Magic Tahajjud

Assalamulaikum semua. Sihat ke? Harapnya sihat dan sentiasa di dalam redha Allah yang Maha lembut dan penyayang.

Saya baru sahaja baca conffesion seorang insan tentang keajaiban dhuha dan Al Waqiah. Ini link beliau. MashaAllah Tabarakallah.️

https://iiumc.com/ganjaran-dhuha-dan-al-waqiah/

Oleh kerana sangat sangat tertarik dengan pengalaman beliau, di sini saya pun nak share suatu kisah cinta antara saya dan Allah. Berlaku sekitar tahun lepas sewaktu mengandungkan seorang bayi lelaki.

Saya ketika itu usia kandungan telah mencecah 7 bulan. Mengikut perkiraan saya, tidaklah mampu untuk melahirkan di hospital swasta, dan saya tidak mahu membebani suami dengan apa yang beliau tidak mampu,

Jadi dari segi kewangan saya tiada harapan untuk mendapatkan kelahiran yang saya impikan.

Tetapi Allah ketuk pintu hati saya melalui satu ujian besar dan dengan sebab ujian itu menjadikan saya hanya meminta apa saja yang nampak MUSTAHIL kepadaNya. Saya cuba buat. Ya, seperti tajuk di atas. Tahajjud.

Oleh kerana saya sarat, juga waktu tidur yang tidak menentu, saya tidak mampu untuk bangun bertahajjud di sepertiga malam, tetapi saya ikut saranan ummi saya untuk bangun walaupun 2 atau 4 rakaat tahajjud sebelum azan subuh.

Di sini lah rahsia magic saya terbongkar. Saya doa secara specific apa yang saya nak seperti ini (ini doa specific tentang kelahiran, ada lagi 2 doa lain yang Alhamdulellah telah dapat pada tahun 2021 Subhanallah),

1. Ya Allah, permudahkanlah proses bersalinku.

2. Selamatkanlahku dan bayiku dalam keadaan sihat dan sempurna semuanya.

3. Datanglah doctor doctor dan nurse serta bidan yang amat berlemah lembut terhadapku dan tubuh badanku di saat kumelahirkan.

4. Singkatkanlah tempoh contractionsku ya Allah.

5. Kurniakanlahku kelahiran yang indah tanpa guntingan episiotomy (sebab 2 anak sebelum ini saya di gunting).

6. Berilah masa untuk saya dan baby dapat bonding di dalam satu bilik yang tiada orang lain dalamnya.

7. Kurniakanlah saya seorang anak lelaki.

Ini antara ringkasan doa saya secara specific sewaktu 7 bulan kandungan. Setiap hari, 2 atau 4 rakaat tahajjud dan solat sunnat sebelum subuh 2 rakaat, setiap hari sehingga waktu melahirkan datang.

Dan Allah Maha mendengar.

Saya bersalin di hospital kerajaan, di iringi oleh bidan bidan (ada 4 ke 5 staff dalam labour room waktu tu) yang bersorak dan melawak dengan saya ketika saya dalam labour room,

Waktu contraction yang amat singkat dari pukul lebih kurang 5:30 ke 6:15 tak silap, bukaan saya dari 2cm ke 8cm.

Bila masuk labour room lepas salin baju hospital terus bukaan 10cm dan air ketuban pecah.

Saya dapat kelahiran yang amat indah, walaupun lembik kerana tiada tenaga tetapi oleh kerana staff yang bersorak dan amat positive menyebabkan saya terus kuat dan mencuba lagi.

Dan untuk pertama kalinya saya boleh berjalan sendiri turun dari katil labour room setelah sakit melahirkan, seperti ada satu kekuatan meresap masuk. Macam bukan melahirkan.

Untuk pengetahuan semua, kedua anak sebelum ini jika selesai urusan melahirkan, saya tidak akan bangun sehingga saya tidur dalam tempoh yang amat lama.

Subhanallah. Tiada guntingan episiotomy, dan saya dapat bilik hanya saya seorang bersama baby di dalam hospital kerajaan.

Staff di situ sangat lah baik. Sampaikan saya ada menulis review specific nama bidan yang sambut anak lelaki saya kerana saya terlalu menghargai jasa beliau.

Bila esoknya saya balik ke rumah dan sambung berpantang, tak habis habis mulut saya menyebut Alhamdulellah. Saya dapat semua yang saya minta. Dengan jalan tahajjud di penghujung waktunya.

Jadi, bagaimana pula insan yang bertahajjud di sepertiga malam? Berganda ganda rakaatnya dan tangisannya?

Mungkin lebih hebat Allah beri.

Subhanallah Alhamdulellah Allahuakbar.

– PBBR (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *