Macam Mana Kau Hidup Dengan 200?

Salam semua. Aku Amy. Aku nak confess pasal kawan office aku sebenarnya.

Aku tak tau la nak gambarkan macam mana perasaan aku bila aku tahu pasal kewangan dia. Kagum ada, tak percaya ada, cemburu pun ada.

Sebab aku tak mampu nak jadi macam dia. Mungkin jauh ketinggalan kalau nak kejar cara hidup dia.

Baru2 ni kan aku tertengok payslip dia. Gaji bersih dia 1850 lepas tolak epf. Aku mati2 ingat gaji dia dekat 3k sebab gaya hidup dia tu macam mewah sangat. Rupanya gaji aku lagi tinggi dari dia.

Sebab aku 2400+ lepas tolak epf.

Entah la secara spontan aku terlepas cakap, “Sikitnya gaji awak Zah, ingatkan tinggi dari kita”

Dia kata eh ni pun syukur dah, alhamdulillah. Ada gaji ada kerja. Ramai orang kerja pun tak de, apatah lagi gaji.

Oh by the way, Zah ni memang sangat baik. Rajin belanja kawan2 jugak. Semua orang selesa dengan dia termasuk aku. Dia la antara orang yang tak toksik kat tempat kerja.

Agaknya kerana hati baik dia tu la kan, Allah mudahkan banyak urusan dia.

Dalam rancak2 bersembang tu, terbuka la cerita macam mana dia urus kewangan dia. Sebelum tu aku masuk komitmen dia. Zah ada rumah, kereta, motor.

Tapi kereta dengan motor dia dah habis bayar. Sebab Zah jenis tak suka hutang lama2. So masa time covid yang boleh keluar epf tu, dia keluarkan semua settle baki kereta dia.

Btw dia pakai axia ja, tapi yang full spec. Sebab Zah kata kalau benda nak guna lama dia akan beli yang elok sikit. Tapi Zah ni hidup dia sangat sederhana.

Bagi dia asal ada benda boleh gerak cukup dah. Tak macam aku, sibuk nak pakai H sekarang dok rasa perit. Huhu.

Rumah pulak Zah beli rumah kos sederhana saja. Bagi dia asal ada bumbung untuk berlindung dah memadai.

Dia memang tak beli rumah mahal sebab takut tak mampu bayar. Zah sebenarnya sangat takut dengan hutang yang banyak atau komitmen besar.

Zah beli rumah dalam 5 6 tahun dah. Dia guna skim rumah pertama ku tu. Dia pun tak sangka dapat rumah tu. Sebelum ni dia menyewa ja.

Btw parents dia tinggal kat kampung. Tapi dari dulu cara Zah ni, bila satu komitmen dah settle dia akan guna duit tu untuk cepatkan settle hutang lain pulak.

Sebagai contoh, dulu hutang kereta Zah kena bayar 550. Rumah dia bayar 350 ja sebab rumah kos rendah. Tapi sejak settle hutang kereta, dia guna duit tu untuk bayar kat rumah.

So dia bayar 900 untuk rumah supaya boleh selesai cepat. Dia tak guna duit tu untuk perkara lain. Dia anggap dia masih ada hutang kereta supaya dia tak boros.

Kalau aku mesti dah habis shopping setiap bulan sebab rasa kaya nya setiap bulan ada lebihan duit dekat 500 weh.

Ok kita masuk bab komitmen dia. Dia bayar rumah 900, dia bagi mak dia 300. Dia bayar bil telefon dia dan mak dia dalam 95 ringgit.

Lepas tu bil api air dia letak 120 termasuk bil telefon tu. Sebab api air kan tak menentu. So dia letak anggaran macam tu la.

Zah ni jenis jimat. Dia tak pakai aircond semua kat rumah. So bil api dia tak sampai 10 ringgit pun sebulan. Dia kata kalau iron baju tu, iron sekali gus untuk seminggu. Kalau iron hari2 makan electric banyak.

Setiap bulan dia simpan 150 kat tabung haji sebab dia nak pergi haji dengan duit tu. Dia kata kalau tak de usaha, mana Allah nak jemput jadi tetamu. Sob sob, sentap pulak aku rasa.

Selama ni tak terfikir pun itu satu jalan jugak sebenarnya. Bukan bila dah tua ada duit baru fikir nak pergi haji kan. Usaha dari muda so 1850 – 900 – 300 – 120 – 150 = tinggal 380 kan.

Dari 380 ni pulak, dia tolak seringgit setiap hari. Dia simpan dalam tabung dia seringgit sehari. So setahun ada 365 ringgit kan.

Duit ni dia akan guna untuk roadtax motor. So bab motor dia tak perlu fikir dah. Insurance motor setahun tak sampai 300 pun.

Balance pun dia pakai untuk servis motor dan lesen. Contoh bulan ni dec, dari gaji dia, dia asingkan 31 ringgit masuk tabung. Jadi balance dah tinggal 349.

Zah ni setiap tahun, 2 atau 3 kali mesti dia pergi travel mana2. Dia ada geng travel dia 4 orang. Dia kata dia orang ni ada tabung travel diaorang. Setiap bulan seorang masuk 100. So 4 orang sebulan dah 400. Setahun dah 4800.

Dengan duit ni dia dengan kawan2 dia akan plan la nak pergi mana. Dia orang pandai2 rancang dengan bajet yang ada termasuk tiket, hotel, transport, makan apa semua. Kiranya pergi cuti tak akan kacau duit personal dah.

Kalau nak belanja2 extra tu duit sendiri la. Kalau pakai kereta masing2 pun, dia orang akan guna dari duit tabung tu jugak. Baki tabung tu pun dia orang tak kacau, biar makin bertambah jumlah tu, jadi makin boleh travel banyak tempat.

Tahun ni ja dia dah pergi Thailand, Sabah, Kuching dengan Vietnam. Asal cuti 3 4 hari yang bersambung tu mesti dia akan pergi mana2.

Jealous betul rasa. Sebab aku tak mampu buat macam dia. Entah la diaorang arrange macam mana. Asal tiket murah terus dia orang book untuk travel.

Lepas tu baru fikir makan hotel semua. Sebab book lebih awal kan murah banyak. Hotel memang diaorang ambik pakej breakfast.

Lepas tolak tu balance tinggal 249. Zah pergi kerja hari2 naik motor. Jarang sangat dia naik kereta kecuali hujan.

Dia kata minyak sebulan letak 30 untuk motor. Tinggal 219. Dengan duit ni la dia bajet makan dia dan urusan lain.

Zah hari2 bawak bekal. Dia sangat jarang makan kedai. Mungkin tak cukup kalau beli kedai kan.

Lagi satu Zah suka masak. Dia pandai bajet dengan duit yang ada. Tapi dia bukan makan kedekut jugak. Selalu ada ja ikan ayam udang. Dia kata sebab dia sorang. So tak mahal sangat.

Lagi pun dia beli barang basah direct nelayan. Sebab Zah suka benda fresh. So dia dapat murah dan fresh.

Kadang2 dia makan ja mewah macam mcd ke starbuck ke time tak bawak bekal. Tapi tu masa zaman belum boikot. Sejak kempen boikot dia tak beli dah semua tu. So makin jimat duit dia.

Dia ada time malas masak jugak dan beli nasi kat luar. Kadang dia rajin belanja kami jugak.

Terutamanya kalau hari jumaat, mesti ada ja apa2 dia belanja walaupun sekotak air atau sebijik kuih. Tapi dia selalu kata nak makan apa tu makan ja la. Jangan fikir duit.

Kalau kawan2 ajak makan luar pun dia ikut ja. Tak de pulak dia fikir duit cukup ke tak.

Zah jenis suka topap barang supaya bulan ke depan tak terasa perit sangat.Contoh sabuh basuh baju tinggal half, dia beli la simpan spare. Sama jugak macam beras susu, gula.

Zah kata family dia pantang kalau benda makan putus. So bila guna cara macam ni. Dia tak perlu beli benda yang sama setiap bulan. So belanja pun rasa tak banyak sebab kebanyakan barang dah ada kat rumah.

Asal ada duit sikit dia akan beli apa2 barang kering untuk topap. Macam biskut ke maggi ke telur ke. So kat rumah dia pun sentiasa ada barang makan.

Kat rumah Zah tak de mesin basuh sebab Zah basuh tangan. Zah ni jenis yakin kalau dia basuh tangan. Kalau mesin dia kata tak bersih.

Lagi satu dia kata malas nak bazir beli mesin sebab dia sorang ja. Baju pun tak banyak. Jenis Zah hari2 dia basuh baju.

Baju dia pakai hari tu, hari tu jugak dia basuh. Rumah Zah tak de astro, tak de coway. Rumah dia sangat simple.

Barang yang perlu saja ada dalam rumah. Macam tv, peti ais. Tu ja kalau tak salah aku.

So macam mana Zah buat untuk urusan kereta dia pulak. Ye la kereta kena servis kena roadtax jugak. Kadang dia balik kampung naik kereta jugak. Sebab Zah memang tak kacau duit simpanan dia yang lain.

Zah jenis sentiasa pastikan minyak kereta dia full. Dan touch n go mesti lebih 50 setiap bulan.

So asal ada baki 10 20 ringgit dari gaji dia, dia akan topap ke kereta supaya nanti tak makan modal banyak. Balance yang ada dia kata pandai2 aku hidup. Makan ja apa yang ada sebab yang penting hutang semua selesaikan dulu.

Untuk insurance dan servis kereta pulak Zah kata, kalau kami dapat bonus, dia akan asingkan untuk benda tu. Lagipun axia bukan mahal insurance. Kalau dapat bantuan kerajaan macam STR tu pun sama.

Yang baki2 dia simpan untuk kecemasan. Atau kadang dia beli barang keperluan yang dia nak. Tapi dia tak belanja sebarangan baki duit gaji.

Dia walaupun seringgit, dia masuk dalam tabung. Dia tak guna duit tu. Zah jenis fikir ke depan tentang semua kos2 yang dia kena tanggung.

Contoh macam rumah kan kena bayar cukai pintu semua. Dari gaji dia at least 10 ringgit sebulan pun dia asing untuk cukai.

Zah pandai buat kiraan komitmen dia dengan gaji dia. Kalau aku memang rasa fail dan tak mampu. Jenis aku masa benda tu datang baru tergedik2 cari duit nak bayar.

Kadang2 time kereta servis major, dia akan asing 100 terus. So dengan baki tu pandai2 dia jimat la untuk makan.

Sebenarnya Zah pernah cakap, dia pun tak tahu macam mana dia sentiasa rasa cukup. Mungkin dia kurang beli barang2 mahal. Contoh macam baju2 dia. Dia bukan beli selalu.

Macam aku ni, pantang tengok sale ja terus beli. Dah la tu aku jenis beli kat parkson. Beli yang ada jenama. So baju2 aku mahal.

Tapi Zah beli kat shopee atau kedai2 baju biasa ja. Asalkan dia selesa. Sebab benda tu bukan keperluan sangat.

Dia tak kisah pasal brand. Dia kata dia pun tak malu orang hina dia ke apa, sebab dia ukur baju kat badan sendiri.

Kalau dia teringin nak beli baju atau kasut, dia akan guna baki2 duit gaji yang ada la. Sebab kat shopee kan murah. So cukup untuk gaya hidup dia dia kata.

Tapi Zah ni kemas. Walaupun pakaian dia biasa, tapi aku selalu nampak dia mewah. Mungkin dia pandai jaga penampilan jugak kot. Product muka dia pun jenis economy sangat.

Tapi dia hidup bahagia dengan kesederhanaan dia. Kadang bila balik kampung atau time raya, dia banyak membeli untuk family jugak. Tapi Zah selalu yakin dengan rezeki Allah bagi.

Dia kata kerap jugak orang belanja dia. Dan duit pun sentiasa rasa cukup walaupun rasa macam sempat ke nak tunggu gaji.

Zah kata pernah ja duit tinggal 5 6 ringgit, tapi gaji ada lagi seminggu. Tapi dia kata tu la, Allah cukupkan ja rezeki dia sampai sekarang ni.

Pernah jugak duit habis terus sementara tunggu gaji. Masa tu tawakal ja la dia kata. Harap tak de benda kena keluar duit. Sebab dia tak nak ganggu duit simpanan. Kadang2 dia akan dapat petrol free. So benda2 tu dia anggap rezeki dari Allah.

Dulu2 sebelum ada kereta, Zah ada motor hutang. Dia kerap main kutu sebab dia nak settle motor cepat.

Masa tu gaji dia 900 ja dia kata. Dulu asal dapat kutu dia pergi bayar motor. Kereta pun ikutkan dia malas beli. Sebab tak nak terbeban dengan hutang.

Bila gaji dia dah stabil sikit dan hutang besar dah tak de baru dia beli kereta. Tu pun sebab nak bawak mak dia, nak mak dia selesa sebab tu dia pakai kereta.

Zah pun tak de hutang ptptn sebab dia tak belajar tinggi. Zah tak de kad kredit. Zah tak de hutang yang merapu la senang kata.

Aku ni gaji walaupun tinggi dari dia, tapi rasa sesaknya setiap bulan. Hutang pun bertimbun. Ptptn, kereta, rumah dah la tu aku jenis makan luar hari2.

Mungkin orang fikir Zah bujang mampu ja hidup macam tu. Tapi aku pun bujang jugak tapi lemas jugak la setiap bulan.

Dari cerita dia, aku sedangkan kurangkan perkara2 yang tak penting macam hotstar, netflix ni semua. Aku pun dah belajar bawak bekal macam dia. Kadang2 benda tu mudah ja. Tapi ringan untuk kita.

Contoh macam dia, goreng karipap frozen untuk breakfast. Tapi bukan hari2 la. Betul orang kata, orang yang berjaya adalah orang yang tak de hutang. Dan hidup yang tenang itu tanpa hutang.

Aku sedang cari bahagia aku apa sekarang ni. Macam Zah, bahagia dia adalah dapat travel dan dapat makan apa dia nak. So dia work untuk kebahagiaan dia.

Thanks Zah sebab sudi share kisah awak. Inspirasi sangat untuk saya.

Aku pun dah mula follow cara dia sekarang ni. Tapi aku cuba buat dengan simpan duit 5 ringgit. Mula2 susah jugak. Lama2 rasa sayang nak guna duit tu.

Benda yang tak perlu, aku dah avoid. Aku pun dah kurang membazir tak tentu hala.

Duit tu aku simpan untuk travel. Bukan kedekut, tapi ni untuk kebahagiaan sendiri. Aku pun teringin nak travel tengok tempat orang macam Zah.

Seronok tengok FB Zah bila dia post cuti sana sini. Aku ada cakap nak join group travel diaorang, sebab aku suka konsep travel diaorang.

Tapi Zah kata nak tanya kawan dia dulu. Sesetengah orang kan tak selesa ada orang baru. Harap2 kawan dia ok la kan.

Takat ni ja la. Thanks ye sudi baca confession aku.

Jemput komen ya, mana tahu korang ada tips2 lain juga untuk berjimat.

– Amy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *