Mainan Jiwa

Hi dan salam semua pembaca, moga kalian sentiasa di bawah lindungan yang Esa. Aku Seroja, 20-an.

Aku sedang berfikir tentang hidupku lantas membuatkan aku ingin coretkan luahan hati yang membuak-buak. Kelu, sedih dan putus harapan rasanya.

Mungkin bagi pembaca ianya remeh tapi buatku berat di hati seorang pencinta. Ya, aku dan Muaz sudah dua tahun menjalinkan hubungan jarak jauh.

Di awal waktu perkenalan, aku dan Muaz bertemu tanpa sengaja sewaktu aku menjalani latihan industri. Tetapi hanya lima hari bersua muka kerana tempoh ku sudah tamat.

Kami berhubung melalui aplikasi sahaja kerana niatnya ingin berkawan denganku. Aku terima kerana aku bebas berkawan dengan sesiapa.

Aku juga tidak pernah menjalin hubungan cinta kerana keluarga melarang sama sekali. Jadi, aku dan Muaz berkawan dalam beberapa bulan.

Aku juga jenis “happy go lucky” kata orang. Sepanjang berkawan, Muaz bertanya perihal semasa dan juga bercerita tentang keluarganya.

Lama-kelamaan, aku mula pelik dengan caranya. Selalu tanya tentang hati dan perasaan sedangkan aku ketika itu “noob” dalam mengenal dunia cinta.

Dalam beberapa minggu, dia menyatakan dia suka pada aku. Berdebar, terkejut dan aku pucat!! Maaf ini kali pertama seseorang meluahkan perasaan terhadapku.

Aku pelik kenapa suka aku. Katanya aku baik, masya ALLAH. Aku biasa-biasa sahaja.

Aku tidak menolak malah segera memberitahu kedua orang tua ku. Aku risau jika ibu marah. Hahaha, sebab aku tak pernah bercinta. Tapi reaksi ibu tenang, ibu suruh aku berkawan dulu.

Aku beritahu Muaz yang aku tidak menolak lamarannya, aku okay jika kita berkawan dahulu. Dia menyatakan rasa syukur atas keputusan ku.

Saat itu, dia serius ingin menjadikan aku suri hatinya. Tahap seriusnya sampai dia mula kumpul duit. Berniaga kecil-kecilan.

Aku pula tidak mahu perhubungan ini menjadi sia-sia. Di setiap perbualan aku selitkan apa perancangan aku. Begitu juga dia.

Berhubungan melalui aplikasi WhatsApp sahaja. Kami tidak pernah bertemu sejak aku tamat latihan industri. Ibu bapa ku melarang keluar berdua duaan.

Aku ketika itu yakin dengan bait-bait kata dia taburkan. Dia, lelaki sangat baik. Tutur kata lembut berbanding denganku emosi berubah-ubah.

Waktu ulangtahun ku, Muaz post kan hadiah. Aku segan. Allahu. Tidak lekang dengan kata-kata positif. Moga Allah murahkan rezeki mu.

Masa berlalu sudah dua tahun, aku sudah bekerja di pantai timur begitu juga dia bekerja di kota raya. Akan tetapi aku tidak pernah lagi bertemu dia.

Kami memang tidak pernah video call hanya chit chat dan call sahaja. Call pun hanya sekejap sahaja. Aku faham dia sibuk dan dia juga faham aku.

Muaz menyuruh aku sabar sampai dia betul stabil. Lama-kelamaan aku sedih, aku terlalu rindukan dia. Dua tahun begitu lama.

Dia juga berjanji untuk menikahi ku tetapi aku berserah pada yang Esa. Perancangan Tuhan tu lebih baik. Aku berdoa semoga Allah permudahkan segalanya.

Mengenaiku, keluarganya hanya mengetahui nama ku sahaja. Yelah tidak pernah bersua muka, hanya melalui gambar sahaja. Begitu juga dia, ibu bapa ku hanya tahu rupanya melalui gambar sahaja.

Mainan jiwa bermula, aku melihat seorang lelaki iras wajahnya. Menangis dalam diam sahajalah. Emosi aku turun naik. Cuba untuk mengawal diriku bahwa ini mainan jiwa.

Lelaki itu sudah berkahwin. Lingkungan 29 tahun. Aku cuma rasa berat perasaan ini. Asyik bermain di minda dan jiwa ku.

Aku berdoa pada yang Esa moga jagakan diriku ini. Lantas aku menceritakan hal itu kepada Muaz. Katanya, jangan aku jatuh cinta pada suami orang sudahlah.

Dia percaya aku akan menjaga diriku untuknya. Akan tetapi, susah untukku. Setiap pagi, aku elakkan dari berjumpa dengan lelaki itu di pejabat.

Kadang secara tidak sengaja, bertemu di pantry. Aduhai hati, Kuatkan lah imanku. Aku sebenarnya tak kuat. Aku jadi sedih. Perhubungan jarak jauh ini begitu mencabar. Mungkin ini dugaan ku. Bukan mungkin! TAPI iya dugaan.

Mohon pembaca doakan aku kuat dan tabah agar aku tidak jatuh cinta dengan suami orang. Tidak mahu aku menyakiti kaum sejenis ku.

Ya Tuhan, muka iras-iras lagi lah kuat perasaan ini. Berat di hati seorang pencinta seperti ku.

Mohon pembaca doakan semoga perhubungan aku dan Muaz hingga ke akhir hayat. Jika Muaz untukku, dia menjadi cinta pertamaku. Andai bukan, moga Allah jauhkan dengan rasa lapang di dada.

Menyusun jutaan maaf andai luahan ini remeh, tetapi aku perlukan tulisan terapi untuk legakan apa yang terbuku di hati.

Terima kasih pembaca sudi komen yang positif, Aku perlukan kata-kata positif memandangan aku struggle dengan keadaan sekarang dan juga negative critism, Moga Allah merahmati pembaca semua. Bismillah, Assalamualaikum.

– SEROJA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *