Hi, saya nak terus bercerita lah ye… Saya ni kuat marah jugak, yela anak kedua ni degil sikit. Tapi saya suka kalau jumpa lelaki yang tegas, saya rasa saya boleh tunduk dengan lelaki yang tegas yang bertempatlah ye.
Jadinya saya dengan lelaki ni tak kenal lama pun. Saya pernah tanya dia, dia ni baran ke, pernah angkat tangan ke dan sebagainya. Dia kata tak pernah dan takkan.
Saya pun okaylah, kita percaya dan bagi peluang. Saya nampak dia ni tegas, ada prinsip, tapi… cara pemikiran dia saya kurang setuju. So, adakah ini bukan sekufu maksudnya?
Dia ni suka perempuan yang dengar cakap. Saya ni degil tapi dengar cakap kalau benda yang ditegur ni untuk kebaikan diri sendiri jugak kan. Cumanya, dia ni cepat marah even dengan perkara yang kecil-kecil. Bagi saya, tak besar pun.
Contoh, dia ni paling pantang kena perli. Alahai, bukan perli yang lebih-lebih yang tak respect, tapi more to bergurau senda bagi saya.
Baru-baru ni dia tengah ada masalah tempat kerja dan tengah cari tempat kerja baru, dia tak bagitahu saya. Saya tanya dia pergi mana apa semua, then dia cakap hantar resume hardcopy.
Then saya tanya, “Kenapa tak submit melalui email je or softcopy?”
Adakah soalan ni nampak seperti saya sedang serang dia? Saya bercakap dengan nada lembut dan manja ye. Tapi dia marah dan tengking saya, cakap:
“TAK FAHAM BAHASA KE? I DAH CAKAP KAN HANTAR HARDCOPY, HARDCOPY LAH, NI TANYA LAGI KENAPA BUKAN EMAIL! CUBA SEKALI CAKAP TU FAHAM, NI NAK KENA REPEAT BANYAK KALI!!!”
Saya macam… okay… terus takde mood.
Lagi satu, dia ni suka late night call, memang pukul 1-2 pagi lah baru call. Saya ni bekerja, jadinya saya pernah minta untuk call awal sikit secara baik ye. Tapi dia jadi defensive, dia marah saya, tengking saya. Saya terkejut, saya nangis. After that, saya tak berani dah cakap apa-apa.
Bila saya bagitahu saya dah tak berani nak complain apa-apa ke dia, dia rasa bangga dan happy bila saya takut. Tapi benda ni berterusan sampai saya tak cukup tidur, saya penat dekat tempat kerja.
Sampailah satu masa ni saya terperli, dia call 1.30 a.m. Saya tanya, “Awal tu buat apa?” Dia dah start nak marah sebab saya persoalkan. Dia kata tak berapa sihat, tadi makan ubat.
Then saya perlilah, “Takkan makan ubat sampai sejam, tak sihat call lah awal sikit, boleh rehat awal.” Lepas tu dia mengamuk. Saya macam… lahhh, saya cuma bagitahu solution yang lagi memudahkan… tak boleh ditegur langsung.
Then saya minta maaf, apa semua. Start from that, dia selalu marah saya even pasal benda kecil. So, saya jadi terlampau be careful lah sebab kalau boleh kita tak nak lah asyik kena marah, tengking je kan.
Kita tak nak lah gaduh. Even sampai benda yang remeh pun dia akan terasa dan marah. After that, dia cakap macam ni:
“Takut tak bila saya marah?…. Baguslah awak takut. Saya memang nak buat awak takut dengan saya. Biar awak hormat saya sebagai lelaki bila dah kahwin nanti.”
Then dia cakap, setiap kali dia marah tu sebab saya buat perangai, tak dengar cakap dia, dan salah saya buat dia marah.
I was like… what…… Saya nak je tanya, pernah ke saya tak respect dia?
Paling-paling pun bila saya luahkan situasi saya nak bagi dia faham, tapi dia bersikap terlebih defensive dan anggap saya nak attack dia… sebab I don’t think benda tu disrespect pun. Saya cuba untuk berkomunikasi bagi dia faham keadaan saya.
Tapi bila asyik marah, tengking je, saya jadi macam… kenapa sampai macam tu? Saya tak tahu lah sikap macam ni baran ke apa. Sebab dia ni soft spoken je orangnya.
Dia selalu tanya saya, “Takut tak bila saya marah?” Then saya cakap lah, “Takut dan tak suka.” Then he looks so happy. Like, kenapa you nak kena takutkan pasangan you dengan cara you?
I pernah cakap, “If I did something wrong, boleh ke tegur secara lembut or slow talk? Sebab sometimes I tak perasan pun benda yang I cakap tu mengguris kan hati you.”
Then dia terus cakap no, dia lagi suka marah saya. Marah tanda sayang katanya. Tapi sentap jugak lah saya. Dia pernah kata bila dia marah saya, then saya terdiam/tersentap, then nangis, benda tu buat dia happy dan rasa agung jadi lelaki…
Kenapa macam ni pemikirannya? Saya pulak jadi makin lama makin tawar hati. Yela, asyik terasa je padahal kita nak bagi dia faham kita. Saya cuba untuk faham, tapi toleransilah sikit.
– Nia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Adik, Cinta boleh, bodoh jangan.
Ada ya lelaki dalam dunia ni yang mencari perempuan lemah supaya senang dia nak manipulate. Dia tak suka perempuan cerdik dan high value. Sbb akan menyakiti ego dia. Dalam kalangan kenalan saya juga, ada yg terang-terangan nak cari perempuan lpsn spm (biasa-biasa), bukan yg terlalu muslimah sbb tak nak bertekak tentang agama. Ya, memang ada.
.
Sengaja marah-marah untuk buat pasangan hormat kita? Lawak apakah ini? Marah dari api dan akan memudaratkan. Tak ada maknanya nak datang hormat tu.
“Saya marah2 awak sbb nak buat awak takut pada saya supaya lps kawin awak akan hormat saya sbg suami.”
Dusta belaka. Kalau betul mcm tu, kenapa Rasulullah ajar para suami untuk menyantuni isteri? Begitu juga dengan para isteri. Menghormati suami tanpa rasa gentar dan takut.
Hidup berumahtangga ni wajib ada sakinah,mawaddah warahmah. Bukannya perlu ada rasa takut hingga menghapus ketenangan dan bahagia.
Adik, perempuan kena cari pasangan yg baik. Dia tak ringan tangan, mulut jahat, hindari semua kaki-kaki (judi, porno,botol etc)
Jangan rosakkan diri dengan pilih lelaki yg berpura-pura ‘soft spoken’. Sebab apa? Syurga di bawah kaki suami. Jadi, doa pada Allah, minta sejelas-jelas petunjuk dan jalan keluar.
Dah sampai masa awak keep on silence. Tinggalkn org mcm ni. Jgn tunggu lama lg. Sb klau awak teruskn hubungan hingga berumahtangga, sah2 awak trperangkap dgn org yg psyko. Tolong catit sisi buruk dia. Mn yg awak rasa dia org yg awak takutkn. Mn lbh byk, awak rasa disayangi, atau rasa sentiasa ditengking2, dimarah, diherdik. Ada akal yg matang fikir & sygi diri lbh dahulu. Sblm ada apa2 ikatan, baik blah cepat2. Org mcm tu bkn utk awak yg ingin disayangi & dimanjakn. Percayalah, awak akn didera lbh lg sb dia dh tunjukkn red flag sedari awal. Lg satu, Angah x boleh terima klau bf awak gemar call di waktu tgh mlm, utk apa? Dah semestinya, utk merengek2 dgn awak, konon manja2 dgn awak. Mgkin dia akn rasa feeling bila dgr suara awak yg mamai mngantuk tu. Awak bkn tau dia buat apa kt sana. Mcm ni la, apa pun , itu semua maksiat yg org brcinta x perasan yg korg dh buat dosa. Dah la, lbh baik keluar dr hubungan yg toksik tu. X pyh pikir panjang. Byk2an brdoa pd tuhan. Fikirlah sendiri. Teruskn hubungan & hadap sikap mcm psiko tu selamanya, atau ‘lari’ terus x pandang belakang dah. Dan bakal jumpa seseorg yg lbh insani, beriman, beekerjaya bagus serta brtanggungjawab. Aamiin…..
laki tu mcm terlalu high level of insecure. Mungkin dgn pasangan dia sblm ni @ sekarang (we don’t know, ada pasang lain ke, sbb akak TT ckp dia call hanya pukul 1-2 pagi, dia buat apa sblm tu? kenapa perlu ada timing nak call?) dia kasar n demanding kat akak TT, sbb nak boost ego dia. Hemm….nampak tak permainan dia? Pasangan ni untuk menambah value diri kita, bukan nak kurangkan atau buang part of us, just to fit in his needs. No. We dont have to lose ourself. akak timbang semula yer, utk buat laki ni jadi laki. Istikarah
Kalau saya memang dah redflag dah mamat tu. Sejenis nak orang yg 100% dengar je. Menjawab skit terus nak marah2. Eh baik dia kapel+kawan dengan robot. Tinggalkan je sis. Msti dia ada childhood trauma yg jadikan dia camtu. Kesian, kesian jg tp better jaga diri sndiri dulu.
Run Nia, run! Selamatkan diri anda! He is NOT worth it – jika nanti dalam perkahwinan, lagi hebat dan pelbagai cabaran, maka lagi baran kah? Sanggup anda terima?
Tak perlu buat orang rasa takut untuk gains respect.
And yes betul, pakwe awak ni BARAN.
Awak tak rasa ke, yang awak cerita camni, buat awak nampak bodoh? Dah terang-terang red flag kat situ. Tu baru dia marah, tengking. Tunggu dia naik tangan baru nak blah dari relationship ke cane?
lari la dik sebelum terlambat