Macam Mana Nak Kahwin Kalau Tak Couple?

Couple tu kan fitrah manusia yang nak disayangi dan menyayangi. Kalau tak couple, macam mana nak kenal? Tak kan nak kahwin dengan orang yang kita tak kenal? Karang terkahwin dengan pasangan perangai tak semenggah macam mana?

Salam semua. Suatu masa dulu, inilah soalan yang bermain di fikiran aku. Bila tengok drama atau filem romantik, baca novel cinta, tengok orang sekeliling yang bercinta, rasa tak sabar nak couple.

Zaman remaja, aku sekolah menengah di sekolah perempuan semua, so takde aktiviti couple-couple. Masuk tingkatan 4, aku tukar sekolah asrama penuh, sekolah campur laki perempuan. Wow, terbuka luas mata aku masa ni! Hormon gatal mencanak-canak.

Tapi tu la, sekolah aku ni walaupun bukan sekolah agama, tapi senior-senior tarbiah kitorang dah macam sekolah agama.

Masuk ke U pulak, aku masuk bidang kesihatan. Student lelaki melayu ada 5 orang saja. Tolak yang dah berpunya, yang alim, yang player, so memang takdelah juga.

Aku ni bukan baik mana. Tapi Alhamdulillah, kawan aku baik-baik belaka. Ahli usrah, bekas budak sekolah agama, budak pemalu.

Since kawan-kawan rapat aku pun tak couple, so hormon gatal aku turun sikit. Lagi roommate aku adalah kakak-kakak yang baru putus cinta. Hari-hari diorang brainwash aku, sakit Fiz, janganlah bercinta. Lama-lama termasuk la juga dalam benak luar sedar aku ni.

Akhirnya bila masuk bidang pekerjaan, barulah aku jumpa calon. Dua orang dalam masa yang sama. Sorang mak dia satu tempat kerja dengan aku, aku namakan Lan.

Sorang lagi kenal masa kerja kahwin sedara kat kampung, aku panggil Dean (Take note semua yang masih bujang, kerja kahwin adalah saat keemasan nak kenal jodoh)

Lepas beberapa kali keluar dengan Dean dan Lan, aku tolak Lan, aku terima Dean. Kawan setahun, lepas tu kami bertunang. Tiga bulan lagi nak kahwin, kami putus. Punca putus sebab tak serasi. Senang kata, hubungan ni hanya rebound relationship lepas ex Dean kahwin dengan lelaki lain.

Tak serasi tu memang la mengundang pergaduhan, tapi kalau ada rasa sayang, korang akan pertahankan lagi-lagi bila isunya tak besar mana. Tapi bila sayang tu takde, semua benda akan jadi isu.

Dia pun awal-awal lagi cakap dia nak bercinta selepas nikah. Masa tu sebab kemaruk nak kahwin, aku on saja. Sebenarnya tu hint yang dia tak sayang aku. Nak kahwin untuk ubat kekecewaan lama dia saja.

Lepas putus tunang, aku heartbroken. First love kot. Masa tu la teringat balik kata-kata kakak-kakak roommate aku kat U dulu. Betul la, sakit! Padan muka sebab sebelum ni pun aku sakitkan hati Lan.

Dia dah sampai nak beli cincin untuk aku tapi aku pilih Dean. Untuk mengubati sakit ni, aku plan vacation, shopping, tengok wayang, hanging out with my friend.

Masa buat semua tu memang aku happy tapi balik rumah aku rasa kosong balik. Then aku mula cari benda yang boleh penuhkan ruang kosong tu.

Aku dekatkan diri pada agama, aku cari siapa diri aku, tujuan aku wujud kat dunia ni, ke mana tujuan akhir kita. Dari situ aku banyak baca pasal couple dan ikhtilat.

Aku mula nilai balik apa yang aku percaya selama ni. Banyak sumber aku rujuk, semata-mata nak juga cari pendapat yang benarkan couple ni. Yelah, tak couple, macam mana nak kahwin?

Aku ni bukan family alim ulama yang jenis carikan jodoh anak, atau pun orang yang join usrah atau ambil jurusan agama yang ada murabbi ke, naqibah ke, ustaz ustazah ke yang tolong jadi orang tengah.

Aku ni biasa-biasa saja. Tudung pun biasa-biasa. Cari punya cari akhirnya aku terpaksa akur, couple memang tak boleh. Walaupun orang pandang benda ni biasa, walaupun semua orang sekeliling kita buat, benda salah tetap salah.

Sebab aku tak tahu macam mana nak cari jodoh tanpa couple, berkali-kali aku melepaskan peluang untuk berkenalan dengan calon jodoh.

Yang masih aku ingat, lelaki yang aku jumpa dalam satu kem 3 malam ni. Dari sampai lagi aku memang dah aim dia. Hensem, tinggi, segak, nampak pemalu.

Tak sangka lelaki ni minta nombor aku daripada kawan sekhemah aku yang sekumpulan dengan dia (banyak aktiviti ikut kumpulan).

Kawan khemah aku tu memang promote betul laki ni kat aku. Baik la, kelakar la, senang nak jumpa la (tempat kerja kitorang lain daerah tapi kalau nak jumpa sejam lebih dah sampai) Ikut hati dah lama aku bagi, tapi ada benda yang buat aku ragu.

Aku tak tahu macam mana nak mulakan semula tanpa couple. Nanti kalau dah bagi nombor, mesti kitorang akan chatting2, flirting2, wish good morning, good night, ajak jumpa, naik kereta sama-sama, pergi dating macam aku dengan Lan dan Dean dulu.

Aku tak nak macam tu. Tapi kalau tak macam tu, macam mana? At last, sampai ke hari akhir kem aku tak bagi. Berpisah la kami ke destinasi masing-masing.

Akhirnya sampai la aku ke umur 30-an. Masa ni memang mak bapak aku dah bising dah. Lepas putus tunang dulu dorang chill lama,

Tapi sebab adik aku yang langkah bendul pun dah anak 2, mula lah bising balik. Segala lelaki single yang dorang kenal nak dikenalkan kat aku. Calon-calon mak pak mertua pun ada juga merisik-risik.

Kawan sekerja pun ada nak kenen-kenenkan. Tapi tu la, diorang kenenkan saja, selebihnya kenal la sendiri. Tapi macam mana nak kenal kalau tak couple? Blur teruk aku.

Sampailah akhirnya bapak aku dah sampai tahap memaksa nak aku kenal dengan sorang lelaki ni. Masalahnya lelaki ni, dia macam lemau. Mak dia yang lebih-lebih. Siap telefon aku bagai.

Akhirnya aku setuju la untuk jumpa dengan syarat, aku bawa kawan. Sebab aku bawa kawan, dia pun bawa adik lelaki dia.

Adik lelaki dia ajak awek dia. Lelaki tu memang sangatlah pendiam masa jumpa tu. Adik lelaki dia yang banyak borak dengan kawan aku dengan gf dia sekali. Aku pun memang langsung takde rasa suka kat laki tu. Rasa nak cepat-cepat blah saja. Memang awkward sangat pertemuan tu.

Lepas jumpa, mak laki tu yang call aku tanya aku dah ishtiharah ke belum. Dia kata anak dia dah ishtiharah dan dia nampak aku.

Bak kata mak dia, nampak kecik-kecik, putih-putih orangnya dalam mimpi tu (merujuk pada aku la tu) Bapa aku dah bagi green light. Aku dah rasa macam kena kahwin paksa. Macam nak lari dari rumah.

Akhirnya aku nekad masuk satu laman web cari jodoh tu. Daripada aku kena paksa kahwin dengan orang yang aku tak suka, lebih baik aku cari sendiri orang yang aku suka.

Dan dari situ bermula lah pengalaman aku kenal pelbagai jenis lelaki. Dalam berjaga-jaga, tetap ada pengalaman dikecewakan dan mengecewakan.

Lumrah la. Tapi aku cuba buat sebaik mungkin supaya tak beri harapan terlalu banyak dan menaruh harapan terlalu tinggi juga. I learn my lesson.

Dulu patutnya kalau dah rasa tak berkenan pada Lan, awal-awal aku cakap. Bukan drag sampai aku pergi rumah dia, jumpa opah dia, family dia pergi rumah aku bagai.

Yelah, masa tu ex tunang aku ni macam kejap tenggelam sekejap timbul. So aku buat Lan ni macam back up. Last2 dia yang kahwin dulu dari aku.

Masa Lan kahwin, aku pergi sebab mak dia kira rakan sekerja kan. Opah dia cerita Lan ni masa clash dengan aku dulu, memang frust. Dia cakap kat Opah, ”orang dah tak nak kita.” Jahat pulak aku rasa.

Nak cerita ke nak sambung eh. Kalau sambung sure panjang gila nanti. Tulis panjang-panjang, sekali admin tak approve. Atau orang tak baca pun sebab bosan. So aku stop dulu la supaya tak syok sendiri. Kalau ada permintaan aku sambung nanti.

Supaya confession ni jadi ilmiah sikit, aku cuba terangkan atas dasar apa aku berpegang yang couple tu haram. Ia haram bukan atas nama, tapi atas aktiviti-aktiviti yang dianggap lazim dalam percintaan yang orang sekarang ni panggil couple.

Kat bawah aku senaraikan batas yang perlu dijaga antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ia panduan bukan saja untuk yang baru nak cari jodoh, tapi untuk semua termasuk yang dah berkahwin dan untuk yang dah bergelar mak bapak.

Jangan kerana nak dipanggil ibu bapa yang sporting dan moden, kita benarkan anak lelaki dan anak perempuan kita bebas keluar dengan pasangan masing-masing atas dasar diorang dah nak kahwin.

Isteri dan suami orang pun perlu jaga batas di tempat kerja. Tiada jaminan bila dah berkahwin, kita dah selamat dari zina. Allah tak kata jangan berzina, tapi kena jauhi zina.

Allah tahu kita manusia lemah yang banyak kekurangan, mudah terdorong oleh nafsu. Sebab tu Allah letak beberapa batas untuk hubungan lelaki dan perempuan. Kalau batas-batas ni dilanggar, akhirnya bila sampai berzina pun kita dah tak rasa berdosa.

1. Larangan melunakkan suara.

Dalam surah al-Ahzab: 32, Allah melarang isteri nabi melunakkan suara dalam berbicara hingga menimbulkan keinginan tidak elok dalam hati yang berpenyakit.

Senang cakap, perempuan tak usah tergedik-gedik, manja-manja bila bercakap dengan lelaki. Cukup cakap dengan nada biasa, jangan meleweh-leweh.

Bahasa tubuh pun boleh hantar the wrong signal, contoh senyum meleret, melentok-lentok, lirikan mata, gigit bibir. Walaupun kita jenis mesra alam dengan semua orang, tapi mungkin akan ada yang salah tafsir.

Lumrah dalam couple pula, akan ada panggilan istimewa, rajuk memujuk, ucapan sayang rindu semua tu. Walaupun dalam bentuk teks mahupun emoji, sama saja.

Nak panggil abang ke, sayang ke, tunggu lepas kahwin. Kalau tak, takde istimewa mana perkahwinan tu sebab banyak benda dah boleh dapat sebelum kahwin

2. Suruhan menundukkan pandangan.

Bila kita crush dengan seseorang, kita akan rasa nak pandang saja kan. Sesekali bila pandangan bertembung, hati berdebar, dunia terasa bagai kita yang punya. Udahla berangan.

Allah suruh jaga mata, bukan meliar pandang sana sini. Lagi-lagi zaman media social sekarang, semuanya terhidang depan mata.

Yang lelaki, jangan mencari, yang perempuan jangan menghidang. Enough said. Tak payah saling tuding jari. Saidatina Aisyah R.A pernah berpesan, sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang.

Tidak dipandang tu termasukkan kita jaga aurat, tak berhias berlebih-lebihan (tabarruj) dan jaga penampilan, tak tergedik-gedik berjoget goyang sakan sana sini, tak pakai minyak wangi yang bauannya kuat hingga menarik lelaki lain pada kita.

Tutup aurat termasuk labuhkan tudung, labuhkan baju tutup punggung dan pastikan pakaian kita tak jarang, tak ketat, melekat mengikut badan.

3. Larangan berduaan.

Jangalah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan (riwayat Imam Ahmad) Lelaki perempuan, elakkan naik kereta sama-sama. Kalau dah terpaksa sangat, minta izin duduk belakang, bukan duduk seat depan.

Naik motor sama-sama lagilah jangan. Sama juga dengan tengok wayang. Walaupun dalam wayang tu ramai orang, tapi siapa yang boleh nampak dan cegah kalau tiba-tiba timbul rasa nak buat maksiat.

4. No physical contact.

Lapik atau pun tak, sikit atau pun banyak, no! Hatta cuit hidung sikit, pegang bahu yang berlapik, pegang tangan sekejap masa lintas jalan sebab takut kena langgar (sweet la konon)

Elak juga sebarang kemungkinan, kebarangkalian, suasana dan situasi yang membolehkan benda tu terjadi.

Contoh duduk sebelah-sebelah, makan rapat-rapat, jalan beriringan dekat-dekat, cakap slow-slow macam berbisik, bergurau mesra sampai tangan berjalan dan pergi ke tempat sesak.

Kena difahami juga, otak lelaki dan perempuan ni menafsir benda dengan cara yang berbeza. Contoh lelaki dan perempuan berpegangan tangan kali pertama.

Perempuan, dia akan rasa berdebar-debar, rasa dilindungi, dihargai dan disayangi. Lelaki dia akan rasa teruja, akan rasa lembutnya kulit perempuan tu, mula terfikir bestnya kalau dapat pegang yang lain.

Senang kata, perempuan terujanya pergi ke hati. Lelaki terujanya pergi ke nafsu.

Orang kata sentuh kali pertama ni macam kena karen. Ada la rasa berdosa sikit kot. Lepas tu rasa syok. Lagi lama bagi lebih lagi. Akhirnya bila pegang semua pun dah tak rasa dosa. Syaitan ni licik. Sikit-sikit dia tarik manusia ikut jalan yang dia nak.

Untuk lelaki gila seks, perempuan bagi pegang tangan tu macam green light untuk dia dapat lebih lagi. Kena modal sikit la.

Mungkin modal duit, modal muka kalau hensem, badan sado, kata-kata manis, ayat-ayat agama dan juga janji-janji hingga ke bulan. Beware girl! Jangan mudah cair bila lelaki ajak kahwin. Air liur tu percuma, harus dibuktikan dengan tindakan.

Untuk perempuan, syoknya kahwin tu pada baju, pelamin, anak, adegan sweet2 romantik macam dalam drama Korea tu.

Bagi lelaki, syoknya kahwin pada malam pertama. Kalau malam pertama tu diorang boleh dapat free tanpa susah2 nak kahwin, buat apa kahwin. Lepas dapat, dah bosan, tinggal la. Tu untuk f**k boys la. Tak semua gitu.

Cukuplah sampai sini. Apa pun, perlu diingat yang cinta dan perasaan suka tu tak salah. Yang salah bila didorong perasaan sayang dan cinta tu, kita langgar batasan-batasan yang ditetapkan agama.

Jangan la bila kata nak bercinta lepas nikah, kita pun kahwin saja dengan lelaki yang kita tak kenal dan takde rasa suka. Jumpa pun tidak, bincang pasal hidup selepas kahwin pun tak. Main terjun saja.

Moga kita sama-sama terhindar daripada fitnah dunia akhir zaman ni. Moga wabak yang melanda negara kita ni akan segera berakhir.

– Fiz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *