Jadi, aku dekat sini pernah je belajar pasal psikologi manusia. Mungkin kita semua pernah dengar atau tahu tentang PTSD.
Contohnya, kalau korang dari kecil sehingga dewasa ada mengalami masalah dari segi penderaan fizikal atau emosi. Apa yang korang buat untuk atasi segala masalah itu?
Macam aku, boleh dikatakan aku hidup dengan trauma dari kecil sehingga besar. Cuma bila telah dewasa ni, aku terdetik tetang sesuatu perkara.
Sebelum ni kebanyakan dari keputusan besar yang berlaku dlaam hidup ini adalah pendapat dan keputusan yang dibuat oleh ayahku sendiri.
Lepas je SPM dulu bila aku berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang sains tulen, ayah adalah orang yang menyokong segala yang berlaku sehinggalah, mama pergi meninggalkan kami sekeluarga.
Masa yang sangat singkat sehinggakan aku mulai tertekan dan pelajaranku makin merosot.
Kemudian selepas dari itu, aku mulakan untuk menjalani hidup baharu dengan menyambung pelajaran ke IPTA dalam bidang yang aku kurang minat.
Semua itu berlaku dengan pantas, dan itu adalah hasil brainwash dari ayah yang menyuruhku menyambung dalam bidang itu, kerana katanya mahu lihat aku bekerja di atas laut.
Dengan keizinan Allah pada ketika itu, aku berjaya mencari minat dalam bidang tersebut walaupun masih wujud sedikit rasa untuk berkhidmat dalam bidang sains kesihatan lagi.
Pada masa itu, aku sangat yakin yang ayah akan marah kerana mindset dia ketika itu, dia sangat anti dengan golongan yang bekerja dengan kerajaan.
Namun pada masa yang sama aku telah diam-diam memohon kerja dalam bidang kerajaan, kerana aku masih meminati dan berasa yang aku akan berbakti untuk merawat orang-orang yang sakit di luar sana.
Dalam tempoh masa yang sekejap, permohonanku untuk berkhidmat di hospital lulus dengan sekali temuduga. Bagaikan api yang terpadam kini hidup semula, aku simpan hasrat untuk bertugas demi negara kerana ini adalah bakti aku untuk arwah mama.
Kebahagiaan yang aku lalui ketika itu hanyalah sekejap, kerana ayah snagat menentang untuk aku meneruskan pelajaran dan berkhidmat dibawah agensi kerajaan.
Walaupun dengan pelbagai pujukan oleh semua ahli keluarga, aku akhirnya bertekad untuk keluar dan menyahut cabaran walaupun berasa takut kerana ayah tidak merestui tindakanku itu.
Alhamdulillah, segalanya berlaku dengan pantas dan aku kini ditahun akhir untuk menamatkan pelajaran dan menunggu masa untuk posting ke hospital dan berkhidmat disana.
Namun, aku masih dalam dilema kerana ayah kerapkali menghantui aku dengan mengasak aku untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana dia mahu lihat aku bekerja diatas laut meskipun bukan dalam bidang yang dia ingin aku sambung dahulu.
Apabila berfikir tentang hospital mana yang aku akan posting nanti, dia juga tak habis-habis menyuruh aku untuk memohon di hospital yang berdekatan dengan rumah kerana katanya ini semua dapat menjimatkan kos sara hidup yang makin meningkat.
Sepanjang hidupku yang telah di brainwash oleh manusia seperti ini dari kecil, aku juga lihat perkara ini berlaku kepada adik-beradikku yang lebih tua, kerana mindset mereka telah mendorong kepada tingkah laku yang lebih kurang dengan perangai ayah.
Lagipula, kebanyakkan cerita yang aku dengar tentang PTSD, ramai daripada mereka hanya dapat atasi trauma itu apabila mereka berkahwin dengan orang yang baik.
Aku terlalu takut dan trauma tentang perkara yang terjadi ini akan kekal berulang dalam hidupku kerana terlalu bergantung dengan ayah dan adik-beradikku sendiri.
Jadi apa pendapat kalian tentang cycle of trauma yang tidak pernah berakhir dan apa jalan yang aku boleh buat untuk keluar dari situasi ini.
Sebab aku pernah terfikir, adakah aku salah seorang yang telah dimanipulasi sehingga tidak jumpa jalan keluar dari masalah Stockholm Syndrome ini?
Mungkin akan ada yang menganggap aku ni terlalu bodoh, untuk terus hidup dalam cycle yang sama, tapi tujuan aku menulis disini adalah untuk cuba mencari jalan penyelesaian dalam hidup. Terima kasih.
– Haq (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Patuh kepada ibu bapa selagi tidak melanggar syariat agama adalah tuntutan yang besar dalam Islam. Jika buat kerana arahan Allah, InsyaAllah Allah permudahkan urusan. Jika berlawanan dengan perintah Allah, tiada ketenangan dlm hari walaupun zahir nampak ok. Hanya orang beriman, tiada ketakutan Dan tidak berduka cita.
Al Baqarah : 38 : ….maka barangsiapa mengikuti petunjuk-Ku, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.'”
Yunus : 62 : “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah (orang-orang beriman) tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”
Al Ahqaf : 13: “Sesungguhnya orang-orang yang berkata, ‘Tuhan kami adalah Allah,’ kemudian mereka meneguhkan pendirian (istiqamah), maka tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”