Assalamualaikum.. Terima kasih jika confession ini disiarkan. Maaf jika terlalu panjang.
Sedikit pasal diri aku. Aku dh berkahwin, seorang ibu kepada 3 orang anak, sedang sarat mengandung.. sudah berkahwin 10 tahun. Aku dan suami berkerja dalam bidang profesional. Kami tinggal bersebelahan dengan mak mertua. Ayah mertua dah meninggal.
Bila sebut pasal syurga.. yes, seorang perempuan yang dah berkahwin, syurga nya berpindah terus kepada suaminya.. Manakala suami pula syurga masih di bawah kaki ibunye. So maknanye, bila seorang perempuan dah berkahwin, automatik syurga nya terus berpindah kepada ‘orang asing’ yang tidak ada bersangkut darah daging sejak kecil.
And… aku yakin semua perempuan akan merasa penat, stress, bila tak dapat nak serasi dengan keluarga suami.
Macam kisah aku. Suami aku bukan anak lelaki sulung..dia masih ada abang2 dan adik-adik lelaki. Tapi kerana dia seorang yang sangat bertanggungjawab kepada adik2 perempuannya, dan ibu nya, apa sahaja dia turutkan. Lebih lagi bila kami tinggal berdekatan.
Aku jenis tak suka susahkan suami. Memang sedari kecil, aku jenis berdikari, seorang yang sistematik dan well prepared.. Contoh kalau nak pergi mana-mana, aku akan start dengan listing barang nak bawa.. and mula kemas sikit-sikit.
Apa sahaja terlintas di fikiran, aku akan terus ambil, dan standby letak depan pintu, atau terus packing. Begitu juga dengan barang keperluan rumah, sebulan sekali, akan terus beli sekali. Sebab kami bekerja, keluar pagi angkut semua anak, dan balik lewat petang.
Balik terus masak, makan, dan waktu malam ialah waktu kami sekeluarga merehatkan badan, mengaji, buat homework, basuh baju, waktu aku lipat baju sambil tengok tv, anak-anak main dan bersedia untuk hari esok. Sangat singkat sebenarnya sebab aku ajar anak untuk masuk tidur jam 9.30malam.
Berbalik kisah pasal syurga yang sangat mahal, aku selalu berperang dengan perasaan, bila suami aku ada tanggungjawab kepada keluarganya. Suami aku ibarat menjaga dan mengurus dua rumah, dua harta dan kenderaan dua keluarga. Bukan mudah.. Tapi suami aku tak pernah merungut. Aku tak tahu macam mana dia urus.
Segala bil rumah, astro, internet, api air, maintainance kereta2, baik pulih rumah.. Semua under control. Bukan senang ye, bila sampai masa, kena tukar bateri kereta itu, tayar ini, sevice yang sini. Kereta bukan 1,2 kena urus, ada 5. Kami bukan orang kaya, jangan salah faham. Kebanyakannya kereta second hand sahaja.. Kenapa tak jual, sebab ibu mertua ku cakap, ini semua harta arwah ayah.. Biarlah.. Sebab ada sentimental value katanya..
Berbalik pada kisah.. kesabaran ku juga teruji bila suami aku nak keluar malam-malam, beli barang keperluan rumah keluarganya.. Pernah aku suarakan kenapa tak beli sekali masa hujung minggu, katanya, dah tanya tapi masa tu jawabnya tiada. Tup tup hari isnin atau hari bekerja, panjang list nya. Contoh, beras, sabun basuh dll. Aku cuba bersabar sebab suami.
Bila hujung minggu, kami memang jarang ke mana-mana. Sebab perlu bawa keluarganya ke kenduri atau ziarah saudara. Kalau jauh, aku terpaksa tinggal anak yang besar pada keluarga aku sebab kereta tak muat. Tapi kami beri alasan, anak tak mahu ikot sebab tak mahu ibu nya terasa menyusahkan kami.
Belum lagi bab suami ku ada program luar di hujung minggu atau hari bekerja. Suami akan hantar aku dan anak-anak ke rumah keluargaku jika lama. Dan ofkos aku dah bersedia dengan segala keperluan sekolah anak2.
Tapi tiba-tiba waktu malam, suami mesej, dia di kedai sedang beli barang keperluan keluarganya. Aku mula berperang kembali dengan perasaan. Sedangkan aku sendiri tidak susahkan suami dan mahu suami fokus dengan kerjanya.
Aku sendiri dengar masa dia tanya ada apa-apa barang nak beli ke, sehari sebelum suami pergi. Katanya tiada.. tapi tetiba dapat mesej hantar list panjang.. Allah hai.. urut dada aku mengenangkan kesiannya aku pada suami yang terpaksa ulang alik, kelam kabut berkejar patah balik ke tempat program. Aku bersabar lagi sebab suami juga tenang dan taat.
Belum lagi bab hantar atau ambil adik-adiknya ke tempat belajar. Menurut ibu mertua ku, kalau arwah abah ada, arwah abah buat semua. Yes, aku faham.maksudnya bila arwah dah tiada haruslah anak lelaki yang pikul. So suamiku yang dekat perlu hantar dan ambil. Walaupun ketika itu, hari bekerja dan jarak dalam dua ke tiga jam sehala.
Kadang aku tak sampai hati lihat keletihan suamiku. Pernah kami berulang alik dua hari berturut kerana adiknya tertinggal barang..dan kami perlu hantar. Geram rasa hati.
Tak pernah takde barang tertinggal.. Kadang barang penting pon tinggal. Urut dada aku dengar.. Camne pengurusan diri? Tapi macam biasa. Dalam hati sahaja kami luah. Kadang aku tak ikot, kadang aku ikot suami buat kawan. Allah hai. Jarak bukan dekat.. Walaupun pernah aku suarakan kaedah lain untuk hantar, dia kata takpe, tak nak ibu susah hati.
Pernah juga aku suarakan untuk ambil atau hantar adiknya hujung minggu. Minta tunggu sekejap kalau tiada apa2 emergency. Tapi kata suami, takpelah, ibu dah bagitahu…tak nak bantah.
Kadang aku geram, adik umur dah pertengahan 20an, tapi masih belum pandai berdikari.. ke mana-mana masih mengharapkan suami.. Tapi macam biasa aku perlu dengar kata suami, untuk bersabar dan jangan sakitkan hati ibu. Tak nak ibu susah hati.. buat saja..
Aku kenal suami ku, dia seorang yang tak tahan drive. Mudah mengantuk.. Pernah juga aku suarakan pada ibu mertua, perihal suami yang tak tahan drive jauh lagi2 bila lepas makan. Sebab tu aku jarang ajak dia ke mana-mana.
Bukan apa, yang aku rasa geram sebab sebolehnya aku ni cuba untuk senangkan hati suami, mudahkan urusannya tapi kadang keluarganya seperti terlupa dia juga manusia ada rasa penat.. Sebab suami ada juga luahkan penatnya, letih.. tapi aku tak nak tambahkan api.. dengan menokok tambah..
Maka aku hanya jadi pendengar sahaja sebab aku tahu syurganya di mana dan syurga aku di mana. Aku kenal suamiku. Dia hanya ingin meluah, tapi selagi ada kudrat, dia akan buat walau sedang demam , tak sihat atau sakit kepala.
Walau aku sedang sarat, aku masih memandu sendiri, ke klinik atau ke kedai untuk membeli barang keperluan aku. Ketika suami kerja luar, aku dan anak2 survive sendiri. Kadang aku malu dengan keluargaku kerana perlu menyusahkan mereka untuk bantu aku.
Dan urusan di rumah juga aku perlu uruskan sendiri kerana suami uruskan hal keluarganya. Suami selalu cakap, takpe tinggalkan sikit kerja rumah untuk dia sambung balik nanti. Tapi tegarkah aku, suami bukan keluar lepak dengan kawan atau main game.. suami ke hulu hilir setelkan urusannya.
Kadang bila kami nak ke mana-mana terpaksa delay bila tiba-tiba ada emergency berlaku di rumah keluarga suami, paip pecah, banjir, gas habis.. atau tetiba ibunya baru teringat ada kenduri atau hal keluarga. Pernah juga aku merajuk, katakan takpa cancel je program kita, tak payah pergi, sebab dah lewat. Tapi suami ku pujuk dan kami pergi juga walau dah lewat.
Banyak lagi sebenarnya.. Belum lagi masa raya, memandangkan aku seorang yang well prepared, sebelum puasa aku dah sediakan keperluan keluarga termasuk bab kemas rumah. Yes kami perlu kemas dua rumah. Awal lagi aku dah mula membahagikan jadual, bila perlu kemas sini, sana, ruang tamu rumah sendiri, ruang dapur rumah sana dll.
Tapi yang jadi masalah selalunya bila aku tak dapat kerjasama apabila ramai yang balik kampung, anak saudara penuh satu rumah. Terpaksa postponed. Pernah suami suarakan rasa kesian pada aku, aku mengemas sendirian rumah ibunya yang besar tu.
Aku tak kisah, sebab aku memang suka mengemas dan off course aku tak nak orang mengata, ada menantu dekat tapi tak boleh harap. setiap tahun raya aku cuba upgrade strategi pengurusan sebab masa awal kahwin, sangat huru hara.
Bila tiba giliran rumah keluargaku, kami mesti balik lewat. Pernah malam raya baru gerak sebab tiada yang bantu di rumah keluarganya. Termasuk mengemas rumah dan beli barang keperluan rumah dan masak.
Makan hati ulam jantung juga aku, sedihnya…. sebab aku tahu, rumah keluargaku juga tiada orang yang bantu mak. Sebab adik beradik ku sikit sahaja berbanding adik beradik suami campur yang dah kahwin. Pernah ibu mertua minta aku beli sedikit barang deko untuk ruang tamu pada petang sebelum raya.
Bila aku suarakan pada suami yang baru nak berehat, terkejut juga dia..mana nak cari dengan redah jem, dengan ramai manusia di pekan.. Tapi kami buat juga dengan alasan tak nak ibu susah hati. Sedangkan bukan kami tak tanya, keperluan-keperluan.. tapi katanya ada semua.
Pernah seharian suami ulang alik dari pagi ke petang, membeli barang keperluan raya. Ada sahaja yang tak cukup. Aku rasa geram sebab aku juga sedang membantu di rumah sambil menjaga anak2.. Kelam kabutnya rasa.. Waktu nak perayaan, of course pekan2 sesak dan jadi panjang masa perjalanan. Tapi aku malas bising. Sebab hormatkan suami dan ibu mertua serta keluarganya.
Untuk pengetahuan semua, ibu mertua ku, dan keluarganya orang yang baik. Sangat baik.. Cuma mungkin cara didikan keluarga ku dan keluarga mertua tak sama membuatkan aku berperang dengan perasaan untuk bagi serasi. Aku sayangkan keluarga suami yang aku ibaratkan seperti keluarga sendiri. Tapi aku masih mencari titik keserasian.
Aku cuba untuk senangkan suami, tak nak susahkan suami.. bila suami ajak kami berjalan, aku cakap takpe, rehat lah. Sebab aku tahu, bukan senang untuk dia ada masa rehat. Dia seorang anak, abang, adik, yang sangat bertanggungjawab. Sebagai pekerja juga dia sangat komited. Apatah lagi dia sebagai suami dan ayah. Jadi bila ada masa lapang yang dia susah nak dapat, aku hanya minta dia rehat sahaja.
Untuk semua pembaca, jangan kecam keluarga suamiku.. Aku suarakan di sini untuk beritahu, mahalnya harga syurga. Bukan senang untuk ke syurga. Banyak yang perlu kita korbankan, perlu tingkatkan kesabaran. Aku juga banyak belajar dari suami untuk lebih tenang, sabar, redha, ikhlas.
Ini bahagian kita katanya.
Semoga aku dan suami dapat terus bersabar dan menjalankan tugas sebagai hamba Allah.
– Mencari syurga Allah
– Menantu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit