Mahu Anak Pandai Hidup, Bukan Pandai Belajar

Itulah kata-kata seorang ibu yang aku dengar ketika aku berada di PUAS FEST semalam. Bergema di kotak pemikiran aku.KAGUM. persoalannya kenapa?

Aku tertarik mendengar kata-kata seorang ibu. Dia rajin berkomunikasi,mesra dan sangat berfikiran terbuka.Kerana?Anaknya. Dia bersemangat untuk kolaborasi projek akan datang,dia usaha sebaik mungkin promosikan dirinya dan anaknya. Aku kagum melihat dia begitu “passionate”.

Dia bercerita bahawa anaknya baru berusia 16 tahun. Dia mahu anaknya terlibat dengan banyak pihak.Mahu anaknya aktif dengan banyak aktiviti. Dia jelaskan lagi,dia tidak mahu anaknya belajar semata-mata di dalam kelas tanpa ada kemahiran lain tegasnya!
Beliau berkata “Ini bukan pasal asyik belajar mahu bijak dalam kelas, ini kerana mahu mereka ini pandai hidup di luar”.
Beliau menambah lagi “Kita kena ajar mereka kehidupan realiti tentang sebenar hidup dunia zaman sekarang.Jangan malu duduk dilantai,harus berani bercakap dengan khalayak,jangan malu melakukan kerja biasa,berani cuba pelbagai perkara. Kalau setakat belajar,fokus dalam kelas, saya tidak bersetuju!”.
“KITA KENA AJAR MEREKA REALITI HIDUP DALAM MENCARI DUIT”.

Apa yang dikatakan beliau ada benarnya. Bukan sahaja pelajar universiti yang patut diberikan peluang turun ke lapangan mempelajari “soft skills”, tetapi mereka pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah patut digalakkan.Realiti pada hari ini,Kita asyik dimomokkan isu “tiada kerja” “politik kerja” “kerja ikut kaum” “OKU tiada Masa depan” “menganggur ” dan “rakyat Malaysia terlalu manja”!!!!!!!

Pada aku,hari ini generasi muda sangat berbakat dan agresif dalam minat mereka. Mereka sepatutnya dipandu dan dididik dalam mengasah kelebihan mereka untuk realiti hidup Masa kini. Bukannya dikekang dan dikawal sehingga menjadikan mereka “Melayu Malas” “Melayu Manja” “Generasi Makan Suap” atau tersisih dari perkembangan dunia semasa yang jauh terkehadapan.

Kita kecam mereka,marah mereka,dan membuang mereka jika melangkaui norma.
Tapi siapa Kita?Apakah kita harus memilih apa Kita suka?Dengan melakukan diskriminasi?
Mohon netizen fikirkan hal ini.

Sampai bila asyik memberi fokus dan tekanan kepada Guru?Pensyarah?Majikan?Kerajaan?
Mereka bukan 100 yang harus diharap melakukan semuanya. Tetapi peranan ibu bapa dan masyarakat yang perlu diketengahkan!
Kita harus bangkit bah!
Cipta peluang!
Dan
Mulai sibukkan diri.
Sekian.
Suzie.

– Suzie Al Yatimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit