Salam semua. Aku tertanya-tanya la orang-orang yang buat puasa IF tu kan, macam mana korang boleh kawal makan eh.
Actually, aku bukan gemuk. Aku kurus ja. Berat aku 50kg, tinggi 158. BMI normal ja.
Cumanya perut ja la buncit sikit. Sebab aku tak ada bersenam. Kerja pejabat duduk ja. Makan duduk tidur, perut cepat la naik.
Tapi aku jugak tak ada la makan benda-benda viral ni. Minum manis pun kurang ja.
Aku minum air manis sehari 2 atau 3 kali ja. Pagi aku memang tak boleh kalau tak ada Nescafe.
Kalau tak dapat sehari, aku boleh gila. So pagi dalam 9 macam tu aku minum secawan.
Aku bancuh sendiri guna susu tepung. Gula pun brown sugar. Konon nak sihat.
Lepas tu petang depends la, kadang Nescafe, kadang Vico. Kalau bancuh Vico aku tak letak gula. Sebab Vico kan dah manis.
Baru-baru ni aku buat pemeriksaan kesihatan dekat klinik kesihatan, Alhamdulillah semua normal. Lega la aku. Sebab sekarang penyakit kan macam-macam.
Cuma aku terfikir tentang tabiat pemakanan aku. Adakah makan macam ok ataupun tak.
Sarapan pagi aku.
– Nescafe
– Roti Gardenia 2 keping. Kadang-kadang aku beli nasi lemak ke, kuih ke, bihun ke. Depends la pada mood aku.
Lunch
– Nasi. Selalu aku bawa bekal. Kadang-kadang aku ada beli luar atau order Grab.
Cakap pasal order ni la masalah. Aku ni macam ada nafsu makan tinggi. Biasanya kalau order, minimum 20 ringgit mesti habis.
Lepas tu benda aku rasa macam nampak sedap tu aku order ja la. Sebab kadang Grab kan bagi voucher.
Aku pernah ada sekali pagi order Burger King. Pukul 10 aku makan berat la kira.
Lepas tu dalam pukul 3 aku lapar. Aku order benda lain pulak.
Masa tu aku rasa macam pelik dengan diri sendiri. Kenapa aku macam tak kenyang.
Balik malam aku makan lagi.
Tapi syaitan menyedapkan hati aku, dia kata ala relax la. Bukan setiap hari aku macam ni.
Kadang-kadang ja. Self reward dan macam-macam lagi la hasutan syaitan.
Dulu-dulu masa muda-muda tu, contoh kita minum petang. Kadang aku cicah biskut. Kadang beli apa-apa la sampingan. Kuih ke apa ke.
Masa tu aku rasa kenyang dah. Malam aku tak makan dah.
Tapi pelik sekarang ni.. Kadang aku lapar macam tak makan langsung. Lepas tu petang aku beli burger ke apa ke.
Malam aku makan nasi lagi dalam pukul 8 ke 9. Kiranya macam aku ulang makan berat.
So aku macam risau sendiri la kan. Baru-baru ni kerap la lalu kat socmed seolah-olah dapat baca kerunsingan aku.
Macam posting-posting keagamaan. Antaranya dari Saidina Umar. Dia cakap perut buncit ni azab dari Allah.
Lepas tu banyak lagi la tentang budaya banyak makan ni apa semua.
So aku macam timbul kesedaran la walaupun kadang-kadang aku rasa aku makan normal ja. Bukan makan tak henti.
Tapi aku macam tertanya-tanya tabiat pemakanan aku ni ok.
Kenapa kadang-kadang baru ja lepas makan, tapi lapar lagi.. Lepas tu mula la cari snacks yang merapu meraban ni.
Keropok la, processed food la.
So aku macam cuba la ubah timing dulu.. Kononnya biarkan perut kosong 12 ke 14 jam ke.. Puasa IF la tu kan.
Aku berhenti makan 8 malam. Lepas tu esok pagi pukul 10 macam tu aku minum Nescafe.
Sebenarnya aku ok ja skip breakfast, tapi aku tak boleh kalau tak minum caffeine. Aku selalu rasa caffeine tu baik untuk aku.
Sebagai contoh aku mudah buang air besar apa semua. Lepas tu aku rasa sangat bertenaga lepas minum caffeine.
So sekarang ni. Aku mula buat IF 16 jam dengan cara aku.
Sebagai contoh, 8 malam stop makan. Esok pagi pukul 10 atau 11 aku minum Nescafe. Boleh tak eh?? Adakah tu dikira IF? Sebab aku tak makan. Aku minum ja.
Lepas tu pukul 12 atau 1 aku makan nasi. Then in between tu ada la aku makan merapu-rapu sikit.
Sebab nak mengunyah. Kalau aku lapar aku ada ja beli apa-apa. Kuih ke apa petang-petang.
Sekarang tabiat makan aku dah berubah. Aku tak makan pagi.. Cuma minum ja.
Lepas tu Isnin Khamis dan Hari Putih, aku puasa sunat. Aku niat supaya nak sihat dan perut tak buncit.
Korang rasa ok tak macam tu.. Ataupun aku buat IF 14 jam ja.
8 malam sampai 10 pagi aku IF. Lepas tu pukul 10 aku breakfast macam biasa ja la. Nescafe dengan kacang cerdik ke, ataupun telur half-boil ke.
Then lunch dinner macam biasa ja la. Sebab ada kawan cakap, aku tak boleh minum Nescafe dalam perut kosong.
Benda tu tak bagus apa semua. Tapi aku tak boleh kawal dari minum tu ja la.
Di samping tu, aku ada jugak la nak buat senaman-senaman perut. Tapi tu la masalahnya. Susahnya nak istiqamah.
Setiap hari niat macam-macam.. Tapi sekadar niat ja la. Aku stress jugak tak mampu nak buat. Tak tahu nak ubah macam mana lagi dah.
Aku sebenarnya nak badan ringan, perut kempis dan sihat walafiat. Tolong bagi nasihat sikit kat aku.
– li (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Aku cadang kau tengok YouTube video de Norman Norawi, ada cerita pasal IF dan diet ysng bagus.
Saya pun kurus jugak tapi perut buncit. turns out saya ada adenomyosis (rahim bengkak) dan PCOS. Sebenarnya, walaupun kita kurang amek gula atau kurang makan, itu tak menjamin apa2. sebab apa yang kita makan tu yang kita kena tengok. kalau boleh, cut atau try to avoid sugar, gluten dan processed food. amalkan diet anti inflammatory food. dan mungkin faktor usia jugak kita makin kurang metabolisme badan jadi makin susah nak turun berat. dan selain jaga makan, banyakkan bergerak pun penting. briskwalk je pun okay.
Xnk Komen psl pemakanan tu tapi awk xfollow isu semasa ke..org semua dok bagi tekanan kt Israel boikot barangan dia. Awk xterkesan ke dgn apa jadi kt Palestine..burger king dgn nescafe tu kan penyumbang perang di Gaza tu taw dak diknon
badan awak ketagih ‘gula’. sebab tu sentiasa lapar walaupun baharu tak lama lepas makan.
nak minum kopi ke teh ke, usahakan tanpa gula. cuba dulu 30 hari cabaran tanpa air manis.