Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin sudi siarkan luahan aku. Aku straight to the point. Aku perempuan. Aku tak tahu apa yang jadi kat diri aku sebenarnya. Aku sebenarnya ada perasaan atau naluri seorang lelaki dalam diri aku.
Bila aku ternampak gambar atau video perempuan seksi aku mudah teransang. Mintak maaf kalau agak tak sopan. Aku terpaksa tulis. Dah lama aku pendam sebenarnya. Seingat aku benda ni start sejak aku sekolah rendah kalau tak silap.
Masa aku kecik dulu bila aku teransang aku akan masuk tandas and puaskan nafsu aku. Dan boleh kata dalam sehari tu berkali kali jugak aku masuk tandas untuk penuhi nafsu aku. Masa tu aku tak tau apa yang aku alami. Kecik lagi kan. Rupanya aku tergolong dalam golongan homoseksual.
Aku tak pasti umur berapa aku start sedar yang aku ni sebenarnya adalah seorang homoseksual. Mungkin masa aku berumur belasan tahun kot. Bila aku tersedar, aku mula berubah. Daripada aku suka gila tengok video lesbian atau gambar-gambar perempuan seksi, aku pelan-pelan tinggalkan perbuatan keji tu.
Tapi kadang-kadang nafsu aku membuatkan aku terpaksa masuk tandas. Tak da ribut tak da angin tiba-tiba rasa tu datang. Dalam tandas, lepas nafsu aku puas, perkara wajib aku akan buat adalah menangis.
Menangis sebab aku rasa diri aku jijik gila, tak mampu langsung nak tahan nafsu, rasa hidup tak berguna. Aku pernah tampar-tampar muka aku dengan tangan aku sendiri, hantuk kepala kat dinding tandas sambil menangis.
Aku ni more kepada boyish. Kalau kasut tu aku lebih pilih sneaker daripada kasut yang nampak macam perempuan-perempuan. Sampai satu saat aku tak ingat secara pasti, aku mula rasa aku wajib berubah seratus peratus. Aku kena jadi perempuan sejati. Mula saat tu aku start kuruskan badan (sila ketawa kalau rasa lucu).
Sebabnya bila tengok bentuk fizikal aku ni agak menampakkan aku macam seorang lelaki. Tinggi aku 165 cm. Bahu aku agak lebar. Aku agak berisi. Tapi kalau nak ikutkan bmi, aku sebenarnya dalam katogeri normal. Sorry terbuka cerita pasal tubuh badan aku pulak haha.
Aku nak kurus sebab nak realisasikan impian aku nak jadi perempuan sejati yang mana definisi perempuan sejati bagi aku adalah seorang wanita yang kurus, pinggang ramping. And aku mula be like a woman. Aku dah mula suka benda-benda bercorak like bunga-bunga, colorful tapi tak sakit mata.
Bila aku mula sedar yang aku ni dah mula ke arah girlish sikit, aku bersyukur. Setidaknya aku dah mula ada kesedaran aku diciptakan sebagai seorang wanita. Dalam fasa ni, aku pelan-pelan cuba sedaya upaya yang mungkin tahan nafsu aku.
Terkadang aku berjaya, kadang aku tewas. Bila aku tewas, macam biasa aku menangis dalam tandas. Tapi aku dah tak sakitkan diri aku macam dulu sebab aku terbaca artikel agama, kita tak boleh sakiti anggota tubuh badan kita dengan sengaja. Haram hukumnya.
Dan sekarang aku masih berjuang melawan diri aku sendiri. Penat, sakit, perit, pedih semuanya ada dalam diri aku. Semua aku kena lawan sorang-sorang. Baru aku tahu sebenarnya selama ni aku depression. Ada sampai satu tahap aku cakap dalam diri aku, aku nak bunuh diri, tak guna dah hidup, tak mau nikah, takkan ada lelaki yang nak kat aku.
Aku tak cerita kat siapa-siapa tentang penyakit aku ni. Family pun tak. Aku malu. Aku tak boleh bayangkan apa reaksi family aku kalau aku cerita benda ni kat dorang. Aku cuma tenangkan hati aku dalam sujud. Menangis sepuasnya. Kadang aku putus asa. Sebabnya rasa tu ada sampai sekarang.
Aku tak tahu macamana lagi aku nak hilangkan perasaan ni. Aku letih sangat. Aku jelous tengok perempuan -perempuan normal. Serious. Bestnya kalau aku takde perasaan pelik ni.
Aku ada pernah baca yang naluri songsang ni sebenarnya sebab ada jin dalam badan seseorang. Betul ke? Kalau macam tu aku kena berubat ke? Doakan aku kuat sepanjang zaman. Walaupun aku ada naluri seorang lelaki, jantung aku akan berdegup laju kalau nampak lelaki hensem.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit