Macam Mana Saya Masuk Islam III

Untuk part I, (https://iiumc.com/macammana-saya-masuk-islam/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/macam-mana-saya-masuk-islam-ii/).

Betul u all cakap. Sha memang nakal. Selalu sangat bully I. Mak dia pun cakap antara anak, dia yang paling nakal even sampai sekrang suka usik orang. 

Masa awal2 I belajar fatihah dengan dia, dia kata I asyik seru makanan kelantan ja. I tanya apa tu, sebab tak faham kan. 

Dia kata I asyik sebut budu. Budu tu makan kelantan dia cakap. Siow siow betul dia ni. 

Tapi I dah cakap I ada ramai kawan sekarang. Don’t bully me lagi. 

And I ada sampaikan jugak ramai kata nak kawan dengan dia.. I kata nak tag fb dia di komen. 

But dia cakap tak nak la.. Nanti dia viral, jadi famous. Orang bukan nak mintak autograph, but orang asyik nak pinjam 100 dari dia. Lama2 dia bankrupt pulak sebab dia jenis hati lembut dia kata. Kan I cakap dia ni gila. U all yang tak percaya. 

Masa nak pergi kelas tu tiba2 I rasa nervous. Rasa tak nak pergi.. I cakap dekat sha, I belajar dengan u la. U kan sekolah pondok tahu banyak pasal agama. What is different belajar dengan sapa pun. 

Dia cakap tak boleh. Dia tak dak sijil tauliah. Nanti dia ajar ajaran sesat, I pun tak tahu. Lagipun ilmu ni sangat luas, lagi u cari, lagi dalam u akan pergi. 

And boleh jadi ilmu dia tak setinggi itu.. So dia galakkan I pergi kelas tu. I akan dapat banyak pengetahuan. Kalau ada yang tak faham, then boleh tanya dia. 

But sha cakap belajar ilmu apa pun mesti dari sumber yang betul. 

Tambah2 sekarang banyak ajaran sesat. And jangan belajar dekat tempat2 tersorok dan pelik. Itu obviously ajaran sesat. Dulu dia pun pernah orang ajak dia ikut ajaran salah. Tapi dia tahu benda tu salah. 

Dia cakap ilmu apa pun mesti kena siasat and kaji. Jangan simply terima. Kena tahu perawi dari mana. 

For example, hari tu I minum air halia. Then sha cakap wah bagus u ni minum air halia. U tahu tak halia antara tumbuhan yang disebut dalam quran. 

I cakap ya ke. I selalu minum untuk buang angin. Detox. Tak tahu pulak ada dalam quran. 

Then dia cakap dalam quran surah al insan ayat 17, allah cakap di syurga di beri minum air bercampur halia. 

Oh ya, after this kalau I tulis, I kena mention reference dari mana ayat tu. Because sha cakap, jangan cakap kosong.. 

But tulis sumber tu dari mana. Supaya orang boleh pergi study jugak. Biar ada bukti she said. 

Then I continue minum sambil cakap pasal halia.. Then sha tanya, u percaya ka apa I cakap tu. 

I kata percaya la. Then dia cakp jangan simply percaya. Pergi buka quran tengok ayat dan surah tu ada tulis ka tak. Baru I akan dapat ilmu yang betul. 

Dia cakap lihat dan dengar, baru ilmu tu lekat di dada.. Kalau pun dengar sesuatu perkara baru, mesti kita kena buka hadis atau quran tengok sendiri.. 

Pasti ada beza dalam hidup kita berbanding dengar semata2. Sebab kalau kita usaha cari sendiri, baru benda tu akan kekal dalam ingatan. Lagipun tengok quran kan dapat pahala. 

Dia cakap dulu dia belajar dengan guru dia macam tu la. Itu pesan guru dia. Apa pun kena rujuk kitab. 

Dulu masa guru dia mengajar, kitab mesti kena depan mata. Sambil guru cakap, sambil dia baca dari kitab. Tu cara mereka memahami ayat. 

So kalau orang share apa2 pun, mesti kena tanya dari mana dia dapat sumber tu. Then pergi chek benda tu betul atau tak. 

Kadang2 penyampaian orang tak sama. Boleh jadi tafsiran ayat tu bukan seperti itu. 

Sebab kadang setengah ayat ada sambungan. So I belajar dari sha walau apa pun I dengar, mesti I kena siasat benda tu betul atau tak. 

Sekarang ni kalau dia cakap apa2 dari quran pun, mesti I akan refer quran tengok balik ayat tu and meaning dia. Sebab dia suruh I buat macam tu. Sekali gus I boleh ingat makna2 yang disebut dalam quran. 

Like kita study untuk exam. Bila kita ada baca, when question keluar, kita rasa macam aku ada baca topik ni dalam chapter ni. Then kita mesti cari balik answer dekat chapter tu kan. 

Sama jugak dengan quran. Bila satu kali kita baca, pasti ada ayat yang menarik. Yang agak different. But untuk one time kita tak akan ingat. 

Tapi satu kali kita dapat cari chapter apa. Automatic kita akan ingat itu surah mana.. But kita tak akan ingat ayat lagi.. 

Tapi sebab surah apa kita dah tahu kan. Then 2 3 kali kita ulang cari ayat yang sama, then kita pasti sudah ingat fully itu surah apa dan ayat apa. 

Sebab al quran ni special sikit. 2 3 kali kita baca meaning dia, kita boleh hafal meaning tu sekali tahu surah dan ayat dia. Yang penting, hari2 jangan tingal quran. Walaupun satu page, mesti kena baca. Baru ingatan kita akan kuat. 

Itu tips dari sha la. Dia kata tak percaya, cuba buat tengok. Pasti berkesan.. 

But, the question is, u all faham ke I punya explanations? Ermm tak faham pun pura2 faham la ya.. 

Oh ya, sha ada hadiahkan I hadis shahih. Tapi dia sengaja bagi yang kartun2 ada warna warni and illustration. Yang bahgian tulisan bunyi berwrna. Macam untuk kanak2 belajar membaca tu.. 

Dia cakap hadis ni sesuai untuk kanak2. Jahat betul dia ni.. Selalu cakap I kanak2. 

But ok la. Hadis tu mudah untuk I faham. Thanks buddy. 

I tanya kenapa u quit dari pondok. Kalau tak mesti dah jadi ustazah. Boleh sampaikan ilmu dekat ramai orang. 

Boleh pulak dia cakap sebab dekat pondok kekurangan makanan. Dia selalu tak cukup makan and kurang tidur. Sengal kan dia ni. 

Then dia cakap, nak sampai benda baik tak perlu jadi ustazah pun. Sekarang nak sampai benda baik dan bermanfaat tu sangat mudah. Media sosial ada. Share benda baik, senang2 dapat pahala. Benda baik bukan dari agama saja, but all the good things. 

Btw, sha dah pergi pondok masa umur dia 3 tahun weh. Sebab family dia punya konsep, muda2 otak cergas. Mudah terima ilmu. Kanak2 kan mudah belajar and mudah faham. 

Tapi mereka jugak pilih bidang yang mereka suka.. Bukan la fully in islamic. Dalam family dia tak ada yang kerja ustaz or ustazah. 

For them, dunia and akhirat tu kena balance . Macam sha dia ni jenis lasak. Ada black belt in judo. Then naik pun motor besar. Padahal dia sangat kecik. Maksudnya, agama tak larang kita buat aktiviti yang kita suka. 

But I admire dengan pengetahuan dia. And respect dengan family dia. Because mereka support apa anak mereka suka. 

Tak ada la kena duduk pondok saja. I berangan nanti kalau ada anak, nak guna konsep macam family sha tu. 

Sha kata guru yang dia belajar quran ada 3 orang. But first punya guru tu dari burma. Dia khatam quran dari guru tu. 

Tapi tok guru tu sangat humble. Orang biasa2 tak kenal dia sangat.. Tapi family dia kenal sebab diaorg kan background pondok. Ramai orang jadi hafiz hafizah dari guru tu kata sha. 

Guru tu pulak dulu menuntut ilmu dekat mekah. Yang ada satu bukit nabi belah bulan sha kata. 

Dulu atas bukit tu ada ramai orang dari merata negara pergi belajar ilmu agama dekat situ. Disitu katanya dulu ada pondok menginapan orang2 belajar agama. 

Zaman dulu nak dapat ilmu sangat susah sha kata. Kena kembara jauh untuk cari guru dan ilmu. Zaman sekrang smua dihujung jari. 

Cuma sekarang kerajaan arab dah ratakan bukit tu. Tak tahu nak buat apa. 

So dah tak ada tempat pengajian sha kata. Tapi itu pada zaman 80an mungkin. 

Then dia belajar tajwid and meaning dari orang lain.. Sebab zaman tu quran yang sekali meaning tu belum ada. 

Mak dia pun guru ajar mengaji, I ada belajar read quran dengan mak dia. Tapi sha tak belajar dari mak dia.. 

Dia kata mak dia garang. Padahal tak pun. I rasa dia lagi garang.. Mak dia sangat lembut ajar. 

Tapi sha kata tu untuk orang lain, kalau dengan dia mak dia selalu rotan.. Padan muka u nakal sangat. 

Eh sorry la, terpanjang cerita pasal kawan I tu. Sesekali tak pe kan. Sorry. 

Sambung pasal I takut nak pergi kelas. Dia cakap, perasaan tu semua hasutan syaitan saja. Syaitan sengaja buat I rasa takut la malas la sebab tak nak I dapat hidayah. 

Dia kata syaitan akan sentiasa hasut manusia sampai kita mati.. Sebab syaitan tak akan putus asa. 

Dia cakap I kena sentiasa lawan perasaan tu semua. Sebab ujian2 I in future lagi kuat. Tambah2 lepas I dah convert, lagi banyak dugaan I. 

Dia cakap pergi dulu untuk satu kali, 

Dia kata I akan seronok sana. Jumpa saudara2 baru. But she said, kalau I tak suka, rasa tak best, tak payah pergi lagi. Then I cakap ok la. 

Hari tu dia teman I pergi kelas tu. Ada la dalam 8 orang. Ada chinese, indian, orang borneo and one philippines pun ada tau. 

Awal2 sha stay situ. Bila tengok I macam ok dia tunggu dekat luar. 

Masa kelas ustaz tanya ada sapa2 paksa I ke datang sini ka. I cakap tak ada. 

Dia tanya I datang sini atas kerelaan hati ka atau sebab nak kahwin dengan orang melayu ka. 

I cakap yes. I datang rela hati because I nak belajar lagi pasal islam. 

Ustaz cakap ramai jugak datang sebab cintakan manusia.. Then bila hubungan tak jadi, mereka kembali ke agama asal sebab tak de bimbingan dah. 

Ustaz tak nak la perkara macam tu berlaku. Ustaz cerita apa keistimewaan kami berbanding lahir2 dah islam. 

Ustaz kata kami sangat special. So dia sedih andai ada yang tak terus belajar pasal islam. Sebab berada di jalan benar adalah satu rahmat besar. 

Sebab we learn about islam. Yang lahir2 dah islam hanya follow saja not

Learning. Sebab tu masih banyak yang tak faham. 

Even sha pun cakap I ni sangat beruntung.. Sebab I tak ada hutang solat atau puasa. Once I dah lafas shahda, I dah bersih dari dosa. Like new born baby. 

Sebab tu I doa apa pun allah cepat makbul sha kata. Sebab tak ada perkara yang sangkut. 

Dia cakap dia sendiri ada hutang solat yang masih di ganti.. Sebab dulu2 pernah jugak dia tingal solat masa remaja2 tu. And ada doa dia sampai sekarang allah tak makbul. 

Memang lepas I lafas shahada, I dah learn solat doa smua. I mintak apa pun, paling lewat dalam 3 bulan pasti I dapat. 

Mula2 I happy sangat. Lama2 I jadi risau. Sebab I rasa kenapa I tak diuji apa2 pun.. Orang islam kan selalu diuji. 

Then ujian kan tanda allah sayang. I fikir la, allah tak sayang I ke. 

Sebab I rasa hidup I sangat mudah lepas jadi muslim. Sedangkan muslim akan selalu diuji. 

Fikirkan hal itu, I selalu focus solat. Sebab sha kata solat kan penghubung dengan allah. 

Tapi pun hal tu mengangu I. Tapi sha kata ada ja ujian cuma I saja tak nampak, tak perasan. Sebab I hanya focus solat. 

Sebab tu tak nampak ujian. Kadang2 I sakit, atau tengok orang lain susah.. Semua tu ujian la she said. 

Sha kata apabila kita hanya focus pada allah, setiap ujian tu akan rasa kecik ja.. Sebab allah kan dah kata dia uji ikut kemampuan orang. 

Dan ujian ni cara handle dia dengan sabar dan solat. 

Tapi kalau kita focus pada ujian tu, masalah tu ja, tapi kurang focus pada allah. Benda kecik even kereta rosak pun kita akan stress gila dah. 

Selalu la I fikir masa tu. Mungkin allah tak sayang I. Solat I ada masalah ke. Allah tak terima ke. 

Tapi sha kata jangan fikir macam tu. Sebab allah kata dia menurut sangkaan hambanya. Kena sentiasa sangka baik pada allah. 

Then I fikir I kena istiraj ke.. Because apa I nak terus dapat dengan mudah. 

Kerana hal ni, I jadi sangat runsing. I ni kadang2 over thinking jugak. 

Tapi sha kata istiraj tu berlaku pada orang yang tak solat, tak ingat allah.. Hidup anaya orang. 

Jadi allah lupakan dia terus.. Sebab allah sangat benci dia. Sebab orang yang diuji, allah nak ampun dosa dia sebab allah masih sayang. 

Sebab tu walaupun kita jahat, tapi kita ada kesulitan, ada sakit ke susah ke. Kita kena syukur. Sebab allah masih nak ampun dosa kita. 

Tapi kalau orang yang kena istiraj, allah tak bagi apa2 ujian sebab allah tak nak ampunkan dia. Dan nak bagi balasan lebih besar di akhirat. 

Tapi allah masih bagi kesenangan dekat dia sebab bersesuaian sifat2 allah. 

Iaitu antara 99 nama allah, salah satunya adalah allah maha adil. 

Maksudnya walaupun u kafir, u jahat tapi allah tetap bagi nikmat tu sama rata secara adil. 

Sebab allah tak pilih kasih. Lagipun, dunia ni tak ada keadilan, tak kekal. Semua tu dapat di akhirat nanti. Akhirat tu yang paling adil and kekal. 

Tapi sha kata orang macam ni dia mungkin bahagia kat dunia ja. 

Sedangkan matlamat kita hidup sekarang untuk mengejar akhirat. Kalau u cari dunia, u akan dapat dunia saja. 

But kalau u cari akhirat, u akan dapat dunia dan akhirat. 

Sebelum I betul2 jadi muslim. I pergi belajar almost 1 years ye sampai I betul2 faham about islam. 

Dekat kelas tu I belajar sirah, belajar pasal solat. Masa tu I selalu fikir tak sabar nak solat untuk mengadu pada allah. 

But benda first I diajar tentang mandi wajib. Sekarang bila I mandi wajib, entah la. Orang lain tak pasti macam mana.. But for me, betul2 rasa diri I bersih. 

Masa nak belajar solat, sha tulis fatihah in malay then tampal dekat lantai. Because kita solat kan tengok bawah. Then bacaan2 lain jugak la. 

So I baca dengan cara macam tu. I practice dekat rumah. Yang dekat kelas saudara baru tu mereka ada bekalkan banyak buku untuk reference. 

I ada baca buku tu jugak. Then tak sangka ya, mereka ada bagi duit dekat saya 300. Haha cute sangat rasa. 

Tapi untuk practice solat, I baca apa yang sha tulis. Awal2 tu memang banyak silap. 

I tak dapat hafal rakaat. I confuse subuh berapa rakaat. Magrib berapa rakaat. Bacaan pun tungang tungang. 

Tapi sha cakap tak apa. Belajar memang macam tu proses dia. Allah tahu kita sedang belajar. Dia akan mudahkan. 

Sha kata in surah al baqarah ayat 45, allah dah cakap solat itu sangat berat. Kecuali pada orang yang kusyuk. 

So nak dapat solat yang kusyuk tu adalah bonus dalam hidup kita. Then dia ada bagi tips supaya kusyuk in solat. 

Before I lafas shahadah, I kan dah cuba follow cara wuduk, solat semua. Awal2 tak pandai baca. But I nak solat jugak. Nak belajar pergerakan. 

Because kan ada cara duduk semua. Semua tu ada proses dia. So I just baca zikir subahanallah tu dulu 7 times 7 times in each movement untuk belajar pergerakan solat. 

1 years I take time to learn about islam. And now I fully islam 2 years ready. But still I am in learning process. 

Masih lagi saya tak pandai baca quran. Still in iqra. Masih saya tak mampu tutup aurat dengan betul. Masih banyak surah I belum hafaz. Ulang2 surah yang sama saja in solat. 

Tapi sha kata yang paling allah suka bukan dalam satu hari kampoi semua. 

Tapi yang allah paling suka walaupun sikit, tapi istiqamah. Sebab nak istaqamah adalah perkara yang paling susah. 

( riwayat bukhari) dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit. 

Sha ajar I setiap kali bagun tidur, setiap kali selesai solat. Ucap alhamdulilah. Said thanks to allah sebab allah izinkan kita pada hari ini. 

Sha kata hati kita kena dipaksa dan dilatih untuk tunduk.. Sebab dalam diri kita ada nafsu. 

Sedangkan 3 kali nafsu kita di masukan dalam neraka sebelum ada dalam diri kita. 

Then kalau kita tak bersyukur untuk perkara2 kecil, kita tak akan mampu untuk bersyukur pada perkara besar. 

Sedangkan allah kata siapa yang bersyukur allah akan tambah nikmat. So dia cakap at least sehari 100 kali ucap alhamdulilah. Padahal tak sampai 5 minit pun nak ulang alhamdulilah tu. 

I ada la zikir2 jugak. Sebab sha ada bagi zikir ring tu. Masa I drive, I akan zikir. I tahu zikr tak banyak. 

Lailahaillah, selawat, astafirullah, alhamdulilah and subahanallah. Itu saja yang I tahu buat masa sekarang. 

And sha cakap, sebagai manusia, setiap hari kita akan buat dosa. Walaupun u tak bunuh orang, tak mencuri, tak menipu. But still akan ada dosa setiap hari kita buat. 

Sebab yang maksum itu hanyalah nabi saja. Even nabi yang maksum pun hari2 bertaubat pada allah. Mintak ampun. 

Inikan pulak kita manusia. Jadi dia pesan, setiap hari baca la iktifar 100 kali. 

Sebab allah suka orang yang buat dosa. Then cepat2 mintak ampun pada allah. Bila kita suci dari dosa, baru la doa kita allah cepat makbul. 

Oleh kerana cuti I busy pergi kelas. Bf I mula perasan I jarang ada rumah. Then dia ada ternampak I practice solat. 

I tak makan pork alcohol. And tak main dengan dog kami. I letak dia dalam sangkar di belakang rumah. And I jugak tak tidur satu bilik dengan dia. 

Dia tnya what happen to u. I jujur dengan dia I sedang belajar tentang islam. I cakap ini agama yang benar.. 

I kata I percaya kehidupan di akhirat nanti. I kata hidup bukan tentang pergi kerja, cari duit, kumpul harta then tunggu masa mati. 

I kata I suka konsep islam. Ada displine and rules yang jelas. Sehari 5 kali kena solat. Its like we do a meditation. 

But ini untuk soul kita. Untuk segala2nya. 

I suka ambik wuduk.. I tak pernah rasa muka I bersih. But sejak belajar solat.. 5 kali kena cuci muka, I rasa sangat bersih. 

Kalau I period, I rasa sedih kerana tak dapat solat. Rasa tak best tengok orang lain solat, but I tak solat. But I faham itu nature kita kan. 

And then I selalu dekat2 nak period, akan rasa sakit perut. But baru perasan satu benda, setiap kali I sujud, rasa best sangat dekat perut I. Sakit tu terus tak ada.. And memang rasa sangat nikmat ketika I sujud. Rasa macam tak nak bangun ja. 

I cakap dekat bf I.. Jom la ikut I pergi kelas itu. Ikut dulu kalau tak suka tak apa. 

But he refused. Dia marah I macam2.. Siap dia tanya siapa yang rosakkan I ni. Dia cakap mengarut apa yang I belajar tu. Dia cakap agama kita sudah betul dah. Kita jugak ada kehidupan yang better bila mati nanti. 

Kan chinese kalau mati, ada rumah kereta ibarat macam alat2 yang ada di kubur nanti. Then mahal bayar, lagi better la place kita. Dia percaya macam tu. 

Walaupun I cakap semua tu tak betul. But dia tak nak dengar. Tak nak percaya. 

Then dia tanya family I tahu ka.. I kata please dont tell them. I will tell them slowly but not now. 

And macam2 issue la berlaku. Bergaduh tak payah cakap la. Dia ugut nak bagitahu family I. 

I memang sayang dia. But antara human and allah, of course I akan pilih allah. 

Luckily I tak register dengan dia. Or ada anak dengan dia. Kalau tak pasti susah banyak benda. 

Ini pun I rasa susah sebab rumah ni joint loan. Dia tak mahu keluar dari rumah. Dia cakap tu rumah dia. 

Tak kan I nak duduk sekali kan. Nak jual pun dia tak nak.. I rasa sangat stress masa tu. 

Time tu sha ajak duduk rumah dia. Masa tu sha cakap.. Ujian allah bukan hari2. 

Sekarang u sedang diuji. Masa tu I tak tahan lagi dah.. I betul2 perlukan allah. Terus I lafas shahada. 

Masa tu I cuma nampak, semua solutions tu ada pada allah saja.. I tak ada daya apa2 pun. Tak sabar nak solat betul2. 

Allah dah cakap apa pun mintak tolong allah.. Mengadu dekat allah.. 

Because allah paling suka hamba dia meminta dekat dia. Even satu gengam garam pun. ( hadis tirmizi)

Lepas tu I menangis tak boleh berhenti. Menangis sebab happy and rasa sangat di sayangi allah sebab choose I. 

Dan bermula la chapter I hidup sebagai muslim. Masa tu I memang tak pakai short dah. Pakai dalam rumah saja. 

Belum pakai tudung. Tapi sha kata tak apa.. Take time. Slow2. Dia cakap tak semestinya satu hari kena ubah semua. 

I tak de tukar nama I.. I kekal saja nama chinese I. Sebab ustaz cakap nothing wrong with my name. I just tukar binti saja. 

But lama2 tak tahu kenapa. I rasa tak selesa dengan pakaian I. Bila pergi beli baju, I macam tertarik dengan seluar2 yang longgar. 

Dulu I suka jeans. But now macam selesa dengan seluar biasa yang longgar2 tu. Then I dah tak selesa pakai tangan pendek. 

I mula beli satu dua tangan panjang.. Then selesa macam tu.. Sha cakap bagus la.. Sebab tu solat akan mengubah kita ke arah kebaikan. 

Lama2 pakaian I dah berubah macam tu. Since I dah islam.. I serba salah nak balik rumah parents I. 

Because mereka ada masak pork. Ada bela dog. But one day my nephew birthday. I kena pergi jugak. 

Sebelum tu I mintak dekat bf I, dont tell them anything. I memang dah break dengan dia. Yang itu ada I inform family I. 

I just cakap ada issues ja. Mujur bf I tak cakap apa2. Family pun faham ja.. They all fikir dah besar kan. Depends la pada kami. 

Then masa function tu biasa la.. Ada pork and alcohol. I tak makan apa pun.. Sebab tahu periuk itu bercampur walaupun masak sayur. 

Ustaz memang ada ajar cara nak balik rumah parents kita. Apa nak asingkan semua. I boleh ja makan mak I masak. 

Asalkan tak ada benda haram.. Then periuk belanga mereka masak pork tu asing. Dog letak asing. 

I jugak ada sabun yang samak tu. Semua tu I dah belajar. Then family ada tanya kenapa tak makan. 

I cuma cakap tak sedap badan.. Then sudah masuk waktu solat. I sudah gelisah macam mana nak solat. 

I tak tahu nak buat apa. I kata nak balik ada hal. Padahal I sudah lama tak tidur rumah parents I. 

Dalam kereta I menangis. Tak tahu macam mana nak let them know. I rasa susah sangat hidup macam ni. 

I sayang sangat mereka. But tak tahu lama mana mau tipu mereka. One day I decide nak bagitau sister I. 

I rapat sikit dengan dia.. I ajak dia pergi kfc. Masa tu belum issue boycott. I cakap dekat dia. I sudah masuk islam. 

She look so shocked. Dia tak percaya. Dia ingat I main2. I tunjuk ic I. Banyak la persoalan masa tu. 

Banyak sangat question dari dia. I mintak tolong dia untuk help I bagitau family. 

Dia kata tak boleh. Dia tak ada kekuatan jugak. Because mak kami pasti tak boleh terima. 

Dia suruh I settle sendiri. But time tu ada rasa lega sikit. At least one of my family members dah tahu kebenaran. 

Dari satu orang another siblings dapat tahu. Call message tak berhenti.. 

Time tu dah mula rasa kuat betul ujian. Tapi mak dan bapak I belum tahu lagi. 

I berserah pada allah saja. I cakap ini pilihan I. Masa tu kan I duduk rumah sha. 

But I ada cari rumah lain sebab I fikir mudah family I nak datang. Mujur la I dah pindah keluar masa tu. 

Sebab family I datang bersemuka I. Suruh tingalkan semua ni. But I cakap tak boleh. I cakap ini agama yang benar. 

Masa tu memang mereka sisihkan I terus. I pun redha bila di buang keluarga. 

Masa tu sha and family dia saja sokongan yang I ada. And kwn2 dekat kelas kami tu. 

Sha kata lihat ujian orang, pasti akan rasa ujian kita lagi better. Sebab ada kawan I sorang indian. Dia dah kahwin ada anak semua. 

Anak2 dia dah besar. Mereka memang buang dia kerana dia pilih islam. Dia selalu jugak nangis rindu dekat anak. 

At least I tak macam tu. I dah biasa jugak hidup asing dari keluarga.. So I mampu terima. 

But I mesti kena bagitau parents I. Satu hari I terus terang dekat mak and bapak I. 

Mak saya memang mengamuk. Time tu sibiling lain pun ada jugak. 

I tanya kenapa u all benci sangat dengan islam. Mak I cakap islam banyak pantang. 

Like tak boleh makan dalam rumah ni.. Nanti kalau I ada anak, mereka tak boleh sayang cucu. Ibarat terus putus hubungan. 

I cakap tak ada pun perkara macam tu.. Sampai mati mereka tetap parents I. Walaupun mereka tak nak islam. 

Bapak I jenis diam. But dia yang paling first terima I seorang islam. Dia cakap dekat mak I, I sudah besar. Let her do what she like. Asalkan anak kita happy. 

But mak I tak boleh terima. Dia cakap jangan datang sini lagi. Lama sangat I ambil masa nak pujuk dia. Hari2 call dia text. She still ignore me. 

Hari2 I doa pada allah. Mintak mereka lembut hati. Adik beradik I dah boleh terima. I ada jugak pergi rumah sekejap2. Tapi mak tak cakap dengan I. Dia akan duduk bilik. 

Then slowly dia dah boleh terima. Because I solat dalam bilik I. Dalam bilik I tak ada patung or whatever. 

Even I ada letak frame allah, kaabah semua. Maybe dia sedar I bukan main2. 

Then family I dah mula faham tatacara I sebagai muslim. Dekat rumah dah ada 2 fridge. 2 dapur. 

Sebab yang tak halal tu mereka letak di fridge mereka. Tak campur dengan makanan I. 

Then tak allow dog dalam rumah lagi. Seminggu sekali macam tu I ada balik rumah mak. 

Bila I nak balik, mak akan beli makanan2 letak dalam fridge I. Mak masak di dapur yang tak campur dengan makanan haram. 

I nak mak I tahu, islam tak serumit yang mereka fikir. Pasti u all tahu kisah nabi musa tu kan. 

Yang ada seorang lelaki jaga parents dia yang di sumpah jadi babi tu. Orang tu berjiran dengan nabi musa di syurga kan. 

I ada cakap dekat family I ksah tu. I cakap jangan u all rasa pelik bila I dah islam. Ada perkara yang I tak boleh buat. Sebab I kena patuh pada undang2. 

Tapi I tetap boleh peluk, kiss, makan sama2. Makan apa yang mereka masak. Tak ada yang salah pun. Even I kahwin pun mereka boleh datang. 

Tapi kalau I ada, mereka pun dah boleh faham.. Mereka tak beli benda yang haram. 

Even mak I kadang tanya, I tak solat ka.. Kan time period I tak solat. Sekarang anak2 buah I selalu ikut I solat. 

Baru2 ni adik I whatsapp I. Dia tanya u dah bayar zakat ke. Sebab dia tengok di bazar ramadan ada kaunter zakat. 

Yesterday my nephew yang perempuan tu cakap. Kalau I pergi mekah, dia nak ikut.. I rasa sangat2 sedih.. I betul2 harap family I dapat hidayah jugak. 

I nak bersama2 mereka di syurga. Doakan ya. 

And the happiest thing is, tak tahu la kenapa. Tiba2 bf I call I.. Dia cakap dia mau jual rumah tu. Nanti kos tu divide dha. 

I bersyukur sangat2. Finally my big problem dah settle. Setiap malam I buat solat hajat pukul 3 pagi mintak dia setuju untuk jual rumah tu. Akhirnya allah makbul jugak doa I. Buyer pun dah ada.. Sedang process loan. 

Dia pun nak kahwin dengan orang lain dah. I am happy for him. Dia boleh move on. Cuma I gagal pujuk dia untuk terima agama yang benar. 

Macam sha cakap, kita boleh sampaikan saja. Nak terima atau tak, depends pada orang tu.. Yang penting tugas kita dah selesai.. 

Ok ye. Sampai sini saja kot. Rasanya tak ada apa lagi dah nak sambung. Selamat hari raya untuk semua saudara ku. Maaf zahir batin. 

– ann (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Blaja memondok umo 3 tahun? Patut byk ilmu. Aq umo 6 thn lyn goku lawan majinbu lg lol

  2. ha’a itula tu bang. massive respects dekat si sha tu… kita ni kadang ada kawan berkopiah berserban pun belum tentu nak buat apa yang dia boleh buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *