Mungkin ramai diantara korang yang punya majikan dari neraka. Pelbagai gaya pulak tu. Ada yang seksual harassment, ada yang jenis kaki buli staff dan macam-macam lagi.
Aku dan officemate aku pun tak terkecuali. Cuma aku minta, korang jangan judge apa-apa. Hanya baca dengan hati yang tenang dan cukup sekadar doakan kami kuat dan boleh hadap setiap hari.
Aku graphic designer tapi self taught. Tak ada diploma atau degree. Semua aku belajar sendiri. Illustrator, photoshop, lightroom, in design.
So atas recommended dari seorang kawan, aku pun bekerjalah di sebuah company ni, sebagai graphic designer. For starters, ni company Enterprise tau. ENTERPRISE. Kawan aku tu kira ex staff la. Awal-awal dah warning aku supaya berhati-hati. Aku husnudzon je.
Aku buat kerja semua dari rumah memandangkan belum ada office and segala urusan jual beli, simpan stock etc adalah di rumah bos aku. Dalam masa yang sama aku jaga sales dan socmed marketing juga.
Basic aku taklah tinggi. Seribu lebih je which is gaji aku masa tahun 2009 masa tu kerja apprentice and junior graphic designer kat sebuah company publishing.
Skop kerja aku ialah buat design untuk socmed gambar-gambar produk, packaging, flyers etc, jaga IG dan Page FB, buat sales dan jaga ejen and dropship. Aku ke rumah dia seminggu 2-3 kali je untuk meeting dan ambil barang kalau ada customer nak COD. Aku pun provide pembaharaun dalam sistem reseller.
At first semua okay, sampailah bila bos aku nak buka ofis.
Masa ni staff ada dua orang je. Aku dan seorang akak ni, budak akaun. Tapi samalah, all rounder.
Neraka start from here. Bila bos dah nak buka ofis, which is kami memang support sangat-sangat. Aku kerja nak dekat setahun dah masa ni. Dan aku pun tak rapat sangat lagi dengan akak akaun tu. Gitu-gitu jelah.
Bos aku ni husband and wife. Sebelum ni husband dia kerja tempat lain, so decide berhenti kerja sebab nak tolong bini katanya. Okaylah. So dia handle bahagian production. Kira Co Founderlah!
Staff bertambah 3 orang lagi. Kerja-kerja sales socmed dan jaga ejen semua diambil alih oleh staff baru, dua orang dan yang jaga stokis and rank-rank atas ni sorang.
Aku dah tak best dah walaupun rasa ringan beban. Sebabnya :
1. Staff baru masuk, training takde terus suruh buat kerja. Lagilah yang sorang staff baru tu budak baru habis SPM. Apa dia tau pasal sales and marketing?
2. Suruh bagi kelas kepada reseller. Member baru kerja tak sampai 2 hari kot. At least kena provide training 3 bulan dulu.
3. Member kerja baru 2 minggu, dah judge cakap dia tak boleh buat kerja. Padahal probation 3 bulan.
4. Bos aku laki bini ni terus serah tugas bulat-bulat pada team sales ni tanpa TRAINING. Terkulat-kulat diaorang nak buat kerja.
5. Aku angkut PC aku dari rumah sebab diorang BELUM MAMPU nak provide PC untuk aku.
Aku langsung tak boleh brain wei. Member terus kena warning letter atau diberhentikan kerja. So staff sorang tu pilih untuk berhenti. Jadi dia dapat gaji pun untuk dua minggu je la.
Masa ni aku dah start rapat dengan semua staff. Yang buat kitaorang ni rasa sakit hati tu sebabnya masa dia laki bini interview yang berhenti tu, kemain bangga sebab ada staff yang ada degree siap update kat socmed dia lagi. Lepas tu kerja pun tak boleh buat (aku tak salahkan staff tu).
Korang bayangkan, dia suruh staff tu tiru bulat-bulat macam company lama buat sales (bekas tempat kerja staff tu pun jual produk jugak). Senang cerita sistem untuk sales tak adalah. Tu sebab meniru cara orang.
Aku ni pulak jenis kerja, sekali kau cakap aku dah faham dan jangan ganggu kerja aku. Ni tak, bos lelaki ni siap berdiri sebelah aku pantau tengok aku buat kerja macam mana. Lepas tu, setiap jam follow up kerja aku. Aku memang tak selesa dan kerja jadi lambat.
So aku bagitahu untuk tak kacau aku buat kerja kalau nak cepat siap dan aku tak selesa dia dok perhati aku buat kerja. And dia tak buat lagi. Aku cerita sikit skop kerja bos laki ni. Dia ni jaga production, kena pergi kilang, printing etc. At the same time dia supervise juga staff bagi pihak bini dia, yang sekarang memang dah macam tokan besar kat ofis. Dia pun akan buat ads dan jaga website.
Masa nak buat website tu serius aku stress. Sebab dia tak sampaikan dengan betul apa yang dia nak. Bini dia memang lepas tangan la. Tak ada check apa pun. Aku tak campur bab website walaupun sebenarnya aku boleh buat website. Aku just provide gambar je.
Aku bagi list lagi apa yang buat aku meluat kerja sini :
1. Suka cari salah staff.
2. Tak pernah double check kerja staff. Bila staff buat salah masa dah finalize dan print terus maki hamun.
3. Suka push staff buat kerja.
4. Tahulah kitaorang ni staff, tapi tak perlulah panggil kitaorang staff sepanjang hari. Kitaorang ada nama kut.
5. Nak ada gap antara staff dengan majikan sebab takut staff pijak kepala.
6. Tak bagi staff sesama staff rapat sebab takut staff mengumpat bos.
7. Senang cerita selagi ada staff, selagi tu pergunakan untuk kepentingan diri.
8. Suruh dan paksa staff untuk 100% komit dengan syarikat. Bermaksud 24 jam suruh staff semua update pasal produk dia dan tak bagi staff jual produk lain.
9. Bergaduh dengan ramai orang. Even dengan reseller pun boleh gaduh. Founder apa ni?
10. Cepat sentap. Baca status orang lain meroyan, dia pun ikut meroyan ingat orang tu tuju kat dia.
11. Suka bergaduh laki bini kat ofis.
Aku tak pernah jumpa orang macam ni. Serius. Takut gila staff mengumpat dia. Siap cakap SAYA NAK ADA GAP MAJIKAN DENGAN PEKERJA. AWAK KENA HORMAT SAYA. So kau tak perlu hormat kitaorang lah ye? Banyak cantik muka kau. Benda basic. Kau nak orang hormat kau, kau kena hormat orang dulu. Staff pun ada life. Bukan 24/7 nak hadap kerja je.
Satu lagi jenis, aku tak suka buat kerja last minit. Sebab aku terpaksa bawak balik rumah kerja tu. Masa aku dengan keluarga terganggu. Lepas anak aku dah tido baru aku boleh buat kerja. So pukul berapa aku nak tido? Ot? Cakap je nak bayar. Habuk tak ada. Yang dia cakap, kesian.
Dan aku berhenti lepas dia (bini) maki aku pasal salah design which is design tu sebelum aku submit print, dah finalize dengan dia dulu siap dia sign lagi atas hard copy tu. Dan aku pun maki dia sekali. Bergaduh kitorang dalam ofis. Ego tinggi melangit! Dah cuak aku mengamuk suruh laki setel. Cukup baik muka kau aku tak tambah lopak.
Laki dia slow talk dengan aku. Pujuk la kononnya. “Kami dah banyak tolong awak. Takkan awak tak boleh timbang rasa?”. Oh! Ungkit. So apa yang kau tolong tu tak ikhlas la ya? Aku cakap. Kalau setakat, tolong RM200 masa rumah aku banjir, aku boleh pulang balik duit tu.
Rasanya aku lagi banyak tolong. Nak pasang signboard aku datang tengok (harii sabtu- ot tak kira.). Buat kerja, guna pc aku. Kerja urgent aku sampai bawak balik rumah nak siapkan. Pergi pos barang, aku juga buat. Yang sepatutnya kerja laki dia. Dan banyak lagi.
Aku pun resign, siap bagi notis aku berhenti hujung bulan tapi diorng nak aku berhenti pertengahan bulan. Fine. Aku berhenti juga pertengahan bulan walau pun dalam notis aku tulis hujung bulan. Senang cerita dia tak nak bayar gaji aku full la.
Lepas aku berhenti, setiap hari ada je problem sebab staff lain rapat dengan aku dan mengadu. Aku boleh bantu dari segi tenangkan diorang dan suruh husnudzon je.
Ketahuilah bahawasanya apa yang aku tulis ini adalah sebagai pengajaran kepada pekerja lain dan juga majikan itu sendiri. Supaya majikan tak buat pekerja macam ni, dan pekerja tidak dianiaya.
Supaya ada KEBERKATAN dalam keuntungan syarikat. So tak adalah duit sangkut aja. Cukup masa migrain fikir wang syarikat yang semakin menipis, produk tak jalan, reseller lari. (Khas untuk korang yang nak jadi founder produk).
Majikan.
Taklah se gah namanya. Kau sebagai majikan kau kena ambil tahu walaupun kau nampak benda ni macam berat sebelah. Kau sebelum jadi majikan pun bukan tak pernah kerja kan? Bukan senang nak jadi majikan. Banyak benda kau kena fikir.
1. Kau kena tau Akta Kerja 1955 dan ada ilmu dalam pengurusan syarikat. Sebelum nak buka syarikat, pergilah menuntut ilmu. Supaya sistem syarikat kau tersusun. Bukan bila syarikat dah nak roboh baru nak pergi belajar
2. Kau sebagai majikan tak boleh suka-suka nak terminate staff kau tanpa notis. Kau boleh kena kompaun. Dan kau juga tak boleh suka-suka nak berhentikan staff kau lebih awal dari notis yang diberi.
Contoh : Staff kau hantar notis resign dalam 4 minggu (depends kepada tempoh perkhidmatan) tapi kau nak suruh dia berhenti awal dua minggu sebab kau dah menyampah tengok muka dia dan kau tak cukup duit nak bayar gaji dia.
Kau tetap kena bayar gaji dia sebulan walaupun dia dah berhenti 2 minggu awal. Sebab dia dah awal-awal bagi notis berhenti 4 minggu. Rujuk Seksyen 13 Akta Kerja 1955.
Tapi aku tetap dapat gaji untuk 2 minggu walaupun bagi notis berhenti sebulan.
3. Kau kena tahu skop kerja staff kau. Semuanya dihujung jari bila kau praktikan apa yang kau bagi pada staff. Skop kerja penting supaya staff kau tahu di dibayar untuk buat apa.
Bukan dah punya panjang kau karang skop kerja, tapi kau sendiri pun tak ambil tahu skop kerja staff kau. Lepas tu mulalah salahkan staff.
4. Time kerja buat kerja, bukan goyang kaki makan gaji buta. Walaupun kau majikan, syarikat masih bayar gaji kau. Kau sendiri yang buat skop kerja kau. So buatlah kerja. Bukan duduk di ofis kehulu kehilir buat-buat busy atau layan video episode sinetron putera kopi kat youtube.
5. Bagi briefing dan training kepada staff. Breifing memang annoying tapi aku suka sebab aku boleh atur masa untuk task aku. Untuk staff baru, kau kena provide training atau lantik staff senior untuk bagi training. At least 3 bulan untuk staff baru tu mahir buat kerja dan coop dengan enviroment syarikat.
Bukan bila ada staff baru, kau terus bagi task suruh dia buat kerja. Terpinga-pinga staff tu. Mulalah kau nak salahkan staff pulak kalau ada salah.
6. Jangan lepas tangan. Kau kena pantau secara senyap kerja-kerja staff kau. Nanti bila ada silap, kau maki hamun staff. Padahal kau yang lepas tangan.
Kena teliti check kerja staff. Buat pembetulan sampai kau puas hati. Selagi ada silap selagi tu edit kerja sampai perfect!
7. Duit syarikat adalah hak syarikat. Bukan hak majikan walaupun tu syarikat kau. Beza tau company enterprise dengan Sdn Bhd atau Berhad atau group.
Selagi kau tak ada keuntungan 100k sebulan minima, jangan berangan kau nak sedap sedap pakai duit syarikat untuk bayar kereta kau, bayar kos rawatan kecantikan kau atas alasan marketing. Ni dah boleh report SPRM. Selagi syarikat kau enterprise, selagi tu kau tanggung sendiri expenses kau.
8. Kepada salah seorang majikan yang kena pantau kerja staff, kau kena ambil tahu. Bukan bila dah kena maki dengan partner kau baru kau nak sibuk-sibuk follow up task staff. Dah terlambat.
Kau bagi task pada staff, contoh suruh buat group whatsapp. Check dulu staff tu dah buat ke belum group tu dengan cara check di whatsapp. Kalau tak ada, baru kau follow up.
Tak salah pun nak follow up, tapi kalau setiap jam kau tanya, meluat tak staff kau tu?
9. Staff bukan kuli atau orang gaji. Dia buat kerja ikut skop kerja. Ikut SOP. Janganlah buat macam bos aku buat ni.
Staff dah turun bawah nak balik, kau yang ada kat ofis lagi, boleh turun bawah, panggil staff suruh naik atas balik tutup semua suis dan lock ofis. Lepas tu kau balik. Kau rasa? Kau boleh je kan sebelum turun tutup suis semua kan? Dah jadi bos ni, tangan tu dah kebas ke?
Lepas tu, dah makan, dah minum, sampah kemas balik. Ini common. Meja kau, kau lah bersihkan. Jangan malas. Melainkan kau ada upah cleaner untuk kemas meja kau. Lepas tu kau marah staff sebab tempat kerja kau bersepah. Kalau benda penting hilang, kau salah kan staff juga padahal kau yang suruh staff kemas. Apakah?
Makin jadinbos, boleh pulak makin malas dan pengotor. Lebih kurang je perangai kau dengan budak perempuan yang viral pasal rumah sewa macam tapak pelupusan sampah tu. Taknpayah kau nak kutuk-kutuk.
10. Ini pesan untuk founder produk la. Kau kena kuat fizikal dan mental. Tak boleh nak sentap kalau kena perli. Mulut orang bukan boleh tutup. Kalau kena tegur, perbaiki. Bukan meroyan.
Jangan sesekali kau bandingkan diri kau dengan founder lain. Nanti kau sendiri yang stress.
11. Lepas waktu kerja, jangan ada hati nak mesej staff suruh buat kerja. Kalau nak suruh buat pun BAYAR OT. PADA RATE MINIMA (RM 5/JAM). Bukan belanja makan kat warung cendol.
12. Explore hati staff kau. Fikir, kenapa company kau banyak masalah. Kena staff buat hal? Mesti ada sebab. So, duduk dengan staff kau bincang. Tanya kenapa. Bukan maki dan salahkan staff.
Bila staff luah, jangan sentap. Ambillah sebagai pedoman dan perbaiki bukan meroyan. Ego tu buang tepi. Walaupun kau majikan, KAU TAK SEMESTIANYA SENTIASA BETUL. Setiap apa yang berlaku ada sebabnya. Bukan tiba-tiba timbul masalah. Dey!
Disinilah datangnya KEBERKATAN…
13. Masalah personal, biar personal. Jangan campur aduk dengan kerja. Ofis tempat kerja, bukan tempat kau gaduh laki bini sebab kekurangan cerita dalam kain. Staff tak selesa nak buat kerja.
14. Jangan pentingkan diri sendiri. Kau rasa kau betul. Apa orang cakap semua kau rasa salah. Kau je yang betul. Kau je yang tahu semua.
Orang tengah nak tolong kau ni.
15. Tujuan interview pekerja baru sebab nak buat saringan dalam memilih staff berkualiti untuk bekerja. Bukan interview terus terima. Sebab tu kat Korea/Jepun, diorang buat interview besar-besaran setahun sekali. Dari 100 dipilih 50, lepas tu buat training 3 bulan. Dari 50 jadi 10. Dari 10 jadi 5 pekerja terbaik diserap.
Buat interview sampai kau dapat staff yang bagus. Dah dapat bagi probation 3 bulan. Fungsi probation ni adalah untuk melatih dan meangadili hasil kerja staff baru. Ni tak, baru mula kerja, kau dan serah tugas tanpa training. Tak puas hati kau terminate dia. Padahal member kerja tak sampai dua minggu lagi. Apa laaaa
16. Janganlah janjikan bulan dan bintang. Kau tahu kau tak mampu. Macam kes aku, banyak benda dia janji. Nak bagi deposit keretalah. Nak bagi share syarikatlah. Haram! Sampai sekarang habuk pun tak ada. Pui!
Aku tak mengharap. Malah aku tak nak pun semua tu. Sebab bebannya nanti aku yang tanggung.
17. Jangan claim kau banyak ajar staff. Nanti malu sendiri. Dah lah kau gembar gemburkan kat social media, macam-macam kau buat untuk staff. Padahal tak ada pun.
Graphic design, video editing semua aku belajar sendiri. Kau nak on pc pun tak reti.
Cukup baik kau up status kat social media mengaibkan macam tu, staff kau tak komen. Semua masih ada hati perut. Tak nak mengaibkan kau laki bini. Tapi adalah sorang staff ni berani bersuara. Dia screenshot status kau dan post dalam group staff. Pandai plak kau cuak. Pastu suruh laki pegi setel. Ape daaaa.
Dia punya meroyan, sampai gambar budak tu kat carta organisasi pun dia boleh koyakkan. Macam budak-budak.
Dengan aku memang dia dah tak ada marah-marah lepas kejadian aku maki dia balik, aku bagi balik apa dia cakap, apa dia buat. Aku tunjuk semua. Dan dia tak berani up status pasal aku kat social media sebab dia tahu, kalau dia buat macam tu, aku berani komen kat status dia.
Sekarang dah ludah jilat balik.
Masa aku berhenti pun, berapa ramai reseller dia semua mesej aku tanya. Dari mana tahu akubberhenti pun aku tak tau sebab aku tak ada cerita apa-apa. Mungkin sebab design jadi lain. Tak macam yang aku selalu design. Sorang-sorang pm aku bagi upah suruh aku edit gambar.
Korang sendiri boleh menilai kan?
Ada banyak lagi aku nak list. Tapi aku dah penat menaip. Sebab point terlalu banyak.
Apa yang aku tulis adalah berdasar pengalaman. Majikan-majikan aku sebelum ni bukan kecil-kecil anak. Kerabat diraja pun ada. Yang pangkat Tan Sri, malah ada yang dapat gelaran Sir dari Queen Elizabeth. Elok je boleh merendah diri dan layan staff dengan baik. Ni majikan yang sekecil anak ikan, dia punya act kalah anak sultan. Ehhh anak raja pun relax je.
Ukur baju dibadan sendiri. Makin besar syarikat kau makin besar ujian kau. Makin banyak beban kau kena pikul. Kalau tak mampu nak hire staff ramai-ramai, jangan. Staff yang ada ni pun kau dah merungut nak bayar gaji. Syarikat bukan banyak duit. Kami yang staff ni pulak risau.
Sebab tu, ada perumpamaan melayu mudah lupa. Baru buka syarikat dah nak beli Alphard/Vellfire. Yang tertindas, staff, pekerja. Kami yang terkontang kanting bekerja, kau menyedap.
Kenapa kami masih berkeja disini? Sebab kelangsungan hidup. Kelebihannya dari segi masa kerja 9-5 tu. Kami bekerja sebab GAJI. Gaji pun tak adalah gah. Tapi cukup untuk bayar utilities, beli keperluan anak. Pertengahan bulan kering jugak.
Tapi kami tak bodoh. Kami pun ada project kami sendiri. Sebagai backup demi masa depan. Sebab tu kami masih bekerja disini. Kerana nak kumpul modal juga. Lagipun sekarang bukan senang nak cari kerja. Nak tak nak terpaksa bila kau fikir anak dan keluarga.
Hati dah lama dah hilang entah ke mana untuk kerja kat sini. Doakan kami supaya dapat keluar SERENTAK dari neraka ni. Masa tu mungkin baru sedar langit itu tinggi tak tercapai.
Yang mana berangan nak kerja dengan syarikat ni, aku rasa lupakan jelah. Kami yang tau relitinya.
P/s : Company masih lagi enterprise.
P/s : Aku tak nak bagitahu syarikat mana. Nanti kau sibuk nak kecam. Kau ambil ikhtibar sudahlah. Jadilah pekerja yang bijak. Pergi ambil tau Akta Kerja 1955 tu.
– Ting (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit