Aku mencoretkan kisahku, jika ada yg baik kalian ambillah, dan jika ada yg buruk tinggalkanlah.
Sebaik manapun pasangan kita, pasti ada kekurangan juga. Kelemahan suamiku aku tutup walau di hadapan keluargaku mahupun di hadapan keluarganya. Biarlah ia terkunci rapat, bagi aku yg pernah tidur sebantal dengannya. Namun menjadi menantu bukanlah satu perkara mudah, bagi sesiapa yg merasainya pasti mengetahui. Setiap kali sindiran dibuat, aku akan cepat2 buang perasaan tidak enak demi menjaga kelangsungan hubunganku dengan keluarga suami.
Pada suatu hari, aku melihat dengan dua mata dan mendengar dengan dua telinga komplot yg dirancang oleh mertuaku terhadap diriku. Aku merasakan diriku sungguh asing sekali dalam hilai tawa mereka. Aku tiada tempat mencurahkan kesedihanku. Kerana mempercayai suamiku yg selama ini bersama dalam jatuh dan bangun, sakit dan pening, aku menyampaikan cerita itu.
Alangkah remuk hatiku apabila suamiku bukan sahaja tidak membela maruahku, bahkan mengugut aku bahawa dia tidak akan menjejakkan kakinya ke rumah keluargaku lagi. Bagi dirinya aku seolah telah menuduh ahli keluarganya. Segalanya telah mengubah hubunganku dengan suami selepas daripada itu. Aku hanya berdoa kepada Allah agar memelihara hubungan aku dan suami selagi mampu.
Buat mereka yg baru dan akan melangsungkan perkahwinan, nasihatku supaya kalian menyimpan segala cerita hanya untuk diri kalian. Kerana hari ini dia mungkin mencintai kita, esok hari dia mungkin melupakan kita. Rancanglah hidup kalian dengan baik, buatlah simpanan rahsia untuk kalian gunakan sewaktu kecemasan. Kita tidak akan tahu siapa yg akan berada di samping kita apabila jatuh terduduk. Dalam hubungan, sungguhpun keji bila difikirkan untuk mementingkan diri sendiri, itulah realiti yg mungkin akan dihadapi. Kejujuran dan kesetiaan itu mungkin cuma dalam mimpi anak-anak.
– Isteri duka
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit