Macam Mana Saya Masuk Islam II

Untuk part I, (https://iiumc.com/macammana-saya-masuk-islam/).

Hai semua. Salam sihat ye. Actually kan, raya tahun ni I sangat2 excited. Because, family Sha and family I dah sepakat nak sambut raya sama2 di sebuah homestay di sebuah kampung.. 

Ibarat macam sambil bercuti sambil beraya. Semoga Allah izinkan dengan rahmatnya. 

Sebab last time punya raya dengan family ex husband.. Tapi kisah tu banyak duka dari suka. Malas nak ingat yang tu. 

But tahun ni, we all dah plan, nak pergi sembahyang raya sama2. Then masak, makan, malam buat barbeque. Macam2 lagi la. 

Pasti meriah sebab anak2 saudara dia, anak2 saudara I, semua berkumpul. Siap kami dah plan nak beli bunga api main dengan budak2.. 

Pasang pelita, kuih raya banyak2 dalam balang. Ada bakar2 lemang, ketupat. Betul2 punya raya.. Tak sabarnya. 

So excited waiting for that day. Because I love Malay tradition dish. 

Betul2 tak sangka I akan menikmati semua tu. 

Enjoy betul rasa walaupun belum berlaku. Tapi bila imagine, rasa macam nak terbang. Punya seronok. Macam2 plan ada dalam otak. 

But yang paling seronok sebab family I ada sekali. Together take part untuk celebrate raya. They all pun excited waiting for that day. 

Walaupun family I masih non muslim, but finally mereka terima jugak I pilih Islam walaupun awal2 dulu banyak sangat tentangan. 

Yang tu I cerita next time la. And family I dan family Sha dah macam one big family. Kami pernah bercuti sama2 pergi sabah. Best sangat. 

Family dia memang sangat baik, dah buat I anak angkat dah.. I memang bersyukur kenal Sha. Dapat banyak kebahagian. But yang penting, I lagi bahagia hidup sebagai muslim. 

Muslim with muslim adalah saudara kan. Seriously I happy. Because now baru I rasa my life ada guide. 

And I always hope, my beloved family jugak akan diberi hidayah satu hari nanti. Tolong doakan family I diberi hidayah ye. 

Ok la back to story. 

Sorry ye, tadi over excited writing about my raya preparation. 

But this time my writing sangat panjang ya. 18 hari I ambik masa nak karang. Hihi.. Semoga sabar membaca. And hopefully u all tak bosan kalau tulis leret2, ada time I ngantuk. 

Dulu sebelum I jadi muslim, I ada boyfriend.. We living together. Normal la kan chinese culture. 

Time almost 9pm kalau tak silap, Sha send whatsapp. Niat puasa in Malay. Yang quote tu.. 

I macam, what? Dia ni nak aku puasa hari2 ke. Macam tu la my mind word. 

Suddenly rasa macam nak gaduh dengan dia. Rasa marah.. Because I was bad mood with my bf.. I terbawa2 emosi, then I lepas dekat Sha. 

I reply, I tak nak puasa lagi. Tak boleh tahan lapar. I nak makan puas2 esok. U puasa la sorang2. 

She reply ok. But if u change your mind, dont forget to read the niat yer. 

I campak telefon, malas mau reply dia. Sambung tengok korea. Tapi mind sudah hilang focus. 

Arrghh bencinya Sha. Why u remind me about puasa.. Cerita pembunuhan best, I sudah hilang concentrate. Sampai sekarang pun tak tahu apa ending dia. 

Actually I boleh ja pilih tak nak peduli semua tu.. Sebab I bukan Islam.. Bukan wajib untuk I puasa. 

But tak tahu kenapa, dalam hati, nak puasa ka tak nak, nak puasa ke tak nak… Ok la, ok la, because of u Allah, I puasa la esok. 

Because u cakap puasa bagus untuk human kan. I ni jenis respect all god, all religion.. Apa yang bagus I ikut.. That why I puasa. Nanti kalau tak tahan I makan tau. Because I bukan muslim nak puasa full. 

But seriously masa tu, ayat tu yang keluar dalam mind I. Masa tu tak baca niat puasa Sha bagi. 

Before I revert, I selalu cakap dengan Allah dalam hati I. Tapi menggunakan ayat2 seperti dia itu kawan I pulak. 

So improper kan. Sekarang bila fikir rasa sangat berdosa. Please forgive me Allah. 

Lepas tu ingat boleh focus korea since I decide nak puasa. Rupanya tak jugak. Tiba2 hati fikir esok mau sahur apa. 

Tak kan mau makan nestum lagi. Nak cuba makan nasi la. Mungkin boleh tahan lapar 5 hari. Tapi di rumah I jarang masak. Kita selalu tapau or makan kat luar. 

Masa ni terpandang la bf I sedang main dengan dog kami. Tadi dah gaduh, tapi kena buang ego demi puasa. Terpaksa cakap dengan dia. 

I suruh dia pergi beli nasi. Dia terkejut la. Dia tahu I tak makan after 8pm. Before dia tanya, I awal2 cakap I mau puasa esok. 

Itu makanan untuk I breakfast. Before puasa start, I kena makan dulu supaya tak pengsan. I cakap dekat dia macam tu. Suddenly dia pulak gelak. 

Dia cakap itu bukan breakfast la. Itu Malay cakap sahur. Dia ada time untuk makan.. Bukan makan suka hati. 

Oh u tahu ye.. Bagus la. 

Dia tahu sebab dia ada ramai kawan Malay. Lagipun dia sekolah campur. Then dia tanya, why u mau puasa. U bukan boleh tahan lapar. 

I jawab suka hati I. U jangan sibuk hal I.. Pergi beli nasi. Then sambil gelak2 dia pergi. 

Lepas tu I tengok dia beli mcd. I panas hati. I said I want rice….. Why u bought burger. Omg.. 

Dia cakap dia beli mcd sebab dia mau makan. Masa ni dia mau romantik2 pulak. Sembunyi nasi dekat belakang, then taadaaa. Your puasa breakfast. 

Lagi I sakit hati. Why u beli pork? Dia cakap u kan suka pork. Then u pun tak cakap u mau makan apa. I jumpa ni saja. 

But I kan nak puasa.. Mana boleh makan pork. Muslim tak eat pork. U nak sabotaj I ke. 

I feel so angry suddenly. Seolah2 I sudah Islam pulak. Rasa macam tak hormat bila kena makan pork sewaktu puasa. 

Because kita tahu Islam tak boleh makan pork kan. Bila I kena makan tu, I rasa tak sedap hati. But seriously, itu yang I rasa time tu. 

Time ni dia sengaja provoke I. Dia cakap, but u bukan muslim. Why want to act so badly like muslim. 

U buat baik apa pun, it doesn’t meaning to muslim. Still u will go to hell from their definition. 

I soal dia.. Apa u ngarut ni. Dia cakap betul la. For muslim, kita ni kafir. Sambil gelak2. U tak tahu ke. I geleng kepala. 

Dia cakap ini semua u tak tahu, but then sibuk tak nak makan pork la, nak puasa macam muslim la. Nonsense betul. Kesian u. Buat perkara sia2. 

I marah dia. Lempang 2 kali. I cakap jangan nak reka cerita bukan2 hanya kerana u sakit hati dengan I. 

Dia cakap betul. That’s why agama Islam is unfair. Mereka buat baik, tuhan mereka terima. 

Tapi kalau kafir buat baik, tuhan mereka tak terima, then put us in hell. Apa hak tuhan mereka mau sumbat kita dalam neraka. Nonsense he said. 

Then dia cakap, u rasa god mereka baik ka? For me Islam adalah agama selfish. In western countries, they call Islam a terrorist. 

In Malaysia also, they are too sensitive about their religion. Agama mereka saja la betul. Agama lain semua salah. 

They can make fun about other religion. But if we do the same things, they make a big issue. 

But u, sibuk nak support agama mereka. Mau puasa la apa la.. Apa u akan dapat? He questioning me. 

I reply him, but its good for health kan.. Then he reply me, if u do for health, then proceed. But if u do for muslim, better u forget it. 

Because u tak akan boleh obey pada undang2 Islam. He said Islam law is unfair, and very hard to practice. So many rules. 

Even kawan2 I yang Malay pun tak boleh obey pada muslim law. They all pun tak puasa. Selalu suruh kami tapau makan. 

U kalau perempuan, kena pakai tudung. Tak boleh bela dog, tak boleh eat pork alcohol. U boleh ka ikut semua tu? I m sure u can’t. 

I tanya dia, betul ka apa u cakap pasal Islam. Dia cakap betul. He said, kalau tak percaya, u tanya kawan2 u yang Malay. Kat mana tempat u nanti, mesti kawan u cakap in hell. 

Then I cakap, I buat suka2 saja. Bukan betul2 mau masuk Islam. Then I ambik mcd tu letak dalam fridge. I cakap I mau makan mcd esok.. U makan la pork ni. 

Ada la dia sindir2 I. Cuba sakitkan hati I.. But I ignore him. 

Masa tengok pork tu I feel guilty. But dont know guilty for who, guilty for what. 

But kata2 bf I buat I tertanya2 banyak benda. 

I tanya bf I, apa lagi u tahu pasal agama Islam. He said, why u always come out with bored topic. I hate talk about Islam he said. 

Then I cakap, but u ada ramai kawan Islam. He said memang la. But kawan saja. Bukan I berminat dengan Islam. 

But the only good things in Islam is, man can have 4 wife in same time. Best kan dia cakap. 

Orang laki hanya nampak ini saja kan. Then I malas mau tanya dia lagi. Buat sakit hati saja. 

Malam I tak boleh tidur. I pergi google what is Islam. What is Allah then I read so many things. 

Ya la, dari satu point jump ke satu point. Tak sedar almost 1 am I study about Islam. 

Then I ada tengok video2 about Islam jugak.. Ada video pasal orang peluk Islam.. Share experience mereka. 

That time, I ada many feelings. Confused ada. Got new knowledge pun ada. But, walaupun begitu, still many things I dont understand. 

Because, one topic I read, thousands questions pop up from my mind. I need to clarify many things. 

I rasa macam nak call Sha, but tengok jam sudah lewat malam. Tak kan mau gangu dia pulak. Then tak sedar pukul berapa I tertidur. 

But pukul 5 tepat I terjaga. No alarm ok. Masa kita terjaga tu, hati kita tahu kita terjaga sebab kena sahur. 

Then I rasa takut suddenly. Because masa tengok video tu, ada jugak jumpa video2 pasal jin. 

I betul2 rasa takut. Ada jin kejut I ke. I decide tak nak bangun. Pejam mata cuba tidur but fail. 

Actually, feeling takut tu ada sampai sekarang bila I malas2 mau solat subuh. 

Bila I sudah terjaga, then I macam mau tidur, suddenly I rasa tkut macam ada hantu akan kacau I. 

Then I akan cepat2 pergi solat.. Because bila I solat, ada satu fikiran, hantu tak akan datang pada orang solat. Sebab Allah akan protect orang yang solat. 

So I akan terjaga awal pagi then terus solat. Tak mau malas2. Kalau I lewat solat, sambung tidur. I akan mimpi hantu. I dari dulu memang takut hantu. 

Bila I belajar solat, ketakutan I pada hantu dah kurang. 

Ok sambung pada topik tadi, since I macam tak boleh tidur, then mau bangun makan tiba2 takut. 

I fikir Sha mungkin dah bangun.. I call dia.. She macam mamai2 answer my call. 

I tanya eh u belum bangun ka. She said awal lagi la.. I cakap sudah pukul 5 la. 

Then I belum cakap apa2 lagi, dia cakap adoi.. Why u always call me pagi2 buta. 

Kalau tak mau makan nasi tak payah makan la. Makan la apa u mau makan.. 

U tak makan pun boleh saja puasa. Yang penting u baca niat. 

Eee sakit betul hati saya masa tu.. I cakap bukan tu la. I call u sebab I rasa takut. 

Lagi sekali she buat I sakit hati.. She said, kan I dah cakap hanya kerana u puasa u bukan Islam. Jangan takut. U tak nak puasa pun tak apa. I mau tidur.. I gantuk.. 

Kali ni I sudah hilang sabar.. I cakap, weh buka mata u. Dengar I cakap apa. I rasa takut sebab I tak set alarm.. Then suddenly I boleh bangun. I rasa ada hantu kacau I. 

Boleh pulak dia gelak. Dia kata bagus hantu itu. Kejut u sahur. Apa mau takut. Kawan la dengan hantu tu. Macam crita hong kong the good ghost. Gila betul Sha ni. 

But then dia serious.. Dia cakap in Islam, kalau kita nak buat benda baik. Selalu malaikat datang kejut. Datang bisik perkara baik tu. 

But in same time, syaitan pun datang tiup perasaan2 malas. Perasaan takut. 

I tanya kenapa macam tu.. Dia cakap mesti la dia kena buat macam tu. Kalau tak, nanti u dapat hidayah. Nanti dia dah tak ada pengikut untuk ke neraka. 

So dia buat u rasa takut.. Then u tak akan bangun sahur. Tak akan puasa, tak akan belajar pasal Islam. Itu yang dia nak.. 

Sebab dia dah janji dengan Allah nak sesatkan manusia. Bila u fikir benda baik, syaitan tak suka.. Dia akan kacau u la supaya u tak buat benda tu. 

Sebab dia takut kalau u pilih agama yang benar. Nanti dia hilang pengikut kalau tak berjaya sesatkan u. 

Time ni I teringat kata2 bf I. I tanya betul ka Allah akan masukkan orang bukan Islam kat neraka. Sha cakap betul. 

I tanya kenapa macam tu.. Why god u buat macam tu. U tak rasa ka god u kejam, selfish. Sedangkan walaupun kita lain agama, kita buat benda baik. Then why dia mau masuk dalam neraka. Why benda baik tu no means?

Sha cakap tak. Allah tu sangat sayang pada hamba dia. Allah bukan selfish atau kejam.. 

Kalau Allah kejam, dia tak akan hantar utusan untuk sampaikan kebenaran since dari nabi zaman2 dulu lagi. 

Masa Allah ciptakan bumi, lepas tu manusia berkembang biak. Manusia mula buat benda bukan2.. Sembah berhala dan lain2 keburukan. 

Manusia hidup dengan cara yang salah. Kemudian mereka teruskan generasi tu ikut nenek moyang. Sedangkan mereka pun tak tahu benda tu betul atau salah. 

So Allah tak suka sebab manusia anggap patung2 ciptaan merka tu tuhan. Sedangkan perkara tu tak betul then continue by generation pulak. 

Sebagai tuhan yang menciptakan semua benda, Allah mesti guide manusia pada kebenaran. Cuma manusia nak terima atau tak saja. 

Allah nak manusia tahu, Allah saja la satu2nya tuhan yang ada. Sebab itu yang betul. Patung tu tak de apa2 kuasa pun. Allah saja yang ada kuasa. Allah nak manusia faham tu. 

Dan oleh kerana Allah sayang pada hamba2 tu, Allah tak nak hamba2 tu masuk neraka, Allah pun hantar utusan dari kalangan manusia tu sendiri. Yang kita pangil nabi. 

Nabi datang sampaikan ajaran yang betul. Guide manusia ke arah yang betul. Apa yang manusia buat salah, nabi cakap benda tu salah. Nabi bagi bukti apa pun yang manusia soal untuk buktikan Allah saja betul. 

Tapi kalau Allah tu kejam, selfish, Allah boleh ja biar manusia2 tu dalam penipuan dan kesesatan. Tak payah hantar utusan, terus boleh hukum manusia. Tapi Allah tak buat macam tu. 

Walaupun sekarang nabi tak ada.. Selain hadis, Allah jugak turunkan quran untuk panduan manusia. Quran adalah fully kata2 dari Allah untuk hamba dia. Semua benda ada dalam tu. 

Allah dah banyak bantu manusia untuk ke syurga. Sebab Allah kata dia sangat sayang pada hamba dia. 

Tapi manusia yang buta untuk faham. Ada orang boleh terima, ada orang tak nak terima. 

Yang tak nak terima, terpksa la masuk neraka. Sebab Allah ciptakan manusia sekali dengan akal untuk berfikir mana baik dan buruk. 

Bila benda tu salah, orang dah cakap itu salah. Orang dah bagi semua bukti perkara tu salah, but still u buat, mesti la u kena hukum. Lagipun Allah dah bagi macam2 nikmat untuk manusia, still manusia tak percaya dia. 

Tapi sebab Allah sangat sayang pada hamba dia, Allah masih bagi peluang sampai hari kiamat untuk hamba tu berubah. 

So masih ada masa dan peluang untuk kembali pada yang benar selagi kita ada nafas. 

I macam speechless dengar kata2 Sha. Something happen inside my heart. But still I need many answers. 

Sha dah hang out sebab nak siap sahur. I pulak macam bangun sendiri pergi makan, baca niat dalam Malay dalam keadaan macam blur2. Kiranya I puasa la kan. 

Tapi otak I banyak fikir apa Sha cakap. Pagi tu dekat office, around 11am macam tu Sha datang dekat table I senyum2. 

I dah la tengah busy. Lagi mau main2 pulak. I tanya apa u mau. Dia cakap wahai orang yang berpuasa, ada ujian untuk kamu. I sudah blur. 

Dia hulur memo, esok ada audit. I macam what. Adoi. Ni yang stress ni audit tiba2. Then dia cakap, ada satu lagi ujian. 

Ni, 1 cent is missing. Adoi ini lagi I sttess. Selalu kes cents2 ni mesti pass kat I kan. 

Dia cakap, orang puasa Allah sayang, sebab tu Allah uji.. Tapi jangan risau, Allah akan selalu tolong u. 

I focus kerja tanpa sedar sudah pukul 6 lebih. Seriously I tak makan, I tak minum. But kerja I settle finally. 

Rupanya Sha belum balik. Dia tunggu I. Dia tanya, u masih puasa ka. I cakap ya lo. 

I tak rasa lapar dan dahaga pun. Magic betul rasa. Maybe focus kerja punya pasal, lupa pasal makan minum. 

Then dia cakap, kan I sudah cakap.. Kalau u baca niat, mesti u boleh puasa. I tak tahu kata2 dia betul or joke. 

But tiba2 I excited and unbelievable I tak makan dan minum weh. Almost 15 hour. 

Terus rasa bangga dengan diri sendiri. Mampu rupanya I puasa. Dan yang penting I tak mati or sakit. Masih full energy. 

Sha ajak berbuka dekat seoul garden. Dia cakap nak belanja. Lagi I excited. 

Dekat kedai tu, full dengan orang Malay. Smua tunggu waktu berbuka.. 

Then Sha baca doa. I pun buat tangan macam tu jugak walaupun dia tak suruh. Kononnya respect dia. 

Then orang makan, I makan. But ada rasa best dengan suasana tu. Like a family gathering. Because semua orang tengah buka puasa kan. Same purpose. 

Then Sha cakap nak pergi solat magrib. Dia suruh I makan dulu. Masa tu I terfkir macam mana muslim solat. But then I tengok ramai jugak orang tak pergi solat pun. 

Bila I tanya Sha, dia cakap maybe they all period kot. I tanya laki pun period ka. Dia cakap laki mungkin musafir kot. Dia buat solat jamak. 

Dia ada la explains pasal solat jamak tu apa. Baik betul husnozun dia kan. I tanya dia, ramai betul lelaki musafir ye.. Then dia gelak saja. 

I cakap dekat dia, kawan2 bf I tak puasa. Even I pernah pergi pub, I tengok Malay minum arak. I mintak explanation dari dia. 

Sha cakap, hari tu I cakap untuk prove satu orang tu Islam, ada 5 perkara. 

Tapi, Islam bukan bermaksud orang tu beriman. Dalam quran, Allah sebut banyak kali pasal orang beriman. Sebab ramai yang Islam tapi tak beriman. 

Orang beriman pulak ada 6 perkara. Percaya pada Allah, percaya pada malaikat, pada quran, pada rasul, hari kiamat dan qada n qadar. 

Dia ada explain setiap details tu pada I. But I tak tulis sini la sebab pasti u all tahu kan.. Lagipun nanti jadi panjang. 

Dia cakap dalam setiap 6 perkara tu ada terperincian dia. Ada pecahan2 dia. Orang yang percaya dan amal dengan semua tu adalah orang beriman. 

Then I tanya, habis orang Islam buat salah macam tu. Ada punishment ka, ada masuk neraka ka. Sha cakap ada. 

Dia kata neraka untuk semua orang, but syurga untuk orang yang percaya pada Allah saja. 

Tapi dia cakap, punishment ada di dunia dan di akhirat. Kalau di akhirat, lepas habis punishment dalam neraka, Allah akan masukkan dia dalam syurga. 

Dalam dunia dapat punishment, dekat akhirat pun dapat jugak cuma kurang. Kalau didunia tak dapat, di akhirat dia akan dapat banyak. 

Tapi orang bukan Islam akan kekal selama2nya dalam neraka. Sebab meraka tak percaya Allah saja tuhan yang satu. Mereka tak percaya pada hari akhirat. Semua tu mereka tak percaya dan tak mau dengar atau cuba fahami pun. 

Sebab tu bukan semua orang Allah bagi hidayah.. Sebab Allah tahu siapa yang nak terima, dan siapa yang akan persendakan agama. 

Even ada saudara nabi pun Allah tak bagi hidayah walaupun nabi mintak pada Allah. Walaupun orang itu sangat banyak bantu nabi. Tapi Allah cakap, bagi hidayah pun dia tak akan terima. 

Di sini bukti, agama Islam tak ada paksaan. Orang tak boleh paksa u ikut Islam. Orang boleh sampaikan sahaja. Terpulang u nak terima kebenaran atau tak. 

Even dalam quran pun Allah cakap agama kamu untuk kamu, agama kami untuk kami. Maksudnya Allah tak paksa sapa2 untuk terima Islam. 

Tapi kalau u Islam, but u minum arak. U tak solat. U makan pork. U buat banyak dosa, tapi itu tidak menandakan u kafir. Sebab u percaya pada Allah. U tahu apa u buat tu salah. 

Tapi setiap salah u buat tu, u akan dapat hukuman pada akhirat nanti. Then habis punishment boleh masuk syurga then kekal dalam tu. Setiap dosa ada kategori punishment dia. 

Tapi Allah selalu cakap, rahmat Allah paling luas pada hambanya.. Rahmat means kebaikan yang Allah bagi pada hamba dia. 

Walaupun dosa u terlampau banyak, tapi selalu orang Islam masa dia nak mati, boleh jadi ada apa2 kebaikan yang dia buat tu boleh dapat rahmat Allah. 

Boleh jadi masa dia nak mati, dia teringat dosa2 dia, dia mintak ampun pada Allah.. Allah terus ampunkan. Sebab Allah cakap, bila hamba mintak ampun, Allah ampun kan. 

Sebab tu la kita buat dosa apa pun dengan Allah, Allah akan ampun. Tapi kalau buat dosa dengan manusia, mesti akan sangkut. So jangan buat dosa dengan manusia. 

Dan kita tak boleh judge orang berdasarkan cara dia hidup, sebab masa dia nak mati kita tak tahu Allah akan selamtkan dia ka tak. Its depends to Allah. 

Tapi kalau u syirik pada Allah, u percaya ada tuhan lain selain Allah. Itu mendatangkn marah Allah. Allah tak akan ampunkan u. 

Contoh macam kita ni ciptakan satu robot. U tahu u yang ciptakan dia. But then robot cari benda lain dia cakap tu tuan dia. 

Dia pergi mintak tolong benda lain. Pasti u marah kan. U mesti akan terangkan benda yang betul. So macam tu la konsep dia. 

Orang Malay pun ada yang suka main bomoh. Dalam Islam itu dikira syirik pada Allah walaupun mungkin dia solat. Tapi dia tak follow rukun iman. 

Sebab dia mintak bantuan jin.. Dia percaya dengan jin berbanding Allah. Orang macam ni kita tak tahu Allah terima dia ka tak. 

Untuk orang Islam, Allah jadikan dunia ni susah, banyak ujian.. Tapi untuk orang bukan Islam, dunia ni akan rasa sangat indah untuk dia. 

Hari tu banyak la dia explains dekat I pasal syurga neraka.. Then dia ada tunjuk some ayat2 quran. 

Dia ada bagi banyak example untuk I faham Islam. Terlampau banyak. Tak tertulis I kat sini. 

Masa nak balik tu, dia cakap nak singah solat isyak dulu. Kan kita dekat mall. Dia suruh I balik dulu la takut dia lewat. 

But I cakap dekat dia, I nak tengok u solat boleh ke.. Dia cakap boleh. 

Mula2 I takut. Ya la I kan tak pakai tudung. Nanti orang pandang pelik ke apa. 

Lepas tu risau, I boleh ke pergi sana. Kan tempat orang muslim. Dia cakap tak de apa la.. Boleh ja ikut. 

Dekat situ ada satu bench. I duduk situ.. Ada jugak orang lain kat sebelah. 

Tapi I boleh nampak orang ramai2 pakai telekung. Yang tak pakai tudung pun ada.. But orang tu solat. 

I tengok Sha pergi ambil wuduk.. Masa tu I belum faham lagi pasal wuduk solat semua.. But I perhati setiap perkara yang dia buat. 

Dekat situ. Tak ada patung2 atau apa. Semua kosong. Tapi semua orang baris satu barisan ja. I fikir mereka ni solat pada dinding kah. 

I tengok orang2 yang keluar dari situ sangat fresh face mereka. Ada yang smile dekat saya. 

Bila Sha dah finish solat. I tanya kenapa u all solat macam tu. Sha cakap ini cara yang Allah ajar solat melalui nabi. 

Apabila u banyak masalah, u banyak dosa. Masa u sujud, semua benda tu akan tingal di bawah. 

Hati u pasti akan rasa ringan, rasa tenang. Lagi satu, solat adalah penghubung u dengan Allah. 

Masa u solat, u berkomunikasi dengan Allah. Then u mintak apa pun Allah bagi. 

Orang yang boleh jaga solat, adalah orang yang bertuah tau.. Sebab tu tanda Allah ingat dia. 

I tanya, tapi tempat solat tu tak ada muka tuhan pun. I ingat situ ada gambar Allah. 

Then dia gelak. Dia kata Allah tak ada imej. U boleh jumpa Allah kalau u masuk syurga paling tinggi. 

Ada lagi la dia explains macam2 pasal Allah. Solat dari segi sains semua. But I tak tulis sini la sebab panjang sangat. 

Then one day tu, I ikut family I pergi satu kedai perabot. Kedai tu jual perabot jati, tapi macam foreigner punya kedai. 

Around 1. 30 pm macam tu.. Kan waktu zohor. One of the workers tu orang Pakistan atau bangla I tak sure la. 

I tengok orang tu solat dekat satu ruang tu. I rasa macam ralit sangat tengok dia solat. 

Jujur I cakap, masa tu hati I rasa sangat tenang. Ada satu feeling I tak tahu nak cerita macam mana. But rasa sejuk di hati. 

Sekarang I tulis pun, I rasa nak nangis bila terkenang feeling tu. Then muka orang tu kan basah. I rasa macam sangat bersih. I feel something special about wuduk. 

I fikir la, tengok orang solat pun hati I rasa best. Kalau I sendiri buat, macam mana feeling tu ya. 

Then teringat Sha cakap, orang yang solat adalah orang bertuah. Sebab Allah ingat dia.. Sebab ramai jugak orang Islam yang tak solat. Jauh dari tuhan. 

Biasa la bila kita ingat perkara tu, kerap la scene2 tu berlaku. For example, balik rumah tu tertekan channel Malay. 

Ada orang mengaji. Kan bulan puasa. I macam ralit sangat dengar orang mengaji. Then ada maksud dalam Malay kat bawah tu. I ralit baca tu.. Hati rasa sangat focus. Tak sedar masa jalan. 

Lepas tu bf I datang kacau. Dia tanya sudah masuk Islam ka. I cakap on the way. 

Sebab malas mau layan dia. Then dia cakap, u masuk sorang2. Jangan ajak I tau.. I tak nak sunat. 

I cakap kalau u pilih mau kena burn dalam hell, I pun tak boleh tolong u. Then dia gelak. Dia cakap wow sudah jadi ustazah ka sekarang. Then ada la kita gaduh2. 

Malam tu kan I pergi tengok u tube pasal Islam. Terjumpa orang pergi mekah semua.. Tengok orang buat umrah. 

First time I tengok mekah dari video. Rasa healing tempat tu. Then I wonder apa taste air zam2. Teringin nak rasa. 

Then dengar orang arab mengaji. I masa tu pakai earfon. Sampai I tertidur. Then I dapat satu mimpi pelik. 

Dalam mimpi tu, macam I jalan di satu tempat then I lost. I cari jalan keluar. Lepas tu I jumpa chinese punya temple. 

I pergi masuk dalam tu. Ada ramai orang2 chinese. Kan kita ada bakar colok besar2 semua. Suddenly I rasa macam asap dari colok tu buat I pening. I rasa macam panas dan sesak nafas. 

Then I keluar dari situ jalan sangat jauh. Masa tu I jumpa macam2 benda. Lalu macam padang pasir pun ada. Lalu dalam hujan, salji semua ada. 

Then I sampai satu tempat macam mosque. I pergi duduk dekat 1 tiang.. I rasa sangat letih. 

I macam nak tidur, then I dengar satu suara dia cakap macam ni in arabic. Alim lam ro, tilka ayatul kitabil mubin. 7 kali dia ulang ayat tu. 

Then suddenly I terjaga dari mimpi. I rasa sangat nervous. My jantung jadi sangat laju. But I tak ingat ayat tu. 

Ibarat macam mimpi tu vanish terus dari mind I. I cuba ingat I mimpi apa, but tak dapat. 

Then pergi kerja dalam pukul berapa entah. Suddenly I teringat ayat tu. Then I cepat2 pergi cakap dekat Sha. I ingat sebijik2 ya ayat tu walaupun I tak tahu arab. 

Tapi Sha kan gila. Dia kata wah sudah pandai arab.. Good ghost ajar ka. Then dia tanya ada dapat nombor ekor ka? Gila betul dia ni. 

I cakap tak ada. I tanya apa meaning tu. Dia cakap itu surah yusuf. Ayat pertama. But ada surah lain permulaan ayat tu macam tu jugak. 

I tanya, how u boleh jawab semua I tanya. U hafal ka. Because sebelum tu kan I ada tengok video. I tahu quran sangat banyak ayat. Tak ramai yang hafal. 

But dia cakap dia hari2 baca quran. So dia tahu sikit2 la.. Then lagipun dia dulu sekolah pondok, and atuk dia bekas imam masjid. But family dia biasa2 ja. Penampilan mereka tak ada Islamic pun. 

Sha cakap Islam bukan pada pakaian. Kalau u all tengok dia, mesti u all cakap dia ni budak gila mana ja. 

Sebab tak nampak dia dewasa. And sangat gila2. Dia pun selalu pakai seluar and t shirt ja. 

Then dia bagi meaning tu. Oh ya, lupa mau cakap.. Dekat table Sha ada satu quran kecik.. Kadang2 dia read quran. 

So I baca la meaning dia. Sebab dia buka dari quran tu. Dia suruh tengok ayat sama ke tak. 

I tanya why I mimpi macam tu. Suddenly I rasa sangat takut and nervous. 

Tapi Sha cuba tenangkan I. Dia cakap maybe u banyak sangat tengok video. So terbawa2 dalam mimpi. 

Dia buat joke. U tau tak, orang selalu cakap baca ayat ysuf muka boleh cantik la, boleh dapat jodoh la. 

Maybe sebab tu kot u mimpi ayat tu. Sebab u banyak sangat bazir duit buat facial. So Allah cakap u baca ayat ni sudah. Tak payah facial. Then duit tu boleh bagi I. 

Gila kan dia ni. Orang serius dia main2 pulak. But I boleh faham meaning mimpi tu. Hati I rasa tuhan nak selamatkan saya. 

But dia cakap, kalau u betul2 mau tahu pasal Islam.. Dia suggest saya pergi satu kelas ni.. Kelas saudara baru. Kelas tu under government. 

Dia cakap pergi sini belajar dulu pasal Islam. Bukan terus masuk Islam. Kalau u suka, u berminat, u boleh consider. 

U ambil la masa 10 tahun pun sampai u betul2 sedia.. Tak ada orang akan paksa u. 

Kalau u betul2 terbuka hati, then u boleh continue. Kalau u tak nak pun tak apa. Tak ada orang akan marah u. 

I cakap I takut. I tak sedia. Dia cakap ok ja.. Bila u sedia u pergi. Then I tanya kena pakai tudung ka.. Dia cakap tak payah. I tanya kena bayar berapa. Dia cakap free. 

I tanya dia dekat kelas tu ada apa. Dia cakap ada cikgu, ada whiteboard, ada marker. Gila kan dia ni. Rasa mau lempang laju2. 

I tanya dia, u boleh teman ka. Dia cakap boleh. Tapi dia tak masuk la. 

Lepas tu kan, I selalu dengar surah Yusuf tu dekat u tube. I macam jatuh hati dengan surah tu.. 

Ada satu orang ni mengaji, suara dia best. Dekat bawah ada maksud. Sambil dengar I baca maksud. Hari2 I dengar. 

Sbab I rasa bestnya cerita surah yusuf ni. Macam a long story.. Tak bosan walau dengar hari2. Even I dah hafal surah tu. Even sampai sekarang setiap malam sebelum tidur , mesti I dengar surah tu. 

One day I decide nak cuba pergi kelas Sha cakap tu. 

But next time I cerita apa yang berlaku boleh? Ni pun tak tahu ada orang baca ka panjang macam ni. 

Sorry ya ambil masa u all. Thanks for reading. Salam lailatul qadar. Jumpa next time. Bye..

– Ann (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Nama sy Edrina pangilan nama saya Ed..Terpanggilnya untuk sy cerita kisah seorang suami yang dulunya sebelum kahwin wife dia adalah segalanya..Cerita dia begini suami aku adalah seorang anggota tak perlu aku cakap apa nanti korang sure dapat tahu anggota mana…Awal perkahwinan kami amatlah bahagia walaupun serba kekurangan masa aku ingat lagi aku kahwin dengan dia tanpa dia ada apa-apa harta kecuali motor..aku pula bekerja sebagai Manager di syarikat swasta..Nasib aku dah ada kereta sebelum kahwin jd mudah juga utk kami ulang alik kampung..selepas aku dapat anak pertama memang seronok sangat lah..tp pada tahun 2009 suami aku kene kursus 6 bulan di Alor Setar ..Dekat sini la bermula kantoinya hubungan suami aku dengan isteri orang..masa ni perempuan ni pun dh ada anak 2 orang tak silap aku tp husband aku memang kenal suami dia juga tp aku x boleh brain mcmaner dia boleh bahasa kan ayg kepada perempuan itu..Macamaner aku tau adalah dari suami aku juga masa tu kan kita guna phone nokia 3310 kot x silap aku sbb menggunakan message so dia tersalah hantar wassap panjang yg panggil budak tu ayg..so start situ aku dh tau rupanya 6 bulan kursus masing2 anggap diri tu bujang padahal masing-masing ada anak..so bila suami aku balik ke KL aku tanya sape dia dan dia bg tau dia adalah adik angkat dia ya la dah kawin kan.So sesi perkenalan antara aku dan adik angkat dia dan aku pun kenal suami dan family budak tu juga..so aku tak la syak dia ni scandal dalam senyap sebab aku bodoh masa tu..rupanya 2023 tahun di mana semuanya terbongkar disebabkan tuhan nak tunjuk kot sape suami aku sebenarnya..korang bayangkan 18 tahun penipuan yang telah suami aku lakukan..padanla pada tahun 2011 aku melahirkan anak kedua.. Ingat lagi aku dimasukkan ke hospital disebabkan oleh demam yang tggi aku bg tau la kat suami ingatkan dia nak balik terus tgk aku kat wad rupanya singgah rumah mak dia dulu yg penting..kerja lagi penting sbb ya la tgh angau la katakan..Pastu of course jumpa dia juga masa ni..tak sangka hubungan terlarang depa dok ber ayg ber abang semua sehingga anak masing-masing dah besar kot..perempuan tu pun anak dh 5 orang yang aku dh 3 org..tak faham macamaner perempuan tu boleh berayg dgn suami org sama gak laki aku yg melayan..bila kantoi tahun lepas aku pulak rasa geli baca wassap antara depa macam laki bini sedangkan masing-masing ada bini dengan suami..ishh dunia skrg kejam wei ..aku nak sangat perempuan Yang bernama Arniza Tu baca supaya dia sedar kifarah tu real sangat ..tak skrng bila-bila allah akan balas kat hangpa berdua..aku membenarkan suami aku kahwin lain dgn bersyarat..aku pun tak mau la tengok dia buat dosa baik kahwin..perempuan tu pun last year dah kene cerai dengan suami dia ..skrng aku tak tau apa cerita dh dia..Suami aku lepas kantoi tahun lepas aku nak dia berubah kalau tak aku terpaksa undur diri demi kebahagian depa berdua..alhamdulillah dia dah berubah bnyk tapi aku tau depa masih lagi contact each other ..aku skrng dah berdamai dgn takdir andai kantoi sekali lagi aku sendiri yg melangkah pergi..aku masih lagi beri peluang dkt suami aku utk berubah..Wife yg tersakiti 😫😫

  2. I baca smpai habis.. I xtau la brapa kali I menangis sementara nk habis baca.. hits me hard sangat at several places… May Allah bless u Ann.. so inspiring…please share more.. looking forward to read🥰😘❤️💝

  3. Alhamdulillah seronok betul baca..X sabar nak baca next episode .suka baca pengalaman yg Allah bg hidayah..rasa baik Nya Allah .kasihNya Allah pada hamba²Nya..🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *