Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi baca. Nama aku Tiramisu.
Masa tahun 2018 aku kerja kat satu company ni dan berkenalan dengan seorang lelaki Aku bagi nama Jerk. Aku kenal dengan dia sebab kitorang satu jabatan. Dia ni mula-mula sombong. Bila aku sombong balik terus dia friendly.
Kenal dua bulan lepas tuu couple. Masa 2018 masih sibuk nak couple2. Sekarang baru sedar apa guna couple.
Dalam masa 6 bulan perkenalan, dia dah janji nak kahwin dengan aku. Dia cakap dia suka dengan aku. Aku plak memang dah in love dengan dia. Jadi aku suka jer laa.
Macam-macam plan. Nak duduk mana lepas kahwin, nak anak berapa orang dan lain-lain. Dia cakap mak dia terima jer pilihan dia.
Selepas daripada tu tiba-tiba dia berhenti kerja alasan mak tak sihat dekat kampung. Aku tanya laa seorang lelaki ni, betul ke. Nama dia Diego (bukan nama sebenar). Dia ni tak rapat dengan Jerk. Selalu dingin dia dua orang. Tapi diorang housemate. Sebab tu aku tanya dia.
Tanya kawan Jerk semua back up. Biasa laa kawan lelaki mesti support lelaki. Aku lost. Jerk masih berhubung dengan aku.
Tetiba aku dapat tahu Jerk sebenarnya dah ada perempuan lain dekat kampung dan nak kahwin dengan perempuan tu.
Aku tergamam. Aku menangis semahunya. Aku video call Jerk dan menangis. Aku hilang arah. Aku rasa macam wah mudahnya dia tipu perempuan.
Dia tak mengaku. Mati-mati dia nafikan. Esoknya dia block aku dekat semua social media. Meraung aku. Aku sedih, hancur.
Aku tak faham macam mana dan kenapa dia macam tu. Kalau betul nak kawin dengan orang lain cakap la. Sebab sebelum ni gaduh aku banyak kali minta putus tapi dia yang pertahankan hubungan kami.
Aku pun dah berhenti kerja dan kerja tempat lain. Dalam masa yang sama aku berhubung dengan Diego. Dia jer yang aku percaya masa ni. Dia jer yang jujur dengan aku.
Aku selalu nangis dekat dia. Setiap kali on call mesti nangis. Dekat enam bulan baru aku normal sikit. Aku minta password Facebook Diego untuk aku stalk Facebook Jerk. Diego bagi. Dia sudi bantu aku.
Dia cakap pertama kali dia nampak perempuan patah hati, nangis-nangis macam ni. Hati aku hancur masa buka Facebook. Jerk ada muat naik gambar makwe baru dia. Dia tak pernah muat naik gambar aku.
Ya Allah sambil kerja aku menangis. Kadang aku gagal fokus ditempat kerja. Kadang lepas habis kerja aku lepak dengan Diego. Balik rumah pun aku menangis sahaja. Jadi aku jumpa Diego untuk luahkan rasa sakit ni. Diego cuba untuk tenangkan aku.
Hari seterusnya berlalu kali ni kalau aku menangis masa tengah cakap dalam telefon Diego akan ‘maki’ aku. Ayat dia “U bod** ke? Orang dah tinggal u, lagi u nak menangis untuk dia buat apa?!!”
Aku selalu balas “I tak boleh. I rindu dia. Kenapa dia buat I macam ni”. Lama-lama bila asyik kena marah dengan Diego aku jadi sedar apa yang Diego sampaikan sebab ayat tu dari mulut seorang lelaki juga.
Seterusnya aku stalk Facebook Jerk, dia dah kahwin. Sedihnya aku. Tapi aku tahan. Aku tak nak broke down sebab lelaki tak guna macam Jerk dah. Aku tahan semua perit.
Aku borak dengan Diego daily life kitorang sahaja. Diego ni sebenarnya dah kahwin, anak dua. Dia PJJ dengan isteri dia. Aku pun dah tak jumpa dia sebab dia pindah kerja. Kami hanya borak dalam telefon sahaja. Habis kerja dia telefon isteri dia kemudian telefon aku.
Aku pernah bagitahu tak telefon aku pun tak apa. Tapi mungkin dia takut aku sedih ke apa tak tahu la. Tiba-tiba jadi rutin untuk kami on the phone setiap hari.
Selepas beberapa bulan, Diego luahkan perasaan dekat aku. Dia cakap dia suka aku. Dia cakap dia tak pernah jumpa perempuan macam aku. Dia nak jaga aku. Dia tak nak aku sakit lagi.
Aku tak tahu nak respons apa. Aku tak pernah ada perasaan dekat dia. Aku masih belum move on dengan Jerk. Maksud aku, aku sedang berusaha lupakan Jerk. Tapi masih susah.
Selama ni aku hanya anggap Diego kawan. Tak pernah sekali aku suka dia. Aku tak pernah terdetik yang dia akan luahkan perasaan tiba-tiba.
Panjang dah ni. Nanti aku sambung ya. Aku nak masuk kerja dah.
Terima kasih sudi baca. Doakan aku kuat ya.
– Tiramisu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
LAKI ORANG TU KAU NAK LUAH2 SEDIH KAU,LAKI BUJANG DAH TAK ADA KA,AYOOOO….JGN CARI PASAL OII…PATAH HATI KAU SEBAB EX BF KAU PERMAIN PERASAAN KAU,MCM MANA PULA DGN ISTERI DIEGO KALAU TAU LAKI DIA ADA HATI DEKAT PEREMPUAN LAIN…JGN CARI PSL TIRAMISU!!!