Macam Mana Nak Handle?

Salam, hi. Saya straight je la eh, saya 28 this year. And my partner pun sebaya. Masalah sekarang saya rasa nak fed up dengan dia sebab cara dia handle problem.

Kami dah plan nak tunang end of this year and kahwin tahun depan walaupun masih belum ada plan yang betul-betul, just plan cakap sahaja and discuss sahaja.

Before this, dia ada masalah pasal career yang mana perangai down dia saya kena hadap tapi alhamdulillah tahun ni settled and dia pun ada pekerjaan baru yang income dia lebih stabil, lebih dari cukup. Saya bersyukur sangat. So okay buat sementara waktu. Tapi lately career dia ada problem balik.

Okay saya terang kan, saya ada career, gaji rendah sikit berbanding kerja baru dia, tapi saya permenant, office hour biasa isnin – jumaat, 9 jam sehari. Dia pulak, shift dan berjadual kerjanya tapi currently dia punya schedule berubah.

Sebelum ni banyak cuti tapi sekarang hari cuti dia berkurang which is sebelum ni 4 hari cuti, tapi sekarang tinggal 3 hari je. Dia stress and serabut, merenget sebab penat katanya. Sebelum ni mood dia okay je. Saya faham, saya dengar.

Tapi compare to me, saya kerja 9 jam sehari, cuti pun sabtu ahad je. Tapi saya okay je. Bila saya cakap macam tu, dia jadi defensive, marah saya balik cakap saya tak faham kerja dia. Okay saya tak compare dah.

Tapi setiap kali jadi bende yang berkaitan dengan commitment dia dan career dia, dia jadi takde mood. Moody je memanjang, kejap-kejap hilang, nak masa dengan diri sendiri banyak. Asyik merenget penat je setiap hari.

Kadang kalau saya salah cakap sikit, dia marah, tinggi suara, tengking. Saya jadi macam eh penat pulak kalau dilayan macam ni je.

Setiap kali call, lately banyak diam, sebab saya takut tersalah cakap nanti kena marah. Yang dia cakap, dia merenget pasal kerja, stress setiap masa, tengah survey kerja baru, penat kerja apa semua, malas nak kerja.

Dia cancel plan keluar dengan kawan dia dan semua plan dia, sebab dia cakap cuti dia yang ada tinggal untuk rehat je, kalau keluar dia penat lah apa semua. Okay saya dengar. Saya cuba comfort.

Saya ni selalu risau dan overthinking, lagi-lagi kalau dia tiba-tiba hilang, call tak dapat, ws one tick, anxious saya. Tapi bila saya act macam ni kena marah, sebab dia serabut, okay saya faham. Saya macam pushy lah. Tapi kalau dia act macam ni setiap masa siapa yang tak risau.

Bila saya cuba discuss pasal masa depan, dia masih okay lah, not defensive. Tapi akhir dia selalu macam, “tapi saya cuba stabil kan kerjaya saya dulu maybe by 30” saya dah macam hmm.

Kadang penat tau dengan layanan hot&cold dia. Last week okay, tapi bila this month ada masalah kerja terus jadi tak okay. Faham, tak energy and mentally drain bila orang rapat yang kita selalu contact moody setiap masa, kena hadap orang macam ni hari-hari.

Honestly bagi saya masalah kerja dia tu bukan masalah sangat, maybe agak susah nak menyesuaikan diri dengan jadual baru, tapi bagi saya hadap jelah. Kalau saya memang saya hadap, atau kalau tak tahan saya akan nekad berhenti dan cari kerja lain. Memang saya akan cari sampai jumpa.

Tapi dia tak, cara dia handle, dia menjauhkan diri dan spread negative vibes dekat orang lain. Sampai saya setiap hari overthinking dia layan saya macam ni sebab dia curang ke? ada orang lain ke? Bila saya tanya, dia kata takde. Tapi saya tanya hari-hari sampai saya dapat jawapan dan dia stress.

Tapi saya faham lah kalau dia stress, siapa tak stress kalau partner sendiri suspicious and tuduh macam-macam hari-hari. So instead of saya tuduh dia, saya more tu share pada kerisauan saya, overthinking saya. And dia cakap “its okay saya faham”. Tapi dia buat balik perangai, haih penat.

Saya betul cakap, semua orang ada masalah dekat tempat kerja. Kalau tak cukup gaji, kerja pulak overloaded, environment tak okay lah. Banyak, and thats normal dalam bidang pekerjaan. Apa-apa pun cara nak survive kita hadap jela.

Macam saya pun bohong kalau takde masalah dekat tempat kerja tapi saya tak pernah bawa hal kerja secara personal. Saya nak bagi dia faham bende tu, last-last, saya dilabel tak faham dia. Saya serabutkan dia.

Dia cakap perlukan masa untuk diri sendiri, saya bagi, masa dia nak main game sebab life dia bila kerja ni, dia rasa macam tak hidup, takde life, saya bagi dia main game.

Tapi kalau cara dia handle masalah dia macam ni, saya tak nampak masa depan dengan dia dalam masa terdekat ni. Yang saya nampak dia tak ready.

Saya penat nak comfort dia dan diri sendiri. Nak positive kan diri sendiri. Saya tanya kawan saya, ada yang cakap “dia dah ada orang lain” ada juga yang cakap “lelaki selalu risau pasal career dia biasalah tu”.

Tapi masa dia masih ada lah dengan saya tak pernah missed, cuma cara dia beza, down, depress, tak cakap banyak, moody je, marah je. Masih call setiap hari apa semua.

Tapi saya penat dengan layanan dia. Bila saya pull back diri saya sebab penat nak hadap, kena marah juga cakap, saya buat perangai lah tak layan dia lah. Hadui lelaki-lelaki. Kenapa macam perempuan ek perangai.

Saya tak tahu nak handle kalau macam ni terus terang cakap, nak angkat kaki, sayang pulak sebersalah pulak. Tapi serious mentally draining hadap orang macam ni hari-hari. Dilayan pulak macam kita tak penting dalam hidup dia, macam sampah pun ada.

Asyik kita je mengalah, nak faham dia, dia sensitive apa semua. Dia sorang jela ada masalah, orang lain takde. Hmm penat. So how nak handle ye? Lelaki memang macam ni eh?

Saya ni hati tisu, tapi bila dilayan kasar macam ni, of course saya banyak makan hati tapi saya cuba ye untuk faham kenapa. Jadi saya cuba nak handle tapi tak tahu bagaimana sebab saya dah penat. Apa patut saya buat?

– Papercut (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *