Mahalnya Kejujuran Dan Persahabatan

Assalammualaikum,

Tajuk tu aku bukan maksudkan harga barang sekarang yang mahal. Aku maksudkan harga sebuah kejujuran, keikhlasan, masa dan Islam. Semua benda ni tak kan boleh dibeli dengan duit.

Jujur & Ikhlas

Dua benda yang berkait rapat tapi aku kategorikan jujur ni dalam bentuk perbuatan atau percakapan. Ikhlas ni dari dalam hati. Setiap hari setiap masa bila kita bersama orang lain tak kira dengan famili, dengan kawan atau dengan dekat tempat kerja kita akan berinteraksi dengan mereka ni la. Semakin rapat kita dengan seseorang semakin tinggi demand untuk kita berlaku jujur dan ikhlas. Contoh dalam hubungan suami isteri, siapa yang betul2 jujur dan ikhlas dengan pasangan dia? Contoh husband, balik lambat dari ofis dan wife tanya kenapa lambat padahal pergi lepak dulu dengan kawan. Kalau lepak dengan kawan tak pe kalo lepak dengan perempuan lain cam ne? Contoh wife plak, ada yang sibuk melayan laki lain lagi dalam phone. Zaman sekarang ni teknologi betul2 mendekatkan kita dengan semua orang. Bila husband cek phone clear je tak de ape sebab dah delete. Tapi kita kena fikir even kita tak kantoi buat salah tapi sampai bila nak jadi macam tu? Kita mengharapkan kebahagiaan tapi kita sendiri menghancurkan hubungan tu sebenarnya. Orang yang baik untuk orang yang baik dan vice versa. Zaman sekarang nk cari orang yang betul jujur dan ikhlas memang sangat susah. Bukan sebab manusia jenis tu tak de tapi kalau ade pun kita tak layak nak dapat orang camtu. Kita sendiri pun teruk. Ada manusia dah dapat yang baik macam tu pergi buat hal tak hargai ape yang baik. Siap boleh kecewakan orang yang ikhlas dengan dia. Lepas ape yang kau buat tu tunggu la balasan dari Allah. Sebab tu la harga sebuah kejujuran dan keikhlasan sangat mahal dan harga diri seseorang manusia itu dinilai dari kejujuran dan keikhlasan hati nya.

Masa

Masa itu emas. Sebenarnya segunung emas pun tak kan mampu ditukar dengan sesaat yang dah berlalu. Mesti dalam hidup kita ada seseorang yang kita teringin sangat nak jumpa, ada kenangan yang kita harap sangat dapat ulang balik even sesaat pun. Mungkin ada antara kita kehilangan orang yang tersayang dan kita harap sangat dapat jumpa dia even sesaat untuk cakap bertapa kita sayang dia. Mungkin jugak antara kita ada kenangan yang sangat indah yang kita harap dapat diulang macam saat tengok anak membesar dan sebagainya. Apa yang berlalu tak kan kembali. Apa yang penting kita hargai apa yang kita masih ada. Pada yang berkelana diluar jauh dari kampung halaman selalu la balik ke kampung. Aku tau ada yang memang jauh tak mampu balik selalu. Cukup la rasanya kalau dapat call mak ayah dikampung. Usaha la balik even susah sekali pun. Bila mak ayah tak de dah habis nikmat Allah bagi iaitu doa seorang ibu. Bila mak ayah dah tak de kemana lagi kita nak pulang. Mak ayah tiada ganti, mereka sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kita. Begitu juga untuk yang dah berkahwin. Hargai pasangan korang dan anak2 korang. Tiap saat amat bermakna. Andai wife minta teman beli barang dapur atau teman dia shopping sekali pun pergi la teman. Kadang2 benda yang simple tu la yang kita akan ingat bila semua tu dah tak de. Busy mana pun kerja cuba la cari masa untuk orang yang tersayang. Semua bergantung pada diri sendiri, nak tak nak buat je. Percaya lah, tak de apa yang lagi penting dalam dunia ni selain dari keluarga dan tak kan rugi apa pun kalau kita buat sesuatu untuk keluarga kita hanya untuk melihat mereka tersenyum.

Islam

Sebagai orang melayu dekat Malaysia ni kita beruntung lahir je kita dh islam. Kita beruntung lagi negara kita agama rasmi nya adalah Islam. Kita beruntung tempat ibadah kita merata tempat. Tapi ada ke kita singgah masjid yang merata dia Malaysia ni? Selalu kah kita pergi masjid atau surau berdekatan rumah kita? Nikmat Islam amat lah besar, kalau nk dibandingkan dengan negara lain yang nk pergi masjid pun macam nak pergi berperang kita kat sini dah sangat beruntung la kiranya. Masuk waktu solat azan ada, dekat phone ada app waktu solat. Tapi tiap kali dah masuk waktu kita terus pergi tunaikan solat kah? Selalu nya kita akan fikir aku banyak kerja ni kejap lagi la solat, drama ni belum iklan lagi ni tunggu iklan baru solat, aku tengah dekat luar ni jumpa surau nanti la solat. Itu sangat salah. Setiap hari waktu solat hampir sama, kalau berbeza pun seminit je bezanya dari waktu semalam. Apa salah sebelum masuk waktu kita bersedia awal untuk tunaikan solat. Atau pun bila masuk waktu je terus pergi untuk tunaikan solat. Macam mana kita nak ada hidup yang senang kalau nak menghadap pencipta kita pun kita berkira. Aku dulu pernah berkerja disebuah ofis yang sangat menjaga keagamaannya. Setiap waktu akan ada azan untuk pejabat tu. Tapi malang nya bukan semua yang hadir ke surau. Lagi sedih ada yang sanggup solat sendiri sebab nak selesai solat tu cepat. Andai kita nk kehidupan yang baik didunia betulkan hubungan kita dengan Allah dahulu. Sekarang aku dh tukar kerja baru aku sedar nikmat solat berjemaah tu amat besar. Di ofis baru aku seorang je yang pergi suraudan tak ramai pun jemaah di surau. Ramai ahli kubur yang merayu untuk kembali ke dunia semata mata nk solat walau pun satu rakaat. Nabi Muhammad SAW dalam hadis sahih nya berkata andai manusia tahu kelebihan solat berjemaah di masjid nescaya mereka akan datang ke masjid walaupun merangkak. Ilmu nabi sangat luas dan apa yang nabi kata adalah benar. Kita sebagai umat Muhammad SAW yang teristimewa berpegang la pada ajarannya . Sedangkan nabi Musa AS pun mohon pada Allah untuk jadi umat nabi Muhammad SAW.

Off topic

Aku terbaca pasal keluhan menjadi seorang cikgu. Bagi aku semua kerja ada susah senangnya. Kita semua pernah ke sekolah dan kita semua pernah menyusahkan cikgu. Boleh dikatakan kita semua tahu suasana sekolah tu macam mana. Tapi mesti ada orang akan kata zaman sekarang dah lain. Begitu juga kerja lain. Zaman berubah segalanya berubah. Kerja nurse nampak mudah, ada orang siap perlekehkan nurse lagi. Tapi kita tak tau dia berkerja ada shift. Kalau kerja shift malam siang tak jumpa anak dan suami. Pada hal kita tak tau betapa mulia nya kerja dia disisi Allah sebab jaga orang yang tengah sakit. Melawat orang sakit pun dah dapat pahala inikan pulak kalau kita jaga orang yang sakit. Kerja engineer, dengar macam glamor tapi hanya engineer je tau betapa teruknya mereka berkerja. Kerja macam kuli, kerja lebih masa, kerja bawah panas bawah hujan tapi tetap terus berkerja untuk mencari rezeki. Begitu juga yang kerja buruh kerja pembinaan semua ada susah senang yang tersendiri. Pada cikgu2 yang rasa kerja korang tu susah sangat fikir la balik. Fikir pahala yang korang dapat bila korang curahkan ilmu. Kalau rasa susah sangat jadi cikgu berhenti la cari kerja lain. Ramai lagi yang nak jadi cikgu dalam dunia ni. Dengan zaman sekarang yang susah nak dapat kerja.

Kemudian perbalahan status education. Benda ni tak perlu berbalah apa pun. Belajar itu dikira satu ibadat. Sapa yang belajar dia dapat pahala. Zaman sekarang semua kerja perlukan kelayakan, lagi bagus kerja lagi tinggi kelayakan yang diminta. Selalu aku dengar “alah degree master semua tu lum tentu lagi jamin dapat kerja”. Iye memang betul. Rezeki tu Allah tentukan. Tapi semua tu kena datang dengan usaha. Contoh kita nak masuk syurga, kita harapkan solat lima waktu je ke? Mesti la ibadat lain pun kita buat macam puasa, sedekah solat sunat dan macam2 lagi. Tu la usaha kita nak masuk syurga. Lagi banyak kita buat lagi tinggi peluang. Sama jugak la dengan hidup. Kita nak hidup yang selesa kita usaha lebih, ada orang nak ada kerja okay dia tau dia kena study. At the end of the day Allah yang akan tentukan semua apa yang tiap manusia tu akan dapat. Dan pada yang ada pangkat tinggi tu jangan pulak la sombong. Bantu la yang dibawah ni.

Dan yang terakhir kahwin awal. Pada yang muda2 tu baca la baik2. Mungkin akan berguna dikemudian hari. Lambakan drama dan novel bodoh di Malaysia sekarang menyebabkan ramai orang muda fikir kahwin awal tu elok. Orang melayu kita akan cakap elok la kahwin awal elak buat dosa, kahwin ni halalkan yang haram dan kahwin awal takut pilihan hati kene kebas. Kau kahwin tu semata-mata untuk seks je ke yang ko nak kata elak buat dosa tu? Masalahnya sebelum kahwin tu tahu pun apa yang halal haram tapi buat jugak yang haram. Easy said than done. Tapi tu la cabaran dunia sekarang, nak tak nak kena pandai jaga diri kena pandai bawak diri. Cari kawan yang baik teman yang baik. Ada yang sanggup quit study untuk kahwin, ada yang sanggup quit kerja untuk kahwin, ada sanggup buat loan untuk kahwin, ada sanggup kecewakan hati orang lain untuk dapatkan pilihan hati sendiri. Tapi cuba kita fikir balik, kahwin awal memang elok seandainya yang berkahwin tu pun elok. Cukup ilmunya, cukup matangnya, cukup keperluan yang lain.Untuk yang quit study, kerja dan sebagainya tu tak fikir ke zaman sekarang ni bukan senang nak hidup, study tu nanti mungkin tiket kau untuk ada punca rezeki tetap, kerja kau sekarang tu mungkin boleh tolong bila terdesak. Nak kahwin kene kumpul duit, 10k, 20k, 30k atau berapa k sekalipun memang boleh kumpul, cepat atau lambat je. Semua orang boleh kumpul duit kalau dia set memang nk kumpul duit. Real deal nya selepas kahwin tu macam mana nk sustain sebuah family? Ada pulak masalah mak tak terima pilihan hati. Kalau calon tu dah baik kenapa tak terima je. Bila halang niat anak nak kahwin umpama halang orang bina masjid. Cuma pegang satu dalam hati, kahwin lah sebab Allah. Kahwin ni membuatkan kita lagi senang kumpul pahala. Bila aku cakap senang kumpul pahala bukan bermaksud kahwin je terus dapat pahala banyak tapi dengan ikut cara yang nabi ajar memang banyak pahala kita boleh kumpul bila dah kahwin.

Setakat itu je la aku nak bebel. Dah pasti tiap benda yang kita cakap pasti akan ada kritikan. Just ingat kadang2 apa yang orang lain pesan atau cakap kita tak suka bukan sebab benda tu salah cuma ia tak macam yang kita harap. Manusia ni hanya dengar apa yang nak didengar je. Aku harap admin publish keluhan aku ni. Semoga kita semua mampu berubah menjadi insan yang lebih baik. Sama2 kita mohon Allah lindungi kita dan jadikan kita antara yang berada dibawah naungan-Nya. Aminnnnnn

– qwerty

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit