Macam Mana Nak Ikhlaskan Hati Untuk Mencari Rezeki?

Assalamualaikum, saya terus bercerita lah eh. Saya ni fresh grad, baru bekerja nak dekat setahun, graduate dalam bidang engineer. Tapi bila masuk alam pekerjaan scope kerja saya dah jadi lain.

Honestly, saya ambil bidang engineer sebab saya suka kira2 ni, buat something yang mencabar, kerja pakai otak and so on.

Walaupun saya perempuan and orang cakap perempuan tak boleh buat kerja lelaki tapi saya tak nak mengaku macam tu. Walaupun saya ni lembut je (orang cakap gitu) tapi saya suka kerja-kerja kasar.

Tapi masa saya iv, bos saya menjanji kan macam-macam. Atas kertas offer letter title job saya adalah engineer tapi bila masuk scope kerja saya yang sebenar saya adalah admin sahaja.

Atas sebab saya perempuan dan bos saya tak nampak yang saya boleh buat kerja macam lelaki-lelaki engineer tu.

Staff lama ada cakap, bos tu memang suka menjanjikan macam2 macam akak-akak dekat staff sini pun sama dah berbelas tahun atas kertas engineer tapi scope kerja hanyalah admin sahaja.

Saya memang tanya background diorang apa, masing-masing hebat, civil, QS, Biochem, Biotech, tapi last2 scope admin.

Apa yang saya belajar dekat sini adalah sangat-sangat limited. Sebab bos saya tak percaya dekat perempuan, kalau nak tengok layanan memang lainlah, layanan ke atas perempuan dan lelaki ni. Boleh dikatakan lelaki-lelaki sini anak emas sedangkan perempuan adalah kuli.

Kalau saya nak cerita perbezaan layanan sampai esok tak habis memang beza sangat, lelaki semua boleh, tapi perempuan tak boleh sangat limited. Jadi saya tak boleh belajar apa yang sepatutnya.

Ye, saya ni jenis yang ambitious punya orang. Saya memang minat engineering ni tapi bila jadi admin, saya hanya handle2 dokumen sahaja.

Kertas-kertas, surat-surat, fail-fail, memang beza sangat apa yang saya belajar. Tak mencabar langsung dan saya rasa otak saya lembab bila lama-lama duduk sini.

Yelah belajar susah bagai nak rak, tiba duduk sini habis hilang semua ilmu, makin lama makin pudar.

Sejujurnya saya tak suka buat apa yang saya buat ni. Tapi ye ini sumber rezeki saya, halal. Tapi hati saya tak ikhlas sebab saya tak suka. Kalau tahu saya kerja ni baik saya amik HR ke Sastera ke Admin ke masa belajar dulu.

Bukan saya tak jatuhkan ilmu-ilmu ni cumanya saya rasa sia-sia saya belajar 5 tahun bidang engineering last-last ilmu saya tak boleh pakai atau tak boleh pun nak apply dekat mana-mana skill kerja saya sebabkan dah di limited kan oleh bos saya.

Saya memang bercadang nak tukar kerja sebab saya rasa buang masa duduk sini lama-lama. Setiap hari saya datang kerja hati saya tak ikhlas buat kerja. Sebab saya memang tak suka, bos pun saya tak suka.

Tapinya sini susah nak amik cuti macam saya cakap kalau datang part perempuan minta apa-apa memang susah nak dapat approval. Macam kena kunci & ikat pun ada.

Kalau saya tengok akak-akak staff sini bertahan sampai berbelas-belas tahun ada nak berpuluh tahun bertahan walaupun gajinya sikit sangat, saya pun taktahu kenapa.

Tapi bila saya tanya diorang kata susah nak dapat pelepasan. Bila jadi dekat diri sendiri baru saya faham macam mana susahnya nak cari peluang lain bila kena ikat dekat sini.

Bayangkan you nak apply kerja engineer tapi scope kerja you yang sekarang macam ni je, nak pakai current background kita untuk apply pun macma tak guna, sia-sia je. Tak ke susah kita nak masuk balik dalam bidang ni.

Tapi saya harap korang doakan saya dapat kerja yang sesuai untuk saya, sebab saya tengah usaha jugak ni untuk keluar dari sini dan asah skill yang saya belajar dulu.

Saya tak kisah kerja teruk asalkan saya suka buat bende tu pressure pun takpe, itukan lumrah pekerjaan. Janji you suka buat bende tu kan. Rezeki pun masuk dengan limpahnya sebab hati kita happy dan ikhlas.

Saya doakan orang2 yang tengah struggle cari kerja tu jumpa yang terbaik, okay.

– Cawan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Selagi adik tengah bersemangat dan berwawasan tinggi ni, baik adik carik peluang lain dan resign. Akak akak yang stay kat situ lama sampai belas tahun maybe sebab dia ada husband yang dah stabil, jadik dia kerja hanya untuk mengisi masa sahaja, plus kalau umur dan banyak ni nak jump ke tempat baru memang tak confident dah.

  2. Saya doakan awak mendapat kerja engineering yang lebih baik dan gaji lebih bagus. Doakan saya juga, sya pun harap dapat pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lagi baik. Semoga kita sama2 diprmudahkan urusan .

  3. Angkat kaki jela, sis.. buat apa tunggu lma2 kat tempat mcm tu, bnyak lg tempat yg bole awk sumbangkn ilmu & kepakaran awk tu.. tp klaw awk ada komitmen spt sewa rumah or byran bulanan utk kreta dsb., klau bule jgn ‘berhenti’ selagi belom pasti dpt kerja lain yg lbh baik.., ny susah plak awk nk ‘survive’ utk keperluan harian awk.. senyap2 pohon kerja, skrg ni pon bnyk jer “job fair” yg offer kerja on the spot or hadir iv.. klaw boss yg membezakn antara pekerja lelaki n pompuan, perbuatan nya itu boleh dilaporkan kpd persatuan sekerja atau pon kem. Sumber Manusia (of coz dgn bukti2 yg sahih utk mnyokong report tu), sbb klaw dibiarkn, orh lain pulak yg akn menjadi mangsa.. wallahu a’lam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *