Majikan Bukan Selalu Betul

Assalamualaikum, thank you admin sebab sudi approve confession ni.

Aku perkenalkan diri aku, aku Mack (bukan nama sebenar dan aku wanita), 23 tahun dan bekerja di syarikat swasta selama 2 tahun sebagai salah 1 orang yang paling banyak berkomunikasi antara semua bahagian. Aku ada diploma, bidang yang takde berkait rapat sangat, tapi still relatable.

Company aku kerja ni adalah company islamik di mana menjalankan perkhidmatan pengajian kepada yang memerlukan dengan kadar yuran tertentu. Company kecil, ditubuhkan hampir 5 tahun.

Aku suka kerja aku, aku suka orang yang aku uruskan, aku suka bidang ni sebab sikit sebanyak membantu aku jadi lebih baik dari masa ke semasa.

Aku adalah seorang yang sukakan suasana riang, rakan kerja yang tak ramai and aku happy dengan keadaan ini sekarang.

Waktu aku mula kerja dulu, company takde database, takde rekod apa2, semuanya manually. So aku la yang cari dan buatkan database (free) supaya staff boleh access walaupun aku tak tahu apa2 pendedahan sangat pun pasal database tu.

Tapi semua dihujung jari, hingga ke hari ni database online yang aku buat tu masih digunakan dan ditambah baik. Aku anggap ia 1 kebahagiaan aku + my achievement. Kemudian, makin banyak perkara yang aku belajar dan aku suggest aku penambahbaikan. Dari tak tahu guna Excel, dah boleh guna.

Bila mana kerja dah makin senang, hati lagi seronok nak kerja. Komunikasi aku bertambah baik, dan product knowledge jugak bertambah baik. Bos aku pun mintak aku share tips komunikasi yang aku tau pada staff2 baru. I loved it!!!

Tapi, sekarang hati aku dah tak sama macam dulu. Bila mana aku dah sungguh2 bekerja, perkemaskan lagi product knowledge, mantapkan lagi skill itu ini. Tapi takde siapa yang appreciate.

Increment sekali je selepas confirm dengan gaji RM1300 hingga sekarang dengan komitmen RM1000 Per month and yang paling aku sesalkan sekali, tiada caruman Perkeso walaupun dah ditolak dari gaji aku for whole 1 year (2019)

Aku dah call pihak Perkeso untuk confirmation berkenaan caruman. Tapi malangnya, memang takde. Hati aku dah meronta ronta nak submit report, tapi bila fikir periuk nasi masing2, aku jadi tak sampai hati.

Aku bincang dengan officemate, tapi aku tengok takde riak marah pun sedangkan aku dalam hati, hanya Allah yang tahu. Mungkin officemate tak risau pasal keselamatan dan kebajikan? Huhu, i dont know… Ermm.

Bos aku ni, baik je, sangat pentingkan pekerjanya untuk selalu buat solat dhuha supaya dimurahkan rezeki, tapi kebajikan dan benda yang diwajibkan sebagai majikan pulak dia tak buat. Aku tahu, ada yang pernah lalui ni, dan ada yang kata aku bodoh sebab stay. Tapi sebab belum ada rezeki tempat lain.

Aku kalau ikut hati, dah lama angkat kaki, tapi masih mengenangkan komitmen yang tinggi, jadi aku tak mampu berhenti sebelum dapat kerja lain. Aku siap buat part time gaji RM6/Jam untuk tambah pendapatan.

Aku harap, confession aku ni, para majikan boleh baca dan semak kebajikan staff dan bukan keuntungan semata-mata. Buat staff pula, aku doakan supaya kita dipermudahkan urusan dan kebajikan kita dijaga.

Aku ni tak mintak lebih pun, cukuplah Socso, EPF, EIS ditolak dengan betul dan dimasukkan dengan betul.

Sesetengah company sediakan staff macam2 benefit. Panel clinic, medical card, dental care check up. Tapi aku takde, cukupla basic kebajikan aku ni dijaga seprti mana yang ditetapkan. Tapi aklau basic ni pun susah, apatah lagi yang lain kan?

Oh mana yang tanya kenapa komitmen aku tinggi kan, sini aku cakap. Kita hidup di era masa kini, dan tak semua perjalanan hidup sama. Tanggungan berbeza, taraf hidup pun berbeza. Insurans, parents, minyak motor, service dan banyak lagi. Jangan list banyak2, nanti pening pale hahah.

Akhir kalam, terima kasih kerana sudi membaca. Mungkin boleh suggest pada aku apa yang aku boleh buat untuk ajar majikan aku cukup2. Selain report jabatan buruh, ada benda lain tak yang boleh buat dia kecut perut, so nanti dia tak buat lagi. Hahaha thank you semua.

– MACK (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *