Hai. Aku nak minta pendapat. Macam mana nak ikhlaskan diri aku bantu suami aku ni. Maaf confession berbaur KRT. Aku taktaula aku mampu beetahan lagi ke tak. Atau haruskan aku terus bertahan.
Wanita yang malang adalah wanita yang salah pilih suami. Pernah dengar kan? Aku rasa, kadang macam aku dalam kategori ni, kadang tak. Ada bahagian aku rasa suami aku ni macam tak guna. Ada bahagian rasa macam eh function jugak ada dia. Maaf ye, kasar bunyinya.
Tapi aku bebetul dah fedup. Aku wanita, ibu kepada 4 orang anak. Dah 15 tahun kahwin. Rasanya 2 tahun pertama kahwin sahaja suami aku jadi ketua keluarga. 13 tahun selebihnya, aku.
Aku akan ceritakan dan mungkin susunan cerita bercampur baur ye dari 15 tahun lepas, ke masa kini.
Masa awal2 dapat anak sulung, kami sepakat ambil insurans untuk anak. Dan aku ambil untuk aku sekali. Aku bayarkan duit muka dan bulanan, tapi selepas beberapa bulan, dia cakap dia akan bayarkan sebab itu tanggungjawab dia. Fuh lega.
Nak jadi cerita anak kami kena demam panas sangat2 cecah 40, nafas laju terus dibawa ke kecemasan govt. Tapi dr 12am kami tunggu, sampai 5am nama Masih belum panggil. Aku usulkan pergi ke swasta. Suami bantah.
Rupanya dia dah tangguh bayaran insurans selama setahun. Aku maafkan. Aku apply insurans baru untuk anak. Suami janji nak bayar lagi.
hahaha bodohnya aku. Dia bayar 2 bulan saja. Lepas tu stop bayar lagi. Jadi setelah tu kami stop ambik insurans dulu.
Suami beberapa tahun lepas jadi agent coway. Jadi untuk percayakan customer, dan untuk penceritaan pengalaman yang lebih real, suami beli penapis air dan penapis udara.
Penapis air dia letak rumah parent dia. Penapis udara bagi kakak dia sebab kakak dia baru dapat baby masa tu.
Awal2 elok paymentnya. Lepas setahun, ahh sudah. Dia buat balik. Dia stop bayar. Nama reference pulak letak nama aku. Aku dihujani call dan mesej dari debt collector sampailah sekarang. Semak kepala aku. Aku suruh dia tamatkan kontrak, bayar tunggakan.
Dia cakap dia dh suruh coway datang ambil, tapi dorang taknak. Ye ke eh? Semak la kena kacau dengan debt collector ni. Bukan aku yang berhutang. Takkan aku nak kena settlekan, bukan aku pakai.
Masa awal2 berkahwin, kami ada buat perjanjian, aku akan teruskan bayar kereta aku tu, sebab kereta tu aku sambung bayar kereta abang aku. So memang dari sebelum kahwin aku dah guna kereta tu, jadi takda hal untuk aku teruskan bayar.
So aku bagitahu suami yang duit api dan air rumah, dia la tanggung. Berapa ratus sangat api air kan. Kadang puluh2 saja.
So aku pun tak pernah semak bil api air. Sampai laaaaaa sampai surat merah. ADUH. SAKITNYA HATI AKU WEH. Last2 aku settlekan tunggakan. Sekarang aku bayar dulu, lepas tu claim balik.
Suami buat pinjaman loan dengan bank guna details aku. Yelah, aku bodoh masa tu. Bagi saja. Suami kan. Bukan orang lain.
Orang bank offer kad kredit sekali, ambik. Asalnya taknak aktifkan. Sekali sampai bil, wow. Dia dah cash out kredit kad tu sampai max. Rupanya dia dah aktifkan.
Lepas tu sampai sekarang bayar minima. Belum masukloan lagi. Dan dia start buat skip bayar sampai bank call HR office cari aku. Sebab masa ni aku dah start block unknown number. Sebab tu bank call HR. Last2 aku terpaksa laa settlekan every month. Dan claim balik.
Sewa rumah. Ni pun sama sakit. Skip manjang. Sampai owner call aku tanya bila sewa nak bayar. Aku terus sound suami aku. Tapi dia cakap dia tak de duit.
So macam biasa, sekarang aku bayar dulu, claim kemudian. Sama jugak laa dengan yuran sekolah anak, bil telefon, dan apa apa payment lain. Aku bayar dulu. Claim kemudian.
Claim pun, ingat terus masuk ke? Serupa menunggu claim kerja kerajaan korang tahu tak. Kadang aku sedih. Aku jeles tengok orang lain, suami dorang bertanggungjawab. Anak bini terjaga. Aku? Aku rasa akulaa ketua keluarga.
Masuk gaji, aku bayar insurans anak, bil sekolah anak, bil telefon, bayar sspn, buat simpanan tabung haji, asb, sewa rumah, duit kereta, loan suami, kad kredit suami, api air, topup makanan ringan untuk anak2.
Yang mana kami split bayaran, aku akan claim balik. Sampai sekarang. Sebab jenis aku, masuk gaji, bayar semua dulu, baru aku simpan, dan belanja. Tapi sebenarnya aku tak ada belanja pun.
Nafkah dari suami memang tak pernah dapat. Ada saki baki gaji aku guna. Aku ada buat bisnes, and pernah jugak perasan duit bisnes hilang dari radar.
Aku simpan dalam box dalam almari bilik aku.yang ada access hanya suami aku. Fikir2 la sendiri. Bila aku bising, dia cakap ada kes toyol kat kampung kami. Bodoh gak aku, cayaaaa saja. Ngot.
Tapi now all makes sense la. Menda toyolnya. Dia la toyol tu. Entahlah letih lah. Nak teruskan taip pun lelah. Belum lagi masuk bab leisure anak2. Bercuti duit aku. Hotel duit aku. Minyak aku. Makan aku. Tol aku. Balik kampung aku.
Mainan anak aku. Baju anak aku. Baju raya aku dulu, baru claim. Aku macam bank tau. Dengar macam aku banyak duit kan? Gaji aku bersih 2.5k saja tau. aku ada buat side income. Tak banyak la. Ratus2 saja untung. Tapi entahlah, cukup saja.
Alhamdulillah. Maybe berkat aku tolong bayar semua kot. Tapi keikhlasan tu makin pudar. Sangat pudar. Hampir nak ke tawar hati. Suami aku bab lain dia ok.
Jaga anak, kemas rumah, sidai baju, penyabar, beli laukpauk (dibaca ayam dan telur sahaja setiap tahun, nak seafood/daging selalunya aku beli sendiri) tapi kurangnya dia seperti yang aku sebut di atas.
Lama2 aku jadi tak berharap pada dia. Kenapa aku nak berharap pada dia? Entah. Bila ada apa2 mana dia mampu hulur duit. Duit tak boleh beli kegembiraan? Siapa cakap? Dalam situasi aku sekarang, kalau gaji aku 10k sebulan, aku la manusia paling bahagia.
Takperlu nak harap siapa2 lagi untuk bantu bayar urusan rumah. Taktau la aku yang tak bersyukur, dapat suami baik, ringan tulang, selalu bantu kerja rumah, penyabar, tapi tak happy. Rasa macam semua urusan rumah di bahu aku. Dia tinggal bagi bila diclaim saja.
Senangnya hidup. Kenapa aku tak boleh duduk dalam position dia eh? Kenap qku dilahirkan jadi wanita? Kalau macam ni baik aku lahir jadi lelaki. Tu belum sekolah anak mintak duit itu ini. Memang aku la kena bayar.
Makin lama layanan aku kat suami pun beza. Tak lembut macam dulu. Kadang aku sembur saja dia kalau aku tak puas hati bab duit. Masalah duit ni memang boleh buat macam2 masalah.
Aku tau aku derhaka. Maafkan aku terpaksa cerita. Ni kalau aku cerita kat famili atau kwan2, malu suami aku nanti sebab dorang kenal. Aku pun tak nak derhaka. Tapi tahlah. Hati aku hari2 panas saja.
Doakan aku dapat income 10k sebulan. Supaya aku dah tak berkira dengan suami sendiri.
– Her (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit