bangkit dari mimpi ngeri tersebut. Sakit dan pedih bila ditinggalkan sebab sifat dan hati manusia Tuhan boleh bolak balik kan tak semestinya yang manis akan kekal manis hingga ke akhirnya.
Manusia dalam sekelip mata sahaja boleh berubah. Ada manusia ditinggalkan terkapai kapai tanpa sebab, ada juga disebabkan faktor fizikal, harta, rupa dan sebagainya.
Zaman sekarang rupa menjadi peranan penting biasanya yang lawa itu disanjung menggunung nak dibandingkan dengan yang biasa biasa ini.
Bercakap pasal soal rupa ni memang sampai bila bila tak habis, bersederhanalah dalam memilih pasangan sebab rupa tidak menjaminkan apa apa.
Rupa cantik dan segak itu dikira satu bonus pilihlah yang taat agama, boleh membimbing kita lagi lagi apabila kita seorang perempuan pilih orang yang boleh menerima kekurangan kita dan keluarga kita.
Pilih orang yang tahu apa itu erti tanggungjawab dan mampu menjalankan tanggungjawab tersebut.
Seperti yang aku cakap kat atas tu ada sebab Tuhan jauhkan kita daripada seseorang sebab Tuhan tu maha mengetahui siapa yang terbaik dan tepat untuk kita.
Usah ditangisi panjang bila ditinggalkan sebab tak ada gunanya langsung untuk kita tangisi benda yang memang tak bermanfaat macam tu.
Nak sedih boleh tapi janganlah berpanjangan lagi lagi apabila pihak sana sudah pun bahagia dengan orang lain. Dia dah pun bahagia, kau pula nak bersedih bagai nak gila seakan kau mati tak boleh hidup tanpa dia.
Tolonglah tolong kesiankan diri sendiri tu sampai bila nak berharap benda yang tak pasti fikirlah bahawa diri kau sendiri berhak untuk bahagia walaupun bukan dengan dia. Berhentilah sakitkan diri sendiri, mendera hati dan perasaan diri sampai macam tu.
Buka minda dan hati tu untuk redha dengan apa yang jadi sebab kita sendiri yang kawal fikiran kita. Orang lain tak boleh nak kawal diri kita sebab mereka hanya mampu bagi dorongan nasihat dan semangat untuk kita bangkit dari kesedihan dan kekecewaan.
Ya aku tahu sakit sebenarnya apabila kita berada didalam situasi “ditinggalkan”, orang yang ditinggalkan tulah yang merana dan sakit.
Apa yang orang meninggalkan rasa? Dia memang tak rasa apa apa. Kasihan pun tidak, rasa bersalah pun tidak yang penting dia dah nekad dengan keputusan yang dibuat tanpa fikir apa apa kesan terhadap orang ditinggalkan tu.
Boleh dikatakan benda ni sebagai pentingkan diri sendiri pun ada dia buat macam benda ni seolah tak melukakan hati sesiapa pada hakikatnya seolah satu tusukan yang tajam untuk orang yang ditinggalkan tu.
Nak move on bukan mengambil masa yang sekejap ada yang memakan masa bertahun tapi ada juga yang tak boleh move sampaikan sebelah pihak sana dah kahwin pun tetap teringat ingat jugak. Tolong sangat cari kebahagiaan untuk kita sendiri cubalah cuba walaupun tak mampu.
Aku tahu kita ni manusia biasa setiap apa yang berlaku sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan dan bekas di hati. Tapi satu je aku nak pesan dan tekan kan kat sini “maafkan, lepaskan dan ikhlaskan” sebab itu salah satu cara untuk diri sendiri tenang.
Maafkan segala apa yang terjadi sebelum ni dan halalkan segala apa yang jadi. Benar, bukan mudah sebenarnya untuk memaafkan seseorang. Ia tidak semudah mengungkapkannya hanya pada bibir. Namun, perlu lahir dari lubuk hati yang paling dalam.
Ketahuilah bahawa apabila memaafkan orang lain, ia bukan sahaja membuatkan kita berasa tenang, tetapi Allah turut akan menurunkan ketenangan itu kepada kita.
Bahkan, Allah juga begitu memuliakan orang yang memaafkan orang lain. Tak rugi langsung kita memaafkan orang lain malah ia menunjukkan bahawa kita ni matang dan positif dengan apa yang terjadi.
Aku pernah berada dalam situasi ditinggalkan tersebut dan aku tahu betapa peritnya nak bangkit balik dari jatuh tersungkur tu. Aku tak mengalah dalam hal ni memang tidak dinafikan teramat sedih tapi aku ambil positif setiap apa yang berlaku.
Aku tak menyalahkan takdir sebab aku tahu Allah dah susun cantik cantik jalan hidup aku. Aku hanya mampu terima dengan hati terbuka dan pasrah dengan jalan cerita ni.
Letakkan pengharapan kepada Allah dulu sebab bagi orang yang berdoa Allah takkan pernah membiarkannya kembali dengan tangan kosong.
Tolong bangkit dari mimpi yang panjang ni! Kepada orang yang sedang berduka semoga Allah hadirkan kebahagiaan buat kalian.
Teruskanlah berdoa untuk dapatkan jodoh yang baik, perbaiki diri sendiri untuk dapatkan yang terbaik. Lupakanlah orang yang dah lupakan kita, sia sia je dok teringat dekat orang yang tak guna macam tu.
Cubalah cuba maafkan, lepaskan dan ikhlaskan sebab aku sendiri dah buat semua tu, aku bercerita mengenai diri aku sendiri. Aku pernah berada dalam luka seperti tu tapi kini Alhamdulillah aku semakin tenang dan bahagia tanpa sesiapa.
Tak rugi kalau kita redha dengan apa yang terjadi. Berhentilah berharap dekat manusia ya sebab manusia banyak berikan kita kekecewaan.
Lain orang lain ujian yang diberikan tapi aku tahu korang semua mampu hadapi tiap ujian yang diberikan. Teruskanlah bersangka baik dengan Allah.
– Saripoh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit