Mahkamah Syariah Hanya Ejen Suruhan

Terima kasih admin kerana menyiarkan luahan dan persoalan ini.

Aku Aish bukan nama sebenar. Telah berkahwin dengan seorang suami yang amat baik dan sempurna pada mata aku dan mempunyai seorang anak yang comel. Alhamdulillah perkahwinan aku amat bahagia.

Maaf tajuk itu ialah pertanyaan yang aku nak tanya tapi mungkin bahasa agak kasar.

Aku baca cerita wanita² yang teraniaya oleh suami dan semua orang tidak menggalakkkan untuk ke mahkamah syariah untuk meminta nasihat kerana katanya biasanya pegawai hanya akan suruh si isteri bersabar.

Banyak sangat complain aku dengar berkaitan mahkamah syariah dan kebuntuan isteri² yang didera, suami kaki botol, suami penzina, tidak solat, menyuruh isteri menyaranya, dsb.

Platform anonymous seperti ini selalu jadi tempat luahan para isteri yang buntu kerana tidak mahu mengaibkan suami.

Aku jadi tertanya² apa peranan mahkamah syariah selain mengesahkan perceraian (hanya jika dipersetujui pihak suami)? Betulkah mahkamah syariah tiada kuasa berkaitan masalah ini?

Tapi baru-baru ini, aku jadi makin pelik dengan kemampuan mahkamah syariah memenjarakan seorang wanita setelah wanita tersebut menukar tarikh perjumpaan anak dengan bekas suaminya kerana suaminya tidak hadir hampir 80 kali perjumpaan.

Mari aku share sikit apa yang aku tahu. Bekas suaminya, anak kepada seorang usahawan terkenal negara. Jadi adik beradiknya terkenal sebab bapanya.

Si bekas suami yang aku tidak tahu apa pekerjaannya ini, mendera dia waktu mereka dalam ikatan perkahwinan.

Dan aku pun pernah terjumpa video tidak senonoh bekas suaminya dengan skandal yang tersebar luas di media sosial suatu masa dahulu.

Kalau tidak silap, bekas suaminya tidak pula dipenjarakan atau dihukum akibat berzina oleh mahkamah syariah. Lagi pula berzina sewaktu sudah berkahwin.

Mengenai kes pukul isterinya, apa hukuman yang dia kena? Saya juga tak pernah dengar mahkamah syariah penjarakan suami yang culas membayar nafkah anak isteri. Maafkan saya jika salah.

Sejujurnya inilah pertama kali saya dengar mahkamah syariah ada kuasa memenjarakan orang.

Saya keliru dengan peranan mahkamah syariah. Adakah peranannya hanya menggigit bila diarahkan seorang tuan yang mempunyai harta?

Saya tidak kenal pun wanita ini, tapi melalui rangkaian sosial, saya dah lihat macam² hal yang dibuat oleh bekas suaminya. Tapi terkedu juga kenapa wanita ini yang terima hukuman.

Kenapa mahkamah syariah beri hukuman sebegitu? Boleh berikan sedikit pencerahan? Takut juga kerana kita semua mungkin boleh dipenjarakan bila² masa sahaja jika kita buat kesilapan kecil seperti ini.

Yang ingin penjelasan,

– Aish (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *