Macam Mana Saya Masuk Islam V

Part 1: https://iiumc. com/macam-mana-saya-masuk-Islam

Part 2: https://iiumc. com/macam-mana-saya-masuk-Islam-ii

Part 3: https://iiumc. com/macam-mana-saya-masuk-Islam-iii

Part 4: https://iiumc. com/macam-mana-saya-masuk-Islam-iv

Lepas I dah belajar Islam, and I sangat selesa dengan Sha. I kerap pergi holiday dengan Sha. 

Sha selalu cakap, nak tahu teman tu bagus atau tak, cuba pergi travel dengan orang tu. Baru kita akan kenal sikap sebenar dia.. 

Dia sabar ke, dia boleh tolerate dengan sikap kita ka. Dia pentingkan diri ka. Dia hargai masa ke.. And many other things. 

And yang penting, dengan travel baru kita akan rasa sendiri kita selesa atau tak dengan buddy kita tu. 

Teman yang baik akan buat kita rasa selesa. And kita rasa nak pergi lagi dengan dia. 

But kalau travel tu bagi kita stress, kita pun rasa tak nak pergi lagi dengan dia next time. Tu kira bukan teman yang baik la. 

Sha memang kaki travel. Actually dia ramai kawan.. Dia boleh masuk dengan siapa pun. But I tak de kawan macam dia. 

Sha kata orang travel ni kita panggil musafir. And banyak pahala and keistimewaan sebagai musafir.. 

Antaranya, doa seorang musafir Allah makbul. 

Musafir di beri kelonggaran solat. And banyak lagi benefits yang dia share. 

Actually I suka jugak holiday. Selalu I pergi overseas. Japan, korea china. Macam ni la. But dengan family or ex I. 

But first time dengan Sha dalam negeri ja. Sebab Sha banyak pusing dalam negeri. Like Langkawi, pulau2 macam tu.. She like pulau. 

Kalau luar negara, dia akan pergi Thailand ja. First I pergi dengan dia kat Langkawi walaupun I rasa bosan tempat tu. 

But actually best jugak dengan dia. Sebab dia kan gila. So rasa ada entertainment. Lagipun I nak pergi mana, dia on saja. Asalkan kalau ada duit dia cakap. 

Jarang dia reject tempat I nak pergi. Melainkan dia postpone because tak cukup money. 

Orang nak bagi pinjam duit dia tak nak.. Dia kata jangan ajar diri berhutang. Nanti jadi kebiasaan. 

So one day dia ajak I pergi thailand. Kita pergi berdua 3 malam. First time I jejak kaki dekat satu pondok ya. 

Oh ya masa kami pergi thailand, kami drive sendiri guna kereta Sha. Dia ada banyak experience and banyak kawan jugak. So selalu benda jadi mudah kerana dia ramai contct. Apa2 senang dapat bantuan. 

Kami dari durian burung tu, and masuk ke hatyai.. Mula2 tu biasa la pergi tempat2 percutian. 

Second day dia bawak I pergi satu pondok. Memang dia ada inform nak bawak ke pondok.. 

Kalau tak silap I dekat narathiwat kot. Ke patani eh, I pun confuse sudah. But tak kisah la kan. 

But dekat sana, omg. I betul2 jatuh hati tau dekat sana.. Sekolah tu agak miskin. Sha datang bawak banyak roti gardenia. Beras, and ada banyak barang lain lagi la. 

I tanya kenapa beli ni. Dia kata kerajaan mereka kurang support pondok2 macam ni. Tak macam dekat malaysia.. Senang dapat fund. 

So kita bwak makanan untuk bantu mereka. Sebab mereka kan miskin. I ada la bagi duit dekat sekolah tu. Hopefully mampu ringan sikit burden mereka. 

But orang kat sana like cikgu2 tu pandai cakap melayu kecuali students. But they are so nice. 

They are so welcoming us. Masak sedap gila weh. Mereka sembelih seekor kambing kerana nak jamu kami. 

And ada banyak lagi makanan mereka sediakan walaupun mereka sendiri tak cukup makan. Kerabu tauge sedap gila. Ada beef jugak.. 

Sha kata mana2 pondok pun memang macam tu. Kalau ada orang luar datang, mesti merka akan masak sedap2. 

Mereka layan tetamu dengan sangat baik.. Kerana nabi kata tetamu datang bawak rahmat and rezeki. 

And they are so humble. Dekat sana so many kids. Umur setahun dua dah ada kat sekolah tu. 

Ada yang anak yatim dekat sana.. Ada yang family susah. So hantar anak dekat pondok.. Sebab at least mereka dapat makan walaupun ada serba kekurangan. 

First time I ambik experience dekat pondok.. Rasa macam tak nak balik. Budak2 sana sangat cute. Ada pelbagai peringkat umur. Lelaki dan perempuan. 

Kemudian dekat sana ada satu lagi pondok kecik2 banyak. Macam gazebo tu. But dia macam a little pondok. 

Sha kata dekat sini orang2 lelaki baligh biasanya tingal.. Mereka akan duduk di pondok ni hafaz quran. 

Mereka tidur makan semua dalam gazebo ni.. Tak ada apa2 entertainment melainkan hafaz quran saja. Dan dalam pondok tu tak ada bantal. Tak ada tilam. Supaya mereka kurang tidur. 

Ada setengah tu letak tempurung kelapa sebagai bantal.. Sebab kata sha, kalau kita change posisi, kepala kita akan jatuh, so kita akan tersedar.. Then mereka akan sambung hafaz quran.. 

Mengapa mereka guna cara tu. Sebab Sha kata sebahagian ulamak pesan, ketika menuntut ilmu kena kurang makan dan tidur. 

Biasa yang duduk dalam gazebo tu merka memang bercita2 nak jadi penghafaz quran. Then akan pergi berdakwah pergi merantau. 

Macam kata2 imam syafie. Orang berilmu tidak berada di kampung halaman. Tingalkan negeri dan merantau ke tempat orang. 

Oh ya, tau tak macam mana cara mereka hafaz quran? Merka baca ayat quran dengan cara menyanyi. Kemudian baca meaning dia pun dengan cara menyanyi. 

I tanya sha, dulu u pun hafaz macam ni jugak ke.. Dia kata ye. Dia kata cara macam tu mudah ingat.. Actually tu untuk easy way to hafaz the meaning. 

I macam tak sangka I akan enjoy dekat pondok. Tak pernah terfikir I akan jejak kaki di tempat macam tu. 

So I kan pos the pictures all in my story. So adik I dah lama rasa nak pergi thailand. Tak jadi2. Biasa la perempuan kalau plan susah jadi. 

Then dia cakp la pergi tak ajak dia. Then I cakap la. U cakap la mau pergi bila. Pergi dengan colleagues I. Dia pandai bawak kereta di sana. So kita tak perlu guna public transport. 

Then adik I setuju. Adik I ada kerja di jb. So dia naik flight. Kami bertiga ja masa tu. Ambik dia di airport then gerak ke kedah. 

Adik I jenis susah mau ngam dengan orang. But Sha sangat friendly. Sekejap ja mereka dah macam gila2. Dah boleh masuk satu kepala. 

But kali itu Sha tak de la bawak pergi pondok. Tapi kan kitaorang tak makan dekat kedai2 viral. Sha kata itu semua orang melayu. Makanan kurang sedap. 

Sha bawak makan di kampung2.. Betul2 orginal thailand. But Islam. Mostly tak tahu cakap malay. But makanan dia sedap gila. 

Sha kata kat thailand ni kena tengok kedai yang orang thai saja pergi makan. Itu baru sedap. Kalau yang malay ja masuk itu kedai melayu.. Orang thai tak makan kedai melayu. 

Tapi kalau harapkan kami mana kami tahu kedai2 tu. Ceruk2 yang dia masuk, nak pergi macam mana pun kami tak tahu. 

So selepas itu adik I excited cerita pasal journey tu dekat family. Then dia sendiri cakap nanti plan cuti lagi ajak Sha. 

Dia cakap seronok ada Sha. Then next time kami pergi sarawak. But berempat. Adik I bawak bf dia. 

Bf dia pun hppy la jalan dengan Sha. Bf dia gila2 macam Sha jugak. And then one day family I ada buat macam makan2 la. 

Adik I laju2 cakap invite Sha. Then dia sendiri cakap dengan father I.. Kita order all malay food.. Jangan masak. 

Supaya mudah kakak and kawan dia nak makan.. Then dia kata nak ajak kawan malay dia jugak. 

Parents pun ikut saja la. Sebab selalunya mereka masak. But asing untuk I. Kali ni semua order catering orang malay. 

Dah macam kenduri orang malay time tu.. So masa tu la family semua kenal dengan Sha. 

Sha ni sebenarnya pandai ambil hati orang. Especially hati orang2 tua.. Dia pandai berborak dengan mak I. 

Sampai I terkejut. Masa nak balik, mak I pergi peluk dia. Sebab time tu dia banyak dengan mak I.. 

So tak pasti apa mereka borak. Sedangkan character mak I tak mudah selesa dengan orang. She a bit choosy. 

Then mak I cakap nanti ajak family dia datang rumah. Dia terus tanya betul2 ka atau saja2 cakap. Mak I gelak2. Dia cakap betul la. Sha terus tanya bila. I betul2 mau ajak datang. 

Mak I cakap bila2 u senang.. Terus Sha cakap next week bleh. But unty jangan masak.. I suruh mak I masak. Kali ini unty rasa masakan kami pulak. 

Tiba2 adik bradik smua cakap next wek tu nak datang lagi. Memang family dia datang. Bawak periuk besar2. 

Cuma nasi saja masak di rumah.. Then macam tu la suddenly semua macam close. 

Mak dia pulak cakap, kami pulak kena datang rumah dia. Then father I cakap. Then kami pulak ka kena bawak makanan dalam periuk besar. Hahaha funny betul I rasa. 

But lepas tu father I ada pergi rumah dia. Father I ada business. Kadang2 father sendiri singah rumah. Drop fruits ka apa dekat rumah dia. Kadang datang makan lunch sana. 

Eh bapak Sha pandai masak kambing. Sangat sedap. I punya bapak suka kambing. So kalau rasa nak makan kambing, dia mesti cakap nak pergi rumah Sha. 

Macam tu la kami boleh rapat. Sampai adik I cakap jom pergi cuti ramai2. Mesti meriah. So dia la decide nak pergi sabah. 

Lepas select date, plan semua then ramai2 pergi sana.. Memang seronok gila. The best moments. Sampai bapak I buat frame besar gambar kami gantung di hall. 

Di bawah ada tulis our family. Rasa terharu time tu. Memang kami dah macam family la.. Apa function pun each family mesti ada. 

Ok ye.. Rasanya semua soalan sudah jawab kan. So tak de lagi kot mau tulis. Unless u all tanya apa2, kalau free I akan reply. 

Sebab sekarang malam I pergi kelas mengaji. Then di office I sudah naik pangkat. So agak busy sikit. 

Last but not least… I nak share my buddy’s favourite word.. 

“Bumi Allah sangatlah luas. Tapi satu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun akan rasa sempit”. 

Take care ye. Assalamualaikum.

– ann (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *