Assalamualaikum. Maaf jika gaya penulisan ku tidak kemas atau mempunyai kesalahan ejaan..
Sedikit pengenalan diriku.. Aku Roza, berumur akhir 20-an. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata yang yang masih kecil tetapi senang dijaga Alhamdulillah.
Suamiku pula seorang suami yang baik, yang selalu membantu dirumah jika di hari cutinya dan seorang ayah yang sangat bertanggungjawab.
Anak-anak juga lebih manja dengannya berbanding diriku yang agak tegas dan garang.
Suamiku juga bukan seorang yang cerewet jika rumah bersepah dengan mainan anak. Dia akan mengemas mainan selepas pulang dari kerja jika lihat aku penat seharian menjaga anak..
Bab makan pun suami aku tidak cerewet..
Jika aku masak makanan yang dia kurang minat, dia akan masak makanannya sendiri (selalunya aku masak makanan yang mengikut selera anak-anakku).
Aku dan suami ku mempunyai adik beradik yang ramai tetapi Alhamdulillah kami tidak mempunyai konflik dengan ipar duai,
Kerana kami berdua memang jenis yang suka buat hal sendiri dan bukan jenis yang suka mengumpat jika adik beradik atau ipar duai mempunyai masalah luaran atau dalaman.
Kami lihat dan hanya diam serta tidak masuk campur jika terdapat masalah dalam kedua dua belah keluarga.
Masalah ku di sini ialah mengenai solat. Untuk pengetahuan pembaca, aku dibesarkan dalam keluarga yang menitik beratkan solat dalam hidup.
Keluargaku bukan la jenis yang bertutup labuh bagi perempuan dan lelaki bukanlah jenis yang solat di masjid selalu tetapi ibu ayahku memang mengajar kami tentang solat dari kami kecil.
adik beradik ku juga dihantar ke sekolah agama selepas habis sekolah kebangsaan untuk lebih mendalami agama tetapi sebaliknya keluarga suami tidak begitu.
Keluarga suami tidak menitik beratkan solat. Adik beradik suami ada yang solat dan ada yang tidak.
Ayah suami pun jika anaknya mengajaknya solat baru lah dia solat. Adik beradik suami kebanyakannya bersolat pun selepas mereka berkahwin.
Aku sebagai seorang isteri sangat mendambakan suamiku solat dengan penuh 5 kali sehari. Mungkin ingin berimamkan dia lambat lagi kurasakan tapi aku benar-benar ingin suamiku solat penuh.
Suamiku bukan la tidak solat tapi itulah solatnya jarang-jarang.
Dalam sehari mungkin solat zuhur dan maghrib sahaja dia lakukan itupun harusku ingatkan. macam-macam cara aku lakukan untuk dia tidak lupa solat.
Berkomunikasi depan-depan, mesej panjang-panjang dalam what’s app tentang solat, secara perlian juga aku ada cuba tapi itulah sekali cakap sekali jalan hingga aku berasa putus asa untuk menasihatinya.
Masalah solat ni makin lama menjadi semakin besar apabila aku pun jadi lalai dalam solat.
Rasa bersalah sentiasa menghantui ku bila meninggalkan solat tapi aku bagai kapal yang tiada nakhoda. Aku terumbang ambing dalam menguatkan imanku untuk terus melakukan suruhan yang Maha Esa.
Tiada siapa yang dekat untuk memberi galakan dan semangat supaya aku terus kuat.
Aku hanya punya suami untuk membimbingku tetapi suamiku tidak melakukan tanggungjawab untuk mengingatiku dalam hal itu. Memang benar jika nak solat, solat jela.
Atas diri kita sendiri untuk melakukan atau tidak tetapi aku tidak mampu. Tidak mampu untuk melawan dan terus tergelincir dalam godaan syaitan.
Aku juga berasa takut jika aku terus lalai akan mempengaruhi anak-anakku kelak.
Disini aku ingin meminta nasihat, kata-kata semangat dari pembaca untuk menyelesaikan masalahku ini.. Bantulah aku untuk kembali ke jalan itu.
– Roza Si Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit