Maafkan Teguran Saya

Assalamualaikum. Saya Angah seorang perempuan berumur 17 tahun. Saya bukan datang dari keluarga yang bertudung labuh semuanya, menghafal al-quran semuanya. Saya hanyalah seorang pelajar lepasan sekolah menengah harian biasa. Saya datang dari keluarga yang biasa-biasa namun cukup seadanya Alhamdulillah.

Tujuan saya menulis ini, hanyalah sekadar memberi teguran daripada seorang adik kepada kakaknya. Ataupun daripada seorang sahabat kepada sahabatnya.

Wahai kakak dan sahabat,

Maafkan saya andai tulisan ini membuatkan kalian terguris hati. Penekanan dalam tulisan ini, adalah untuk kalian yang memakai niqab, bertudung labuh, mengambil kos dalam bidang agama. Saya tahu, pasti kalian boleh agak ianya tentang apa.

Ya. Tentang ikhtilat kalian. Wahai kakak, dan sahabat. Kalian itu datangnya dari biah atau suasana yang maklum tentang ikhtilat. Tentang bahayanya ikhtilat. Bukanlah niat saya menghalalkan ikhtilat pada golongan yang bukan saya sebutkan tadi.

[Ikhtilat bukan Haram keseluruhannya, namun jika berlebihan ia menjadi Haram]

Tetapi, secara tegasnya, kalianlah yang patut memberi contoh atau tauladan yang baik pada kami umumnya yang bukan golongan kalian.

Mengapa, isu ikhtilat dibangkitkan untuk niqabis/si tudung labuh/ pelajar bidang agama?

Kerana kalian itu dipandang tinggi oleh rakyat marhaen seperti kami. Jika tidak, masakan ayat “harap saja tudung labuh, tapi berkepit dengan jantan,” boleh wujud?

Saya tahu, majoriti daripada kalian sudahpun bertunang, atau dicop oleh seseorang.

Tetapi, itu bukan tiket kalian untuk bermesra dengan pasangan kalian. Saya pelik, jika si rambut perang membuat sebegitu, akan dilabel sebagai maksiat. Namun, jika si tudung labuh serta memakai purdah, berduaan dengan si pemakai serban dikata sweet.

Apakah dengan alasan agama serta pakaian sunnah itu boleh menutup segala yang haram menjadi halal?

Saya tahu, akan ada yang mempertahankan;

Pakaian adalah pakaian, dan sikap adalah sikap. Ya, sedikitpun saya tidak menafikan tentang hal ini. Kerana saya yakin, akan ada juga yang mengeluarkan hujah, Abu Lahab dan Abu Jahal juga berjubah, tetapi sikapnya yang dicela.

Wahai kakak dan sahabat,

Maafkan saya. Kerana mungkin penulisan ini; dianggap sebagai menghina atau mencari salah kalian. Sejujurnya itu bukanlah niat saya, namun terpulang pada kalian untuk menilainya seperti apa.

Kerana jelas, buka sahaja instagram, facebook, twitter gambar-gambar daripada golongan sebeginilah yang penuh. Yang banyak likesnya.

Saya tahu, ada diantara kalian yang baru berhijrah alhamdulillah, tetapi hijrahlah kerana benar-benar hijrah kerana tuhan kita, iaitu Allah. Bukan semata untuk nampak cantik, dan nampak baik.

Saya kagum dan puji untuk kalian yang memakai tudung labuh, purdah, pelajar bidang agama yang menjaga, kerana kalian tahu batas kalian. Semoga Allah meredhai, dan memberkati kalian InshaaAllah.

Sebelum saya mengundur diri dari penulisan ini, suka saya ingatkan; penulisan ini juga untuk lelaki yang memakai serban, yang berjubah yang juga terbabas sama dalam ikhtilat. Cukuplah. Islam itu mudah, tetapi jangan ambil kesempatan dalam kemudahan Islam untuk memudahkan dan memuaskan nafsu kalian.

Jika penulisan ini dipostkan, mohon jasa baik netizen, pembaca, jangan tinggalkan komen cacian makian, kutuk mengutuk. Sebaiknya, doakanlah antara satu sama lain. Dan tulisan ini, khasnya untuk diri saya ini; dan berkongsi dengan kalian.

Semoga kita diangkat darjatnya, atas asbab mendoakan kebaikan yang lain.

Assalamualaikum, terima kasih.

– Angah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *