Maghrib Adik

Maghrib kami kali ni di salah satu masjid terkenal di suatu negeri. Ini adalah kali pertama kami ke sini selepas kebenaran solat jemaah di masjid di keluarkan.

Wuduk siap2 dari rumah, sejadah, telekung juga di bekal sekali. Setiba di masjid iqamat di laungkan. Buru2 kami mengenakan mask bagi persediaan untuk melangkah masuk ke perkarangan masjid.

Si adik berusia 2 tahun, si abang berusia 5 tahun buru2 turun dari kereta berlari anak meluru ke anak tangga masjid.

Kedengaran surah Al-fatihah rakaat pertama sudah siap di baca imam. Tanpa berlengah, abi telahpun dulu meluru melangkah masuk ke ruangan solat,

Manakala Ummi terus mendapatkan anak2 yang telahpun berada di ruangan solat perempuan, khuatir akan menggangu jemaah perempuan yang ada.

Rupanya ruangan solat perempuan kosong. Terus di bentangkan 2 sejadah kecil di kiri dan kanan ummi untuk si anak solat bersama. Di sarungnya telekung dan sempat berpesan kepada si anak agar ikut sama solat.

Di kiri ummi, si abang tegak berdiri di atas sejadah kecil meniru setiap pergerakan umminya yang pada waktu itu sudahpun rakaat ke-2.

Manakala di kanan, si adik sudahpun menjatuhkan kepala sujud di atas karpet masjid bukan di atas sejadah yang di bentangkan ummi.

Sedang adik sujud, kelihatan datang seorang perempuan berbaju security terus mengangkat adik yang pada masa itu masih sujud.

Tapi adik berjaya melepaskan diri tanda takut akan orang yang asing baginya dan terus berlari ke arah abangnya sambil adik mengatakan “no, no” beserta isyarat tangan kepada security tersebut.

Security tersebut terus berlalu pergi. Prasangka ummi dalam tidak khusyuk dapat melihat perlakuan tersebut dari sisi tepi, mungkin security tersebut ingin mengalihkan kedudukan adik ke atas sejadah kecil yang kosong di kanan ummi.

Kelihatan adik sedikit takut akan perlakuan orang yang tidak di kenalinya itu tadi dan masih berdiri di sebelah abangnya sambil memandang ke arah luar. Dapat kelihatan juga beberapa jemaah wanita baru melangkah masuk bagi menunaikan solat.

Seusai memberi salam,bahu ummi di tepuk. Security tadi rupanya.

“Awak tau tak, kanak2 tak di benarkan masuk? Tadi kenapa awak terus masuk, kenapa awak tak cek suhu dulu, tulis nama? Awak tak baca ke undang2 masuk masjid? Kanak2 tak di benarkan masuk.

Tadi saya panggil awak dari jauh,awak tak dengar, terus awak jalan je masuk sini. Lain kali baca dulu undang2 masuk masjid kat depan tu”

“Sorry la cik, ni pertama kali saya datang solat sini sepanjang pkpb ni, saya tak tau pulak kat sini kanak2 tak boleh masuk, sebab sebelum ni saya solat di masjid lain, anak2 saya boleh je masuk, kalau macam tu takpe la, saya keluar sekarang, sorry ye ”

“Awak tak tengok tv ke? Dalam tv kan ada bagi tau, undang-undang semua masjid sama je, awak tau tak bahaya kalau awak tak ambil suhu, tak tulis nama, awak dari mana ni?”

Panjang lebar lagi teguran yang berulang ulang darinya menegur silap aku yang langsung tidak sempat mengaminkan doa dari imam.

Kelihatan jemaah wanita lain memandang ke arah aku. Si anak juga duduk terpinga pinga melihat ummi nya di sapa sebegitu rupa.

Sejurus berlalu perginya dia, aku bergegas mengenakan tudung, melipat telekung dan juga sejadah bagi mempercepatkan urusan membawa anak2 ini keluar dari rumah Allah ini secepat mungkin.

Mata seakan bergenang menahan sebak dan mungkin juga malu di tegur sebegitu rupa di hadapan orang.

Rupanya si abang telahpun berlari mendapatkan abi untuk menceritakan apa yang terjadi tadi. Abi bingkas bangun menuju ke luar walaupun tangan masih mengaminkan doa yang di baca imam.

Abi seakan sudah dapat membaca apa yang terjadi. Perkarangan masjid kami tinggalkan dengan rasa sebak

Ummi tau, memang silap ummi kali ni sebab terburu buru mengejarkan solat berjemaah dan bimbangkan anak sampai terlupa nak cari di mana letaknya kaunter cek suhu dan buku tulis nama.

Memang kaunter tersebut tiada kelihatan di laluan masuk yang ummi lalui. Hanya barcode yang kelihatan, tapi handphone memang selalunya ummi akan tinggalakn di dalam kereta setiap kali menunaikan solat di masjid.

Rupanya kaunter suhu dan buku tulis nama berada di satu sudut berdekatan tempat wuduk dan tandas lelaki.

Ummi juga faham dan akui Makcik security tu juga hanya menjalankan tanggungjawab dia sebagai security.

Tapi Kenapa security warga asing di pasaraya, di mall boleh menegur sopan?

Tidak sempat menadah tangan bagi mengaminkan doa,terus di sapa sebegitu rupa di hadapan orang.

Apa yang bakal makcik tu lakukan pada adik ketika adik sedang sujud tadi?

Adakah dia ingin mengangkat dan menempatkan adik di luar perkarangan masjid sedangkan ibu bapanya sedang solat di dalam?

Hanya kerana “kanak-kanak tidak di benarkan masuk di dalam masjid” Kenapa dia bercakap tentang undang-undang tapi dia sudahpun menyentuh adik menggunakan kedua tangannya.

Confession ini bukan untuk membangkitkan kemarahan tapi mungkin sedikit pengajaran pada semua dan juga diri ummi sendiri agar lebih peka keadaan semasa dan mermuhasabah diri

Janggal sungguh berada di rumah Allah buat pertama kali dalam hidup.

– Ummi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *