Salam semua.. Aku seorang isteri yang baru sahaja melayari alam rumah tangga selama 3 tahun, masih terlalu muda dalam alam perkahwinan..
Perkahwinan yang dibina atas dasar saling cinta sejak zaman remaja dan segalanya indah, tipu lah kalau tiada dugaan..
Namun semua cabaran dugaan terutama wang ringgit kami berjaya atasi bersama.
Aku boleh dikatakan mempunyai gaji yang stabil cukup bulan akan dapat dan suami pula bergantung kepada musim cuti sekolah, ada hari pelanggan ramai InsyaAllah akan ada lebih rezeki..
Tidak pula aku merungut bahagian perbelanjaan, hujung bulan kebiasaan aku akan minta duit belanja pada suami.
Untuk urusan anak, urusan rumah suami tidak kekok membantu walaupun ada sesekali datang malas lelaki (tinggal pinggan dalam sinki, baju kotor tidak diletak ditempat sepatutnya).. Itu normal ya gaisss.. hehehehe.
Aku seorang yang tidak akan buka beg suami hatta untuk mengira berapa duit di dalam dompet pun aku tak tahu berapa, apatah lagi cek telefon suami..
Tapiiii, suami memang akan sentiasa pastikan telefon di lock sebelum tinggal dan ada password..
Pernahlah dulu aku tanya sambil gurau sebab apa letak password, tak bagitahu pun password apa, suami boleh persoalkan balik sebab apa nak sibuk tahu password.. bukan ada nak sorok pape..
Kalau korang nak tahu semuanya ada password even galeri telefon.. api curiga kekadang ternyala disitu tapi aku masih husnuzon ye gaissss husnuzon..
Hal ini lama kelamaan buat aku makin curiga bila suami terlampau lama di dalam bilik air tapi tak de bunyi air pun..
Dan aku cuba cari telefon suami di setiap sudut rumah memang tak de, bila dah siap mandi ehh tiber boleh pulak telefon tu ada atas meja..
Aku semakin curiga dan doa ya Allah kau tunjuk kan lah kebenaran ya Allah.. Dan aku tak tahu memang Allah nk tunjuk atau macam mana aku ternampak suami letak telefon di dalam bilik air..
Hancur hati aku, gigil tangan aku.. semua bende berputar, masih cuba bersangka baik namun dah tak boleh..
Aku cuba vc namun tak de dengar bunyi telefon.. la aaaa sangat aku cuba sepanjang suami di bilik air, lama tu baru angkat tanya kenapa..
Aku tanya suami letak mana telefon, suami bagitahu ada dalam bilik..
Terus aku tanya sejak bila mute telefon, sedang kan kalau aku mute tengah malam di marahi ditegur berulang kali..
Suami senyap tiada jawapan, pernah aku tegur nak bawak telefon dalam bilik air sebab apa.. Suami boleh soalkan aku kembali sebab apa tanya..
Ya Allah, tiada kekuatan untuk aku berterus terang, aku bimbang perkara ini akan buat kan aku tidak stabil emosi.. Menyebabkan aku terus diam sediamnya dan suami terus tutup situasi seperti tak de apa berlaku..
Setiap kali kantoi aku akan beremosi, tidak rela disentuh, tiada mood untuk bercakap bermesra..
Suami seperti biasa telefon sentiasa di tangan, tapi kalau aku soal kembali suami akan sengaja tinggal telefon di tempat yang aku akan nampak..
Tolong aku pembaca semua, adakah aku seorang sahaja yang overthinking, adakah hanya perasaan curiga yang sia sia atau ini petunjuk yang selalu aku mohon untuk tunjukkan..
Para pembaca lelaki, adakah perkara ini normal untuk lelaki membawa telefon masuk ke bilik air, duduk lama lama dalam bilik air.
Doakan aku kuat semangat untuk anak, doakan aku dipermudahkan urusan, doakan aku diberikan petunjuk.
– Isteri Curiga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit