Assalamualaikum..pengenalan tentang diri aku, nama aku Aina (bukan nama sebenar), berumur 27 tahun dan sekarang bekerja di utara tanah air. Aku juga sebenarnya merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga yang tatang aku bagai minyak yang penuh sejak aku berusia 5 bulan lagi.. Ummi, Abi dan Abang Adi…aku dijadikan anak angkat kerana keluarga kandung aku orang yang susah, 7 orang adik beradik dan aku anak ke-4..Cuma aku seorang yang diberi kepada keluarga angkat..keluarga kandung aku berada di Selatan tanah air..
Sewaktu aku sekolah rendah aku juga memberontak kenapa aku ini angkat angkat, tapi Ummi dan Abi selalu jelaskan pada aku sejak aku kecil lagi walaupun aku bukan anak kandung mereka tapi mereka sayang aku macam anak sendiri dan Ummi dan Abi selalu pesan yang mereka tak nak aku rasa tersisih atau memberontak.. Aku juga memberontak kalau Ummi dan Abi bawa aku berjumpa keluarga kandung aku (dalam setahun 2 atau 3 kali berjumpa), aku macam tak boleh terima mereka tu keluarga aku, aku tertanya-tanya kenapa aku perlu ada dua ibu ayah, dua keluarga, kadang-kadang aku akan menangis seorang diri macam tak boleh terima hakikat ni…
Tapi bila aku semakin meningkat dewasa baru aku tersedar dan bersyukur banyak perkara..Aku bersyukur aku dibesarkan di dalam keluarga ini, aku bersyukur Ummi dan Abi beri aku didikan agama yang cukup, aku bersyukur Ummi dan Abi tak pernah berkira tentang duit walaupun aku tahu keluarga kandung aku tak pernah beri sedikit pun duit tanggungan sejak aku kecil lagi (aku faham mereka juga susah),
aku bersyukur Ummi dan Abi sentiasa menyokong dan membantu aku dari aku belajar sehingga aku bekerja, aku bersyukur Ummi dan Abi ada sewaktu hari kovokesyen aku, aku juga bersyukur Abang Adi selalu ada untuk teman aku waktu aku sedih atau gembira dan tegur aku tentang aurat, tentang batas pergaulan.. Terima kasih Ya Allah hadirkan insan-insan seperti Ummi Abi dan Abang Adi dalam hidup aku, aku selalu mendoakan semoga bahagia kita ini berkekalan hingga ke dalam syurga nanti. Dan aku tak akan lupakan juga keluarga kandung aku, Ibu dan Ayah..sekarang Ibu dan Ayah sudah semakin selesa, tidak lagi susah seperti dulu,
Ayah sekarang dapat kerja tetap dengan kerajaan, kakak dan abang kandung aku juga semuanya sudah bekerja dan kami masing-masing akan menghulurkan duit kepada Ibu Ayah. Cuma yang tinggal 2 orang lagi adik kandung aku yang belajar. Kadang-kadang setiap kali raya puasa atau raya haji aku akan minta izin Ummi dan Abi untuk beraya bersama keluarga kandung aku. Aku bersyukur Ya Allah..aturan Engkau lebih indah dari dunia dan seisinya.. Aku bersyukur aku menjadi anak angkat kerana membuatkan aku sedar dan bersyukur tentang banyak perkara walaupun pada awalnya dulu aku memberontak.
Aku menanam azam dalam diri suatu hari nanti aku juga ingin mengambil anak angkat. Sekarang aku baru mula mencari informasi tentang anak angkat, aku lihat di page-page untuk mengambil anak angkat, aku bertanya di rumah-rumah kebajikan tentang proses anak angkat. Aku masih keliru mahu mengambil anak angkat daripada keluarga susah atau anak yang tidak sah taraf kerana sekarang aku lihat terlalu banyak anak tidak sah taraf dilahirkan, hampir setiap hari, kadang-kadang menitis air mata aku bila baca di page pengambilan anak angkat tentang status anak itu.
kadang-kadang penjaga di rumah kebajikan pun menangis sambil bercerita kepada aku betapa serius masalah sosial zaman sekarang sehingga mengandung anak luar nikah itu seperti perkara biasa kerana terdapat dua tiga kes ibu tersebut sudah dua kali mengandung anak tidak sah taraf dan dijadikan anak angkat kepada pasangan yang betul-betul inginkan anak.. Allah…Semoga dipermudahkan urusan aku untuk mengambil anak angkat, untuk pengetahuan aku masih bujang dan perancangan untuk berkahwin itu mungkin belum lagi untuk dua tiga tahun ini dan kalau boleh aku nak merasa macam mana perasaan menjadi single mum. Doakan aku ye :)
– A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit