Sini ramai ceritakan pasal rumahtangga, so hari biar aku cerita kisah aku pulak. Jujur cakap ni kali pertama aku kena macam ni.
Sebelum tu nama aku Wani, aku ni baru je habis belajar dan baru je pindah kerja 2 kali. Tapi ni lah kisah aku jumpa majikan dari neraka.
Kisah ni bermula bila aku pindah kerja sebab kerja pertama aku tak ok, sebab gaji jadi aku pindah p tempat lain. Korang pon mungkin sama dengan aku kan, kalau tempat kerja bermasalah mesti cari kerja lain.
Masa tu aku ingat lagi aku ni curi curi keluar dari office sebab nak pergi temuduga tapi tak sangka sekali pergi aku dapat mungkin sebab ada pengalaman dan aku ni orang yang ada bakat dalam bidang F&B. Bidang ni memang aku minat dari kecik lagi.
Jujur aku cakap sapa tak seronok kalau dapat kerja, tapi aku tak sebab aku pulak takut nak hantar notis berhenti dekat boss aku.
Nak jadi cerita aku hantar jugak notis tu tapi masa tu boss siap panggil aku sebab apa nak berhenti aku jelaskanlah apa masalah aku.
Tapi korang nak tahu tak aku siap praktikal lagi jawapan kalau boss tanya… Hahaha, bila berdepan diam seribu bahasa dan jawapan yang lain.
Aku berhenti kerja tempat lama 20 hari bulan dan aku masuk tempat baru ni 22 hari bulan kira ada 8 hari aku training tempat baru awal awal semuanya seronok gila kerja belajar itu belajar ini.
Tempat aku kerja ni lebih copy macam family mart tapi versi Melayu lah. Masa tu aku tak fikir lain melainkan company tu company baru.
Lepas 2 bulan aku kerja, aku baru nampak permainan majikan aku, terkejut bila aku dapat tahu permainan boss dan manager.. boss paling atas tu aku panggil dia doktor..
Dia bukan doktor yang rawat orang tu tapi doktor falsafah ja. Tapi nak kami panggil dia Dr. (Singkatan dari doktor) manager tu panggil Shu (bukan nama sebenar).
Ok sambung cerita, masa aku pergi training tu aku masih nampak ramai staff yang bekerja di bawah dia lepas 2 bulan kerja terkejut bukan main kepalang bila dapat tahu semua staff berhenti serentak.
Masa ni manager mai cerita lah apa berlaku masa ni kami semua tak rasa apalah sebab tak tahu cerita yang betul jadi percayalah bulat bulat.. Aku pon percaya.
Tapi yang membuat aku kepercayaan aku pada Dr. ni berkurangan bila satu – satu perkara jadi sampai aku juga terkena.
Mula mula dia cuba cuba cari salah staff dia kata masak staff di outlet kami masak makan tak masak dan layanan tak baik dekat customer Masa tu penyelia dan cuba ubah dan bagi perhatian yang baik agar kami buat yang terbaik.
Masa tu Dr. tarik salah seorang staff naik ke hq, tahu tak staff tu paling berpengalaman dan staff yang boleh diharapkan sebab staff tu tahu apa saja nak settle kalau ada masalah.
Masa ni aku tak tahu rancang dia untuk buat seorang staff tu berhenti. Sebab rumah staff tu jauh gila dari hq satff tu kena ulang alik.. Bukan saja ulang alik tapi setiap hari kena tekan gila gila.
Kira kalau dia balik atau singah mesti menangis sambil cerita. Masa ni aku dah naik jadi penolong penyelia dan tak fikir apa apa lah dan cuma simpati sampai staff tu berhenti.
Sedar tak sedar pulak penyelia aku berhenti sebab kena tekan teruk dengan Dr. cuba cuba buat penyelia aku bersalah itu bersalah ini.
Ayat yang disebut masih segar di ingatan walaupun dah lama berlalu.
“Kalau awak tak boleh urus outlet ni baik berhenti’
“Kalau awak rasa staff sini bermasalah baik bagi tau saya nak cantas ja”
“Saya nak awak buat sekarang ubah dia”
Masa ni Allah nak tunjuk siapa dia sebenarnya. Begitu kejam rupanya. Dan masa ni aku kena naik sebagai penyelia
Yang buat aku hilang rasa kepercayaan bila 3 orang staff lama datang bercerita dekat aku apa yang terjadi. Perkara sama yang mereka cerita tu terjadi pekara yang sama.
Dr. dan keluarga dia akan pasti tiada siapa yang kekal dalam company tu lebih 6 bulan sebab taknak bayar caruman apa pon..
Keluarga dia tu akan cuba dekat dekat dengan staff buat baik dengan staff sampai tertutuplah cara dia singkir staff. Mungkin cara ni menjadi dekat staff lain tapi bukan dekat aku yang hati batu ni.
Boleh kata ramai keluar sebab depa ni cuba cuba laga-lagakan sesama staff.
Tapi benda ni terjadi dekat staff yang lama yang datang cita dekat aku dan benda ni terbukti satu persatu walaupun aku dah bagi amaran dan peringatan dekat staff lain tapi tak berjalan
Sampai satu hari ni yang aku tak tahu ini hari last aku duduk dekat tempat kerja ni. Masa ni aku buat opening untuk buka kedai.
Aku masih ingat aku tengah bancuh kuah oden aku kena ramas ramas lah pes tomyam tu sbab dia berketul tiba tiba tertusuk 1 paku dekat jari aku Paku karat. Masa ni aku terus buang kuah tu dan hantar dalam group kerja pasal benda ni.
Dr. tu kata tu paku keranda tu. Aku tak fikir tau apa apa masa ni dan atak bawak pergi ke perawat islam mana mana lah time tu sebab dalam 1 jam Dr. Sampai dengan bawak 1 air putih dia siap suruh aku sembur satu kedai guna air tu.
2 hari kejadian tu aku kena sakit yang aku pon terkejut ada benda tumbuh dalam badan aku, sakit yang teramat sakit tak terkata bawak pergi hospital pon sana cuma bagi ubat saja.
Sampai adalah 2 minggu aku tak masuk kerja tiba tiba manager paksa aku masuk kerja dia tahu aku sakit tapi tetapi paksa aku masuk.
“Wani boleh masuk dak” kata Shu masa tu di telefon cara cakap seperti memaksa
“Maaf Shu saya rasa tak boleh lagi saya nak pergi kerja pon tak boleh bangun lagi ni” kata aku yang terbaring di atas katil
“Hang nak ambik unpaid leave ka berhenti saja” kata dia dengan begis
“Saya ambik unpaid leave lah dah sembuh saya masuk” balas aku dengan lemah
“Aku nak kata putus kalau dah sakit tu baik berhenti tak payah susahkan aku” kata Shu makin mendesak
Jujur aku kata masa ni aku betul betul jatuh gila dan aku rasa hendak marah saja. Tapi aku tak boleh
2 minggu berlalu aku sudah sihat dan tiba-tiba hilang sakit dan benda yang tubuh dalam badan aku pulak tiba-tiba juga hilang. Lepas majikan aku ambil pekerja lain.
Aku ingat dah sihat ni boleh lah masuk balik sebab aku tak hantar pon surat berhenti melainkan unpaid leave.
Tak aku duga, aku di hina dan di maki oleh semua staff kerana banyak menyusah mereka sebab aku tak hadir, mereka tahu aku sakit tapi tak ada yang simpati dekat aku.
Bukan itu saja Dr. dan Shu juga bertalam dua muka bila aku tanya semua hanya berdalih dan berkata tidak perlukan aku lagi. Tanpa notis apa apa aku di buang bergitu saja.
Lebih sedih 3 kerja yang aku hendak masuk ada kaitan dengan Dr. dan Shu yang penemu duga siap sindir sindir aku kata aku ini tak layak kerja.
Sampailah aku berhijrah ke penang dan mula hidup baru.
Sekian saja cerita aku.
– Wani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit