Assalamualaikum warga IIUM Confession. Sedikit pengenalan, nama ku Nur. Umur 30 an bekerja sebagai pembantu klinik swasta.
Petang 31/10/2021 aku menemani Doktor melakukan perkhidmatan homevisit (rawatan ke rumah).
Berikutan pandemik sekarang, menjadi sop bagi pesakit untuk melakukan saringan covid terlebih dahulu, bagi menjamin keselamatan bersama. Alhamdulillah negatif.
Anak pesakit mengadu ibunya langsung taknak buka mata, taknak minum taknak makan. Penghidap lelah, diabetis dan darah tinggi. Bila di test bacaan gula 2.9! Ternyata pesakit mengalami simptom hypo.
Terus Doktor minta bancuhkan 2 sudu besar gula dalam secawan air. Diberi minum melalui straw, alhamdulillah bacaan gula naik 4.7.
Aku amati wajah pesakit, rasa simpati berpaut di tangkai hati. Aku perhatikan rambutnya, matanya, raut wajahnya. Amat persis dengan seseorang. Siapakah?
Raut wajahnya berlegar-legar di ruangan minda. Oh ya! Persis sekali sama Cik Pah!
Kenangan kira-kira 6 tahun lalu menggamit kembali tanpa di pinta. Aku dan 2 orang kawanku ditempatkan di sebuah kilang makanan kecil milik insan hebat nun di Melaka sana.
Kami menjalani tempoh latihan industri selama 6 bulan di sana.
Kilang kecil, namun pemilik dan pekerjanya berjiwa besar. 3 kumbang, hanya seorang bunga, itulah Cik Pah.
Seorang wanita 60 an yang telah kematian suami, maka tinggallah bersama sepasang anak kembarnya.
Mengingatkan Cik Pah bisa membuatku senyum sendiri, di usia 60 an kasih bertaut kembali dengan bekas kekasih zaman sekolah. Kasih bertaut semasa reunion. Haha.
Si kekasih juga telah kematian isteri. Bukan beshe-beshe, berpacaran menggunakan panggilan ‘ayang’ dan ‘b’.
Tiba masa mengisi apa-apa borang, saling tolak menolak kerana mata sudah tidak nampak. Masa rehat kekasih hantarkan makanan.
Blushing jika kami mengusik comel betul Cik Pah!
Kami menjadi sangat rapat. Berkongsi cerita, suka duka. Selalu pelawa makan dan tidur di rumahnya. Juga selalu membuat kami keras perut ketawa, kerana latahya. Hihi, maaf kami suka mengusik.
Detik waktu sudah di penghujung, maka pecahlah tembok air mata kami.
Lebih-lebih lagi Cik Pah. Berulang kali di sebut “anak-anak Cik Pah dah nak balik dahh”
Diberikan kami cenderamata setiap seorang. Di pilih khusus dan di balut oleh Cik Pah sendiri. Berkali-kali juga memberitahu, hadiah itu dipilihnya sendiri. Cantik. Kami terus masih berhubung.
Soalan wajib “bila nak balik melaka?” Setiap kali itu juga hati ku sedih, dapat rasakan kerinduan di hatinya.
Suatu masa, kami bertiga mempunyai urusan di Melaka, terus pergi mengejut ke rumahnya. Rupanya-rupanya kami yang terkejut, alamak Cik Pah takde kat rumah! Tiada rezeki kami pulang dengan hampa.
Cik Pah call marah betul sebab tak bagitahu dulu. Cik Pah sedang sibuk dengan parti politik, maklumlah ketua wanita di kampungnya. Hebat Cik Pah!
Siapa sangka, sesudah itu kami sudah tidak berpeluang berkunjung ke bumi Melaka. Masing2 dengan kerjaya sendiri. Namun Cik Pah tak henti meluahkan rindu. Saya minta maaf.
Ada suatu ketika, aku sangat-sangat rindukan Cik Pah. Sangat. Lebih dari kebiasaan. Tapi bebanan kerja waktu itu menghalang, tiada ruang untuk berhubung.
Aku sms Cik Pah, tiada balasan. Call tidak berjawab. Merajukkah dia? Sungguh aku rindu.
Sehinggalah seorang kawan ku call untuk bertanya khabar. Lalu terbuka lah cerita, Cik Pah sudah kembali bertemu penciptaNya. Lebih kurang dalam tempoh masa kerinduan aku yang bersangatan itu.
Aku terdiam, betulkah? Si kawan itu pun tahu sebab mempunyai urusan kerja dan melawat tempat kilang lama.
Perasaan aku? Sangat-sangat terkilan dan rasa bersalah. Aku merasakan dia sangat merindukan kami. Maafkan saya Cik Pah. Maafkan saya.
Semoga Cik Pah tenang disana. Cik Pah sentiasa dalam ingatan kami semua. Saya sayang Cik Pah. Al-Fatihah..
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit