Salam semua.
Aku nak tanya pendapat atau cadangan korang ni.
Aku kerja sebagai salah seorang eksekutif di salah sebuah kilang di Malaysia. Di sebabkan jawatan aku eksekutif, aku di tempatkan di ofis. Dan semua office mate aku bukan berbangsa Melayu / Islam. Kiranya aku seorang je Melayu & Islam kat ofis ni. Semua pekerja Melayu & Islam yang lain bekerja di bahagian pemprosesan dan ditempatkan berlainan blok dengan ofis aku.
Duduk di ofis bersama-sama rakan berlainan bangsa bukan masalah bagi aku. Boss pun tak pernah sibuk pasal urusan aku nak solat, makan (bawa bekal atau keluar makan dengan office mate lain), asalkan kerja siap on time je.
Tapi, masalahnya bila boss aku beli makanan dari luar & hidang kat semua orang kat ofis termasuk aku. Boss aku memang tak kedekut bab makanan. Tiap minggu mesti belanja makan macam pizza, kek, kuih-muih dan lain-lain.
Cuma, aku sedikit keberatan nak makan sebab aku tak tahu sejauh mana ke-halal-an makanan tersebut. Kalau makanan yang di beli tu sah-sah halal seperti kek secret recipe, pizza hut dan lain-lain, pun aku agak keberatan juga nak makan. Kadang-kadang pisau, pinggan mangkuk yang digunakan bercampur dengan pinggan mangkuk yang mereka gunakan untuk makan makanan yang tak halal. (Nota: Aku bawa pinggan, sudu, pencuci pinggan sendiri & simpan dalam drawer aku).
Boss aku juga rajin pergi oversea dan bawa balik ole-ole berbentuk makanan. Kadang-kadang dia belikan 1 pek makanan untuk setiap staf sebagai ole-ole. Aku serba salah nak terima dan makan sebab takde logo halal / vegetarian dari negara berkenaan. Tapi aku terima juga makanan tersebut. Kadang-kadang boss aku beli makanan in big bulk & makan ramai-ramai kat ofis. Yang ni menjadi masalah aku sebab diorang akan hulur terus kat aku. Nak tak nak, aku terpaksa ambil & telan dalam keadaan terpaksa.
Aku dah cuba educate diorang ni. Apa yang aku boleh makan, apa yang aku tak boleh makan & sebab di sebaliknya. Ada lah improvement sikit. Diorang akan bacakan bahan ramuan makanan tersebut & apabila tiada unsur-unsur haram seperti babi, diorang akan bagi aku makan. Namun, aku masih ragu-ragu. Jika tiada unsur babi sekalipun, jika di proses di kawasan yang sama dengan bahan tidak halal, makanan tersebut tetap tidak boleh di makan.
Aku rasa serba salah sangat. Selalunya aku ambil je kemudian bungkus dalam tisu dan buang kat rumah. Aku tak nak makan benda haram kerana ia akan jadi darah daging aku.
Kalau sesiapa ada idea / cadangan / pendapat macam mana nak handle situasi macam ni boleh la share. Aku pun kalau boleh taknak kecikkan hati boss & officemate aku. Tapi dilema kot keadaan macam ni.
– Nana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit