Hai, nama aku Belon (bukan nama sebenar), lelaki dan masih bujang. Sekarang usia aku dah mencecah 30-an.
Aku nak minta nasihat atau pandangan terutamanya yang sebaya atau terlebih usia daripada aku.
Kalau umur kita mencecah 30-an ini memang mudah ke rasa lesu atau letih? Badan rasa berat je. Nak bangun tidur pun macam susah je.
Aku bukanlah orang yang aktif bersukan atau bersenam.
Aku kerja pejabat, jadi memang banyak masa duduk saja. Kadang-kadang ada OT, balik malam dalam jam 9pm.
Aku rasa kebelakangan ini aku macam susah nak bangun pagi. Rasa berat je badan.
Walhal aku tidur jam 11, sebelum tidur dah baca doa, zikir, wuduk lagi tapi masih bangun tidur dalam keadaan tak bertenaga.
Perasaan nak main game pun berkurang, nak tengok Netflix ke drama ke mesti tak terhabis. Kalau zaman belajar dulu elok je menghadap banyak episod.
Adakah sebab saiz badan aku? Tinggi 170cm, berat dalam 80kg++. Zaman belajar berat aku dalam 60kg – 65kg je.
Aku takda buat pemeriksaan kesihatan. Sebab aku takut aku ada penyakit, nanti lagi buat aku stress. Tapi dalam keluarga aku, memang takda yang penyakit 3 serangkai.
Adakah sebab hormon testosteron aku dah berkurang? Kalau macam itu, ada tak pemakanan tambahan atau vitamin yang boleh boost hormon itu?
Adakah tabiat pemakanan aku? Aku bukanlah yang jenis kuat makan manis atau kena minum kopi setiap hari. Biasa-biasa je.
Rasa nak makan atau minum manis baru aku beli. Kalau tak memang aku biasa minum air kosong je.
Malam balik kerja kalau lapar aku makan, kalau tak minum air je. Aku makan nasi pun tak adalah kuah banjir atau nasi selambak. Biasa-biasa je.
Korang ada alami tak apa yang aku alami?
Masa umur 20-an badan rasa ringan je, perut kempis. Sekarang… Hmmm… Harap ada yang sudi kongsi tips!
– Belon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
cuba bersenam. buat aktiviti yang mengeluarkan peluh. briskwalk ke. lagi satu cuba makan vitamin b complex. mana tau ada perubahan.
Nak tak nak kena buat pemeriksaan kesihatan. Minum jamu untuk tambah tenaga. Banyakkan bersenam dan kalau takde aktiviti hari sabtu minggu carilah satu dua. Kalau ada tabiat yang buruk tolong tinggalkan. Rokok, onani etc.
Dalam usia apa pon, kesihatan perlu dijaga, hendak2nya dlm pemilihan makanan juga.. slalu yg buatkn kita mngantuk atau lesu tu jika lebih mngambil mkanan “carbo” spt nasi, mee, bihun dan seumpamanya.. nk mkn bole, tp portion nya kna kurangkan.. KKM slalu pesan ttg ‘separuh-suku-suku’ tu, mkna nya sayur n buah2 separuh, carbo suku & protein suku, jenis msakan juga digalakkn yg direbus atau dikukus mcm tu.. di samping tu ambil la jugak supplemen spt vit. C, kalsium dsb., tp tanya nasihat dari Dr. dlu, mne tau nt ‘overdose’ vit plak ke.. klau ada mse g la excersise ptg2 tu ke, x pon dlm ofis tu jgn dduk setempat je, ada waktu or mse rehat jln2 ke tempat lain (bkn pergi mnyembang plak), or turun naik tangga, x yah guna lif sgt, unless nk naik tingkat 20 ke.. atau buat selang2, separuh lif, sebhgn lg naik tangga ke.. pandai2, insha Allah berat bdn awak akn turun dan awk akan jd ‘ringan’ dr yg skrg.. cuba la, insha Allah berjaya.
Itu normal. Once reach 30, badan akan sedikit lemah dari 20an. Tapi kena bersenam, if stick dengan gaya hidup begitu, tak mustahil umur 40, keluar pelbagai penyakit.
Kalau tengok pada BMI, awak ni dah kategori sebagai Obese. Dia bukan faktor usia sangat, dia sebenarnya lifestyle. Usia 20an chubby boroi badan berlemak atau usia 40an badan fit, apa beza? Coffee sebenarnya bukan isu pon, kalau minum Americano la, atau kopi O kosong. Kopi O segelas atau 2 sehari ok jer takde masalah, saya pernah consult pakar pemakanan. Bro kawan sendiri cakap bro lifestyle pegi keja balik keja, tak aktif bersenam. Dia dua je, regain fitness aktif bersenam atau cuba amalkan vitamin B complex; senang citer Berocca. I’m not promote this brand actually tapi this brand lengkap dengan vitamin dan mineral – ni salah satu amalan dietary Tun Dr Mahathir. Oh kalau rasa nak sulam dengan Magnesium pun ok jugak. Try dulu tips ni selama 3 bulan lepas tu nanti feedback. Tak percaya try sebab saya dulu sama macam awak bro. From 55 kg to barely 90 kg. Lepas tu slow slow turun 65 today. Setahun progress. Seminggu sekali brisk walk. Janji jaga makan sistem pyramid and cut down sugar. Status kita sama je. Bujang, 3 series, busy career oriented jugak. All the best bro!