Maafkan Mommy, Bobby

Tidak tahu bagaimana hendak aku mulakan dengan cerita tragis di hujung Ramadhan 1441H. Di saat semua orang bergembira untuk menyambut Syawal bakal menjelang, hatiku remuk memikirkan dosa yang tidak sengaja aku lakukan.

Tarikh 29 Ramadhan 1441H, tarikh keramat yang takkan aku lupakan sampai mati. Mungkin bakal disoal di akhirat atas kecuaianku dan kesilapanku. Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu yang hina ini.

Pagi itu situasi seperti biasa, bangun sahur untuk memanaskan lauk untuk suamiku, menyediakan bijirin dan susu coklat untuk anakku dan melayan kucing kesayanganku Bobby dan Kiki.

Bobby manja dengan anakku, mengiau garau dan suka menghabiskan masa di ruang tamu di aras bawah. Selain hobinya yang suka tidur di celahan langsir dengan panahan matahati terik,

Bobby suka mengejar dan menangkap lipas, suka lepak di atas katil di bilik tetamu apabila kami hendak solat Maghrib lepas berbuka puasa, suka menghabiskan masa di tingkat bawah.

Kiki pula lebih suka berada di tingkat satu, manja mengada denganku dan suamiku dan kadangkala suka menggigit jari kami. Kiki tidak suka robot vacuum cleaner, berlari macam tak cukup tanah apabila terserempak dengan robot vacuum cleaner.

Selepas Subuh, aku memesan beberapa barang persiapan masakan di pagi Syawal menerusi aplikasi pintar. Biar awal, lebih senang.

Masih dalam WFH (work from home), aku menyemak emel-emel kerja terlebih dahulu dan kemudian meneruskan aktiviti mengemas rumah. Satu load basuhan baju dibawa ke mesin basuh. Aaahh… tuala juga perlu dibasuh nanti, mungkin untuk basuhan kedua nanti.

Sambil menunggu basuhan pertama selesai, aku di bilik menonton drama siri Korea yang telah aku tonton sebelum ini. Rider pemesan barang-barang memberi mesej ada barang-barang yang aku pesan telah habis.

Wahh, mungkin ini disebabkan musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) banyak melahirkan chef-chef amatur, banyak barang tiada di rak, habis. Hmmm, sekadar raya di rumah. Jadi, tak perlu semenggah sangat dan beli apa yang ada saja lah.

Tak lama kemudian, rider sampai dan aku mengambil barang-barang yang dipesan. Terus aku bawa ke dapur untuk dicuci dan disimpan dalam peti ais.

Oh, basuhan pertama selesai. Aku ambil semua baju-baju dan menyidai di tingkat satu. Pintu mesin basuh aku biar terbuka kerana nak biarkan udara dalam mesin basuh tidak terpeluwap.

Tuala 3 helai dan 2 helai baju suami diambil dan dibawa ke mesin basuh untuk basuhan kedua. Terus disumbat ke dalam mesin basuh, ditutup pintunya dan mulakan basuhan.

Bunyi klukkk klakkk seperti heavy load tapi kepala aku berkata “eh, sekadar tuala 3 helai dan 2 helai baju. Takkan rosak kot”. Terus aku berlalu pergi ke bilik di tingkat satu untuk menyambung drama lain, kali ini yang berbahasa Inggeris.

Hampir sejam, aku turun ke mesin basuh untuk mengeluarkan basuhan kedua untuk disidai. Perlahan-lahan aku keluarkan.

Tiba-tiba mataku terlihat colar band milik Bobby dalam basuhan kedua tersebut. Terkejut. Dan perlahan-lahan aku tarik tuala-tuala dan hidungku mula menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan. Aku menarik keseluruhan basuhan kedua.

Astaghfirullah..aku melihat sekujur tubuh kucing. Bobby. Ya Allah, jantungku bagai direntap. Hatiku berkecai seribu.

Perlahan-lahan ku tarik tubuh kaku tersebut, ku cium dan belai. Menjerit memanggil anakku. Cuba untuk membuka mulutnya yang terkunci rapi. Menekan-nekan di bahagian dada. Aku melihat keadaan tubuhnya yang kaku. Najis keluar dari dubur kerana terlalu trauma.

Aku letakkan di dalam bekas besar dan aku menyuruh anakku mengambil hair dryer untuk mengeringkan badannya. Ya Allah, aku tahu dia sudah tidak bernyawa tapi aku tidak mahu berhenti mencuba untuk menyelamatkannya. Terus aku bawa ke klinik haiwan berdekatan.

Dengan sekali imbasan, doktor terus memberitahuku – “kucing awak dah mati ni”. Ya Allah! Tiada apa yang dapat diselamatkan buat masa itu. Ku lihat hidung Bobby berdarah.

Ya Allah, aku bayangkan seksaan dan azabnya Bobby dalam mesin basuh tersebut. Memberontak hendak keluar. Mungkin itu bunyi yang aku dengar mula-mula tadi.

Ya Allah. Aku cuai, tidak memeriksa terlebih dahulu mesin basuh tersebut sebelum menekan button “START’. Aku cuai, tidak pergi dan semak kembali apa yang berlaku setelah bunyi klukkk klakkk di awal basuhan tersebut.

Aku cuai, tidak menutup pintu mesin basuh, tidak menutup pintu laundry. Memang sebelum ini, Bobby hanya berjalan-jalan di tingkat bawah sehingga ke pintu laundry dan kadangkala ralit melihat basuhan berpusing di mesin basuh. Tidak ku sangka, ajal Bobby di dalam mesin basuh.

Di tangan, mamanya. Ya Allah. Tidak pernah terfikir untuk membunuh haiwan, tidak pernah terlintas untuk menyeksanya. Tugasku di pejabat amat memementingkan attention to details dan aku sering dilabel sebagai bos yang cerewet kerana terlalu teliti.

Ya Allah, aku kalah di rumah. Aku cuai pada ketika itu. Bayangan apa yang terjadi pada Bobby menghantuiku. Keadaan aku yang masih uzur (period) memaksaku untuk berishtighfar tanpa henti.

Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu yang hina ini. Mama amat merindui Bobby. Maafkan mama, sayangku Bobby. Semoga Bobby dapat berjumpa Simba (kucing kami yang mati sebelum ini kerana FIP) di syurga.

Hati yang masih pedih dan terhiris,

1 Syawal 1441H,

– Mama Kucing (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *