Macam Mana Nak Cari Jodoh Kalau Tak Couple? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/macam-mana-nak-kahwin-kalau-tak-couple/).

Assalamualaikum semua. Terima kasih atas feedback hari tu. Alhamdulillah, ramai yang share pengalaman kahwin tanpa couple dan bahagia hingga ke hari ini.

Again aku tegaskan, couple tu salah bukan pada perkataan, tapi pada perbuatan yang melanggar batasan lelaki perempuan yang ditetapkan agama.

Letak la apa nama pun; kawan, tunang, abang angkat adik angkat, kawan sekerja, kawan zaman sekolah, tapi kalau batasan-batasan ni tak dijaga, sama saja.

Aku perhatikan remaja hari ni, selamba saja bergurau dengan rakan lain jantina hingga bertepuk tampar bagai (aku guru sekolah menengah).

Maaf cakap, bagi aku tak ada istilah kawan baik untuk lelaki perempuan walau atas alasan apa sekalipun. Sebebas-bebas masyarakat barat sana, dalam satu tinjauan yang dibuat, ramai yang tak setuju dengan istilah lelaki perempuan sebagai bestfriend.

Yang setuju pun bila kawan tu gay@lesbian atau kawan tu terlalu hodoh atau sebenarnya lelaki tu nak tackle perempuan tu, so dia offer friendship dulu. At the end, memang biasanya akan libatkan perasaan juga.

Perhubungan lelaki perempuan yang bukan mahram, harus hanya pada darurat dan hajat. Kalau lelaki nampak perempuan jatuh motor, jangan la buat bodoh saja dengan alasan ‘jaga ikhtilat’ Tu dah masuk bab darurat.

Bab hajat ni pulak termasuk la urusan seharian kita hari ni, contoh perniagaan, pekerjaan, pendidikan, jodoh.

Ya diakui, awal-awal nak berhijrah dulu (kononnya la, sebenarnya sama saja) aku sangat keras (syadid) bab2 ni. Sebab tu yang minta nombor pun aku tak bagi padahal boleh saja kan kalau aku awal-awal bagitahu pendirian aku pasal ni. Kalau dia tak setuju, then barulah hihi bye bye.

Mungkin juga sebab masa tu aku banyak baca bahan-bahan agama daripada mereka yang memang berada dalam suasana agama. Kenal lalu orang tengah, jumpa di rumah parent, chat di phone pun ada orang tengah.

Mungkin cara macam tu yang terbaik dalam bab jodoh, cuma untuk orang-orang biasa macam aku ni, memang orang sekeliling akan expect untuk cari sendiri. Yang aku bawa datang rumah tu bagi parent aku adalah calon yang dah confirm, bukan baru nak kenal-kenal.

Berbalik pada cerita aku hari tu, aku bersyukur juga sebenarnya bila bapa aku push aku untuk cari jodoh. Kalau tak masa tu memang aku dah selesa hidup bujang. Rumah, kereta, kerja ada. Setiap hujung minggu boleh balik rumah parents, jumpa kawan-kawan bujang aku, travel sana sini.

Lagi bila baca macam-macam kes masalah rumah tangga hari ni, rasa gerun nak kahwin.

Baca pulak berita anak kena dera pengasuh, kena rogol, mengandung umur 15 tahun, rakam gambar tak senonoh, ketagih video porno (real kes anak murid aku), aku jadi takut nak ada anak. Sebab tu tak kisah nak mencari sangat pun.

Aku ada baca, salah satu tanda Allah nak kabulkan doa kita adalah apabila Allah gerakkan kita untuk berusaha. Macam aku, doa nak jodoh yang baik, tapi tak ada usaha nak kenal bakal jodoh. Camne tu?

So sambungan dari hari tu, aku decide untuk masuk ruangan cari jodoh kat FB. Aku tak letak muka dan awal-awal aku dah letak syarat2 yang agak poyo. Antara syarat aku letak, no sweet talking, strictly untuk taaruf saja bukan untuk sesaja hilang bosan.

Ciri-ciri lelaki yang aku letak, matang, serius untuk kahwin, tak merokok, lelaki yang nak mendalami agama, solat cukup, kalau berjemaah lebih baik. Biar la orang cakap utopia sekalipun, tapi at least orang yang niat asal memang nak main-main akan back off awal-awal.

Bila dah masuk ruangan tu, maka banyak la lelaki yang masuk. Aku tapis la mana yang boleh. Antara soalan yang aku tanya untuk taaruf, termasuk latar belakang diri, keluarga dan tahap pendidikan. Soalan-soalan ni untuk tengok sama ada kami ni sekufu atau tak.

Selain tu aku borak juga tentang sesuatu isu, matlamat hidup, perancangan untuk perkahwinan. Aku sebut borak sebab tak nak la nampak macam tengah interview. So orang pun lebih terbuka nak bercerita tanpa rasa dihakimi. Soalan-soalan ni untuk tengok wavelength sama ke tak.

Benda ni sangat penting sebab seumur hidup kita kena hadap orang yang sama. Kalau awal-awal dah rasa ada barrier dalam komunikasi, perbezaan dari segi ideologi dan pemikiran, lebih baik move on awal-awal.

Contoh seorang lelaki ni, dia duda. Duduk di Arab Saudi, kerja di sana. Dia kata selalu juga pergi kelas agama. Alhamdulillah.

Tapi bila go deeper, aku dapati pendekatan dia dalam agama sangatlah hmmpppph. Contoh kitorang bincang satu isu. Dari situ dia kata dengan perempuan ni tak boleh berlembut.

Sebab tu Islam benarkan lelaki pukul perempuan untuk mendidik. Contoh, isteri nak keluar tak pakai tudung. Suami dah larang tapi tak jalan, so boleh pukul.

Dia kata bukan pukul mencederakan pun, pukul dengan sejadah. Siap send video-video ceramah ustaz yang kata boleh pukul. Dia kata dulu dia berlembut dengan bini dia, tu yang lama-lama bini dia tak boleh dikawal dan akhirnya bercerai.

Hello, memang la boleh pukul tapi ada syarat-syaratnya. Pertama sekali didik. Didik tak jalan asing tempat tidur. Tak jalan juga baru pukul. Setiap satu tu ambil masa, perlukan kesabaran dan doa. Bukan dah tegur sekali tak jalan terus pukul.

Memang la dia kata pukul guna sejadah tak sakit, tapi bayangkan situasi tengah bertekak bini nak keluar laki tak bagi, sempat ke nak cari sejadah bagai?Dalam keadaan marah, boleh jamin ke tak menyakitkan bini? Ke terus belasah pakai tangan?

Cuba tengok bagaimana nak didik anak solat. Umur 7 tahun ajar. Umur 10 tahun tak solat baru boleh pukul. Jarak masa 3 tahun untuk nak pukul tu.

Kalau kita tak pernah ajar anak solat dari umur 7 tahun, tak kan tiba-tiba dia tak solat umur 10 tahun terus nak pukul? Nak ambil agama jangan separuh-separuh.

Ada seorang lagi lelaki aku kenal ni, dia kata lepas kahwin bini tak perlu kerja. Ok, aku hormat pendirian dia.

So aku tanya bila bini dia tak kerja, apa yang dia sediakan untuk bini dia? Dia naik motor pun roadtax takde, sibuk ikut Jemaah sana sini, bab kerja pun hampeh.

(Sorry, aku sangat hormat Jemaah ni. Cuma aku tak respect orang yang ambil agama ni separuh-separuh. Dia pun baru join jemaah ni, tu yang syadid semacam)

Lepas tu dia kata boleh kerja, tapi kerja jual nasi lemak depan rumah. Konon perempuan tempatnya di rumah, nak kerja pun kena dekat-dekat rumah saja. Ok, so nak berniaga nak beli barang naik apa?

Barang berniaga bukan sikit-sikit. Nak naik motor takde roadtax dia tu? Nanti lepas kahwin nak duduk mana? Dia kata dia duduk rumah sewa dia juga, aku duduk la mana aku duduk sekarang. Bila nak jumpa book hotel. Hello, kalau aku tak kerja, rumah ni aku nak bayar guna apa?

Kalau ada anak, anak tu nak letak kat hotel juga ke? Memang aku tak boleh terima lelaki otak sempit macam ni. Last-last aku provoke dia sampai dia marah. Maka hilang la semua topeng agama yang dia pakai selama ni.

Sorang lagi aku kenal, jenis lelaki inferior. Bila aku dapat sense inferior dia, sengaja aku cakap aku dah ada rumah. Dia kata lepas kahwin dia tak nak duduk rumah aku sebab nanti dia kata perempuan besar kepala.

Ok, mula ada red flag. Memang la bagus lelaki ada pendirian tak nak tumpang harta isteri, tapi patutnya atas dasar tanggungjawab, bukan dasar ego takut tak boleh kawal bini nanti.

Dia juga kata nak anak ramai. Aku cakap aku kerja. Dia kata mak dia kerja juga, boleh saja anak ramai. Dalam masa yang sama dia juga yang cakap dia dulu liar, tak pandai baca Al-Quran.

Nasib aku tak smash balik, memang la boleh tapi anak-anak terabai, elok ke macam tu? Aku ok saja sebenarnya anak ramai kalau bapak dia berkualiti.

Sama-sama jaga, sama-sama didik supaya anak tu berkualiti. Bukan setakat meriah dari kuantiti. Ni awal-awal dah nak tunjuk kuasa veto, membanding-banding bagai. Walaupun dia ni sedang nak berubah, suka belajar agama, akhirnya aku rasa not worth it. Wavelenght tak sama.

Ok, ni baru bab tapisan awal. Bila rasa ada keserasian, sekufu, boleh proceed jumpa. Awal-awal aku akan bagitahu yang dalam masa yang sama aku sedang kenal dengan beberapa orang calon lagi. Kalau diorang tanya berapa orang, dah jumpa ke belum, aku jujur saja. Aku tak nak beri harapan palsu.

Then bila dah jumpa, rasa ada keserasian, aku proceed pada taaruf kedua. Kalau rasa tak ok, jangan diam saja. Jangan pula teruskan sebab kesian. Dalam fasa awal ni orang pun tak frust sangat bila ditolak. Aku pernah juga ditolak, tapi maaf cakap la, lelaki ni kalau tak nak dia terus diam saja.

Langsung tak gentleman. Tapi aku ok saja sebab macam aku cakap, awal-awal ni memang aku pun tak letak harapan tinggi sangat. Aku cuba jaga hati aku supaya tak diserahkan pada orang yang belum layak. Dan tak ada yang layak melainkan pasangan yang dah halal.

Ok, masa jumpa ni, aku jumpa di mall dekat dengan rumah aku. Pergi sendiri-sendiri, balik sendiri-sendiri. Habis makan balik, tak perlu meleweh-leweh pergi tempat lain. Awal-awal dulu aku bawa anak murid aku teman. Tapi macam leceh bawa budak-budak ni. Nak kena ambil, hantar, minta izin parent.

Lepas-lepas tu aku tak bawa. Tapi pastikan kita duduk di tempat terbuka, jangan duduk tempat tersorok berdua-dua pulak. Takut timbul fitnah walau kita tak buat apa-apa pun.

Untuk taaruf peringkat kedua ni boleh la tanya bab kewangan, kemampuan nafkah, perancangan lepas kahwin, perancangan tentang anak dan lain-lain. Kalau perempuan soal lelaki bab-bab ni, tu bukan materialistik ya. Tapi kalau lelaki awal-awal dah tanya bab gaji, harta, memang red flag la.

Benda ni penting untuk pastikan bakal calon kita tu betul-betul faham bab tanggungjawab, bukan lebihkan keluarga sendiri, kawan-kawan daripada nafkah isteri dengan alasan isteri tu bekerja atau syurga di bawah tapak kaki ibu.

Ada juga yang nak kahwin, tapi masih nak duduk bawah ketiak mak bapak. Kalau sebab nak jaga mak bapak yang dah uzur tu ok la, ni sebab tak nak keluar dari comfort zone. Tak ada impian nak bina keluarga sendiri dan berdikari. Semua masih harap mak bapak.

Banyak rumah tangga yang bermasalah ni, awal-awal lagi diorang dah nampak banyak red flag. Tapi sebab dah sayang, dah habiskan masa couple bertahun-tahun, at last kahwin juga dengan harapan pasangan tu akan berubah.

Bila dah kahwin, dulu yang kata lautan api sanggup direnangi tu, akhirnya sekejap saja dah tak tahan.

Sebab tu jangan couple. Bila kita tak letak perasaan dulu, jika ada apa-apa yang tak kena, kita tak dibutakan oleh perasaan dan masih boleh berfikir secara rasional. Kita tak ragu-ragu nak angkat kaki awal-awal.

Kalau dah lepas tapisan kedua, kedua pihak setuju, baru bawa jumpa parent. Ok, masa ni aku dah tak layan calon lain lagi. One man at one time. Lepas tak jadi baru aku proceed yang lain.

Ini aku cerita pengalaman aku la sebab aku tahu parent aku jenis macam mana. Diorang jenis percaya dengan judgement anak.

Tak kisah lelaki tu kerja apa, asal ada kerja, hormat orang tua dan nampak sikap tanggungjawab tu. Ha sepanjang tempoh taaruf tu jangan lupa ishtiharah ya. Jangan dah bawa jumpa mak bapak semua, last2 putus sebab kau tak nampak calon tu dalam mimpi lepas ishtiharah. So lame!

Cut it short, sekarang aku dah kahwin dan ada anak sorang. Nak cerita betul-betul kang panjang sangat. Laki aku kerja biasa, rupa biasa, bukan la alim sangat.

Tapi bila aku minta nak macam ni, macam tu, dia faham dan boleh terima. Antara sebab aku pilih dia, sebab aku selesa dengan dia, rasa senang nak bercakap dan family pun suka dia.

Senang kata semua benda smooth saja. Masa jumpa nak cari barang kahwin, dia akan jalan depan, aku jalan belakang.

Kalau dekat escalator tu, aku baru separuh escalator, dia dah sampai bawah. Kalau ada benda nak cakap dia tunggu aku, lepas tu dia jalan balik. Rasa macam jalan sorang, tapi aku ok. Oh ya, dia pun tak merokok.

Lepas dah stage bertunang, kitorang dah jarang contact. Kalau ada benda yang betul-betul perlu, baru contact. Ada yang kata kalau tak selalu contact, nanti hubungan tu jadi hambar dan akhirnya putus.

So sebenarnya pertunangan ni la masa untuk uji arah tuju sesuatu hubungan tu. Adakah hubungan tu kerana Allah atau untuk hanya untuk isi kekosongan diri.

Kalau pasangan kita boleh setia walaupun tak bercinta macam orang lain, itu tandanya dia pandai jaga diri, mampu untuk setia dan tahu isi masa dia dengan benda yang berfaedah.

Percayalah, dah kahwin pun kita tak akan sentiasa dapat tumpukan perhatian pada pasangan 24 jam. Ada masa yang perlu diperuntukan untuk mak bapak, meningkatkan ekonomi keluarga dan untuk anak-anak.

Sebab tu banyak kes lelaki curang bila bini tengah pregnant or dalam pantang. Puncanya sebab tak boleh sunyi.

Dah biasa couple kan, so lepas kahwin pun nak juga rasa perasaan masa couple tu. Teruja bila jumpa, tersenyum-senyum baca message. Tak dapat dengan bini atau laki, dia cari pulak orang lain. Nauzubillah min zalik.

Ok, itu sajalah yang aku nak tulis. Moga kita sama-sama terhindar daripada fitnah akhir zaman ni. Salah satu tanda makin dekatnya kita dengan akhir zaman bila zina makin berleluasa. Tengok saja la statistik anak zina yang makin tahun makin bertambah.

Jadi awal-awal la kita kena tutup pintu menuju pada zina. Semoga wabak yang melanda negara kita ketika ini cepat berakhir. Aamiin.

– Fiz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *