Salam dan hai semua. Nama saya H, saya merupakan ibu kepada seorang anak lelaki yang baru berusia 2 bulan. Alhamdulillah bulan depan genaplah usia perkahwinan saya dan suami 1 tahun. Saya dan suami berkenalan lebih kurang setahun dan terus menikah. Ingat lagi, baru sebulan kami berkawan, suami saya ajak kahwin dengan mengatakan “awak, kalau ada jodoh awak nak tak kahwin dengan saya? Saya nak memperisterikan awak.” Alhamdulillah sebab saya memang dah berazam yang saya taknak kawan main2 dan suami saya merupakan satu2 nya lelaki yang saya kenal sehingga sekarang dan saya berharap dia lah lelaki pertama dan terakhir dalam hidup saya. Suami saya merupakan seorang pemandu lori dan kerja dia sekarang menuntut dia untuk outstation dan akan balik dalam 2-3 hari sekali kalau kerja dia habis awal.
Selepas lafaz akad, nampak yang suami saya terasa lega dan dalam masa yang sama terasa ade satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Dan selepas itu saya nampak yang dia tegas dimana dia akan ajak saya solat berjemaah ataupun waktu dia kerja dia akan ingatkan tentang solat. Saya ingat yang dia juga pernah menegur saya jika saya pakai tudung yang tidak menutup sebaiknya. Sebulan kami menikah semuanya indah, saya balik keje akan masak dan nanti malam dia balik kami akan makan sama2. Saya happy buat semua tu, takda perasaan penat pun. Bila gaji pun dia akan bagi saya hampir semua duit gaji dia dan suruh saya menyimpan. Tetapi bila pertengahan dan hujung bulan semua duit dia tu semua dah hbis dia suruh transfer. Tapi selepas sebulan dia hilang pekerjaan dan disitu start berubah. Sewaktu dia tiada kerja tu dia hanya duduk dirumah saja. Saya yang pergi bekerja, balik kerja saya perlu masak, beli barang dapur, uruskan hal rumah. Duit sewa rumah saya sediakan dan bagi dia untuk dia bayar ke tuan rumah. Sampai satu hari tu saya tak masak dan dirumah memang tak da benda untuk dimakan, kami bergaduh. Pointnya sebenarnya nak dia bekerja je. Suami saya keluar ke rumah bujang kawan dia dengan mengatakan “abg duduk rumah kawan abg ade jugak makan, kat rumah ni ape ade.” dan saya tak halang langsung dia keluar sebab saya memang dah penat semua nak tanggung sendiri.
Tapi Alhamdulillah selepas sebulan lebih suami saya dapat kerja yang merupakan tempat kerja yang dia kerja sampai sekarang ni. Satu hari tu sewaktu saya balik kerja tuan rumah tahan saya, dan dia tanya duit sewa rumah. Alangkah terkejutnya saya yang tuan rumah cakap sudah 2 bulan kami tak bayar duit rumah sewa. Bermakna duit bulan lepas yang saya bagi suami suruh bayar tu dia tak bayar la. Saya keluarkan duit simpanan saya dan bayar 2 bulan duit rumah sewa. Saya bersabar untuk bercakap hal ni sehingga suami saya balik rumah sebab saya taknak bercakap dalam fon. Bila suami saya dah balik, saya bagi dia kenyang dan sewaktu kami rehat2 tu saya tanya dia. Dan dia cakap duit tu dia bayar duit Along dan dia taknak cakap lebih2 pasal benda tu. Dia mintak maaf dan nangis2 dan kata janji akan berubah, bagi dia masa untuk berubah memandangkan dia baru je start keje. Saya pun terima maaf dia dan mahukan dia betul2 berubah. Tapi sejak dia bekerja di tempat baru ni kami dah jarang sangat2 solat berjemaah, nak nampak dia solat sewaktu dia di rumah pun susah sangat. Bila saya ajak dia akan suruh saya solat dulu dan selepas tu dia tak akan solat pun. Tapi saya selalu berdoa supaya dibuka kan pintu hati dia untuk berubah dan saya cuba bertahan dengan dia.
Bila anak kami lahir, saya nampak sekali lagi bayangan suami saya sama macam selapas kami akad nikah. Dimana muka dia penuh tanggungjawab, kasih sayang. Masa beberapa hari lepas saya melahirkan pun apa saya nak dia akan dapatkan. Dia layan anak pun nampak kasih syg dia tu, bila anak tak boleh tido pun dia akan berjaga dan suruh saya tido. Tapi selepas sebulan dia mula nampak perangai dia macam sebelum ni cuma kadang2 je ok. Saya akan terasa bila anak nangis walaupun dah pujuk dia tak diam, suami akan marah saya dan ayat dia “awak ni boleh jaga ke tak? bagi susu pun payah ke?”. Saya fikir sepatut dia tolong jaga, ni dia lagi salahkan saya. Pernah sekali dia balik kerja, dia hanya tido je. Bila malam anak nangis dia akan marah saya lagi.
Kemuncaknya bila dia balik beberapa hari lepas. Dia kata nak sahur dirumah, dan sewaktu dia kata nak balik tu dah pukul 11 lebih malam. Saya pulak tgh mood nk tido dengan penat balik keje, urus anak, urus rumah. Saya pun tido, tiba2 pagi subuh saya perasan dia dah tido sebelah saya dan anak. Bangun tido dia tanya saya masak tak? saya cakap tak dan dia terus bising. Dia cakap kalau tak balik dia dah sampai tempat customer dah (dia hantar kontena). Konon dia balik nak makan masakan isteri. Dia tak fikir saya penat uruskan semua sendiri tanpa dia amik tau pun. Dan sebenarnya saya memang dah terasa hati sejak dia marah saya masa anak nangis malam itu hari pun. Esoknya pulak saya pergi checkup anak 2 bulan, sehari sebelum tu saya saje bagi tau yang saya esok keje hafday sebab nak bawak anak pegi checkup. dia tak amik tau pun saya pegi macam mana ke, dengan siapa ke. respond dia hanya “oh halfday ye esok, ok2”. So saya pegi checkup dengan ibu saya dan ibu saya ajak keluar cari barang keperluan sikit untuk raya. Saya mintak izin dia dan selepas itu point dia “awak tak masak la harini?” saya jawab nak masak ape, dkt rumah bukan ade ape pun. dia cakap telur kan ada, masak nasi dengan telur pun ok. saya pun cakap tgk la klau sempat, dia kata “oh kluar sempat plk, ke nak carikan anak ayah baru? nak rasa masakan bini pun payah.” Sebenarnya saya cuma nak dia sedar yang kalau dia nak saya masak dia pun jangan lupa tanggungjawab dia sebagai suami untuk sediakan makan pakai saya atau atleast sediakan atau beri duit bahan untuk masak. Dan antara point lain sebab saya tak masak untuk dia adalah:
1) Pernah masa awal bulan puasa saya beriya masak sahur walaupun saya tak boleh puasa masa tu dan kami sahur sama2 tapi esoknya dia tak puasa. Konon alasan dah tak tahan.
2) Dia hutang saya RM700 belum dapat bayar.
3) Duit rumah sewa bulan ni pun dia tak mampu lagi bagi, dia cakap tunggu advance mnggu depan. Saya malu dengan tuan rumah sebab kami selalu ade je masalah untuk bayar rumah sewa. Masa saya tengah pantang kat rumah mertua pun suami tak dapat bayar sewa. Bila saya dah balik lepas pantang tu saya yang kene hadap tuan rumah untuk bayar. Last sekali saya pakai duti gaji saya untuk bayar sewa bulan ni untuk taknak malu lagi dengan tuan rumah
3) Suami saya tak pernah belikan apa2 keperluan rumah, kebiasaanya saya yang akan beli semuanya. Bila dia gaji, dia akan tanya saya nak berapa. Saya akan nyatakan hutang saya (setiap bulan mesti dia ada pnjam duit saya) dan saya akan tambah dlm rm100 untuk beli barang keperluan rumah. Suami jarang sangat amik tau apa yang saya perlukan ke ape. Contoh mesin basuh, saya sewa rumah sebelah rumah ibu saya. Setiap kali nak basuh kain saya akan angkut bakul untuk pnjam mesin basuh ibu saya walaupun ketika saya sarat mengandung 9 bulan tu sehingga la dah ada anak sekarang. Takde inisiatif langung nak mudahkan isteri buat kerja untuk belikan mesin basuh ke ape. Padahal range gaji bersih dia sebulan 3-4k dan dia takde apa2 komitmen pun. Saya kadang pun kenapa sampai sekarang tak pernah cukup duit dia.
Jadi saya fikir dia nak saya masak dan saya jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri, tapi dia tu jalankan ke tanggungjawab sebagai seorang suami? Dengan nafkah untuk saya pun tak pernah bagi, itu saya tak kisah sangat sebab saya ada duit gaji sendiri, Keperluan rumah semua saya yang fikir. Takkan la saya yang kene beli barang dapur, saya yang kene masak, dia senang lenang je lepas tanggungjawab macamtu. Kerja rumah plk klau datang mood baik dia baru dia tolong, kalau tak takde la nampaknya. Suami jarang amik tau hal rumah, contohnya kalau saya suruh tolong buang sawang dekat rumah, sampai kesudah saya jugak yang kene buat. Ataupun sebelum ni dia ada dapat rak tv, dia biar je kat depan tu. Saya ajak alih dia tangguh2 kan sampai la saya sndiri yang alihkan rak tv tu sewaktu saya mengandung 8 bulan. Kadang2 saya rasa macam saya yang pikul tanggungjawab suami dan saya lah isteri. Saya tak tau macam mana nak tegur dia, kadang saya takut nak cakap sebab nanti dia fikir saya ni mngungkit. Jauh disudut hati saya, saya sayangkan suami saya sangat Lillahitaala dan saya nak dia berubah. Saya nak dia macam dulu, saya nak dia tunaikan janji dia dulu. Daripada buruk2 perangai dia tu ada jugak baiknya dan saya tau dia pun banyak bersabar dengan perangai saya. Saya tak tau macam mana nak sedarkan dia yang saya cuma nak dia berubah jadi suami yang baik. Saya nak dia tau ape tanggungjawan dia yang sebenarnya, bukan jadi suami ni cuma tau pergi kerja, bila balik kerja tau rehat je taknak diganggu dengan alasan penat. Jadi kite sebagai isteri ni tak penat ke. Saya boleh berkorban tido, penat saya kalau dia pun boleh berkorban diri dia untuk berpenat untuk kami sekelurga. Sebab saya dah penat selama ni penat sorang2.
Tolonglah bagi saya idea sebab saya memang taknak hilang suami, saya cuma nak dia berubah je.
– H
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit