Hi all.. Nama samaran saya, Baby. Saya tak tau nak luah kan dekat sape.
Secara ringkasnya. Saya dah berkahwin and ada 3 orang anak. Seorang yang bekerja.
Saya memilih berkahwin bersama suami setelah 1 tahun kenal. Kami kenal dalam usia I muda. 23 tahun.
Saya hanya lah budak yang baru graduate, mahu memulakan hidup baru di KL (saya berasal dari kampung) setelah graduated dari University tanah air.
Saya tidak pernah memaksa dia memilih saya. Dan perasaan saya padanya hanya lah 50-70% semasa saya berkahwin dengannya. Dan perasaan saya bercambah kerana dia ada ciri2 yang saya suka.
Suami saya bagi saya seorang yang baik. Tak banyak cakap. Romantik juga orangnya. Dia melayani saya dengan baik, dan ketika kami bercinta dia tidak menyentuh saya dan menghormati saya sebagai seorang wanita, pegang tangan pun tidak.
For info, suami saya di kategori sebagai bad boys.
Dia ada masa lalunya (sexually active, suka perempuan seksi2, suka minum and pergi club, taking weed, pills and etc lah semua kerja jahat katanya, even dia pernah termengandungkan perempuan dan perempuan itu decide untuk gugurkan kandungan..)
Dia bercerita semua ini ketika saya awal2 berkawan dengannya. Dan dia suruh saya decide samada saya terima atau tidak.
Dia mahu berkahwin dengan saya kerana tertarik dengan peribadi saya yang naif di kala itu. Dia nak berubah katanya.
Dan saya meletakkan syarat.
Syarat iaitu jangan kembali ke kehidupan lama nya. Kerana he will losing me.. Saya tidak judge dia. Saya terima seadanya.. Dan ingin memula hidup baru.
Hari ni 1 Jan 2024 ialah tahun ke 10 kami berkahwin.
Selama 10 tahun saya adore dia. Dialah dunia saya. Ketika itu saya anggap dia suami, bff saya, soulmate saya. Saya rasa bahagia berjodoh dengannya sampai lah sekarang.
Cuma kemuncaknya. Awal tahun 2023 ini saya rasa perangai dia sangat teruk dan mahu bercerai. Suami tidak kembali ke masa lalunya (setakat ini macam clean lagi) tak pernah kantoi lah.
Masalah saya sekarang, selama tempoh 10 tahun, my husband naik tangan selama beberapa kali. Average : 2 times a year, sejak 2017.
Dia jadi lama kelamaan seorang yang baran. Tiada sudah ciri2 yang saya adore pada dia dulu i.e layanan baik soft spoken.
Ego dan tidak boleh di bawa berbincang kerana communication jadi 1 hala. Dia banyak buat silent treatment. Tak tau kesalahan I. I kena faham sendiri apa yang dia suka and tak suka.
Tiada pillow talk di antara kami. Kami tidak tidur bersama di bilik master bedroom. Tidur asing2. I tidur dengan anak2. Dia tidur bilik lain.
And jika dia nak melunaskan nafkah batin. Dia akan pergi ke bilik dan turun semula. Situasi ni dah terjadi sejak 2018.
Kalau bergaduh, kita tidak akan berbincang tetapi start dengan conversation yang biasa dan memilih untuk melupakan apa yang ketidak puasan hati masing2.
We drop it and live life like a biasa. We using sex to wrap up the uneasy feeling. Kami jadi tidak secocok dan bukan pasangan compatible lagi.
Pada masa yang sama. Saya terjatuh cinta dengan officemate saya. Saya mula compare suami saya dan dia. Kami dah berkenalan selama 2 tahun lebih.
Saya sudah lama menyimpan perasaan terhadap nya (pada mulanya saya rasa ianya biasa hanya crush sahaja) dan secara tak sengaja tak sangka cinta saya berbalas.
Saya mula hilang fokus. Saya curang. Dia juga curang dengan pasangannya.
Manakala suami saya makin teruk layanan nya. Kerana saya sudah mula balik lambat dan meletakkan crush saya itu priority.
Suami saya mula tarik muka. Layan buruk dan silent treatment. Last saya di cederakan pada Nov lalu. Saya di pukul lagi kerana cemburu.
Nafkah batin yang selama ini berjalan lancar, kini dia tidak lagi menyentuh saya sangat. Hanya 2x sebulan, kalau dulu 6-8x.
Nafkah zahir pun di kurangkan. Nafkah saya di potong dari 700 ke separuh dengan alasan saya mengutamakan kerja dari dia.
Saya tidak kisah kerana saya ada duit juga dan bukanlah high maintenance. Saya banyak share juga expenses.
Saya bukan mahu bercerai kerana mahu berkahwin dengan crush saya. Crush saya seorang yang rational dan support saya untuk fix relationship. Kami berjanji untuk stop our hubungan soon kerana masing2 ada existing pasangan.
Saya mahu bercerai kerana saya nak bahagia. Tetapi saya takut anak saya membesar tiada bapa. Suami saya close dengan anak2 dan anak2 adore dia.
Soalan :
1. Perlukah saya bercerai? Adakah ada harapan saya lagi bersama husband saya yang kaki pukul itu.
2. Adakah perlu saya menutup mata (kaki pukul dan layanan kasar buruk, suka tengking especially depan orang.) sebab dia masih lagi bukan kaki perempuan dan tidak kembali ke asal nya.
3. Kalau ada servis untuk couple counselling mohon share di comments.
– Baby (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
laki bini pun problem…