Mahu Hantar Emak Pergi Umrah

Salam semua. Nama samaranku Kenanga. Umurku sekitar hampir masuk ke 40-an. Sudah berkahwin, seorang ibu 5 orang anak dan isteri yang berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat.

Aku ringkaskan luahan aku ni. Sepertimana tajuk di atas. Sebelum ini aku pernah pergi menunaikan umrah 2 tahun yang lepas, di mana pada waktu itu aku ditaja oleh syarikat tempat aku mencari rezeki.

Untuk pengetahuan korang, setiap tahun syarikat akan menaja 2 orang pekerja untuk tujuan itu. Alhamdulillah, tahun itu aku terpilih dan semuanya berjalan dengan lancar.

Aku cuma perlu keluarkan duit poket sahaja untuk perbelanjaanku di sana. Yang lain semua ditanggung oleh syarikat. Aku jual gelang emasku dan rantai emasku untuk duit poket di sana sebab duit simpananku kurang.

Lepas balik umrah aku terdetik nak kumpul duit untuk hantar emak pergi umrah. Aku nak balas jasa mak aku membesarkan aku. Tu je.

Umur mak aku 67 tahun. Ayah sudah lama meninggal 4 tahun yang lepas asbab covid-19. Tapi ada beberapa perkara yang menyebabkan aku rasa dalam dilema.

(1) Gajiku ciput sahaja, nak makan pun kadang bercatu di mana suamiku hanyalah bekerja sebagai pomen kereta di sebuah bengkel milik orang lain. Untuk emak aku hanya mampu beri RM100 je setiap bulan.

(2) Takkanlah aku nak collect duit adik beradikku di mana mereka juga cukup-cukup makan je sebab gaji mereka pun taklah besar sangat, pastu banyak komitmen. Kadang-kadang bila poket kering kami pun saling berhutang antara satu sama lain.

(3) Kos umrah sekarang ni hampir mencecah RM10,000 seorang. Itu belum termasuk duit poket untuk belanja kat sana nanti. Emak aku ni kalau nak pergi mana-mana mesti nak kena anak-anak bawak. Tak boleh berdikari sendiri.

Sebagai contoh bila ada urusan di kaunter bank ke kaunter pejabat tanah ke apa mesti anak-anak yang kena temankan dan menjadi jurucakap emak. Kata emak dia tak tahu dan tak pandai.

Kot-kot mana pun kalau nak taja dia pergi umrah mesti kena bawak salah seorang anak sebagai peneman. Korang faham kan maksud aku. Di situ kos akan jadi double. RM10,000 x 2 orang = RM20,000, tu belum termasuk duit poket.

(4) Apa yang aku nampak emak sendiri tiada effort ke arah itu. Tak macam sesetengah orang tua yang lain, menabung sedikit demi sedikit untuk pergi umrah.

Duit pencen terbitan arwah ayah (arwah ayahku dulu kerja sebagai penolong pegawai di jabatan kerajaan) dia buat belanja untuk diri dia, aku tahu ada lebihan tapi lebihan tu dia kumpul untuk beli barang kemas.

Ada la jugak anak-anak hulur RM100 seorang setiap bulan. Dapatlah bersih kat dia lebih kurang RM600 sebulan duit yang anak-anak bagi. Asal ada duit je ajak anak-anak teman dia pergi kedai emas sampaikan penuh dah di leher, lengan dan jari.

Emak tak pernah pun bercerita yang dia nak simpan duit untuk pergi umrah. Tak ada ye, apa yang dia cakap kat kami nak beli emas, emas dan emas. Aku rasa kalau dijual kesemua barang kemas dia tu boleh taja 3 orang pergi umrah!

Bila emak pun tiada effort ke arah itu aku pun rasa macam tawar hati dah nak kumpul duit untuk hantar dia pergi umrah.

(5) Emak aku ni ada penyakit kerap terkencing. Asal batuk je terkencing hinggakan nak ke mana-mana pun mesti cari jamban.

Bayangkan kat mekah nanti macam mana. Dengan tandas jauhnya dari pintu masuk masjidil haram, kat sana kan semua nak kena cepat sebab kita terikat dengan ihram. Kalaulah atas bas dia nak terkencing macamana lah agaknya.

Kat sana kebanyakan RnR tak sama macam kat Malaysia. Dengan kotornya, dengan takde airnya. Aku takut akan menyusahkan jemaah lain pulak kalau bas asyik nak kena berhenti je cari tandas disebabkan emak.

Aku mahu tanya pendapat korang, perlu ke tak perlu aku batalkan sahaja niat aku ni. Aku sampaikan tak boleh tidur bila terfikir benda ni.

Asal melintas je kat Tiktok, FB dan IG video-video dan gambar-gambar orang pergi umrah dan haji aku jadi serabut. Bukan serabut sebab umrah dan haji tu tapi serabut sebab dok fikir masalah aku ni.

– Kenanga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. mak dah pergi haji..?? kalau belum tu yg utama.. kalau dah.. umrah hanya lah sunat.. tp klu kau nak kumpul duit utk mak kau pergi umrah.. bagus dah.. tp jangan sampai membebankan diri.. lihat keutamaan kau dalam hidup.. sbb htr mak ke umrah tu bukan benda yg wajib .. lg2.. kalau mak kau dah buat haji.

  2. lg pon kalau mak kau dah berumur dan ada penyakit.. tak kan kau nak hantar dia gi sana tak ada peneman..? nnt kena pulak jemaah lain satu grup yg bantu dan uruskan dia.. so kau kumpul aje duit tu.. kalau tak jadi hantar mak pi umrah.. kau boleh guna ke benda lain .. atau simpan buat emergency.. apa2 pon niat kau tu dah bagus.. cuma aku rasa kau perlu buat keutamaan perbelanjaan kau…

  3. SALAM, kepada sis pergi mecca ni jemputan ALLAH. Teruskan ja niat tu ,insyallah kalau Allah nak jemput xda duit pun nanti ada ja rezeki.
    kisah saya saya Alhamdulillah dapat g umrah dgn emak, padahal time tu simpanan saya sikit ja, nak g umrah memang x cukup, tapi x tau rezeki datang dari mana Allah izin saya teman mak buat umrah. Mak saya pun dah berusia masa pegi tu umur dia 72 . Insyallah teruskan niat , jika Allah izin sampai nanti .

  4. Nak hantar mak gi umrah tp dok judge barang kemas mak plak, kalau mak ko ninggal barang tu kena faraid sapa dapat? Ko dan adik beradik ko gak. Duit tu dgn happynya ko leh belanja. Mak lg tau badan dia usia dia kemampuan dia utk gi sana. Jgn hantar mak sorg menyusahkan org sebilik nk urus org tua kita plak. Org tu pon bayar mahal nk gi umrah last2 kena jaga kawan sebilik. Niat nak mak pegi ko kumpul je walau seratus, saat tiba jemputan insyaallah mudah semuanya

  5. Rasanya better fokuskan kehidupan sendiri terutama menyimpan untuk pendidikan anak-anak. Haji umrah ini atas jemputan Allah juga, lagipun mak dah ada keutamaan lain dalam hidupnya, iaitu mengumpul emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *