Majikan dan Pekerja

Pertama sekali terima kasih kepada admin kerana publish confession ini. Saya rasa terpanggil untuk menyentuh isu berkaitan majikan dan pekerja dalam konteks yang berlaku di sekeliling kita.
Majikan merupakan pihak yang memberikan pekerjaaan atau mengusahakan sesuatu perusahaan.Manakala pekerja pula bermaksud individu yang memberi khidmat untuk memperoleh pendapatan.

Majikan haruslah memainkan peranan penting dalam membentuk organisasi beliau sebagai sebuah organisasi yang disegani dan dikenali selain dibantu oleh pekerja dalam menyokong organisasi untuk terus bertahan. Tetapi dalam membentuk organisasi yang hebat, dikenali dan disegani, majikan haruslah mempunyai nilai-nilai kemanusian didalam diri. Sebagai contoh majikan haruslah menghormati masa pekerja. Elakkan dari mengganggu pekerja pada hujung minggu dan selepas tamat waktu bekerja. Sesetengah majikan selepas waktu bekerja akan mengadakan meeting, berjumpa client, dan srbagainya. Pekerja diberi arahan untuk mengikut semua perintah majikan dengan tiket “aku boss, aku berkuasa”. Jangan guna tiket itu kerana hidup ni umpama roda. Kadang2 kita diatas, kadang2 kita dibawah.

Selain itu, membayar gaji tidak setimpal dengan kerja atau ekonomi semasa. Sebagai contoh seorang pekerja diberi scope kerja yang complicated dan memerlukan kos untuk keluar site dan sebagainya, jadi agak tidak relevan majikan membayar gaji rendah dan tidak menyediakan elaun pengangkutan dan sebagainya. Selain itu, Ekonomi sekarang memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Jadi majikan haruslah membayar gaji pekerja sesuai dengan ekonomi semasa. Jika majikan menafikan hak pekerja,majikan tersebut telah melakukan penganiayaan terhadap pekerja. Allah tidak redha, jika allah tidak redha perusahaan kita tidak diberkati, apabila tidak diberkati akan ada masalah yang timbul di perusahaan kita. Sebagai contoh masalah untuk mendapat supplier, allah menutup mata-mata supplier untuk membekal bekalan di perusahaan kita. Jadi kita menghadapi masalah mendapatkan stok. Selain itu, masalah  pekerja, pekerja yang sering berhenti dan tidak kekal. Hati manusia allah yang pegang, jadi allah menjentik hati pekerja-pekerja di perusahaan itu untuk berhenti asbab allah x redha atas penganiayaan yang kita lakukan. Penganiayaan itu bukan berbentuk seperti pukul dera dan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, cuma sekecil perkara seperti kita menarik muka masam dihadapan pekerja. Terdetik dihati pekerja rasa “aku ada buat salah ke”. Jadi sebagai majikan, muhasabah diri kita dan perbetulkan jalan perusahaan yang kita lakukan. Belum terlambat untuk kita menjadi ketua atau pemimpin berpaksikan peribadi Rasulullah SAW.

Selain majikan, pekerja juga memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Pekerja haruslah mempunyai sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.  Bagaimana menjadi pekerja yang amanah? pekerja yang amanah akan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Ramai antara kita terlepas pandang tentang hukum gaji yang kita terima apabila kita tidak melaksanakan amanah dalam kerja yang kita lakukan. Sebagai contoh, masuk kerja lewat minta tolong rakan punch card kan, tiba pukul 9, mnum pagi, borak-borak bersama rakan sepejabat sehingga pukul 9.45, masuk pejabat on komputer log in facebook setengah jam buat kerja 15minit sambung facebook sejam dan seterusnya, pukul 5 siap berkemas untuk pulang. Hujung bulan dapat gaji. Gaji yang diperolehi adalah dari sumber yang tidak berkat. Kenapa tidak berkat sedangkan pekerjaan kita halal? tidak berkat kerana kita telah mengambil waktu yang bukan hak kita untuk kepentingan kita. Gaji itu akan menjadi darah daging, satu keturunan kita akan terjejas dek kerana kekhilafan kita itu.

Seterusnya, janganlah mengambil kesempatan terhadap majikan. Sebagai contoh menggunakan harta organisasi untuk kepentingan peribadi. Ramai antara kita melakukan hal ini contohnya, memggunakan kereta syarikat bukan untuk urusan kerja, menggunakan mesin photostat, printer dan sebagainya untuk urusan peribadi. Membawa balik alat tulis(pen) organisasi untuk kegunaan sendiri dan banyak lagi situasi yang kita anggap sebagai perkara remeh tetapi besar akibatnya didalam kehidupan dan keturunan kita. Ramai antara kita yang tidak tepati masa. Demi masa sesungguhnya manusia kerugiaan melainkan orang yang beriman dan beramal soleh. Sekali lagi ingin ditegaskan kepentingan masa. Ramai pekerja tidak menguruskan masa dengan betul. Sebagai contoh, jika sesutu tugasan telah di beri timeline, siapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi memudahkan   urusan semua pihak. Selain itu, tepati masa sepanjang waktu kerja contohnya masa hadir, masa rehat dan masa balik. Last but not least, pekerja haruslah bertimbang rasa dalam membuat keputusan untuk meninggalkan sesuatu organisasi. Janganlah berhenti tanpa memberi notis terlebih dahulu. Sediakan notis sebulan awal bagi memudahkan majikan mencari peganti. Sampai sini sahaja nukilan saya sebagai seorang majikan dan pernah menjadi pekerja. Selamat berpuasa dan sekian.

– Anne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *