Macam Mana Nak Buat Suami Sedar

Assalamualaikum. Saya sebenarnya menulis dalam keadaan runsing. 

Runsing macam mana nak buat suami saya faham tentang keadaan kehidupan ni. 

Al kisahnya macam ni. Saya dan suami mendirikan rumahtangga tak sampai setahun.. 

Saya anak yatim. Lepas kahwin saya ikut suami duduk rumah mak dia. 

Suami saya memang sangat baik. Cuma dia ada sikit baran ego dan tak nak mengalah. 

Suami saya enam beradik. Dalam rumah tu ada mil, fil dan dua orang adik dia perempuan belum kahwin. 

Yang lain dah kahwin duduk asing.

Suami saya kerja kilang sebagai operator. 

Lepas kahwin saya tak kerja. Suami suruh duduk rumah ja.. Teman mak dia. 

Family diaorang ni ada bisnes kecil2an. So saya akan bantu bisnes tu la. 

Awalnya semua ok ja. Satu hari suami gaduh apa tah la dengan ayah dia. 

Gaduh mulut mula bertukar jadi pertengkaran besar sampai tolak menolak. 

Akhirnya ayah dia halau dia keluar dari rumah.

Suami pun ego kan,dia cakap dia pun tak kan jejak kaki lagi sini. Dia kata dia mampu hidup sendirian. 

Saya terpinga2 masa tu. Tapi suami suruh kemas baju2 ikut dia keluar. 

Saya dan mak dia pujuk la kan, tapi suami cakap kalau tak nak tak pe. Duduk ja sini. Biar dia ja keluar. 

Tak kan la saya nak tingal suami pulak, saya ikut ja suami. Kami semua macam menangis. 

Tapi ayah dia cakap, kalau sapa nak ikut dia ikut ja. Ayah tak akan halang. 

Mak dia ada la pujuk2 ayah dia, tapi ayah dia cakap macam ni. Dalam rumah ni samada aku ada, atau dia ada. Tapi ni rumah aku. 

Saya sampai sekarang tak tahu apa punca mereka gaduh. Suami saya sampai sekarang tak nak buka topic tu. 

Kalau cakap pasal family dia ja,dia akan naik angin.. So saya akan diam ja la. 

Suami saya ada sebuah motor ja. Duit saving semua habis guna untuk majlis kahwin. 

Dia cakap ayah dia 1 sen tak bagi duit untuk majlis. Hari tu kami tumpang duduk di rumah sepupu dia. 

Tapi sepupu dia cakap, sehari dua boleh la.. Kalau lama2 susah la. 

Memang kami nak cari rumah. Saya ada satu gelang tangan padu. Masa beli dulu pun 7k lebih. 

Suami mintak nak gadai dulu sebab nak cari rumah. Walaupun berat,saya terpaksa bagi. Dah sama2 susah kan. 

Oh ya, masa gaduh tu suami berhenti kerja 24jam.. Kononnya tak nak duduk daerah tu lagi. 

Tak nak bersemuka dengan ahli keluarganya katanya. Saya pujuk apa pun ibarat curah air kedaun keladi. 

Suami saya rasa apa yang dia buat ja betul. Kan sepupu dia cakap nak stay dua tiga hari boleh. So benda tu menjentik ego suami. 

Esoknya dia cakap dia dah dapat rumah. Dia ajak saya keluar. Jauh sangat dari rumah mak dia. 

Ibarat dah sempadan negeri. Saya mula rasa pelik bila suami masuk dalam kawasan perumahan mewah. 

Rupanya suami sewa kondo mewah ala2 homestay tu. Ada perabot lengkap.. Sesuai la untuk orang yang sehelai sepingan macam kami. 

Bab security memang tip top la.. Kondo mewah kan.. Ada card, ada guard. 

Cumanya saya terkedu. Saya tanya abang kenapa cari rumah macam ni. 

Saya sampai tak berani tanya sewa berapa. 

Suami cakap kita nak duduk cepat, rumah ni ja available dan boleh masuk on the sport. 

Dia cakap lagipun semua orang macam pandang rendah kat dia la apa la. 

Biar semua orang tahu kita duduk tempat mewah. Kononnya dia mampu duduk sini. Mampu hidup mewah. 

Saya tanya sewa berapa sebulan. Dia cakap 1800. 

MasyAllah.. 1800? Emas padu saya gadai dapat 11ribu. Dia bayar deposit rumah ni dekat 5ribu. 

Saya macam bengang la.. Kenapa macam ni sekali fikiran suami aku.. 

Saya persoal pertikai banyak benda. Kita tak de kerja, bulan2 seterusnya macam mana nak bayar sewa. 

Dia dengan yakinnya jawab nanti kita akan dapat kerja la. Semalaman tu saya tak dapat tidur. 

Berdebar fikir masa depan. Mula dia cakap sementara nak dapat rumah lain kita sewa sini dulu la. 

Esoknya pagi2 kami dah keluar cari kerja. Saya ada degree, suami spm ja. 

Suami macam nak kerja sama tempat dengan saya la. Sebab senang pergi balik kerja sekali. 

Tapi rata2 pergi iv, saya ja orang ambik.. Suami tak dapat kerja. Kalau saya nak grab, suami cakap nanti cari lagi. 

Suami ajak cari kat kilang. Dah nak 3 minggu kami tak dapat kerja. Saya susah hati sangat2. 

Fikir nak byar sewa satu hal, fikir gelang tangan saya satu hal. Duit baki gadaian tu memang saya pegang. 

Kami cuba berjimat sebaik mungkin. Aircond semua tak pakai. 

Lepas tu alhamdulilah, suami saya dapat kerja dekat satu kilang ni. Tapi saya pulak tak dapat. 

Nasib la suami dengar cakap saya untuk terima kerja tu. Gaji suami 1700. 

Ada satu company tu saya belum bagi jawapan. Mujur la rezeki saya, jawatan tu masih kosong. 

Saya dapat kerja dalam pejabat. Gaji 2ribu. Bila dah dapat kerja saya lega sikit. Cumanya perlu ke sewa mahal2 macam ni. 

Gaji saya dan dia lepas tolak semua, combine dapat dalam 3500. Tolak sewa 1800. Tingal 1700. 

700 dia pergi bayar ke ar rahnu untuk tebus gelang saya. Baki 1k tu kami makan dan isi minyak motor. Memang la masih boleh simpan sikit2. 

Sebab masih berdua. Nanti kedepan2 macam mana. ? Sedar tak sedar dah 7bulan kami menyewa sini. 

Suami macam tak de hati nak keluar sini. Saya kata lebih baik cari rumah dalam 7 8 ratus ja. 

Simpan duit dan beli rumah sendiri. Suami macam tak nak.. Dia cakap ok apa duduk sini. Best. 

Lepas tu kita ok ja ,boleh makan boleh hidup. Boleh menyimpan lagi dia kata. 

Siap kata nanti lepas dah tebus emas saya,dia nak beli kereta pulak. Baru la orang nampak dia ada kemajuan hidup katanya. 

Eh hello, setakat nak tunjuk kat orang buat apa.. Sekarang ni dia macam bangga ja tau tak. 

Kononnya family dia akan nampak la dia tak hidup merempat macam kata bapak dia. Selalu dok ulang2 tu ja. 

Memang dia nampak bahagia ja duduk sini. Cuti ja kat swimming pool. 

By the way, mil selalu ja berhubung dengan saya. Ajak kami balik. Tapi suami tak nak. 

Semalam saya bagitau dia saya ada cari rumah sewa lain.. Habis kontrak ni kita pindah sana la. 

Dia kata dia tak nak. Saya kata nanti tuan rmah naik sewa macam mana. Sekarang pun jenuh nak combine gaji bayar sewa. 

Dia kata tak kan naik. Kononnya tuan rumah tu baik. Orang melayu. 

Saya kata, abang sekarang kita berdua memang tak terasa.. Nanti kalau ada anak macam mana. 

Susu pampers, nak hantar pengasuh.. Kalau saya berhenti kerja, mana mungkin lepas bayar sewa. Sekarang pun saya kena topap. 

Dia cakap kalau macam tu tak payah ada anak la.. Tak payah main.. Pakai kondom. 

Ya Allah geramnyaaa. Saya kata ukur baju di badan sendiri. 

Dah saya stress2, saya kata kat dia ok tak pe la. Awak duduk ja la sini.. Saya nak keluar. Tengok awak mampu urus ke tak. 

Suami saya diam. Saya tahu dia dah terasa hati. Bukan niat saya nak lukakn dia. Tapi saya nak dia sedar, ni bukan life kita. 

Dia hanya masuk bilik tak cakap apa2. Saya pulak jadi stress. 

Tapi dia hantar mesej kat saya. Mintak maaf kalau rasa menyusahkan. Dia kata dia ingat konon saya nak susah sama dengan dia. 

Berjaya sama2 dengan dia. Tapi rupanya saya pun sama ja macam orang2 lain. 

Dia kata dia sangka saya sayang dia selama ni, rupanya baru dia sedar saya tak sayang dia pun rupanya. 

Tengok macam mana dia salah faham. Saya tegur sebab saya sayang. 

Dia kata tau tak sejak duduk kondo ni la orang macam pandang tinggi kat dia. Konon dia mampu bagi isteri keselesaan. 

Sekarang kalau pindah duduk rumah murah, lagi orang akan menghina dia. Konon tak mampu bayar sewa la apa la. 

Ada lagi la ayat2 dia. Tapi pendek kata,dia tetap tak nak pindah. Pagi hantar kerja pun dia diam ja. Tak bercakap apa. Saya pun keraskan hati jugak. 

Malam ajak makan, dia kata tak pe la. Dia sedar dia makan duit saya.. Dia tak nak makan dah. Nanti orang mengata macam2 dia kata. 

Ya Allah stressnya. Perjalanaan hidup ni bukan setahun dua. Kalau hidup sebab nak orang cakap baik2, ya Allah tolong la. Tak akan ada kebahagian. 

Macam mana la nak buat dia faham ya. Sekarang dia nak buat food panda. Kononnya dia cari duit untuk makan dia sendiri la. 

Saya tak nak la keadaan macam ni lama2. Kami dah berbaik pun, dia masih berkeras tetap nak duduk sini sampai dia dah tak mampu menyewa dah. 

Dia siap cakap, satu ni ja dia mintak. Dia mintak saya faham dia suka duduk sini. Lain dari tu, apa pun saya mintak dia akan tunaikan. 

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Adoii peliknya perangai, sis ikut jela tapi duit semua awak pegang, and saving senyap2 jugak. Sekarang dia ego lagi tu lama2 lagi ok kot.

    • Takk masalahnya mampu duduk situ pun awak yg top up. Sebenarnya bukan tjwb awak utk tu semua. Habis nafkah awak macam mana. Dlm islam makan, pakai dan tmpt tinggal tjwb suami. Dia perlu tahu ni.

      Tak pee.. dia dah start tunjuk ego kann.. awak folo jaa. Tapi slowly jugak tarik diri jadi tolg top up belanja2. Belajar jangan rasa bersalah utk buat perkara yg bukan tjwb awak. Awak tenang2.

      Nasib baik belum ada anak. Kalau red flag sangat tak de laa awak susah nak tinggalkan dia. Awak perlu belajar.. dia juga perlu diajar.

  2. Tinggalkan je dia, gi balik kg awak. Nanti dia sedarla tu bila x mampu nak bayar sewa rumah wakakaka.

    • Cari la rumah kondo yang murah sket cam studio tapi sewa dalam 800-1200. Rm1800 tu membazir sangat.

  3. Inila dinamakan bodoh sombong. da la bodoh, sombong pulak tu. xpela sis, selagi boleh tahan, sis tahan la yer.

  4. Nasib la awak kahwin dengan orang takde otak.
    Keje kilang nak dok condo. Acah ada kemajuan hidup.
    Awak bagi orang otak level SPM buat keputusan macam ni la.
    Tapi dah dia suami, apa yang awak boleh buat.
    Redha je la dan berharap ekonomi keluarga awak meningkat.
    Kalau naik gaji jangan inform dia, simpan extra untuk diri sendiri.
    Lepas dah tebus bangle tu jangan bagi dia pinjam lagi untuk gadai lepas ni. Dia akan rasa selesa untuk selalu meminjam. Bagitau jelas2 kat dia. Kalau bagi jugak memang tak dapat balik dah lepas ni. Mark my words.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *