Assalamualaikum,
Selalu kita tengok dekat FB ni masalah maid dengan majikan..sama ada maid buat hal atau majikan yang buat hal.. Bagi saya, selalunya maid yang buat hal bukan majikan.So, ini kisah saya dengan maid dan perangai diaorang.. First sekali,korang jangan salah faham lak yang saya ni kaya sebab tu ada maid. Maid ini terpaksa ambik je sebab mak saya sakit dah 19 tahun.Buat masa ni saya la uruskan mak saya.tapi penyakit mak saya ni pelik sikit.makan ubat jadi terlampau bertenaga.kita pegang dia pun,kena lawan dengan dia.Akibatnya beberapa kali dah rahim saya jatuh,tangan saya berbalut beberapa kali sebab kena tekanan kuat dari mak saya.Yang paling teruk,bangun pagi masa berdiri tu, saya jatuh..bila jalan serupa tak ada kaki..kaki pula kena tekanan kuat.tapi yang jadi semua ni selepas tiada maid lagi. Bapa saya kerja goverment je.Sekarang dah arwah. ada pun pencen je,separuh dari gaji yang dapat pun.kira kalau dapat tu,cukup2 makan je.
Berbalik kepada maid. Dalam awal tahun 2001 tu start dah ada maid..tp macam biasa la ada saja masalah.yang duduk lama masa tu setahun.Datang sorang tu dari jawa, tahun 2003..yang ni bagus la..kerja rajin semua..suh call bagitau family atau hantar surat dekat family pun dia tak nak.diaorang ni datang selalu 2 tahun je.so dia cakap tak nak balik dan nak sambung.jadi 4 tahun..selama tu la tak ada khabar berita dia dekat family walaupun kita suruh bagitau.Kebetulan tahun 2004 berlaku tsunami.Lagi la kita paksa dia suh bagitau tapi dia tak nak.ya la sebab malaysia pun kena tempias tsunami masa tu.karang family dia ingat dia dah mati.So masa nak balik tu,dia cakap nak datang semula. Gaji dia separuh dia bawa balik dan separuh tinggal sini. Lepas sebulan dia datang balik.kitaorang ambik dia dekat KL (airport). Start tahun ke 6 dan ke atas, jiran sebelah ada maid..mula la bersembang.. Untuk pengetahuan, gaji dia bapa saya pegang.. Kira kalau bagi dekat dia pun paling banyak 200 je utk dia simpan. Masa tu gaji diaorang ni murah dalam RM350 ja..Itu cerita zaman tu..Sekarang dah RM900..
Kitaorang pergi mana pun bawa dia.. Tak kira la holiday ka,rumah orang ke.. So bagi dia kebebasan nak ke kedai. Sekali tu,tokey kedai runcit bagitau, yang dia datang curi minyak rambut.tengok dekat CCTV.start kawan dengan maid jiran sebelah mula la perangai dia. Dari tak ada HP,ada HP.. kejap lagi beli emas.pelik mana dia dapat duit.dah tu,arwah bapa selalu cakap yang duit dia letak atas meja kadang macam dah kurang. Sekali tu pagar rumah semua tutup.tapi tengok pintu kereta buka,dan bekas duit syiling dalam kereta ada dekat tembok pagar..Saya pun saja la cakap,panggil polis,bila polis mai dia ambik cap jari semua orang..macam gempar2 sikit bagi dengar dekat dia. Esok tu duit semua yang hilang dari kereta dah ada. Duit yang sebelum tu hilang, ada celah baju dalam almari.Ko rasa ada hantu nak buat?
Selalu dia la masak,sebab saya belajar..adik pun belajar.Jadi sambil dia tengok mak saya dia buat kerja rumah dan masak. Masa ni juga bila minta dia nak makan apa2, dia cakap buat sendiri.serupa dia majikan.Sama halnya jadi dekat rumah sebelah..Anak dengan mak gaduh sebab maid..diaorang suka lagakan orang.Bila saya masak kek atau apa,kalau ada tumpah sikit, dia beleter.So saya panas hati.. saya cakap la kat dia hang aku. Saya kata “hang ni kalau aku tak buat kerja, hang bising p cucuk dekat bapak kata aku malas. Bila aku suh hang buat,hang suh aku buat sendiri.Bila aku buat sendiri, hang bising lak kata tumpah dan kotor.Jatuh sikit saja.Dah tu hang nak apa sebenar?sebab tu la aku malas nak buat.Sebab apa aku buat jadi masalah dekat hang.Hang ni batu api sikit2 report dekat bapak.Hang p kedai ka,mana2 tempat pun mesti ada juga tumpah sikit”. Dia sengeh…Saya meluat dekat dia start tu.apa2 sikit dia suka report dekat bapa saya..kadang mak saya nak makan pun dia buat camtuh gak.mak saya mana leh masak, sebab dah tak sihat.
Itu belum lagi kalau datang sedara mara yang pergi menyembang dengan dia.habis dia kutuk kita semua. Bab mencuri jangan kata la..Cukup 10 tahun 2013, dia cakap nak balik dan nak datang semula..tiket fligt pun kitaorang beli tak potong gaji dia,beli yang pergi dan balik.dia balik sana,gaji bagi lebih dari separuh.baki dalam 3k je tinggal sini.baju pun dia tak bawa balik semua.Beg dia,dia tinggal sebab kata tak muat.bawa beg saya lak balik.sebab dia buh langsir yang berat2 mak saya kasi dekat dia.Masa nak balik,baju yang elok2 lagi tak nak pakai kita dah bagi kat dia.baju adik yang MRSM tu cakap tanya dia dulu.dia tak tanya dia ambik bawa balik.Bila dah balik adik cari..Kemudian tanya la dia,mana baju adik.dia cakap “aku dahh bagi dekat jiran”. Saya pun sound la dia kat HP tu..cakap “aku dah kata kan suh tanya adik.yang hang tanya ka dak?hang ambik,hang buat kelam.Lepas ni orang kata jiran hang ngaji MRSM”. Cukup masa nak kena datang,dia tak datang.sampai hari ini.duit tak datang ambik.no HP dah tukar. dia bagitau dekat kawan mak saya yang dia nak balik kawin.sedangkan laki dia tak ceraikan dia lagi.gantung tak bertali.SO dah tunggu punya tunggu dia tak datang,barang dia baju dia,semua dah bagi dekat orang.sedekah.
Ambik maid lain lak..start sini maid bersilih ganti.ada yang datang paling lama sejam..dia cakap saya tak boleh buat kerja rumah,saya boleh jaga orang sakit je..hantar balik.sebab kita request dekat ejen yang boleh buat kerja rumah dan jaga orang sakit. datang pula lps 3,4 hari orang lain lak.itu pun sejam je..saya tak boleh jaga orang sakit tapi boleh buat kerja rumah je.hantar balik. ada yang datang dok maain tali rafia buat2 nak gantung diri dia.ada yang suka menilau dekat luar rumah macam orang 3 suku.ajar la 10x pun tak masuk dalam kepala dia. Yang sorang tu malam2 dia nak cekik mak saya. Makan minum kita bagi..tapi maid sendiri tak tau hargai. tidur dengan kita sekali dalam aircond.korang nak cakap tak anggap macam family lagi?zaman sekarang,maid yang datang lebih bijak. tambah yang dari negara seberang tuh. kalau dulu bapa baju penuh 1 beg,beg pun besar,sekarang bawa baju beg kecik,baju 2,3 helai je..baju pun ada koyak.berus gigi tak bawa..selama dok dekat ejen macam mana diaorang gosok gigi?bila ditanya,diaorang akan cakap share dengan kawan.
Bila kita dah bagi baju yang cantik semua,dia cakap saya tak nak kerja sini.baju dah ambik, pergi kerja rumah orang lain pula.Ejen pun sekarang ini bijak belaka.kadang dia pakat dengan maid siap2…tarikh sekian2 awak lari atau cakap nak balik..saya ambik..maka maid pun buat camtu.kalau diaorang buat camtu,ejen dapat duit..kita gaji hari..sehari rm55..kau kira kalau dia buat hal hari ke 15.. 15xRM55 dah berapa.. Itu kalau kau ambik cara gelap la..ambik cara gelap nak tukar kena camtu..ambik cara gelap bayar dekat ejen RM10,000 camtuh…gaji bulanan murah sikit dari yang ambik cara betul..murah dalam seratus..kalau ambik cara betul, harga dia RM14,500 termasuk GST.. gaji mahal sikit la..
Itu belum yang datang kerja,malas nak kerja,datang untuk melancong…dia cakap dia sakit..kecap ada tumor..kat belakang rumah ada tangki air…dia pergi tauk pad dia dalam tangki..kemudian dia cakap ada HIV…zaman sekarang nak dapat maid yang betul2 ok tu, 2 dari 100 orang je..yang dekat rumah ni, ada anak2 makcik tu pergi kerja..makcik tu suh maid tu buat kerja..alih2 dia acu pisau dekat makcik tuh. itu belum masuk yang tinggal orang sakit dekat rumah anak pergi kerja..dia suap makcik tu dengan jolok kuat2..sekali jiran mengendap kot tingkap sbb makcik tu selalu menangis kuat2..esok tu mereka call anak makcik tu,suh datang tengok apa maid tu buat dekat makcik tu..depan anak,maid tu pijak semut pun x mati..yang rumah sedara dekat putrajaya,dia lari rumah masa semua orang pergi sekolah dan kerja..buka pintu rumah ternganga camtu..itu nak mengundang perompak namanya..
kalau cakap baik buat kerja sendiri, tak semua orang mampu..nak harap kalau kita pergi belajar biar mak kita sorang2 dekat dalam rumah bahaya..karang jatuh ke apa ke lagi susah..nak kata tak anggap macam family,mana kita pergi kita bawa.kita makan sedap2 pun,kat dia pun kita kasi.dah tu nak apa lagi?korang yang tak ada maid,akan cakap kesian bila maid kena dera..diaorang kadang kena dera tu mungkin perangai lebih teruk dari apa yang saya cerita..ya,ada majikan yang jahat..tapi 10% sahaja..kalau rumah orang lain kasi kain suh lap rumah,kita kasi mop.tapi tak tahu bersyukur..biasa rumah non muslim yang maid cerita kena masak babi..tapi ada je non muslim yang jaga maid,suh puasa,suh solat..ada..bukan tak ada..itu saja cerita saya..sekian..
– Naaz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit