Mahasiswa Bawahan

Assalamualaikum. nama aku dafi. bukan nama sebenar. asal sabah. masih melanjutkan pelajaran di IPTA. tujuan aku menulis confession ni adalah untuk menceritakan bagaimana perbezaan antara ‘sahabat’ sekelas aku dulu masa di sekolah menengah dengan budak-budak kelas bawahan yang aku kenal. yaa, dulu aku kelas pertama aliran sains.

budak-budak sekelas aku hampir semuanya boleh dikatakan anak orang kaya. hari ni minta dekat parents. hari ni juga dapat. dan hampir semuanya speaking orang putih. mau menunjukkan yang dorang ni educated laa. ada taraf. ada kelas. ohyaa… kami ni budak-budak kelas rancangan khas. memang betullah ada taraf (lah sangat). dibandingkan dengan budak-budak kelas bawah ni. dorang semua speaking melayu. orang-orang kampung. pegi sekolah naik bas awam. suka ponteng kelas, menjerit sini menjerit sana. itulah hakikat budak budak kelas bawahan ni.

tapi walaupun budak-budak kelas bawah ni perangai dorang macam tu, mereka ada sikap yang membuat saya kagum. iaitu persahabatan mereka kekal sampai sekarang dan mereka semua berbakat. dan walaupun aku berada di kelas bertaraf tinggi (lah sangat) ni, ada satu sikap mereka yang aku benci. iaitu mereka membenci budak-budak kelas bawah. budak kelas aku ni panggil dorang ‘pilak’. di sabah panggilan pilak tu untuk pendatang asing tanpa izin.

ohyaa sebelum aku terlupa, dalam kelas aku ni. biasalah. ada kumpulan ulat buku. ada kumpulan dota. ada kumpulan futsal. dan aku dalam kumpulan budak-budak paling bermasalah dalam kelas. maksud bermasalah ni. bukannya masalah disiplin. tapi masalah akademik. kiranya kami ni cuma average student. di terlampu pandai tapi tidak juga terlampu bodoh. setiap kali keputusan peperiksaan, top 10 dari belakang kami yang menguasainya. dalam kumpulan kami ni, lebih kurang 10++ orang gitu. malas mau kira. letak ja 10++. boleh dikatakan persahabatan kami pada waktu tu. persahabatan yang mantap. persahabtan kami itu ibarat kapal yang tidak akan karam walau dipukul ombak. budak-budak kelas bawah tuu ada nama kumpulan dorang sendiri. kami xmau kalah. kami pun ada nama kumpulan kami sendiri.

jadi. hari berganti hari, semua berjalan lancar. SPM pun telah berlalu. sehingga laa satu tahap. kumpulan kami ni terpecah kepada dua. disebabkan PEREMPUAN. tidak mau explain panjang lebar pasal perempuan ni. sebab mesej yang aku mau sampaikan di sini pasal persahabatan. bukan hubungan laki perempuan. asalnya kami satu kumpulan. kini terpecah kepada dua kumpulan. geng A dengan geng B. geng A cakap geng B salah. geng B cakap geng A salah. ambil masa berbulan bulan juga untuk geng A dengan geng B ni bertegur semula. untuk pengetahuan.. aku dalam geng B.

dipendekkan cerita. last2 dua2 geng ni pun bertegur semula. tapiiii. tiadapun sesi minta maaf selepas pergaduhan tuu. walaupun sudah bertegur sapa. tapi kami masih lagi terpecah kepada dua geng tuu. geng A geng B. kalau terjumpa setakat bertegur ja laa. seolah olah persahabatan kami ni tergantung. tidak macam dulu. kami buat seolah olah tiada apa apa berlaku tapi masih lagi persahabat kami ni persahabatan yang tergantung.

setelah pikir masak2. aku mengambil langkah untuk menjadi orang tengah antara kedua geng ni. ceh konon mau jadi hero la nii. aku berbaik dengan geng A. aku berbaik juga dengan geng B. tapi agak kecewa campur sedih. tiada perubahan yang berlaku antara kedua geng ni. geng A pegi melepak antara dorang sahaja tanpa mengajak aku. tapi geng B kalau mau melepak dorang akan ajak sebab aku memang dalam geng B pada awalnya. begitulah persahabatan kami sehingga kini.

kadang2 kalau rindu waktu sekolah. tengok gambar2 lama. pastu stalk sikit exclassmate aku dulu. ada yang berambut kuning. walaupun islam. lelaki pula tuu. ada yang sambung belajar pastu berhenti sebab malas belajar. ada yang pindah2 IPT sebab selalu failed. masing2 dengan dunia sendiri.

alhamdulillah, dengan adanya whatsapp. group kelas kami masih ada lagi sehingga sekrang. hanya akan aktif untuk jemputan2 kahwin dan hari raya. pada suatu hari tuu, ketika bulan syawal, masih berhari raya. exclassmate aku ni hantar jemputan di group. ada open house. dengan harapan yang tinggi aku datang untuk gather semula budak2 kelas. menjadi hampa sebab xsampai 10 orang pun yang datang. tapi yang menariknya. yang datang ke open house tuu adalah geng A dan aku datang bersama geng B. tapi seperti yang saya katakan tadi. persahabatan kami tergantung. kami berjumpa, bersalaman, pastu geng B masuk dalam rumah. geng A lepak luar rumah.

Persahabatan yang tergantung :(

sebulan pun berlalu, bulan syawal pun sudah habis. aku pun bosan2 tengah malam ni. main facebook. scroll punya scroll tiba2 aku ternampak gambar sekumpulan manusia lebih kurang 20++ orang yang memakai baju tshirt warna maroon. dengan caption “throwback raya” pada dada baju tersebut tertulis nama kumpulan yang aku kenal dibangku sekolah. iaitu kumpulan budak kelas bawahan. aku tengok gambar dorang. Allahu, dorang masih sama2 lagi. siap ada baju lagi. happy nya dorang. lebarnya senyuman dorang. masing2 dengat rambut semula jadi warna hitam. tidak diwarnakan rambut dorang. dan aku teringat. salah satu dalam kumpulan dorang tuu ada seorang yang pandai bertarannum yang sering mengetuai bacaan surah yasin setiap hari jumaat di sekolah aku. dan pada saat itu baru aku terfikir. aku budak kelas rancangan khas. tapi sorang pun tidak pernah mengetuai bacaan yasin ketika sekolah.

pada saat aku melihat gambar tersebut. barulah aku terfikir. mungkin dulu dorang budak kelas bawahan. tapi sekarang mereka lebih matang. mungkin dulu kmi budak kelas pertama . tapi sekarang kami mahasiswa bawahan.

– Dafi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit